

Oleh ulitmayang
"
- Pertama , “….beliau telah diarahkan hadir....“ .
- Kedua , “.....menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu…..”.
- Ketiga , “....enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian......“.
- Keempat , “.....beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.....“ .
- Kelima, “....."Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".....“.
- Keenam, “....Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu"....“.
- Ketujuh, ....."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,".....“
UlasanDaripada petikan dari berita di bawah mengikut cerita dia [ sekiranya cerita ini betul2 betul ] , dia jadi ahli umno , kerana “SEBAB – SEBAB TERTENTU“ ."
Saya rasa dan percaya , serta mengikut syak di hati ini , Tuan Imam Ramlang Porigi adalah orang PAS atau PKR
i]
Mengikut kenyataannya , beliau diarahkan hadir pada masa sumpah laknat saiful
Maknanya , dia tidak terlibat dalam perancangan awal.
Tiba- tiba saja dikehendaki hadhir.
Itu saja
Kalau dah ada perancangan awal & dia terlibat daripada awal2 nya lagi , kesilapan2 , ketidakpatuhan kepada kaedah , peraturan , dan syarat2 sumpah , tidak akan terjadi, tetapi ianya sudah beraku
ii]
Tindakan beliau “MENEGUR” kesilapan saiful , sedikit sebanyak menunjukkan beliau masih menjaga agamanya , imamnya dan kepercayaannya.
Ianya berlaku secara ‘nature’ , bersahaja , dan kebetulan saja
kalau lah ia terlibat , & sama2 merancang , kesilapan itu tidak perlu lah dan tidak akan ditegur
Dengan menegur telah menampakkan beliau tidak bersetuju dengan “kesilapan’ tersebut.
Kalau kesilapan sebutan ditegur , dalam keadaan majlis tersebut dirakam dan disiarkan oleh TV , menunjukkan adanya keikhlasan di hati nya , bagi menjaga adab , tertib dan kaedah sumpah , walaupun skrip asal arahan „“orang – orang“ tetentu tidak ada ditangan nya.
iii]
Kalau lah , yang hadhir pada hari tersebut adalah Datuk Firdaus Ismail ,atau Dr Masitah Ibrahim , maka sekiranya kesilapan itu berlaku seperti mana yang telah terjadi , maka ianya akan dibiarkan begitu sahaja , kerana ianya dikhuatiri akan merosakkan perancangan jahat tesebut.
Bagi mereka ini , apa perlunya menjaga agama ?
Biar agama hancur , jangan komplot dan majlis ini cacat.
Sebab itu dikatakan melacur dihalalkan sekiranya darurat.
Pengajaran
Sebenarnya , cerita ni banyak berlaku di kalangan kontraktor - kontraktor , yang terpaksa isi borang ahli umno, untuk cari makan , kalau tidak soruuuuuuu projek.
Begitu juga dengan banyak lagi golongan manusia di Malaysia ini , yang terpaksa „“MENJADI“ ahli umno , demi untuk kelangsungan hidup , seperti penjawat awam yang mula kerja , juga ada semasa temuduga disyaratkan menjadi ahli umno , begitu juga semasa naik pangkat , juga di kalangan penerima subsidi kerajaan , seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat , Amanah Ikhtiar , dan lain – lain .
Bahkan untuk mendapatkan pinjaman bank , juga disyaratkan menjadi ahli umno. Kalau tak percaya , cuba lah sendiri.
Betul ke ahli umno 3.3 juta orang ?Sebaik saja Putrajaya berjaya diambil alih , insyaallah , bilangan atau angka ini akan merudum , mungkin tinggal setakat 300 hingga 500 ribu orang sahaja.
Tak Percaya Ke ?
Sebenarnya dalam umno sekarang ini , angka 3.3 juta itu , bukan lah satu angka yang betul2 “ahli“ sebenarnyaIanya termasuklah orang – orang yang terpaksa mengisi borang ahli seperti Tuan Imam Ramlang Porigi , kontraktor – kontraktor yang nak cari makan , pelajar – pelajar yang terpaksa isi borang kerana pinjaman PTPTN , penerima bulanan kebajikan masyarakat , penjawat – penjawat awam , dan lain – lain .
Jatuhnya putrajaya , maka hilang lah trauma dan UMNOPHOBIA di kalangan orang- orang dan golongan tadi.
Tidak mustahil , mereka – mereka ini akan bertindak nekad , menjadi berani , dengan mengisytiharkan keluar umno secara beramai – ramai dan mengisi borang keahlian PAS atau PKR.
Sekiranya ini yang berlaku , umno tidak boleh lagi mendabik dada , kononnya parti mereka yang terbesar di dunia .
Yang tinggal nanti , mungkin KJ dah jadi Ketua Pemuda umno.
Mana tau , dengan keahlian tinggal hanya sekitar 300 hingga 500 ribu saja, masa tu keahlian juga dibuka kepada „“ORAN UTAN“ kat Sabah.
Idea gila KJ , biasanya Pak Mertua dia tak bantah.
Dah tak de cara lain untuk tambah ahli , apa saja asal kan angka tu tinggi.
Peringatan
i]. Topeng_Perak , harus [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana telah menerbitkan artikel paling awal tentangnya.
ii] Rakyat Malaysia juga harua [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana dah banyak mengutuk dan menghinanya
iii] Samada Topeng_Perak atau Tuan Imam Ramlang Porigi , yang benar dalam hal ini , hanya Allah yang lebih mengetahuinya.
iv] Itu lah , lain kali maklumat tu kena betul – betul disahkan betul , baru siarkan. Usul dan periksa dulu maklumat. Selidik betul – betul latarbelakang kejadian adalah betul. .
Nota
Kalau tengok betul – betul muka Tuan Imam ni , macam orang kita je.
Untuk tidak bersangka buruk , saya rasa dia ni orang PAS or PKR tapi ahli UMNO [ sebab isi borang umno kerana sebab – sebab tertentu]
Kadang – kadang tu kesian jugak kat dia , kita dah hentam dia kiri kanan , belakang depan , atas bawah.
Cerita yang betul [ mengikut Tuan Imam Ramlang Porigi ] adalah seperti dibawah.
Imam diarah hadir sumpah Saiful
Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.
Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.
Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.
Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
'Memang ahli Umno'
Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.
Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.
Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".
Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".
Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.
Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.
"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.
Tiada kaitan
Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.
Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".
Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.
Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.
Bagi ummi apa yang Topeng_Perak buat hanyalah untuk menjelaskan apa yg terselindung...niat mengorek hal Imam Ramlang ni adalah untuk kita lebih jelas dengan jalan cerita "sumpah si sayfool" ni..
sekiranya Topeng_perak tak buat kerja risik-merisik ni..(dah nama blog pun Perisik Rakyat) mungkin kita tak nampak ada kegiatan kotor sebegini yang memperalatkan ahli ugama utk kepentingan diri...
Kesimpulan yg ummi rasa dari start lagi...Ramlang Porigi ni adalah "mangsa" keadaan.. terhamburnya kata2 yang kurang enak kepada Ramlang Porigi ni disebabkan dia adalah ahli UMNO dan menjadi saksi "sumpah si sayfool"...ulasan Ulitmayang pun ada kebenarannya..seprti juga kes yang berlaku kepada SUKJ semasa di hari penamaan calon..hanya kerana pegang botol bergambar dacing beliau dimaki...
Kita tak boleh nafikan ilmu yg Ramlang Porigi miliki dan statusnya sebagai ahli ugama kerana itu memang bidang dia...cuma ummi kurang senang bila kita melihat dia sebagai ahli UMNO maka dia dihina dan dikeji...kena ingat dia bukan ahli politik..jadi senang sangat dipergunakan oleh orang2 yg berkuasa...sepatutnya kita patut mengkeji mereka2 yg mempergunakan ahli ugama sebagai alat menutup kejahilan mereka...
Disebabkan kebencian kita yg membuak2 pada UMNO/BN sehingga ada yg nak tolong Ramlang Porigi ni membetulkan fakta tak diendah dan malah menafikan langsung hak peribadi Ramlang Porigi...malang nasibmu Ramlang..dalam kes sebegini ummi penah tempuhi walaupun hanya dalam dunia cyber..kesannya cukup dalam...walaupun orang tak kenal kita..tapi nama kita dimain2kan..itu sudah cukup menghina rasanya..apatah lagi bila kita tau orang dan keluarganya..tempiasnya tetap terkena kepada mereka2 yg tak terlibat...
artikel di bawah ni ummi ambik dan harap2 dapat mengurangkan sedikit kebencian kita kepada "mangsa" UMNO/BN ini..
Tak pasal-pasal Ramlang Porigi Jadi Popular
Puncanya mudah.
Kerana terlalu marahkan Saiful Bukhari, bukan setakat Saiful Bukhari yang dimarahinya, malah saksi yang menyaksikan sumpah mubahalahnya pun turut diseret sama. Habis latarbelakang Ramlang disiasat dan dilondehkan. Kemudian beliau dikait-kaitkan dengan pelbagai andaian. Ada yang mengaitkannya sebagai sebahagian dari konspirasi.
Dikorek-korek oleh mereka, dia ini imamkah. Atau menyamar sebagai imamkah. Atau dan atau..
Oleh kerana Ramlang berasal dari Sabah yang dan menjadi pengundi Permatang Pauh, maka dikaitkan bahawa beliau dihantar dari sana ke Permatang Pauh sebagai pengundi hantu atau sebagai agen untuk menjayakan konspirasi.
Kebetulan Ramlang adalah ahli UMNO, maka macam-macam benda yang diandaikan.
Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.
Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.
Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?
Saya Kenal Ramlang
Dirinya, abangnya dan adik-adiknya cukup saya kenali. Isteri Ramlang juga saya kenal. Abang dan adik-adik isterinya juga saya cukup kenali.
Saya yakin, tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau adalah tidak benar dan tidak berasas samasekali.
Wahai kawan-kawan, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!
# janganlah kita termasuk dalam golongan yang menghina alim ulama'"Sempena kedatangan Bulan Ramadhan ini...secara peribadi ummi di sini memohon maaf kepada Ramlang Porigi dan keluarga..kerana mungkin secara tak sengaja atau sengaja telah menulis atau mengkomen yg kurang enak terhadap Ramlang Porigi...Maaf Zahir Batin"
~wallahualam~
Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut.
Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Jika BPR gagal memohon maaf, Mohamad Nizar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap badan itu bagi membersihkan nama mereka serta kerajaan negeri.
Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin (foto kanan) kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".
Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.
Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.
Nafi bermotif politik
Keenam-enam individu yang ditahan BPR itu didakwa oleh badan itu meminta rasuah wang dan seks daripada seorang ahli perniagaan untuk mempercepatkan permohonan bagi projek perumahan tersebut.
Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.
Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.
BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.
BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding di Permatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. Di Perak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.
Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.
Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .
Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK telah memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.
Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili. Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.
Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan kepada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.
Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu. Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.
Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel di Pulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.
Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.
Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk ke Permatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus ke Permatang Pauh bersendirian.
Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili d iKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja di mana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.
Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap di bilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku di Kluang Cafe, Ipoh raya, di depan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.
Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.
Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.
Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik ke Ipoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan. Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.
Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.
Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret. Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?
Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!
Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.
Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.
sumber PerakExpress
Hari ini ummi cuba nak bawak sedikit peringatan kepada kawan2 semua...dalam kita makin ghairah dan bersemangat dengan apa yg sedang berlaku di negara kita...lepas satu..satu kita dihidangkan dengan bermacam-macam kerenah,isu,kejutan,konspirasi dan macam2 lagi...mungkin kita dah terlepas pandang,dengan masalah sebenar yg melanda negara kita...dengan isu moral,sosial,ekonomi,jenayah,ugama dan segala macam masalah yg belum lagi dapat diatasi..
apa yg sebenarnya yg kita hendak dalam hidup kita..? keamanan,kesejahteraan, kemakmuran dan ketenteraman jiwa supaya kita enak beribadah dan tenang menjalani hidup...kerana hidup mati kita hanya kerana Allah Taala...kita mengharapkan macam2 yg elok2 untuk waris2 kita kelak..supaya mereka2 ni hidup dalam keadaan yg sempurna dan selamat...tapi mampukah kita hanya melihat dan berdiam diri tanpa berusaha..??
Ada setengah golongan yg hanya melihat keadaan sekarang ini sebagai bukan tanggungjawab mereka..lebih suka mengambil tindakan tidak mau campur atas alasan tidak mahu subahat..tapi lupakah kita di akhirat nanti ada soalan yang akan diajukan kepada kita..."Apakah sumbangan kamu terhadap ugama kamu..??" apa jawapan kita..??terbela dan terjaminkah waris kita kalau hanya berdiam diri..sekarang bukan zaman "jangan jaga tepi kain orang" kalau nak waris kita dalam lingkungan selamat sejahtera..cuma jangan masuk dalam kain orang atau selak kain orang..kalau tak penampor lak dapat..
mari ummi kasi contoh...ada 2 orang hamba Allah yg ingin meratakan sebuah bukit..seorang menggunakan cangkul dan seorang hanya berharap agar bukit tu rata tanpa berbuat apa2...siapakah yang dapat merubahkan rupa bentuk bukit tersebut..?? jadinya tak cukup hanya sekadar mengharap kalau tidak berserta dengan usaha..walaupun sebesar zarah usaha kita Allah akan menilainya..kerana janji Allah itu pasti..setiap apa yg kita buat ,baik yg buruk atau yg baik pasti ada balasan dan ganjaran..
mari kita sama2 renungkan adakah zaman kita ni dah semakin dekat dengan akhir zaman..??
Di antara tanda-tanda kiamat:
“ | Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari | ” |
“ | "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim | ” |
“ | Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah | ” |
“ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. | ” |
“ | Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim | ” |
“ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad | ” |
“ | Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani | ” |
“ | "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad | ” |
“ | Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." | ” |
“ | Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani | ” |
“ | Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim | ” |
“ | Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad | ” |
“ | Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim | ” |
“ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari | ” |
“ | Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai | ” |
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
“ | Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi | ” |
-hadis bawah-
-hadis bawah-
-hadis bawah-
“ | Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad | ” |
“ | Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad | ” |
“ | Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. | ” |
“ | Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah | ” |
“ | "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim | ” |
“ | "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari | ” |
-hadis bawah-
“ | Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. | ” |
Cerita ni dapat dari blog Tok Ghimau perhatikan dengan teliti betapa dia seorang insan yg teraniaya mengharapkan keadilan dari Tuhannya....
tapi malang menyebut nama Penciptanya pun salah...ini menunjukkan insan ini hanya mengingati Penciptanya ketika bermasalah sahaja..
sebagai hamba kita wajib mengingati Pencipta kita setiap kali nafas berhembus...
wallahualam
from sai7ul@gmail.com
to xxxxxx
date Sun, Jun 29, 2008 at 1:52 AM
Salam,Atas nama Allah s.a.w saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh DS Anwar Ibrahim.Allah s.a.w telah memberi saya kekuatan untuk bangkit dari ketakutan bagi menentang orang Munafik ini.Saya sanggup korbankan seluruh masa depan saya Demi Allah, Agama, Negara dan Bangsaku.
Pendapat mereka2 yg arif mengenai Muhabahalah
- 1. Mufti Perlis: Pegang Al Quran masa sumpah salah tapi lafaz sumpah sah.
- 2. Haron Din persoal sumpah libatkan keturunan.
- 3. Ulama Pulau Pinang tolak sumpah Saiful, mahu Mahkamah Syariah dengar kes liwat.
- 4. Dr. Haron Din: Sumpah "muhabahalah" ini yang sepatutnya dilakukan oleh DSAI iaitu orang yang kena tuduh.
- 5. Datuk Seri Abd. Hadi Awang: Li'an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri. "Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah.
- 6. Peguam Syarie: Saiful harus kemuka keterangan di mahkamah, bukan di publik.
- 7. Sumpah Saiful tidak tiru cara Kristian - Mufti Wilayah Persekutuan.
- 8. Muhyiddin: Tiada pihak boleh manipulasi lafaz sumpah.
- 9. Najib: Terpulang kepada umat Islam menilai sumpah Saiful.
- 10. Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar.
- 11. Mahathir cabar Anwar turuti langkah Saiful bersumpah
- 12. Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
sumber dari kulatlapok