Followers

Saturday, September 27, 2008

UMNO BAKAL TIADA PRESIDEN?

Perhimpunan UMNO Ditunda Mac 2009, Khuatir Tidak Cukup Pencalonan

Oleh GB
aPerdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perhimpunan agung Umno pada Disember ditangguhkan kepada Mac tahun depan. Sementara itu beliau berkata, pemilihan bahagian Umno tetap diteruskan seperti dijadual pada 9 Oktober ini.

Ramai berpendapat bahwa keputusan itu diambil adalah kerana kekhuatiran "pihak tertentu" yang melihat bahawa Presiden kini bermasalah untuk memperolehi pencalonan yang mencukupi untk mempertahankan jawatannya.

Meskipun Abdullah menyatakan penangguhan itu dibuat untuk melicinkan proses peralihan kuasa, namun ramai pemerhati politik merasakan ia adalah satu persediaan terancang oleh Abdullah untuk "cabut lari" jika benar pencalonan untuknya sebagai Presiden mengalami kemerosotan sehingga memungkinkan beliau tidak layak untuk bertanding.-tranungkite




Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac-malaysiakini

kemaskini 2:04pm Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Ia dilihat sebagai usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam bulan.

Sebelum ini, Abdullah - dalam pelan peralihan kuasanya - bersetuju untuk menyerah kuasa kepada Najib pada pertengahan 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan ramai yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Abdullah yang juga presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.

"Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

baca selanjutnya disini -->malaysiakini



UMNO BAKAL TIADA PRESIDEN?

sumber mmutaligat

Saya berseloroh memberitahu kawan saya bahawa Umno bakal tidak ada Presiden kerana kebodohan pemimpin Umno mempertahankan Sistem Kouta yang diamalkan sejak zaman Dr Mahathir lagi.

Sistem Kouta ini benar-benar memperbodohkan ahli Umno disamping menjamin penyandang jawatan selamat dari ditentang.

Namun kali ini bukan sahaja ahli diperbodohkan tetapi Presiden sehinggalah ahli biasa di kampung terpaksa mengaku yang mereka semua bodoh dan diperbodohkan, kata saya kepada kawan saya yang tertanya-tanya akan ke'logik'kan kata-kata saya.

Asas macam ini kata saya kepadanya.

Kemungkinan ada ramai calon akan bertanding dan mendapat pencalonan untuk jawatan Presiden yang tidak mahu dilepaskan oleh Pak Lah. Antara calon-calonnya ialah :-

Dollah sendiri
Najib Tun Razak
Muhyiddin Yassin
Ku Li

Umno ada 191 bahagian. Katalah jumlah pencalonan UNTUK JAWATAN PRESIDEN jadi begini :-

Dollah 52 pencalonan
Najib 53 pencalonan
Muhyiddin 48 pencalonan
Ku Li 38 pencalonan


JADI TIDAK SIAPA YANG LAYAK KERANA JUMLAH PENCALONAN MINIMA UNTUK SESEORANG CALON LAYAK BERTANDING IALAH 58 PENCALONAN ....TIDAKKAH 'NAYA' SEBAB SEMUA TIDAK LAYAK BERTANDING.

INILAH MASALAHNYA KALAU PARTI DIBUAT MACAM HARTA MEREKA SENDIRI, SENANG-SENANG BUAT PERATURAN SENDIRI, AKHIRNYA DIRI SENDIRI DIPERBODOHKAN.




ummi..,

mungkin andaian diatas ada kebenarannya..apa kata anda..?

udah2 le Pak Lah..mengaLah je Lah..


Friday, September 26, 2008

Kejayaan Perlaksanaan Islam Hadhari

10 prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah..seperti dibawah...


hakikatnya..yang terhasil dari Islam Hadhari..

sumber tranungkite

Oleh
raw

"
a

Setelah lebih empat tahun fahaman islam hadhari diterapkan dalam sebagai aspirasi halatuju pendekatan pentadbiran pimpinan Pak Dolah. Pelbagai kejayaaan yang amat cemerlang, gemilang dan terbilang telah dikecapi seperti berikut:
1. Mengajar rakyat selalu bercakap bohong.
2. Meng ISA kan orang yang berkata benar dan mengbongkarkan kejahatan.
3. Mangharamkan Ulama2 yang berkata benar dari berceramah

3. Memperkayakan anak menantu dengan merompak khazanah negara
4. Mensensaikan isu fitnah liwat.
5. Menjahanamkam ekonomi negara, hinggakan paras inflasi cecah tertinggi dalam 27 tahun.
6. Menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak tapi turunnya ciput..
7. Meninggikan kadar index Rasuah negara dimana perasuah besar dilindungi.
8. Menfitnah dengan memerangkap pemimpin partu lawan dengan rasuah palsu
9. Penipuan berleluasa ketika pilihanraya.
10. Memperkudakan jabatan2 kerajaan hak rakyat utk kepentingan politik
11. Mengalakkan politik wang dan rasuah di pemilihan parti.
12. Menghalalkan pengunaan C4, dinama bapa C4 tidak payah dibicarakan cukup dengan bersumpah.
13. Menindas kerajaan pembangkang melayu islam dengan sekatan dan
lengahkan bantuan atau royalti.

dan bla..bla...(banyak lagi).

Begitulah adilnya dan berjayanya Islam Hadhari...sekian.


Raw
Moscow, CCCP
"
wallahualam..

Thursday, September 25, 2008

DEB untuk siapa sebenarnya...??

Orang-orang media cukup marah jika mereka diboikot atau ditempelak akibat sikap berat sebelah, penggelapan serta memutarbelitkan isu dalam melaporkan sesuatu peristiwa.

Sikap sebegini diambil bukan sahaja terhadap orang-orang politik atau Pertubukan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak menyebelahi Barisan Nasional, malah kalangan orang-orang Umno yang berbeza pendapat dengan kepimpinan yang ada, turut akan dimangsakan.

Namun itulah hakikat yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengadakan pertemuan dengan bloggers dan media di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini 21 September lepas.

Asalnya pertemuan tersebut dianjurkan bertujuan untuk Ku Li mendengar pendapat para bloggers dalam isu-isu tertentu untuk diketengahkan. Bagaimanapun ia bertukar menjadi sidang akhbar akibat soalan bertalu-talu dari pihak media.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir dua jam isu, Ku Li yang berhasrat menentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengupas segala persoalan politik dan ekonomi serta isu-isu dalaman Umno.

Ku Li hanya bercakap beberapa minit sahaja apabila mempersoalkan usaha Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan cabaran yang dihadapinya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun media pro BN yang jelas menjadi alat pengampu Abdullah hanya menyiarkan pandangan Ku Li tentang Anwar, perbincangan topik-topik lain digelapkan.

DEB bukan untuk orang Melayu

Tengku Razaleigh juga diajukan persoalan mengenai sikap Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baru, yang penulis sifatkan ianya sebagai 'hate question' iaitu bertujuan untuk 'membelasah' ketua pembangkang itu.

Dalam soalan itu Anwar cuba dirujuk sebagai orang yang bakal menggadaikan maruah bangsa Melayu kerana hubungan akrabnya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Apa yang mengejutkan penulis ialah jawapan Ku Li.

Menurutnya, beliau adalah antara pemimpin yang terlibat dengan usaha merangka DEB, bersama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ketika itu berada dalam suatu suruhanjaya.

"DEB tidak dirangka untuk orang Melayu sahaja, ianya adalah untuk semua kaum," tegas Ku Li.

Katanya, selepas berlaku Peristiwa 13 Mei 1969, pemimpin-pemimpin parti yang memerintah dan pembangkang, bekerjasama dalam permuafakatan, bagi memberikan keadilan ekonomi untuk semua kaum.

Cumanya kata Ku Li, terdapat pemimpin tertentu yang menyalahgunakan DEB untuk kepentingan politik mereka dan kroni-kroni.

"Orang Umno sendiri pun ramai yang menentang DEB, bukan dari sudut dasarnya, tetapi perlaksanaannya, kerana mereka juga tidak memperoleh sesuatu darinya," kata beliau.

Bagi penulis, apa yang disebutkan Ku Li mengenai DEB ini amat mengejutkan! Selama ini seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu ditipu bulat-bulat oleh pemimpin Umno.

Mereka mengatakan DEB dirangka untuk membantu orang Melayu dan sesiapa yang menentangnya adalah pengkhianat Melayu.

Nah! Ramainya orang Melayu, termasuk barangkali yang berada dalam parti pembangkang, tertipu dengan retorika pemimpin Umno.

Apakah selama ini Umno benar-benar memperjuangkan Melayu tulen? Apakah Umno menjadi pelindung sebenar agama Islam?

Persoalan ini sebenarnya sudah ada jawapan. Hanya mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan menyangka Umno masih kuat sahaja yang sering tertipu.

Semua ini membuktikan Abdullah, Umno dan BN sudah tidak lagi relevan pada rakyat dan menunggu dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

(Artikel ini disiarkan dalam Harakah bilangan 1378 yang sedang berada di pasaran hari ini)_

ummi..,

artikel diatas tak semua ummi bubuh..untuk baca artikel penuh baca di sini -->Harakah

ummi bekenan pada isu DEB ni...sebab bila ada yg menentang DEB ni sampai jatuh hukum sebagai pengkhianat melayu...tapi hakikatnya..DEB bukan utk kita saje rupanya...

wallahualam..sendiri ada akai sendiri pikir.

Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik

sumber Tranungkite

Oleh
koropi


"
a
Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Sumber: Utusan Malaysia: 22/09/08

Ulasan:

Islam dan al-Quran adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kekuatan Islam dan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang dan beramal dengan isi kandungan al-Quran itu sendiri. Justeru, pengambilan sikap yang benar terhadap al-Quran perlulah diperbetulkan agar umat Islam tidak terus terkeliru dan jatuh dalam penyimpangan.

Rakyat Malaysia yang merasa bangga dengan kejayaan adik Muhammad Ahmad Zahid mestilah menghapuskan segera perasaan itu. Ini kerana, perasaan sebegini adalah lahir dari sifat wathaniyyah (sayangkan tanahair) yang diharamkan oleh Islam. Apakah yang hendak dibanggakan dengan bumi Malaysia yang dipenuhi dengan sekular ini? Umat Islam merupakan umat yang satu, tidak kira di mana sekalipun mereka berada. Sempadan yang wujud di Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Qatar, UAE dan sebagainya hanyalah sempadan yang dilukis oleh penjajah Barat untuk memecahbelahkan umat Islam. Jika kita ingin berbangga sekalipun, kita hanya patut merasa kagum dengan kebolehan seorang “anak muda Islam” (bukan anak muda Malaysia) yang berjaya menghafal al-Quran di usia 13 tahun.

Sistem pendidikan sekular ini sama sekali tidak mementingkan ‘pengamalan’ isi kandungan al-Quran, yang dipentingkan hanyalah ‘bacaannya’ sahaja. Justeru, walaupun kerajaan boleh menghasilkan ramai anak muda seumpama ini, namun oleh sebab sistem sekular yang diamalkan, golongan yang lahir ini hanyalah menjadi pembaca dan penghafal al-Quran yang baik, namun tidak mengendahkan tuntutan syariat ang terdapat di dalamnya.Inilah yang dikehendaki oleh kerajaan, kerana jika wujud golongan yang ingin menerapkan hukum al-Quran, ia adalah suatu yang ‘berbahaya’ kepada sebuah kerajaan sekular. Jadi, sebagai bukti keIslaman sebuah kerajaan sekular, maka golongan pembaca dan penghafal al-Quran mestilah dilahirkan seramai mungkin.

Ketahuilah bahawa kedatangan al-Quran itu adalah untuk mengubah kehidupan manusia dari kegelapan cara hidup jahiliyyah kepada cahaya dan kebenaran hidup Islam, dan hal ini tidak akan dicapai kecuali kita berhukum dengan segala hukum al-Quran. Firman Allah swt,

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji” [TMQ Ibrahim (14):1-2]

Al-Quran diturunkan untuk menyelesaikan dan menyempurnakan seluruh persoalan kehidupan manusia. Firman Allah,

“Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah (petunjuk) serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” [TMQ an-Nahl (16):89].

Kita wajib memahami bahawa apabila kita kamu membaca ayat...

“Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan tunikanlah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” [TMQ al-Hajj (22):78]

...maka kita dituntut untuk melaksanakan hukumnya. Jadi, begitu jugalah apabila kita membaca ayat…

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka putuskanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran” [TMQ al-Maaidah(5):48]

...maka kita juga dituntut (wajib) untuk merealisasikan tuntutan ayat tersebut. Yakni, kita wajib berhukum dengan hukum al-Quran, bukannya hukum sekular, sebagaimana yang ada hari ini.

Begitulah seterusnya dengan ayat-ayat yang lain.

Bagi mereka yang hanya membaca al-Quran, namun tidak mengamalkan ajaran yang terdapat di dalamnya, maka Rasulullah mengadu kepada Allah akan golongan ini yang mengambil al-Quran sebagai sesuatu yang ditinggalkan. Firman Allah,

“Dan berkatalah Rasul, ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang ditinggalkan...” [TMQ al-Furqan (25):30].

Justeru, selama mana pemerintahan ini ditadbir oleh orang-orang sekular, maka selama itulah al-Quran tetap kekal menjadi sebuah ‘kitab bacaan’, bukannya ‘kitab amalan’. Dan mereka cuba memperbodohkan umat Islam bahawa dengan melahirkan golongan yang ‘pandai membaca’ al-Quran, seolah-olah mereka telah pun meninggikan ajaran al-Quran, walhal mereka sebenarnya berpaling dari ajaran al-Quran dengan sebenar-benar pemalingan.


Adnan Yaakob ke mahkamah 14 Oktober...

sumber Fauziah Salleh

Malam tadi saya mendapat panggilan dari Tuan Syed Ali, pemilik sebuah syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd. Dia memaklumkan bahawa dia telah mendapatlan perintah mahkamah untuk membawa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob ke mahkamah pada 14 Oktober 2008, di atas ‘contempt of court’, keengganan membayar RM60 juta.

Tahniah kepada Syed Ali! Semoga hak rakyat terus terbeladan sekali lagi amaran saya kepada Menteri Besar, JANGAN SENTUH WANG RAKYAT di dalam penyelesaian masalah kepincangan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan UMNO-BN.

bila seks zina disamakan dengan sedekah......

PUTRAJAYA 24 Sept. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.- Utusan


ummi..,

Zul Hassan....jangan nak memalukan umat Islam.....

Melayunet da mohon maaf......

Melayunet
Kapten
Kapten


Joined: Apr 28, 2008
Posts: 4059
Location: USSR/Soviet Nuclear Force


Message

PostPosted: Wed Sep 24, 2008 3:08 pm Post subject: Permohonan maaf dari Melayunet Reply with quote

Dengan ini, saya ingin memohon kepada warga TKO mengenai tread di bawah

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33196

I responded that due to provocation.Walaupun saya tak kenan Nik Aziz, takde niat aku nak hentam dia sampai begitu sekali.

Begitu juga terhadap chedet. Masing masing berwibawa dalam

bidang masing. Di akui Oleh Nik Aziz sendiri.

Bulan puasa, saya nak tambah sengketa,walaupun saya ni jenis controversial figure di sini.Samaada korang terima atau tidak,terpulang.I did my part.Harap saudara semutmalaysia can do the same

Case closed!.



sumber kerabubersuara




ummi..,

lain kali jangan sedap jari je nak tekan key ..pikir dulu sebelom menaip...kalau tak kenan pun hormat sebagai orang tua yg dah uzur...ada paham..!



Wednesday, September 24, 2008

anak sapa yg kurang ajaq ni..???

ada orang hina tok guru dalam forum tko...Melayunet..sapa kenal dia?

Melayunet
Kapten
Kapten


Joined: Apr 28, 2008
Posts: 4058
Location: USSR/Soviet Nuclear Force

Melayunet (anak setan)wrote: Kenapa "bangkai" yang nak jadi mb sampai mampus ni di gelar tok guru. Harap semutmalaysia boleh jelaskan



mamat ni telah hina tok guru nik aziz....
dengan ini aku isytihar perang dengan menatang
Melayunet....
baik hang minta maaf secara terbuka kepada tok guru dan pengikut pas.

aku bagi masa 24jam supaya hang minta maaf dan tarik balik komen ni


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33196

sumber kerabubersuara

:Man07:
ummi...,


@marah darahku menyirap...cilako anak sapa ni...???:cinonet_07:


sekupang jek..??

:pge42: sekupang jek...?? apa barang sekupang...!!

amboii..amboii..masa naik bedezuuppp berkupang2...masa turun macam siput babi je lembabnya... !!
apa ni beb...kata nak turun 15 sen....takkan sekupang jek..!!:cinonet_07: tipu kaa....adey ciittt...

24/09/2008 4:51pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Kerajaan mungkin menurunkan harga bahan bakar sehingga sebanyak 15 sen, kata Ahli Ekonomi dan anggota Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Zainal Aznam Yusoff.

Katanya kerajaan berkemugkinan mengumumkan harga baru itu selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menunaikan janjinya untuk mengkaji semula harga bahan bakar setiap bulan.

“Setakat ini, harga minyak global bagi bulan ini jatuh kepada paras terendah AS$94 (AS$1 RM3.38) setong sunguh pun harganya telah meningkat sedikit kemudian. Jadi, apa yang penting bagi kerajaan ialah memutuskan sama ada untuk menunggu baki enam atau tujuh hari sebelum membuat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan 2008 di sini hari ini.

Harga minyak dan gas di pasaran global disebut harga pada AS$105.3 setong hari ini.

Kerajaan Malaysia pada 23 Okt(Ogos ke Okt ni..?) menurunkan harga petrol sebanyak 15 sen daripada RM2.70 kepada RM2.55.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan berkemungkinan memutuskan harga petrol pada Mesyuarat Kabinet hari ini.

“Adalah diharapkan akan terdapat berita baik bagi rakyat sebelum Aidil Fitri”, katanya-Utusan


LATEST:10 sen cut in fuel price
By : NST NEWSDESK (Updated: 5:01pm)

THE price of fuel is expected to be cut by another 10 sen, a source told the NST today. The announcement was expected to be made this afternoon.
On Aug 22, the pump price of petrol was reduced to RM2.55 from RM2.70 per litre (RON 97) and diesel to RM2.50 from RM2.58 per litre.... selanjutnya.

Harga minyak turun 10 sen

24/09/2008 5:26pm

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

- Utusan


Perkembangan Perbicaraan DSAI

8.30 pagi: Perkarangan mahkamah telahpun dibanjiri oleh ratusan penyokong dan wartawan dari media dalam serta luar negara. Perbicaraan dijangka bermula jam 10.00 pagi.

9.51 pagi: DSAI selamat tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kini sedang dikerumuni wartawan.

9.59 pagi: DSAI kini melangkah masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, diiringi keluarga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

10.05 pagi: Perbicaraan dimulakan.

11.24 pagi: sesi perbicaraan pagi ini tamat. Perbicaraan akan disambung pada 7hb Oktober. Hakim SM Komathy Suppiah akan menentukan samada kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi ataupun tidak.


Prosiding pagi ini bermula dengan pihak pendakwa, yang diketuai oleh Mohd Yusof Zainal Abiden, berhujah menyokong kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusof berkata, Abdul Gani tidak mempunyai peranan secara langsung dalam kes ini dan oleh itu, perintah pemindahan kes yang ditandatanganinya, adalah sah.

Menyentuh tentang jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam perbicaraan kes Anwar, Mohd Yusof berkata, perdana menteri boleh berkata apa-apa pun.

Sambil menyebut kes undang-undang, Mohd Yusof memberitahu hakim bahawa beliau (hakim) tiada pilihan kecuali memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.-Malaysiakini


KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Hakim SM Komathy Suppiah akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hujah dari dari pihak pendakwa dan peguambela sama ada kes tersebut boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi didengar pagi ini.

Pihak pendakwa memohon kebenaran untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dalam prosiding sebelum ini.

Bagaimanapun, notis pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dibantah oleh pihak peguambela.

Bantahan tersebut dibuat kerana Abdul Gani sedang disiasat berhubung aduan membuat bukti palsu dalam kes-kes terhadap Anwar 10 tahun lalu.

Hakim Komathy kemudiannya menangguhkan prosiding hingga ke hari ini untuk membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan untuk berhujah.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Anwar kini dibebaskan atas ikat jamin.-Harakah

Selamat Hari Raya kepada semua....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Lagi 6 hari kita akan menyambut Aidilfitri
nak ngemas rumah le pulak....
jadi ummi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

[raya.jpg]


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Jika hati sejernih air
Jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan
Jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan
Hiasilah ia dengan iman

Andai jemari tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat terungkap


Selamat Aidil Fitri, 1 Syawal 1429H
Minal 'aidzin wal Faidzin, mohon maaf zahir dan batin

Semoga rasa tawaduk, khusyuk, kesungguhan dan kefitrahan sentiasa melekat dan menjadi pakaian kita.
Semoga amal ibadah kita diterima Allah swt, dan kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan.
Amiin ya Rabbal 'alamin.

Ikhlas dari
UmmiAnni dan Keluarga

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa,
dlm kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
dalam gurau dan senda itu ada khilaf dan dosa.
bersih kan diri suci kan hati.
MOHON MAAF DIATAS SEGALA-GALANYA,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. 1 syawal 1429 hijriah
Mohon maaf zahir dan Batin

Kad raya diatas ini... ummi tujukan kepada semua pengunjung blog ini dan teristimewa buat blogawan yg selama ini banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat...terima kasih daun keladi

Selamat Raya Aidilfitri kepada...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin"

Tuesday, September 23, 2008

kehidupan di ISA

Cuaca panas
Kuala lumpur sibuk

Hari raya lagi 8 hari

Isteri yang suami ditahan ISA
Tidak bershopping tahun ini
Simpan duit untuk buat tambang
Pergi ke kamunting di pagi raya

Pintu sel dibuka jam 7.00 pagi
Ke padang menyanyikan lagu memula moon
Bendera dinaikan
Kemudian menunggu tea/roti jam 8.30

Jam 12.00 pintu besar di ketuk makan sampai
Lalu makan
Senin ikan masin
Selasa ayam
Rabu ikan goreng
Khamis ikan masin
Jumaat telor rebus
Sabtu ikan goreng
Ahad daging

Jangan silap faham ketul ayam
Ikan kembung
Ikan jaket jenisnya lain
Mereka juga yang terkecil dan terkurus
Mereka dikhas untuk banduan
Yang sama kualiti antara makanan di kamunting dengan di rumah
Hanyalah telor dan ikan masin
Kalau telor boleh dikecilkan pasti telah lama dikecilkan
Kalau ikan masin boleh dimasinkan lagi pasti akan dimasinkan semasin masinnya

Jam 2.30 pintu sel tutup hingga 4.00 ptg
Kemudian petang sampai
Buatlah apa sahaja
Jam 7 pintu ditutup kembali hingga esok jam 7 pagi

Badan dikurung pekara biasa
Ramai kita masih terpenjara
Terpenjara dalam penjara yang maha luas
Terpenjara kerana takut hilang kerja
Terpenjara kerana takut berkata benar
Terpenjara kerana ingin membodek menjadi hamba
Terpenjara kerana tidak tahu erti bebas
Terpenjara kerana selesa mengikut kata
Terpenjara kerana tidak berani melihat salah dan benar
Terpenjara kerana bila membuka pintu hati kita tidak tahu apa yang temui

Lalu tinggal dalam zon selamat
Berbondong-bondong macam tikus
Orang ke hulu dia ke hulu
Orang ke hilir dia ke hilir
Orang kata iya dia kata iya
Orang kata hah dia kata hah
Dari lahir ke liang lahad
Mengambil tempat menyibuk diri
Menghabiskan oxigen menjadi stastik negeri
Hidup macam ini lebih baik mati

Dalam penjara
Berulang-ulang berkali-kali
Tapi tak semesti nya membosankan diri
Jika telah mengenal diri sendiri
Tidak ada besi dan jeriji
Dapat menggari pemikiran bebas hakiki

nukilan tukar tiub

Majlis Taddarus MGP Perak bersama Isteri MB Perak...

Pada 17hb Sept lepas ummi diajak guru2 PASTI Bagan Datoh menyertai Taddarus Majlis Guru2 PASTI(MGP) Perak ke kediaman MB perak...

Guru2 PASTI akan bertaddarus bersama isteri MB Perak,Datin Seri Fatimah Taat...majlis diserikan lagi dengan kehadiran MB Perak di majlis penutup bersama2 AJK PASTI Perak.






Pada majlis penutup itu,Ketua MGP Perak Pn Hajjah Asmah Tukiran,telah melahirkan setinggi² kesyukuran diatas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas sehingga membolehkan guru² PASTI menggunakan kediaman rasmi MB bagi mengadakan program. Sambil mengucapkan terima kasih kepada MB,YAB Datuk Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin... beliau mengingatkan agar guru² PASTI bersedia membantu mempertahankan kerajaan sedia ada ini.

Pengarah PASTI Perak Tn.Haji Hassan Aladi telah menyatakan PASTI akan di'rebranding'kan semula pada tahun hadapan bagi menceriakan lagi PASTI dan dapat menarik perhatian ramai tak kira daripada ahli PAS ataupun bukan... ini untuk menjadikan PASTI sebagai intitusi prasekolah yg lebih cemerlang dan bertarbiyyah...sesuai dengan slogan "Melahirkan Generasi Al-Quran"

Ucapan penutup oleh MB Perak,YAB Datuk Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata..PASTI harus mengorak langkah yg lebih berani untul melahirkan anak2 yg lebih berkualiti dan berakhlak mulia.MB juga berharap PASTI boleh menerapkan bahasa lain seperti bahasa Cina dan Tamil dalam pembelajaran...ini untuk membolehkan anak bangsa kita boleh berbahasa lain selain bahasa melayu sahaja,itu adalah harapan beliau terhadap PASTI.

Majlis taddarus tersebut selesai dalam jam 1 tengahari..

ada sesape bekas pelajar PASTI tak kat sini..? angkat tangan..!

perjumpaan tertutup DSAI,TGHH danTGNA..


 KOTA BHARU, 23 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.


Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.

Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir.

sumber http://siasahdaily.blogspot.com/

Nampaknya perjumpaan tertutup ini menimbulkan banyak persoalan
- untuk apa perjumpaan itu..?
- kenapa di Kelantan..?
- mengapa sebelum 24hb sept...?
- lagi ?????...jeng..jeng..jeng...

Monday, September 22, 2008

Teresa Kok mohon maaf...

Hari ni 22hb. September, 2009 dalam TV3, Ahli Parlimen Seputih YB Teresa Kok telah memohon maaf atas keterlanjurannya dalam berkata-kata ketika beliau memberi respon keatas kualiti makanan semasa beliau ditahan dibawah akta zalim ISA.

Sebagai menunaikan janji saya dalam artikel sebelumnya maka saya dengan ini menarik balik dan menghentikan dengan serta-merta kempen gambar YB Teresa Kok yang diterlabikkan...

Untuk YB Teresa Kok, I salute you sebab pantas mengakui kesilapan.

Terima kasih kerana prihatin pada "kami" yang berada dibawah & teruskan perjuangan anda.kami akan sentiasa bersama-sama merka yang menentang kemungkaran..!

YB UMNO/BN ada ke yang berani mintak maaf kalau buat silap??? Khak Ptuih..! (DNA ni khas untuk orang-orang UMNO/BN) - Perisik Rakyat

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pepatah melayu ada berkata..."terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata badan binasa..." begitulah yg terjadi kepada YB Teresa Kok ni...bila beliau mengatakan jaudah nasi, telur rebus dan sepotong dua timun sebagai makanan anjing....

kenyataan ini sedikit sebanyak menyebabkan sesetengah kita terasa terhina kerana makanan tersebut kita selalu makan dan beliau menyamakan pulak dengan makanan seekor binatang...hina sungguh taraf nasi,telur rebus dan timun ni ye (telur rebus dgn timun selalu kita makan dengan nasi lemak weh)...sehingga menyebabkan terbitnya kempen terbalikkan gambar Teresa Kok...

Namun setelah suara2 yg membantah kenyataan Teresa Kok ini...mau juga dia memohon maaf dengan keterlanjuran kata2 dia yg lantang tu...betul juga kata si topeng_perak -->"
YB UMNO/BN ada ke yang berani mintak maaf kalau buat silap??? " jawab sendiri ye...


ceramah Badar al-Qubra polis bersikap biadap...!!

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh)-Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

ImageSemasa kejadian semalam, pasukan keselamatan seolah ingin menimbulkan suasana tegang dengan bertindak menghalang Ustaz Hafiz daripada teruskan ceramahnya yang baru bermula lima minit.

"Keadaan boleh tegang lagi sekiranya Unit Amal tidak mengawal keadaan apabila menghalang kemasukan secara beramai-ramai pasukan polis termasuk Polis Bantuan yang berbaris di hadapan pentas. Mereka juga menghalau semua hadirin yang duduk di atas padang, " kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

ImageBukan itu sahaja malahan menangkap seorang ahli yang cuba mengawal P.A System daripada di rampas oleh polis juga satu tindakan yang tidak beradab.

Menjawab pertanyaan adakah Dewan Pemuda PAS Negeri lemah menghadapi senario itu beliau menambah, tidak sama sekali bahkan berjanji akan mengadakan ceramah yang lebih besar di tapak penubuhan PAS sejak 1951 itu.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sampai pada pukul 9.45 malam cuma dibenarkan berucap setengah jam sahaja setelah polis berbincang dengan urusetia program.

Sementara itu, Sanusi yang ditahan di Balai Polis Butterworth akhirnya di bebaskan pada jam 2.30 pagi dengan jaminan polis.


ummi..,
abg polis..takmo bagi rakyat marah..!! :Man07: orang kuang ajaq hang pa marah..hangpa buat takpa...di bulan ibadah macamni pun setan hangpa tak tertambat no...
camne la orang nak hormat hang pa...hang pa pon tak hormat orang...ish..ishh..ishh..!

Lawan tetap lawan....Takbirr...!!


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil