Followers

Friday, January 23, 2009

polis siasat polis..keputusannya...sshhh....!!!

" KUCHING 23 Jan. — Polis akan menyiasat kes kematian suspek curi kereta mewah A. Kugen ketika dalam tahanan polis Selasa lepas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Katanya, beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat kes tersebut secara terperinci sebelum sebarang tindakan dan keputusan dilakukan.

“Kita akan siasat, kerana saya difahamkan dia (Kugen) meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tiga penjuru pertama Ketua Polis Malaysia, Indonesia dan Brunei di sini. - Bernama "

betol kata Musa Hassan...biar polis jalankan tugas depa..yang korang bizi boody pasal apa...nanti semuanya akan 'selesai'...kita kena yakin PDRM kita adalah yang paling 'cekap' menyelesaikan kes2 yang berat dengan 'pantas' dan 'senyap'...

shhhh..!!

kepada keluarga mangsa saya merakamkan ucapan takziah...sabar sebab semuanya akan 'beres'....

usik-usik sikit...!!

sebelum ummi tido dan tutup laptop untuk malam ini..ummi pegi jenguk2 blog si mamat ekor mat kotak ni...lama dah tak jenguk rindu pulak nak baca racauan mamat ni...fuhh memang tak sangka la pulak terbit pulak nama ummi kat entri dia...tapi ummi tabik la kat dia pasal tajuk2 post dia memang class wa cakap lu...(dalam hati perut ummi gelak tak sudah..hahahah) ummi tak tau la akai dia tak cukup umor ka...atau memang dia tak cukup akai..wallahualam...

meh ummi nak senaraikan tajuk2 posting dia...korang kalau nak gelak jangan kuat2..kang orang sebelah kata hangpa lak akai senget...


ok lah..cukup takat tu aja...tu baru tajuk2 kalau korang baca entri dia lagi gelak guling2...walaupun fakta2 dia banyak yang tak masuk akai..pasai penulis dia memang tak cukup akai...hahaha lagi mau cari gadoh...

* ummi tak suka gadoh2...tapi ummi suka tengok orang gadoh2...hehehe...!!
semoga perbezaan pendapat dapt merapatkan lagi silaturrahim sesama muslim..wallahualam..

Thursday, January 22, 2009

UMNO dulu..kini dan selamanya hampeh...!!

ImageKUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - "Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan pendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman."

Demikian pendapat ahli majlis tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo dalam memperkatakan punca kekalahan parti itu di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Katanya imej sedia ada Barisan Nasional (BN) sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru.

"Imej BN hari agak kurang 'menangkap' jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum." kata Khir dalam blog peribadinya.


Dah slogan pon "DULU..KINI..DAN SELAMANYA..." sekarang baru nak perasan ke duta tempe ni...? dari dulu amno punya trademark...ada duit ada keje...takde duit boleh jalann....!!

racau sang hero...

bila BN kalah kat Kuala Terengganu..Muhyiddin kata BN kena ada 'tarikkan' untuk memikat rakyat...hang nak pakai apa pak din oii...pakai RM ka..? pakai mat kotak ka..? pakai mat racau ka..? semua tu pelingkup parti BN...BN dah macam ayam togel..tak laku seduit dah...hangpa jalan bogel pon takda sapa terliuq dah..tapi kalau hangpa nak orang jatuh suka kat hangpa senang aja...meh pakat masuk Pakatan Rakyat...gerenti hangpa mengelit-ngelit jadi pojaan...tapi takmau la jadi macam mat kotak...kejap masuk kotak kejap keluar kotak..last2 rakyat kurung hangpa dalam kotak campak dalam laut...


selepas BN kalah bertalu-talu...makin menjadi-jadi racau si Zahid...mula dengan tabika KEMAS..sekarng tak iktiraf cop dan tandatangan JKKK pulak...hang nak jadi hero sapa ni..??hera JKKP ka..? hero rakyat ka..? hero dalm pemilihan Mac nanti..? tapi yang aku nampak hang boleh jadi hero macam superman..pakai spender kat luar...nak jadi hero pon biar la semenggah sikit yoep...buat orang geli tengok mike apa yang hebat sangat...malu la yoep buat kenyataan dengan perasaan busuk hati...

misi Zahid yang nampak jelas adalah untuk memecahbelahkan rakyat perak...dia sepatutnya akur dengan pilihan rakyat...dan mandat yang telah diberikan kepada PR oleh rakyat dan Sultan Perak...kenyataan Ahmad Zahid seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah setelah melantik Menteri Besar Perak yang ke-10, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin tahun lepas.

harap2 Zahid dapat berfikir dengan lebih waras dan berlapang dada..untuk memikat rakyat bukan dengan cara bagi 'racun'..patutnya berikan 'madu'...

wallahualam...

Wednesday, January 21, 2009

Statistik PRK P36...



"Pelajaran







Mac2008 Pengundi 80,229, Melayu 70,600, Cina 8744,India 480, keluar mengundi 81.9% 65700.

Jan2009 - Keluar mengundi 79.7% 64100. penurunan 2.2% 1600. Melayu56300, Cina 6100. Sebab sukar mendapat cuti 2 kali kerana terlalu dekat dengan cuti tahun baru Cina.

Malas keluar kerana merasakan PRK kurang penting. Rimas atau berkesan dengan kempen sesuatu parti yang bertanding.

Pengundi Cina keluar mengundi 69.7% sahaja.menurun dan rendah dari purata keseluruhan sebanyak 10%. Sebab ingin dilihat low profile dalam situasi politik tempatan. Mengendurkan panggilan sebagai king maker.
Sebab 3 di atas.

Pengundi India tiada perubahan dilihat dari Mac2008. Barangkali 50%Bn,50%PR.

Calon Pas 32883,BN 30252.majoriti 2631. Nisbah undi PR52.08%:BN47.92%,majoriti 4.17%. Pas meningkat 949undi= 2.97% BN menurun 2310 undi=7.09%

Pengundi Cina undi BN 58% 3500.Pengundi Cina undi Pas 42% 2900. Pengundi Melayu undi Pas 29783 iaitu 52.9%. Pengundi Melayu undi BN 26552 iaitu 47.1%.

Pengaruh undi Pas dari Cina merosot . Tetapi diberitakan Pas menang sokongan terbuka dan kewangan dari pengundi Cina. Pengaruh undi BN dari pengundi Cina masih tinggi. Menjarakkan dari pengaruh PR sebanyak 16%.

Pengaruh undi Pas dari Melayu semakin baik dengan menjarakkan dari BN sebanyak 5%.

Kesimpulan ketara.

Pengundi Cina diberitakan memberi sokongan dan kewangan terbuka kepada Pas. Undi Melayu Pas meningkat dan meninggalkan BN sebanyak 5%. Undi Umno jelas merosot sebanyak 7.09%.

Pengajaran politik.

Umno jangan kata PR menang besar di P44 kerana itu kubu kuat Anwar.
Umno jangan kata PR menang kecil di PrkP36 tiada apa apa.
Jangan tunggu sampai tak terkata apa apa.
Umno jangan mainkan isu liwat memang tak laku.
Umno jangan mainkan isu babi memang orang tak larat nak dengar.
Umno jangan lawan Pas pakai buah silat Pas.
Umno telah menhangatkan isu hudud menyebabkan pengundi Melayu mempertahankan Pas.
Hudud telah memenangkan Pas!

p/s Pas=PR saya taip mengikut selesa.-Tranungkite

Zahid tunjuk belang...!!

Arahan berkuat kuasa serta-merta, kecuali agensi diguna sama

IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

"Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini, semalam.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Katanya, peruntukan itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran atau ditimpa bencana alam.

Mangsa terbabit juga tidak perlu memohon kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen akan turun padang untuk membantu rakyat pada peringkat bawahan.


ummi pulak nak cakap...

ummi tengok si Zahid ni makin hari makin pelik...dari sumber yang kita tahu..Zahid ni menggantikan Tajol Rosli untuk misi menwan semula rakyat Perak ni...macamana la nak berjaya Dato' Zahid oii......kalau mike wat rakyat bencikan BN...alamat mike takkan mandang le rakyat Perak nak dekat2 dengan BN tu..aje lagi meluat deme nengok perangai orang2 BN ni...ummi dah lama dah meluat..gelombang sekarang adalah rakyat bersama PR...lagi bagus la mike buat macam tu...makin tumpo ler BN akan datang...hehehe

dalam masa yang sama Zahid ni bukan nak membela rakyat Perak tapi nak mendera rakyat...kenyataan Zahid lebih kepada nak mendera rakyat kerana rakyat di negeri tidak tahu sesuatu urusan itu perlu diuruskan dengan Pusat atau negeri tetapi mereka hanya mahu segala urusan mereka berjalan lancar.

Contohnya dalam urusan anak sekolah cop atau tandatangan daripada JKKK atau Penghulu Kampung tidak diikhtiraf dan ini akan menimbulkan masalah kepada rakyat kerana terpaksa berjumpa dengan JKKP yang dilantik oleh kerajaan BN.

nampak sangat ler mike ni memang nak mendera rakyat Perak dan mahu memuaskan nafsunya kerana marah dengan sikap rakyat Perak yang telah memilih pemimpin daripada kalangan Pakatan Rakyat dan bukan dari BN...ate dah orang2 BN tak reti nak ambik hati rakyat Perak...yang deme reti mengambik duit rakyat untuk puaskan hati deme...mana aci..!!

tak mengapalah Zahid..buat le selagi anda berkuasa...kerana doa orang2 yang teraniaya akan dimakbulkan Allah...makin mike menindas rakyat..lagi rakyat menjauhkan diri...macam dialog dalam filem Ahmad Albab..." rezeki..ajal dan maut datang dari Allah..bukan dari bafak.."

dan ummi nak bagi peringatan kat Zahid..kot2 mike terlupa...PR diangkat oleh rakyat di Perak ni..dan Sultan Perak sudah perkenankan PR untuk mentadbir Perak ni...Zahid ni nak menderhaka pada Sultan Perak ke..???

wallahualam...

Tuesday, January 20, 2009

Rihanna vs mangsa Palestin...??

rihanna

atau


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan tindakan sebuah syarikat telekomunkasi terkemuka tempatan menaja dan akan turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada 13 Februari depan.

Rihanna yang terkenal dengan lagu Bad Girl dan Umbrella sebelum ini dijangka mengadakan persembahan lewat jam 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil.

Ketua Pemuda PAS WP, Kamaruzaman Mohamad berkata, Rihanna yang berkecimpung dalam genre R&B, Pop, Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam persembahannya di samping mengenakan pakaian ketat dan seksi.-malaysiakini


ummi...

ini adalah produk yahudi...lagi mau tayang kat rakyat Malaysia...??.kempen boikot produk yahudi laknatullah belum berakhir....masih berjalan...ummi takut tengah dia syok2 melalak atas pentas..dia dapat hadiah kasut macam Bush...!!

pesanan ummi untuk rakyat Malaysia yang bijaksana dan bijaksini....korang nak bagi duit korang kat Rihanna untuk tengok dia terkinja2 dan melalak kat atas pentas...atau korang nak bagi duit korang kat mangsa Palestin yang sedang terkinja2 dan melalak menyabung nyawa mengharapka n ehsan untuk meneruskan kehidupan dengan aman dan selamat...mana satu korang nak pilih...??

fikir fikirlah..!!

Monday, January 19, 2009

Tahniah dan Terima kasih...

Disebabkan kepenatan dan kegembiraan yang amt sangat sampai tak tau nak tulis apa...walau bagaimanapun ummi ingin mengucapkan TAHNIAH kepada warga Kuala Terengganu kerana mendapat ahli parlimen yang mesra rakyat...TAHNIAH kepada para petugas PR kerana menyumbang tenaga untuk memastikan PAS/PR dapat menambah kerusi di parlimen...TANHIAH...TAHNIAH..!!

Bagi BN..jangan sedih adat pertandingan ada kalah..ada menang...PRU13 cuba lagi...cayou..cayou..!! TAHNIAH juga pada petugas BN kerana memberi laluan mudah pada PR menambah kerusi parlimen...terima kasehhhh..!!

Sunday, January 18, 2009

BN berkokok nada sumbang..!!

UMNO/BN


dulu
http://pouleornement.free.fr/races/serama/photos/blkbrown.jpg

kokokkannya seperti amanat yang tidak boleh disanggah...
kokokkannya adalah keramat...
kokokkannya tiada yang shumbang..
kokokkannya menggegarkan dunia...
setiap langkahnya sentiasa jadi perhatian...
setiap langkah adalah bak pahlawan...


sekarang
http://images.erryocha.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SB6AEAoKCrEAAHN19aQ1/ayam_kampung1.JPG?et=uZLXkKOpZIOU3t6f7dT94Q&nmid=&nmid=94449743&nmid=94449743




BN dah macam ayam ni...
setiap kali berkokok dah takde nada..
kokokkannya membingitkan....
apa saja yang dibuat hanya membogelkan diri sendiri...
langkahnya penuh sumbang..
setiap gerak geri penuh dusta....

yang lain2..korang tafsir lah sendiri..
BN dah tiada nilai...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil