Followers

Friday, April 13, 2012

Teluk Rubiah : Nizar vs Zambry bahagian 1

Oleh: MSK
Dalam sidang DUN yang lalu, Zambry telah ‘mendedahkan” bahawa Nizar yang meluluskan operasi Vale di Teluk Rubiah. Tapi apabila Ngeh meminta Zambry supaya mendedahkan semua dokumen yang berkaitan, Zambry enggan. Mengapa?
Bila Ngeh bertanya siapa pemilik Harta Makmur, Zambry enggan menjawab. Mengapa? Sebaliknya, Zambry memberitahu akan mendedahkan siapa pemilik Harta Makmur semasa penggulungan.
Semasa penggulungan di hari terakhir, Zambry langsung tidak menyentuh Vale dan Teluk Rubiah. Zambry senyap seribu bahasa. Mengapa?
Aku tau Zambry telah diarahkan oleh pihak atasan supaya jangan lagi menyentuh tentang Vale atau Harta Makmur. Tapi semalam, dalam NST, Zambry membuat kenyataan lagi tentang Vale dan Teluk Rubiah. (disini)
Hari tu, aku dah tulis..kalau Zambry tak mau mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Vale, aku akan londehkan satu persatu. (disini)
Hari ini, aku dedahkan satu perkara dulu, iaitu Ringkasan Eksekutif tentang laporan Terperinci Penilaian Kesan kepada  Alamsekitar (Detailed Environmental Impact Assesment – DEIA). Ringkasan Eksekutif ini disediakan oleh Konsultan bagi pihak Vale SA, Chemsain Konsultan Sdn Bhd – DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd Joint Venture. Laporan ini bertarikh 31 March 2010.
Dan bagi mereka yang tak tau, Pakatan Rakyat memerintah Perak dari 8 March 2008 hingga 5 Februari 2009. Kemudianya, BN merampas Perak dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar hingga ke hari ini. Bagaimana Nizar boleh meluluskan projek ini..sedangkan laporan DEIA dibuat pada 31 March 2010? Dan dalam laporan DEIA ini, ia masih lagi bertajuk  Proposed Iron Ore Project!
(Oleh kerana laporan ini dalam bentuk hardccopy, aku taip semula..manakala gambar rajah akan disiarkan dalam bentuk jpg)
Ringkasan Eksekutif
1. Pengenalan
Laporan ini mendokumentasikan hasil Kajian Terperinci Kesan kepada Alam Sekitar (DEIA) bagi projek Proposed Malaysia Iron Ore di Teluk Rubiah, Daerah Manjung, Perak, Malaysia.
Bijih besi akan diimpot masuk dalam kuantiti yang banyak dari Brazil dan seterusnya akan diproses dan diagihkan kepada pelanggan-pelanggan di asia Tenggara. Projek ini terdiri daripada dua proses utama, iaitu, mencampurkan bijih besi tersebut dan proses kedua ialah mempuat pellet bijih besi. Semua hasil impot yang terdiri dari bijih besi, bahan mentah untuk kilang pellet, dan hasil ekspot akan diangkut melalui jalan laut dan dikendalikan oleh jeti yang dibina khas untuk tujuan tersebut.
Projek yang diusulkan ini melibatkan industri besi dengan kapasiti bijih besi sebagai bahan mentah yang melebihi 100 tan sehari. Projek ini tersenarai diantara aktiviti yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987 dan dengan itu, satu Kajian Terperinci Kesan kepada Alam Sekitar adalah diwajibkan.
Kajian ini telah dimulakan oleh Vale SA dan disempurnakan hasil kerjasama antara Chemsain Konsultan Sdn Bhd dan DHI Water and environment (M) Sdn Bhd dengan sekumpulan juruperunding EIA Consultants dan Subject Consultants.
2. Keperluan
Justifikasi untuk projek ini adalah berdasarkan statistik dan penelitian yang merumuskan bahawa negara-negara Asia merupakan pengeluar dan pengguna keluli yang utama didunia. Permintaan keluli yang tinggi di rantau Asia adalah berkait rapat dengan pembangunan pesat ekonomi dan industri. Bijij besi merupakan bahan mentah utama untuk pengeluaran keluli.
Langkah strategik untuk menempatkan projek ini disepanjang laluan perkapalan yang penting iaitu di Selat Melaka akan memudahkan pengagihan bijih besi dan pellet daripada lombong di Brazil dan seterusnya kepada pengguna di Asia Tenggara.
Projek yang diusulkan juga dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara seperti yang disenaraikan.
  • Pelaburan kapital didalam projek ini akan membuka pintu untuk pelaburan asing kedalam negara.
  • Pembangunan tapak projek bakal mencipta peluang kerja dalam sektor pembinaan dan perkilangan.
  • Permintaan bahan mentah dan kakitangan tempatan untuk pengoperasian kilang tersebut.
  • Menyediakan bekalan terus dan tetap bijih besi mentah dan pellet kepada pengusaha keluli tempatan sekaligus dapat meningkatkan produktivit dan mengurangkan kos.
  • Kelebihan-kelebihan ini seterusnya dapat menarik lebih banyak pelabur asing mahupun tempatan didalam sektor ini di Malaysia.
3. Lokasi Projek
Beberapa tapak alternatif didalam mahupun dilur Malaysia telah dinilai untuk kesesuaian perlaksanaan projek ini. Pemilihan Malaysia berbanding negara-negara lain adalah berdasarkan lokasinya yang strategik di Selat Melaka. Infrastruktur yang baik, kemudahan untuk mendapatkan bahan tambahan tempatan dan juga situasi perniagaan yang baik dan kondusif.
Dalam pemilihan terakhir, perbandingan telah dijalankan diantara Teluk Rubiah dan sebuah tapak di Jimah, (Negeri Sembilan). Teluk Rubiah akhirnya terpilih kerana akses yang mudah bagi kapal-kapal bersaiz besar, kemudahan dalam pembelian tanah, geoteknikal tapak yang sesuai untuk timbunan bijih besi dalam jumlah yang banyak, persekitaran yang telah diusik oleh pembinaan padang golf sebelum ini, dimana ianya dikelilingi dan dilindungi oleh gunung ganang dan hutan, sokongan daripada pihak kerajaan dalam usaha pengezonan semula kawasan dan bantuan infrastruktur yang lain.
Tapak projek yang diusulkan di Teluk Rubiah terletak lebih kurang 8 km keselatan Lumut, pusat daerah yang terletak dalam negeri Perak (rujuk ES-1), selain terletak dipesisiran pantai Selat Melaka. Tapak projek yang dicadangkan juga terletak lebih kurang 5km kearah tenggara Pulau Pangkor dan lebih kurang 1.5 km dari Barat Laut pusat janakuasa Manjung. Jadual 1 memperincikan koordinate tapak projek, termasuk kawasan jeti seperti yang diajukan.
ES-1

Jadual 1
Jumlah keseluruhan kawasan (sempadan projek) yang dipertimbangkan buat masa sekarang ialah kira-kira seluas 1,285 ekar. Walaubagaimanapun, kawasan yang diperuntukan untuk pembinaan kilang bijih besi (sempadan kilang) pula ialah hanya seluas 450 ekar.
bersambung….

Thursday, April 12, 2012

Banjir kilat di Kuala Dipang,Kampar

banjir-dipang1
banjir-dipang2
banjir-dipang3
banjir-dipang4
sumber gambar PerakNews

Kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi. 

Banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.
Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata banjir kilat mula berlaku jam 5 pagi dengan kawasan terjejas termasuk Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Beliau berkata, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.-PerakNews







Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin turut bersama-sama skuad Unit Amal menziarah mangsa-mangsa banjir di Kuala Dipang, Kampar.

Beliau yang juga YDP PAS Kampar berada di tempat kejadian sejak awal pagi dan ditemani isterinya Datin Fatimah.

*Kuala Dipang, Bt Karang nama macam di tepi laut semua beranggap kesan gempa bumi di Aceh, ramai yang membayangkan tempias tsunami. tapi peliknya kawasan tersebut jauh di pendalaman dan atas bukit lak tu.


sumber gambar dan berita oleh wakil Media Perak

ini adalah satu sebab kenapa BERSIH diadakan..



bukan hanya ada pengundi yang hidup 'dimatikan'...
ada juga yang telah mati 'dihidupkan'..
penghuni sebuah rumah yang dihuni dengan pelbagai bangsa dan agama..
sebuah rumah yang penghuninya melebihi bilangan penghuni sebenar..
pengundi yang terpaksa mengundi 2 tempat yang berbeza..
dan banyak lagi...

kenapa kome2 kena turut serta dalam BERSIH 3.0 ni..??
kerana untuk memilih pemimpin adalah tanggungjawab rakyat Malaysia..
kerana pemimpin yang bakal dipilih adalah individu yang akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyatnya..
kerana masa depan anak2 generasi kita di tangan kita..bukan orang lain..
kerana dalam kehidupan seharian kita adalah sebahagian dari politik..

anda sayangkan anak waris generasi anda..?? maka anda perlu fikir-fikirkan..

Wednesday, April 11, 2012

Gempa 8.9 skala richter menggegar Sumatra Utara..berjaga-jaga !!



Ada gempa bumi berlaku petang ni...berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia).

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. 

Di Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. juga merasakan gegaran itu..

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Singapura, Thailand dan selatan India, turut merasa.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.



Deme2 yang duduk di persisiran pantai berjaga-jagalah..ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.

Tuesday, April 10, 2012

Isu VALE - Teluk Rubiah..Zambry terus membisu...

Isnin semalam merupakan hari akhir DUN Perak bersidang..ia merupakan hari penggulungan..benda yang paling aku tunggu-tunggu adalah kisah VALE-Teluk Rubiah..aku mengharapkan kot2 la ada Zambry nak mengulas ke..menjawab ke..rope-ropenye HARAM..dia membisu seribu bahasa..sampai ke sudah cerita VALE-Teluk Rubiah senyap gitu aje..





IPOH: Isu projek pusat pengagihan bijih besi Vale International tidak kedengaran dalam ucapan penggulungan Sidang DUN hari ini.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ir Nizar berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry memberi respon cabaran kami supaya mendedahkan semua dokumen mengenai projek Vale termasuklah minit-minit mesyuarat, dokumen perjanjian dan sebagainya namun tidak kedengaran.
“Pangkor (Dr Zambry-BN) hari ini banyak tidak menjawab soalan yang ditanya termasuklah isu Vale yang sedang heboh diperkatakan,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, Ipoh. - Perakite

Monday, April 09, 2012

Ku Li berjumpa DS Nizar..? Kenapa..?? Tungguuu..

Oleh: MSK
Pada 5 April, Zambry Abdul Kadir mendedahkan satu surat yang menyatakan bahawa Nizar terlibat dalam kelulusan syarikat Vale di Teluk Rubiah. Blogger-blogger Umno telahpun mendapat salinan surat tersebut beberapa hari sebelum itu.
Menagapa baru sekarang Zambry mendedahkan surat tersebut? apakah kerana sudah merasa kehangatan tentangan penduduk Manjung? Ataupun sudah merasa kedudukan politiknya sudah terancam?
Apabila Zambry mendedahkan surat tersebut, maka setiap penyokong Umno mula menjerit “Nizar pembohong!!”. Akhbar-akhbar pencacai juga serentak memainkan isu tersebut dengan harapan imej Nizar akan terjunam. Tapi bila diminta supaya turut sama mendedahkan semua dokumen yang melibatkan Vale, Zambry enggan melakukannya.
Sebenarnya, ada satu peristiwa lain yang menyebabkan Zambry naik marah dan kelam kabut.
Kalau disorot kembali apa yang berlaku dalam bulan March, kita akan mendapati bahawa Najib turun ke Perak sebanyak empat kali. Mengapa Najib turun begitu kerap? Kerana Umno Perak kucar kacir. apa yang dilihat dalam kehadiran yang ramai dalam program Najib hanyalah propaganda kerana sejumlah wang banyak telah ditaburkan untuk mencipta persepsi bahawa Umno Perak sudah kuat.
Najib tidak mahu Zambry menjadi Menteri Besar lagi sekiranya BN menang di Perak. Tetapi dengan menyingkirkan Zambry, ia boleh melenyapkan peluang BN untuk kekal dengan kuasa yang dirampasnya.
Najib mahukan Zambry bertanding di Parlimen Parit Buntar manakala Zahid Hamidi akan bertanding di DUN Rungkup, dengan harapan, Zahid akan menjadi Menteri Besar Perak akan datang. Zahid adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak manakala Najib adalah Pengerusinya.
Oleh itu, Najib perlu memperkuatkan Umno semaksima mungkin bagi menghadapi impak daripada penyingkiran Zambry sebagai Menteri Besar.
Usaha-usaha Najib itu masih belum menampakkan kejayaan kerana berdasarkan kajian dalaman Umno mendapati bahawa hampir 90% pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk tidak mengundi Umno dan BN.Walaupun peratus pengundi India yang kembali kepada BN sudah meningkat, tetapi Umno pula menghadapi masalah dengan pengundi Melayu.
Apa yang dilakukan oleh Umno bukan saja menyebabkan pengundi menjadi meluat, malah strategi yang digunakan sudah “overkill”. Dengan memberikan pelbagai label kepada Nizar, Umno sudah dilihat menjadi macam Pas tahun 80an.
Najib sudah tidak memperdulikan Perak..Zambry kena buktikan kemampuannya. Kalau tidak, Zambry mungkin tidak tersenarai langsung dalam PRU ini.
Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Tengku Razaleigh melawat Perak pada 1 April 2012. Yang lebih mengecewakan Zambry ialah Tengku Razaleigh bukan berjuma dengannya, tapi berjuma Nizar!!
Apa perbincangan Nizar dengan Ku Li? Pertemuan Nizar dengan Ku Li sudah pasti tidak dapat disorok. Dan apa yang dibincangkan oleh Nizar dan Ku Li sudah pasti dapat dihidu oleh Zambry.
Dalam keadaan terdesak, Zambry perlu melakukan sesuatu untuk menjatuhkan Nizar.Dan dengan sebab itulah, maka Zambry mendedahkan dokumen yang mengaitkan Nizar dengan Vale.
Tapi tindakan Zambry itu memakan dirinya sendiri. Pendedahan itu turut mendedahkan peranan Raja Azlan Shah dalam kes ini. Dan setiap hari, Zambry terpaksa melakukan damage control.
Surat yang dikatakan surat kelulusan oleh Nizar itu tidak benar. Nizar mencabar Zambry supaya mendedahkan semua dokumen berkaitan Vale tetapi Zambry enggan. Sebaliknya, Zambry melakukan kesilapan apabila berkata bahawa dia memilih Teluk Rubiah kerana kedudukan yang bersesuaian. Boleh baca disini.
Siapa yang memilih Teluk Rubiah? Nizar atau Zambry?
Dan mengapa Zambry enggan mendedahkan apa-apa dokumen lagi?
Siapa yang cakap benar dan siapa yang berbohong?
Siapa pun tak akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selagi semua maklumat dirahsiakan. Dan Zambry sudah mengatakan tidak akan ada lgi dokumen yang akan didedahkan.
Apa pilihan kita?
Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku ialah mendedahkan semua dokumen. Dan hanya boleh dilakukan dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Kemudian kita suruh Pakatan Rakyat mendeklasifikasikan maklumat tersebut seperti mana Khalid Ibrahim mendedahkan siapa dalang projek babi di Selangor.
Semasa berjumpa Nizar ketika pelancaran media perak minggu lepas, aku sempat bertanya kepada Nizar sama ada dia sanggup berdebat dengan Zambry tentang isu Vale. Dan Nizar menyatakan kesanggupannya tidak kira dimana.
So..isu Vale nampaknya tidak akan terhenti disini saja malah akan terus menghantui Zambry.
Bagi Zambry.. V is for Vale. Tapi bagi Nizar..V is for Vendetta.

sumber Media Perak

Sunday, April 08, 2012

Kerajaan BN Perak benarkan VALE bina jambatan di Lumut..

IPOH: Vale International SA, whose transhipment project here has become the subject of a feud between two brothers who are also major shareholders of Integrax Bhd, has received the greenlight to build its own jetty.
The Perak government has agreed to allow Vale to construct its own jetty in Lumut to accommodate its proposed iron ore transhipment project.
State investment committee chairman Datuk Hamidah Osman said the Brazilian mining giant was expected to start the initial construction work in July.
“With the latest decision, the issue for Integrax to upgrade the facilities at its subsidiary, Lekir Bulk Terminal (LBT), will not arise anymore,” she toldStarBiz yesterday.
The upgrading of facilities was originally supposed to be at Integrax subsidiary Lekir Bulk Terminal (LBT) to accommodate the transhipment of the iron ore.
However, due to the disagreement between the brothers Halim Harun Rasip (who is against the project) and Amin (who supports the project) the upgrading had been put on hold since 2009.
LBT was required, under a 10-year contract with Vale, to upgrade the terminal at RM280mil
A conditional transhipment agreement signed between LBT and Vale has since lapsed due to the differences arising between both brothers.
Hamidah said the feud between the two brothers over the Vale transhipment project was now irrelevant.
“As far as the state is concerned, the conflict between the two brothers is not an issue anymore. Whether the feud is resolved or not, it will not affect Vale's plan to invest in the project,” she said.
The transhipment project is only a short-term measure; over the long term, Vale will develop an iron ore complex including its own jetty in Lumut.
The two brothers hold a combined 37% stake in Integrax through Halim Rasip Holdings. A further 16% in Integrax is held by Perak Corp Bhd.
Due to the disagreement, the upgrading of facilities at LBT, had been put on hold since last year.
Hamidah said Vale's representatives had given its word again that the company was committed to the iron ore processing project during a meeting with the state government recently. She said the state government would be sending a team to visit Vale's facilities in Brazil in April.
“Both the Vale plant in Brazil and the proposed plant to be built in Lumut are located in a tourism zone.
“In this sense, the Vale management is confident that it will be able to fulfill the detailed environmental impact assessment requirement for the project in Lumut,” she said.
The state government hopes that the iron ore-processing project will instantly impact the Perak economy, once implemented.
 Gambaran jetty Vale SA dari website/facebook Vale SA, Brazil. Mengikut dari plan cadangan, jetty ini digabungkan seperti gambaran seterusnya. ProTeSTeR telah mengerumi dan pertahankan Teluk Rubiah melalui email dan facebook mereka, namun mereka menghilangkannya dari tatapan umum dan kini hanya admin mereka sahaja yg boleh 'posting' di FB mereka.


 Ini termasuklah facebook Majlis Perbandaran Manjung yang 'block' Otai Manjung dari berterusan mempertahankan Teluk Rubiah. Mereka tidak memberikan jawapan tapi mereka lari dari permasalahan dan 'banned' sesiapa yg cuba menghalang projek MEGA Perak kepunyaan Brazil.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil