Followers

Saturday, July 18, 2009

Sah Dr.Chua Jui Meng masuk PKR...

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
Turut mengumumkan masuk PKR ialah bekas senator David Yeo, juga dari MCA.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5XADuH-nYbS3DxFLLyuQu0ihMKydwwyl6Lj7trp29lcN0AzSJpsQUiuj5DnU3LPcLgOHC4kjyt4BCxrn4_1yQA8WiNUWRM9b2Uv2k9i10offeCXbjfXAGQ0O-ELFMU9z3UuuItWAY7v71/s400/pf_01_big.jpg
nak ucapkan apa ye...Tahniah...? selamat datang..? macam kacang lupakan kulit..?? ala..tak heran..? 
apakah ini merupakan satu fenomena baru dalam dunia politik tanah air..? akan bermulakah acara berpindah parti..? apa yang sedang berlaku di dalam barisan nasional sehingga ada yang meninggalkan satu pakatan yang cukup serba serbi kelebihan...kemewahan..kekuasaan..kehebatan...apa yang kurang dalam barisan nasional..??macam2 ada..!!
muhasabah diri..baik pada BN mahupun PR...BN akan mula kehilangan pengikut...PR akan memperolehi dugaan demi dugaan..!!

selarikah slogan dengan tindakan mereka..??

"Lebih kurang enam anggota Polis pegang kaki dan tangan saya dan cuba menarik saya ke dalam kereta polis, saya jatuh dan mereka heret saya di atas jalan raya.
Akibatnya saya mengalami luka, sakit di bahagain kaki dan baju dan seluar saya koyak,"
“Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah,”
Turut ditangkap: Lu Chuan Boon , pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila enggan beredar dan bertindak duduk di situ.
Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.
ADUN Rawang, Gan Pei Nee dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu.
Orang ramai menjerit “polis ganas” ketika dia dibawa dari situ.
Tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar – kedua-duanya dari Pakatan Rakyat – ditahan polis di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.
Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.


Di atas adalah pengakuan mangsa2 SPRM dan pihak polis...apakah masih dapat kita meletakkan kepercayaan terhadap pihak yang ditugaskan menjaga keselamatan rakyat dan pemimpin..? tapi yang kita dapat lihat keistimewaan itu hanya kepada sebahagian pihak saja...hanya mereka yang punya kekebalan dilayan sebaik2nya..walaupun dia sudah terang2 orang yang merbahaya...perosak negara..penindas ..tetapi mereka ini dilayan seperti seorang yang raja....nyamuk pun tak boleh dekat..

rakyat memerlukan pelindung bukan pendera..bdan pencegah rasuh sepatutnya satu badan yang bebas..begitu juga dgn pihak keselamatan..tidak sepatutnya memihak kepada satu pihak...kerana keselamatan diperlukan oleh semua orang..tak kira pemimpin..pemerinah ataupun rakyat..kenapa perlu bersikap pilih kasih..kalau kita tengok slogan polis punya la cantik..tapi perkhidmatan tak secantik slogan..

mari kita nilai antara slogan dengan tindakan mereka...

Slogan PDRM


Tegas, Adil dan Berhemah
TEGAS : Sebagai pasukan penguat kuasa kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, setiap pegawai dan anggota yang terdedah kepada kepelbagaian masyarakat, wajib memiliki sikap tegas, diperlihat dan diamalkan serta pada masa sama ketegasan tersebut diasaskan kepada pengetahuan mendalam kepada undang-undang itu sendiri.

ADIL : Menyedari peranannya menjunjung nilai-nilai murni sebagai tonggak etika kepolisan dan integriti, sifat adil akan diamalkan secara tekad dan telus dalam setiap penyiasatan, pencegahan dan gerakan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama.

BERHEMAH : Kedua-dua sifat dan sikap terdahulu iaitu tegas dan adil akhirnya akan menghasilkan pasukan polis yang beradab, saling menghormati dan mempercayai. Persepsi masyarakat terhadap kecekapan dan keberkesanan setiap tindakan dan keputusan akan diperakui dengan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan polis.


tapi hakikatnya...bukan nak pukul semua anggota PDRM...tapi sapa makan cili dia terasa pedas...cumanya sekarang ini..rakyat memandang di belakang PDRM adalah parti BN khususnya amno..jadi nak salahkan sapa bila rakyat menilai begitu..??

meh kita nilai SPRM lak...

Amanah...Tegas...Adil...

Amanah
Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Tegas
Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.
Adil
Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.


Hakikatnya....
kita takkan mengata kalau mereka betul2 bertindak seperti yang termaktub dalam moto/slogan mereka...sekarang rakyat pandang mereka seperti alat kepada satu2 pihak..jangan sampai rakyat hilang kepercayaan terhadap pihak berkuasa..masa itu ummi takut pihak 'berkuasa' jadi tak 'berkuasa'..ummi bukan tuduh semua..tapi sapa makan cili dia terasa pedas...

fifkir2lah..renung2kan...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAxUo2AekIWsSAiQujyBz04S4ffher7wmT1CJigGy_vip5ccYkWC8yBZ42Ic1vobbd_EAkwZoiWC4P7blL1GYMo7Gjwt2ri3g1RuZ9f9TmfyIIyVNayo2-eVVZfTk5ipO7MXHQovQo-dA/s1600/sprm.umno.jpg



Friday, July 17, 2009

nasib rakyat Malaysia di pintu 'neraka'..

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.

Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.

Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik

SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.

Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.

Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.

SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!

Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.

Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.

Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.

Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.

Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.

Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

betul ke SPRM macam ini..??



JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.

Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.

Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.

“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.

“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.

“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.

“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.

“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya. (KedahLanie)

apa sebenarnya yang berlaku pada Teo ..??

Kematian SetPol exco Selangor ini menimbulkan banyak tandatanya...antara terjatuh dan dijatuhkan..kalau nak kata bunuh diri macam tak sesuai...kalau tengok dari keadaan mangsa semasa di pejabat SPRM ..tiada tanda seperti orang nak bunuh diri...wajah dia tenang aje..tidak menampakkan dia dalam keadaan yang tertekan...dia juga dikatakan akan mendaftarkan perkawninannya pada esok hari...bermakna tiada dalam perancangan untuk dia bunuh diri...seluruh negara terperanjat dengan "kes pertama kematian dalam tahanan SPRM" itu.
Menurut Mohd. Shukri, sebelum dibenarkan pulang, Beng Hock berjanji untuk ke pejabat SPRM pagi ini bagi menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.
Katanya, ruang tamu SPRM tidak dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau menjelaskan, semasa percakapannya dirakam Beng Hock tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM.

Teo kehilangan nyawa diantara selepas jam 6.00 hingga 1.30 tgh....siapa yang dia jumpa dalam waktu itu..apa yang dia buat dalam waktu itu..?apa yang berlaku diantara waktu itu...? siapa yang nak jawab soalan ni..??
di bawah ni gambar yang telah diambil oleh blogger Semut dan Papan Kekunci di tempat kejadian malam tadi..terima kasih pada semut yang berusaha mencari bahan untuk tatapan ramai..
 Setibanya gua di tempat kejadian, Plaza Masalam sesak teruk. Nasib baik gua berjaya dapat parking port cantik tiada gangguan hasil dari pengalaman gua pernah bekerja di kompleks ini selama 2 tahun pada satu masa dahulu.

Gua terus menangkap gambar bukti yang Pejabat SPRM berada di tingkat 14.

Tingkat 14, yang ada lampu menyala kat atas tu. Mayat ditemui di bawah. Gua diberitahu oleh suara suara angin yang mayat masih berada di tempat kejadian. Dan ahli keluarga serta pemimpin pemimpin pakatan masih tidak dibenarkan masuk untuk melihat.

Geng geng forensik yang gua perati tak macam CSI langsung. Sembang sembang, sengih, sembang sembang, sengih, kejap hilang, kejap muncul. Gua syak diorang curi curi hisap rokok.

Drivernya mula mula pandang kerek dekat gua buat gaya macam nak tangkap. Tapi gua selamba 'tangkap' gambar dia dulu. Lepas tu dia blah. Mungkin pergi mengadu pada pihak atasan.

Lilin yang dipasang secara sukarela oleh orang ramai yang hadir.

Gua tak tolong susun lilin. Tapi gua tolong nyalakan balik lilin yang padam ditiup angin.

Ahli keluarga mendiang dikerumuni wartawan bebas dan orang ramai. Tapi gua tak dengar apa sebab suasana bising dengan bunyi ringtone yang bukan bukan dan suara orang bersembang di sekeliling. Gua lepak luar balik tenangkan fikiran.

Gua dapat feel yang raya dah makin dekat masa snap gambar nih. Haih.

Ya, gua datang pun sebab nak tau kenapa.

Ketibaan Menteri Besar Selangor. Gua tak dengar apa dia cakap sebab slow sangat. Sponsor la speaker time macam ni.

Lexus yang pernah dijadikan isu oleh si lanun Khir Toyo satu ketika dahulu.

Polis buat muka anj!&*% macam biasa biasa. Tapi selamba gua pegi depan tangkap gambar.

MACC = SPRM = Umno = Pembunuh

Teoh Beng Hock. Damailah.

Suasana muram ketika balik. Tapi masih ramai yang belum mahu bersurai kerana mereka dahagakan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab.

Thursday, July 16, 2009

Misteri kematian SetPol exco Selangor..

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.


(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan berseluar putih.Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

sumber malaysiakini

Takziah buat keluarga Teo...

jom semak arah kiblat..

 http://thecahyo.files.wordpress.com/2008/12/halo1.jpg

Pada hari ini 16 Julai 2009 (khamis) semua umat Islam di Malaysia berperluang menyemak arah kiblat di rumah sendiri, masjid, surau ataupun tempat - tempat solat yang lain.

ISTIWA 'AZAM

Istiwa 'Azam ini bermaksud fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit kaabah ketika melintasinya. Fenomena ini hanya berlaku 2 kali setahun iaitu :

1. Pada 28 Mei ( jam 5.16 petang )
2. Pada 16 Julai ( jam 5.28 petang )

Cumanya anda jangan keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya atau mungkin untuk sekadar kajian. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)

media oh..media..cuba la adil sikit...



Tersurat....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQvJI0zGk8AnZbE6vQNOg7f1k-t-qyUimdPHQMeLNrD5bTGZ8XPVssH1jV4d6zGM1P4B88hqs90Tn6uFQd84y1BI3eTOsU8SpMxs4s2NmZ472T0dK8WFk3TkBJiPDxMFGlnlMrGQLbkvy6/s320/puterr.JPG

MANEK URAI 14 Julai 2009 - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN.

Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejdian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan.



yang tersiratnya..petugas PAS cedera lebih parah dari Puteri amno...tapi kecohnya macam biji mata terkeluar... wartawan arus media perdana..sibuk la keluarkan cerita Puteri cedera...citt cedera tak keluar darah pun...


amno dok buat provokasi media senyap sunyi aje...bisu seribu bahasa...tapi kalau PAS yang mula..kepoh satu malaya...media arus perdana yang hampeh..!!



  



 

pertemuan Sultan-Najib sebagai kesilapan amat besar.

Oleh: DZULKARNAIN TAIB
[20090714183749_nh%20chan%20muka%208.jpg]

Langkah Perdana Menteri Najib Razak mengadap Sultan Azlan 5 Februari lau merupakan titik hitam dalam sejarah politik Perak yang telah mencetuskan krisis terburuk negeri itu yang didalangi oleh Umno-Barisan Nasional.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dalam temuramah eksklusif bersama Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada majlis pelancaran buku beliau, "How To Judge The Judges (Bagaimana menghakimi hakim)" edisi kedua di Ipoh baru-baru ini menyifatkan pertemuan Sultan-Najib sebagai kesilapan amat besar.

Berikut sedutan wawancara dengan NH Chan mengenai keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap salah dan tidak mengikut Perlembagaan serta kupasan berhubung kemelut politik Perak.
DT: Mengapa, pada pandangan Datuk bekas-bekas hakim yang lain berdiam diri dan tidak menyuarakan pendapat mereka berhubung keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang dilihat sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Negara?

NH: Bagaimana mereka hendak memberi respons kerana apa yang saya katakan ialah mengapa hakim-hakim tersebut membuat penghakiman yang bukan berlandaskan undang-undang.

Saya tidak fikir mereka mampu memberi komen. Hanya satu sahaja cara mereka boleh memberi pendapat iaitu dengan mengatakan "saya hakim dan boleh buat apa saja yang saya suka.

Saya mentafsir undang-undang dan saya tidak perlu menurutnya". Mereka boleh berkata begitu tetapi bagaimana mereka membuat tafsiran kepada sesuatu yang sudah amat jelas maksudnya.

Bolehkah mereka berhujah,"jika perkara itu tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah ia membawa maksud ia boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah?" (merujuk kepada kuasa dan keputusan Speaker yang tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah). Kalau mereka buat juga tafsiran sedemikian mereka akan memperbodohkan diri sendiri.

DT: Sampai bila rakyat boleh menerima keputusan hakim yang jelas tidak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

NH:Pada masa sekarang mereka tidak lagi boleh lari daripada kritikan dan penelitian rakyat terhadap segala penghakiman mereka yang tidak mengikut lunas undang-undang yang betul.

Pada satu ketika dahulu tidak ada siapa dikalangan bekas hakim mahu menerangkan mengenai undang-undang kepada masyarakat umum. Umpamanya kalau masyarakat membaca mengenai sesuatu keputusan hakim dalam akhbar mereka tidak akan tahu sama ada penghakiman itu betul atau salah.

Mereka akan beranggapan ianya betul kerana datang daripada seorang hakim. Apa yang saya lakukan sekarang ialah saya akan berkata keputusan itu adalah daripada hakim tetapi perlembagaan mengatakan sesuatu yang lain daripada apa yang diputuskan oleh hakim berkenaan.

DT:Apakah yang menyebabkan Datuk bersungguh-sungguh mahu menerangkan mengenai Perlembagaan kepada masyarakat?

NH:Saya tidak berniat berbuat demikian pada mulanya tetapi sahabat saya, Ngan Siong Hing, meminta saya menulis mengenai badan kehakiman. Saya menjawab apa lagi yang hendak ditulis mengenai badan kehakiman.

Bagaimana saya hendak menulis berhubung sesuatu yang sudah jelas kepada semua orang. Sahabat saya itu menjawab, "apa yang jelas pada anda mungkin tidak jelas kepada kami sebab kami orang awam sentiasa berfikir terdapat sesuatu yang misteri mengenai keputusan-keputusan hakim.

Kami fikir ada semacam aura mengenai peribadi hakim yang menyebabkan mereka tidak boleh dipertikaikan". Saya menjawab hakim-hakim juga adalah manusia biasa, mereka melakukan kesilapan.

Walau bagaimanapun hakim seperti Augustine Paul mengeluarkan penghakiman bertulis yang tidak kena mengena dengan isu yang dibicarakan. Hakim seperti beliau boleh menulis panjang lebar mengenai perkara-perkara mengarut (gobbledegook) tanpa orang awam mengetahuinya.

Saya meminta akhbar media perdana menyiarkan artikel saya tetapi tidak satu pun mahu menerima. Apabila ia disiarkan dalam internet, tidak semena-mena saya jadi popular.

DT: Faktor apa yang mendorong Datuk mula menulis mengenai keputusan-keputusan hakim yang dianggap bercanggah dengan Perlembagaan?

NH:Saya rasa ia bermula dengan krisis politik Perak. Saya melihat dan membaca dalam akhbar ramai pihak seperti profesor undang-undang, peguam menulis mengenai perkara tersebut tetapi kebanyakannya bersilang pendapat antara satu sama lain.

Saya mula berfikir sama ada mereka telah membaca dan mendapati apa yang dikatakan dalam Perlembagaan dan apa yang mereka debatkan adalah berbeza.

Jadi apabila saya menulis buat kali pertama saya berpendapat itulah untuk kali pertama dan terakhir tetapi saya dihujani dengan permintaan supaya saya terus menerangkan kepada orang ramai apa yang mereka tidak faham mengenai keputusan hakim.

Sebagai manusia rakyat boleh rasakan sesuatu tidak kena apabila hakim membuat penghakiman yang salah walaupun mereka tidak tahu di mana kesilapan itu kerana mereka bukan peguam.

Saya pun berfikir sekiranya saya boleh terangkan bahawa undang-undang sebenarnya bukanlah sulit tetapi mudah maka orang ramai akan memahaminya dengan senang.
DT:Adakah Datuk berpendapat bekas-bekas hakim yang lain juga patut memainkan peranan yang sama sekiranya mereka berpendapat ada penghakiman yang salah?

NH:Untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu penghakiman, seseorang itu perlu tahu apa yang diperkatakannya. Kalau sesuatu salah dihuraikan maka akan hilanglah kredibiliti dalam sekelip mata.

Sebelum saya memberi komen saya akan meneliti dahulu permasalahannya dan meneliti jawapan saya beberapa kali. Dengan cara itu kredibiliti saya tidak terjejas.

Kebanyakan bekas hakim tidak tahu apa hendak buat kerana negara ini mempunyai Akta Hasutan; kalau silap cakap atau tulis diri akan menjadi susah. Mujur orang seperti saya dan sahabat saya, (Datuk Gopal) Sri Ram arif mengenai undang-undang secara mendalam dan kami tahu apa yang kami katakan dan mampu mempertahankan kenyataan kami.

DT:Apakah contoh kes di mana enam orang hakim yang Datuk telah dikenalpasti gagal melaksanakan undang-undang menurut Perlembagaan terlibat secara langsung?

NH:Terdapat satu penghakiman lisan Mahkamah Persekutuan berkaitan krisis Perak yang mana saya telah mengkritiknya. Setelah penghakiman bertulis dikeluarkan ia lebih teruk daripada penghakiman lisan terdahulunya. Semasa saya melancarkan buku saya ("How To Judge The Judges", edisi kedua) saya mengatakan apa yang perlu saya lakukan ialah menjelaskan undang-undang secara mudah difahami; orang awam akan faham apa yang diputuskan oleh hakim dan apakah undang-undang yang diperkatakan itu. Selepas itu anda sendiri akan mampu menghakimi hakim.

Seseorang hakim itu perlu melaksanakan keadilan menurut undang-undang. Beliau tidak boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan undang-undang. Kalau seorang hakim melakukannya jua, lebih baik kita buang sahaja undang-undang yang ada.

DT:Adakah mudah bagi orang awam untuk menghakimi hakim?

NH:Apabila kita memahami undang-undang akan mudahlah menghakimi seseorang hakim itu. Dalam Internet semua orang sekarang menilai hakim walaupun mereka belum membaca buku saya. Tugas saya hanya menjelaskan undang-undang dalam bahasa yang mudah difahami dan selepas terpulang kepada pembaca.

Jika para hakim tidak mahu mengikut undang-undang, saya akan memberi penjelasan apa kepada orang ramai apakah undang-undang yang sebenar supaya mereka boleh membuat penilaian samada hakim itu mengikut undang-undang atau tidak. Tugas seorang hakim hanya melaksanakan keadilan menurut undang-undang, itu sahaja.

DT:Apakah kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak lantikan Barisan Nasional sah disisi undang-undang?

NH:Speaker tidak boleh dipecat kecuali dalam tiga perkara - beliau sendiri meletak jawatan atau diturunkan daripada jawatan disebabkan perbuatan jenayah atau atas keputusan DUn sendiri. Dalam krisis Perak Speaker tidak diturunkan daripada jawatan beliau. Sekiranya mahu dilakukan DUN mesti membuat proses pengundian tetapi BN melantik calon mereka sebagai Speaker sebelum proses ini dibuat.
DT:Sekiranya Speaker lantikan BN adalah haram bagaimana pula dengan keabsahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar?

NH:Keputusan terperinci hakim Mahkamah Tinggi menjelaskan isu tersebut begitu juga Profesor Andrew Harding yang menyatakan apa yang dikatakan hakim tersebut adalah tepat dan betul. Saya pun bersetuju dengan pendapat beliau.

Apa yang dinyatakan oleh hakim itu ialah berdasarkan Artikel 16(6) pihak manakah yang layak menentukan sama ada menteri besar telah hilang majoriti dalam DUN kerana kalau dikatakan Sultan tidak ada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Pada mulanya saya sendiri berpendapat menteri besar boleh menentukan perkara ini dan dengan itu apa yang dinyatakan dalam Artikel 16(6) adalah relevan tetapi hakim Mahkamah Tinggi itu telah menunjukkan bahawa pendapat saya tersasar.

Beliau berkata tidak ada sesiapa yang boleh menentukan sama ada menteri besar telah kehilangan majoriti kecuali undi diadakan dalam Dewan. Oleh yang demikian kesalahan terbesar Najib (Razak) ialah langkah beliau pergi mengadap Sultan.

Sekiranya Najib ke Dewan sudah tentunya beliau mampu mengenepikan menteri besar ketika itu daripada jawatannya kerana Nizar (Jamaluddin) sendiri tidak tahu pada saat itu bahawa terdapat tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot.

DT:Jadi Najib telah tersilap langkah dengan mengadap Sultan Azlan?

NH:Saya bukan ahli politik tetapi dalam dunia politik atau pun peperangan kalau anda tersilap langkah anda akan terperangkap dan tidak boleh lari. Begitu juga halnya dengan Najib. Kalaulah beliau tidak mengadap Sultan semua kemelut politik kini tidak akan berlaku.

Kalaulah beliau selesaikan isu kedudukan menteri besar di DUN Perak pada ketika beliau mempunyai sokongan daripada tiga ADUN Pakatan Rakyat yang belot tersebut sudah tentu beliau akan berjaya mengenepikan Nizar sebagai menteri besar melalui undi tidak percaya.

Di sini saya bukan bercakap mengenai undang-undang tetapi berhubung taktik dan strategi. Najib telah membuat langkah politik yang salah dan kini terpaksa menanggung kesannya.
DT:Kesimpulannya apakah natijah daripada langkah Najib mengadap Sultan telah membuahkan satu kesilapan politik yang amat besar dan kesan yang mendalam?

NH:Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan sudah tentu arif bahawa sekiranya baginda mahu membuat keputusan baginda tidak boleh berjumpa dengan satu pihak sahaja.

Sekiranya sebelah pihak sahaja mahu mengadap Sultan, baginda perlu bertegas dan mengatakan sebelah pihak lagi juga perlu ada bersama semasa mengadap. Baginda sepatutnya menerima kedua-dua pihak mengadap pada masa yang sama.

Sekiranya baginda menerima mengadap sebelah pihak sahaja maka rakyat akan mempunyai tanggapan bahawa Sultan telah dipengaruhi oleh Najib. Sama ada betul atau tidak Najib mempengaruhi Sultan adalah tidak penting kerana tanggapan rakyat itu lebih mustahak.

Jikalau seorang ahli politik membuat kesilapan taktikal dan kesilapan itu boleh dihidu oleh orang awam maka jika saya menjelaskan mengenai isu ini rakyat juga boleh memahaminya. Semua orang mampu menilai sama ada sesuatu yang terjadi itu betul atau salah. Sekiranya seseorang itu telah membuat kesalahan kita akan tahu dia telah melakukan kesalahan.

DT:Adakah Zambry takut beliau akan kalah sekiranya DUN Perak dibubarkan?

NH:Saya rasa semua pihak bersetuju bahawa sekiranya pilihan raya baru diadakan di Perak BN akan kalah teruk.
DT:Mengapa BN masih terus mahu menindas dan menafikan hak rakyat Perak untuk mempunyai kerajaan pilihan mereka?

NH:Saya pun tidak tahu mengapa tetapi mungkin mempunyai niat untuk membunuh diri. Seseorang itu tahu dia akan mati jika menyerang musuhnya tetapi kalau ia melakukannya juga ini bermakna dia mahu membubuh diri secara kamikaze.
DT:Pada pandangan Datuk mengapa Sultan mengambil keputusan untuk tidak perkenankan permintaan Nizar supaya DUN dibubarkan?

NH:Saya tidak tahu apa yang berlegar dalam fikiran baginda atau motif disebalik keputusan itu.Walau bagaimanapun tindakan membenarkan Najib mengadap tanpa juga kehadiran Nizar menyebabkan rakyat beranggapan Najib telah mempengaruhi Sultan.

Mungkin juga setelah seseorang hakim itu telah lama pencen daripada perkhidmatan dia akan lupa. Mungkin dia lupa mengenai undang-undang. Ada yang mengatakan kalau kita sudah tua kita akan nyanyuk dan lupa banyak perkara.

Sekarang saya mampu lagi mengingati apa yang saya tulis dalam buku saya tetapi kalau anda tanya saya lima tahun dari sekarang saya mungkin tidak ingat lagi. Mungkin saya tidak ingat lagi apa yang telah saya tulis.
DT:Pada pandangan Datuk apakah langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Perak?

NH:Di England "House of Lords" yang sama taraf dengan Mahkamah Persekutuan di negara ini telah membuat satu keputusan yang tidak popular dengan rakyat pada tahun 1909. Rakyat menentang keputusan tersebut dan menunggu selama enam tahun untuk menendang keluar kerajaan ketika itu. Ianya juga boleh berlaku di Malaysia.
DT:Adakah apa yang berlaku kepada Speaker Perak satu amalan bahaya kepada badan kehakiman?

NH:Siapa yang mewujudkan kes contoh yang merbahaya ini? Keputusan Mahkamah Persekutuan mengikat semua pihak tapi ia adalah keputusan yang salah. Mahkamah Persekutuan masih berkuasa walaupun ia membuat keputusan yang salah.

Rakyat biasa seperti saya hanya mampu mendedahkan kepincangan dalam keputusan mahkamah and dengan pemahaman rakyat diharap mereka akan menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

DT:Datuk pernah menulis penghakiman berhubung kes Speaker Perak telah mewujudkan satu ckes contoh yang merbahaya kepada sistem kehakiman negara, jadi apa komen Datuk mengenai tindakan Gobind Singh Deo menyaman Speaker Dewan Rakyat?

NH:Saya fikir apa yang dilakukan oleh Gobind ialah memulangkan paku serpih iaitu kalau boleh dilakukan di DUN Perak kenapa tidak kepada Speaker Parlimen? Kita tidak boleh ada dwi standard, itulah mesej yang ingin disampaikan.

DT:Apakah permintaan Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan sidang hakim seramai 11 orang menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sistem kehakiman negara ini?

NH:Daripada 11 hakim Mahkamah Persekutuan saya telah kenalpasti enam yang tidak menegakan keadilan menurut Perlembagaan Negara. Kalaupun Nizar meminta seramai 11 hakim bersidang beliau akan kalah kerana enam orang hakim akan berlaku tidak adil berbanding lima hakim lagi, jadi apa gunanya meminta 11 hakim.

DT:Apa pendapat Datuk mengenai keputusan hakim yang menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya berkuasa menentikan sama ada sebuah kerusi undangan negeri itu dikosongkan atau sebaliknya dalam isu tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot?

NH:Di mana undang-undang yang memberi kuasa itu kepada SPR, tunjukkan kepada saya. Nampaknya hakim boleh membuat undang-undang mereka sendiri!

Dalam isu ini Speaker boleh menganggap ketiga-tiga ADUN tersebut telah meletak jawatan tetapi jika mereka mempertikaikan dengan mengatakan mereka tidak meletak jawatan maka mereka perlu mendapatkan keputusan muktamad daripada Dewan.

Itulah sebenarnya langkah yang betul tetapi sebaliknya mereka bertiga merujuk kepada Mahkamah Persekutuan dan mahkamah tersebut pun membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang.

Kerana itu saya mengkritik hakim tersebut disebabkan penghakiman beliau yang salah. Saya berkali-kali berkias sekiranya hakim-hakim ini terus membuat penghakiman yang salah dan tidak melaksanakan keadilan mereka akan menyebabkan kerajaan BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

DT:Mungkin niat mereka hendak jatuhkan kerajaan?

NH:Mungkin juga, saya pun tidak faham motif mereka. Mungkin mereka berniat untuk membantu kerajaan tanpa mengetahui perbuatan mereka itu sebenarnya memberi mudarat kepada kerajaan.

-TVAntara

Wednesday, July 15, 2009

PRK Manek Urai penuh dengan kekeliruan..

Setelah dikaji saya telah menjangka dari awal lagi peluang kedua-dua parti yang bertanding Umno dan Pas di Manek Urai adalah 50-50.
 
Berdasarkan sosiologi penduduk setempat dan isu yang mengelirukan ahli dan penyokong Pas mengenai kerajaan Perpaduan terutamanya bagi pengundi yang berada di luar Kelantan, yang masih lagi binggung halatuju Pas sebenarnya.
 
Pilihanraya kecil kali ini, adalah pilihanraya kecil yang pertama berlaku di luar Bandar, yang sudah tentunya berbeza pandangan dan kekuatan ekonomi pengundi dengan pilihanraya kecil yang sebelumnya.
 
Walaupun Pas menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja tetapi Pas seharusnya berbangga dengan hampir seluruh Menteri-Menteri Kabinet turun ke DUN Manek Urai bukan setakat tabur janji tetapi duit berguni-guni pada pengundi disana.
 
Dan perlu juga diakui orang melayu amnya tidak tahan dengan ujian satu ini. Duit bisa menggelapkan mata.
 
Lain dengan pilihanraya yang sebelum ini yang berlaku di kawasan bandar atau pinggir bandar, Permatang Pauh, Penanti, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bukit Selambau.  
 
Dan perkara yang tak dapat dinafikan politik wang terlalu bermaharaja lela di Manek Urai, jika boleh bertahan dengan majoriti ini pun dikira OK, ataupun kalah terus.
 
Pas juga harus berlapang dada jika dikatakan kemerosotkan majoriti disebabkan oleh Kerajaan Perpaduan yang cetuskan oleh Hadi Awang dan Nashruddin Mat Isa, yang menyebabkan pengundi-pengundi muda berada di luar kelantan mengemukakan protes yang jelas kepada Pas yang bersikap tarik tali dengan umno tanpa memikirkan susah payah ahli Pas selama ini, yang kekadang berbalah dengan adik beradik disebabkan fahaman politik yang berlainan, tapi setengah pimpinan Pas gelap mata dek  tawaran menteri tu, menteri ini.
 
Jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil sebelum ini.. Pas pernah kalah kerusi yang disandang semasa Pilihanraya umum sebagai contoh di DUN Pengkalan Pasir, pada PRU 2004 PAS menang dengan 56 undi, kalah pada Pilihanraya Kecil 2006 majoriti 134 setelah Adunnya meninggal dunia, tapi menang  kembali pada PRU 2008 dengan kemenangan yang lebih besar 2,348, walaupun calon yang sama dengan pilihanraya kecil 2006 Hanifa Ahmad ( Pas ) Hanafi Mamat ( Umno ).
 
Umno memang sedia maklum dengan keadaan ini sebenarnya, tapi bolehlah pimpinan Umno atasan menghiburkan hati yang gundah gulana yang dialami dalam pilihanraya sebelum ini, walaupun kalah. Pun begitu keputusan ini tidak mengambarkan mood rakyat keseluruhannya.
 
ehsan dari lepassebak

Tuesday, July 14, 2009

Jambatan baru untuk warga Manek Urai..!!

Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.
Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat
“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis. Malaysiakini
Abe Mohyiddin..kami mau jambate baru mace yang Abe Mohyiddin janji pada kami ..pasa kami doh pangkoh BN..doh bagi BN mene...kami berharap jambate kami tu siap cepat deh..




Tahniah YB Abe Uji....

Dengan ini diisytiharkan kerusi N.41 Manek Urai dimenangi calon PAS Mohd. Fauzi Abdullah..
dengan majoriti 65 undi !!

calon MU 4

TAHNIAH YB Abe Uji...!!!
Pakatan Rakyat menang 6 - 1
Allahu Akhbar..!!


"ini duit politik Datuk Aziz"

Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.Mafrel, polis siasat rumah kayu 

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.
 
Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.
"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:
"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.
sumber malaysiakini


apa komen orang BN ye..? terang-terangan BN tabur duit untuk beli undi untuk menang..tu pasal bila BN kalah tipis depa mintak kira undi semula..pasai dah tabur banyak kat Manek Urai..mana boleh kasi kalah...apa yang akan berlaku selepas pengiraan semula undi...kita tunggu lah..semoga segala perancangan jahat BN tidak akan mengatasi perancangan Allah..

BN mintak undi dikira semula...??!!

TERKINI; Menurut sumber tidak rasmi, PAS menang tipis dengan majoriti 70 undi sahaja.

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66
6. Undi pos – ?

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.

Berita lanjut akan menyusul

Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula
KUALA KRAI: Pengiraan semula undi diadakan selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.
Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) dengan undi tipis.
mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, menang dengan 106 undi.

Abe Uji menang kerusi Manek Urai

Keputusan PRK Manek Urai betul2 mencopotkan jantung ramai orang..terutama ummi ni la...terkini ummi dapat berita bahawasanya calon PAS sudah menang dengan majoriti yg tipis...ada 2 keputusan yang ummi terima..PAS menang dengan majoriti 90 dan 70...yg sebenar benarnya benar belum dapat diketahui lagi...yang dah PASTI adalah calon PAS Abe Uji telah menang...baca betul2 GOMO...

PAS dah MENANG..!!

keputusan terkini tidak rasmi



KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5363
UNDI BN
5293
MAJORITI 90
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14
JUMLAH UPU MENANG 4
JUMLAH SALURAN KESELURUHAN
27
MASA : 7.33 PM (FINAL TIDAK RASMI)

sumber kerabubersuara

keputusan terkini tidak rasmi

Abe Uji(PAS) mendahului Tuan Aziz(BN) sebanyak 70 undi sahaja...!!

keputusan terkini


Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N41 Manek Urai

Result dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Fauzi bin Haji Abdullah Parti Islam Semalaysia 4603
2 Tuan Aziz Tuan Mat United Malay National Organisation 4799

Total Majoriti:

-196

keputusan terkini

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N41 Manek Urai

Result dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Fauzi bin Haji Abdullah Parti Islam Semalaysia 4214
2 Tuan Aziz Tuan Mat United Malay National Organisation 4053

Total Majoriti:

161

refresh untuk keputusan terkini

Abe Uji menang dengan majoriti 2 ribu lebih..



Abe Uji dijangka memenangi kerusi Manek Urai dengan majoriti 2 ribu lebih..kenapa ummi kata Abe Uji akan menang..dari awal lagi abe Uji dah menang..ummi sampai ke Manek Urai selepas penamaac calon...mengikut laporan dari bilik gerakan muslimat semasa itu peratus untuk Abe Uji sudah 60-40..dan semasa ummi meninggalkan Manek Urai..peratus semakin meningkat..sehingga lah ke hari ini...



Faktor calon juga memainkan peranan terhadap minat pengundi untuk memilih Abe Uji...ini kerana penyokong BN sendiri telah menyatakan keselesaan mereka terhadap Abe Uji berbanding dengan calon mereka sendiri iaitu Tuan Aziz...


dan seperti biasa apabila setiap PRK kalau pimpinan tertinggi BN awal2 dah angkat kaki paham2 aje la...tu maknanye takde harapan menang la tu...kerana mereka sendiri tak yakin kemenangan akan berada di pihak mereka..jadi buat apa tunggu lagi...cabuttt laaa....


ummi hanya akan mengucapkan tahniah bila keputusan rasmi dah keluar nanti...


tungguuu...



PRK Manek Urai...rekod pengundi paling ramai keluar membuang undi..

kita jangkakan MU akan pecah rekod dunia kejap lagi apabila pusat pengundian ditutup jam 5 petang nanti
kita jangkakan MU akan pecah rekod dunia kejap lagi apabila pusat pengundian ditutup jam 5 petang nanti
Setakat pukul 4:30pm 10,626 orang telah keluar mengundi iaitu 86.4 peratus


DSC09540
muslimat PAS sedang rancak merayu undi
muslimat PAS sedang rancak merayu undi
DSC09547
Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru
Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru


sumber Pinkturtle

PRK yang paling ramai pengundi yang keluar mengundi..

83.9% Sudah Buang
kemaskini 3.32pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

GADOH-GADOH!
kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.

Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.

Tuan Aziz Yakin BN Menang
kemaskini 2.05pm Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.


Puteri UMNO cedera!
kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria, lapor laman web Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

Ramai berganda penyokong PAS
kemaskini 1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

Beberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.


76.2% telah membuang
kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Duit peraih?
kemaskini 12.58pm Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa parti itu menghadapi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai, sebaliknya untuk perayu undi dan penampal poster.

sumber edyesdotcom

68.4% yg sudah keluar mengundi!


68.4% keluar mengundi!
 
12.22am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

57.6% keluar mengundi setakat ini

 
11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


Mahfuz Yakin PAS Menang

11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.

sumber di laman edyesdotcom dibawakan oleh PerisikRakyat, Al-banjari dan Perakekspress. 

laporan terkini suasana di Manek Urai


 8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.

8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.

8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.

9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.

9.30am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.

9.45am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.


Penyamar SPR?

10.50am
Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.


kemaskini
10.39am
Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah berkonotasi liwat dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.


kemaskini 10.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


Wanita UMNO histeria dengar salawat?

kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.


kemaskini 9.29am Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula jam 8 pagi tadi, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.

Kedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.

Pengundian akan berjalan sehingga jam 5 petang ini, manakala keputusannya dijangka diketahui menjelang jam 8 malam ini.
Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.

Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Nik Aziz yang tiba di pusat mengundi di SK Perai 10 minit awal, terpaksa menunggu ketibaan Mohd Fauzi.

Calon PAS itu tiba jam 8.10 pagi dan mencium tangan menteri besar tersebut sebagai tanda hormat, manakala para penyokong pula melaungkan "Allahu Akbar".
Manakala kumpulan Wanita Umno di bersebelahannya pula menempik "Hidup Melayu". Calon BN kemudiannya beredar ke Manek Urai Lama.
Nik Aziz dan Fauzi yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.
Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.
"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.
Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.
Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.

kemaskini 9.05am Sembilan pusat pengundian dibuka yang melibatkan 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)

Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.

Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini


sumber di laman edyesdotcom dibawakan oleh PerisikRakyat, Al-banjari dan Perakekspress.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil