Followers

Saturday, May 16, 2009

Wakil Perak Tokoh Guru Kebangsaan 2009



ucapan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

Alhamdulillah..Majlis Sambutan Guru PASTI Peringkat Kebangsaan telah pun selesai..sepanjamg majlis ini ummi berminat dengan ucapan Dato' Haji Abu Bakar Chik dalam ucapan, beliau menyatakan PAS selaku gerakan dan Harakah Islamiyah sangat menitik beratkan soal pendidikkan di semua peringkat dalam parti dan akan melancarkan Pasukan Sukarelawan Pendidikan Rakyat bagi menghasilkan produk2 pendidikan seperti K4T danKaffah bagi memastikan dakwah samapai ke segenap lapisan masyarakat secara sistematik disampaing mengemaskinikan sistem yang sedia adauntuk murid2 pra-sekolah..

Ucapan Pengarah PASTI Pusat

Ustaz Azrin Ab.Majid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sabah kerana berjaya mengadakan majlis Sambutan Hari Guru kali ini dengan jayanya..dengan pemilihan Sabah sebagai tuan rumah merupakan satu simbolik anjakan kehadpan sempena 25 tahun penubuhan PASTI di Malaysia.Beliau mengharapkan guru2 PASTI dapat meningkatkan profesinalisme kerana jatidiri grur2 PASTI terkenal dengan semangat pengorbanan,ikhlas dan tawadhuk mestilah dikekalkan dan pertahankan identiti.

Segulung Harapan Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia



Ustazah Saadiah Abu Bakar menyatakan guru2 PASTI merupakan tenaga penggerak utama bagi PASTI di peringkat akar umbi..dengan adanya sambutan Hari Guru amat bermakna sebagai pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi atas peranan tanggungjawab sebagai pendidik.Beliau berharap program ini dapat menyediakan ruang bagi guru2 PASTI seluruh negara mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru..penghargaan2 dan anugerah2 adalah sebagai suntikan semangat kepada guru2 supaya berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan..

Seungkap kata dari Ketua Pengarah PASTI Negeri Sabah

Ustaz Yakari Sulong mengucapkan setinggi-tinggi kerana memberi peluang kepada Sabah menjadi tuan rumah untuk mengendalikan progaram peringkat Kebangsaan.Beliau mengharapkan semua tetamu berasa selesa dengan layanan yang diberi.

Ucapan Perasmian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Hj Sallahuddin Ayub mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana PASTI sudah berada dikalangan rakyat Malysia selama 25 tahun telah membuktikan keunggulan PASTI dan telah diterima oleh semua peringkat masyarakat Malaysia.

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2009


Puan Faridah Dawam
Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah Perak
Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM
mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut denagn PASTI

beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam(Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggala didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku.

Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti

Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuanagan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

tokoh guru

vip
hadirin

ALP Kelantan bersama guru PASTI
kaunter pendaftaran

Siapa Hakim Dato' Ramly Mohd Ali

dalam 2 hari ini ummi kurang bukak cerita pasal konflik yang berlaku di Perak..cerita yang berlaku di Perak..kerana terasa macam Sabahan pulak...ummi memang saja larikan diri dari meninjau cerita di Perak...tapi hatiku tetap pada Perak..hati ku menjadii sakit bila mendapt tahu tentang tundaan permohonan DS Nizar di mahkamah rayuan..eee rasa nak ucapakan #$%&*^& aje pada mereka yang mengendalikan..bukan kita tak hormat institusi kehakiman negara kita..tapi bila institusi itu dicabuli apakah ia berhak dapat penghormatan dari rakyat..? TIDAK..!!

kenapa perkara itu berlaku..? apabila kita diberitahu bahawa mahkamah adalah satu badan yang bebas..tapi bila ianya dipengaruhi oleh satu2 pihak..maka ianya bukan lagi bebas..!! jadi pada siapa lagi kita harap untuk membela rakyat..kes DS Nizar bukan satu kes yang kecik..bukan kes yang boleh ditunda2..tapi itu yang berlaku..bila satu2 keputusan itu membabitkan kepentingan rakyat..maka tak salah kalau rakyat bersuara..tak slah kalau rakyat menuntut hak memilih siapa yang layak menjadi wakil kepada rakyat..bukan wakil kepada parti politik..

kes DS Nizar dan Zambry telah membogelkan sikap badan yang dikatakan bebas itu..kerana berlakunya perbezaan layanan dari kedua2 pihak..maka mulalah rakyat menyelidiki apa yang sebenarnay berlaku disebalik tabir kes rayuan DS NIzar..apa yang berlaku..korang baca lah kat bawah ni..

KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya. Harakahdaily.

Selamat Hari Guru


"25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan"

Hari ini 21 Jamadil Awwal 1430/16 Mei 2009 semua warga PASTI se Malaysia menyambuat sambutan Jubli Perak 25 Tahun PASTI dari 1984-2009.Sambutan Hari Guru PASTI 2009 telah memilih nergeri di bawah bayu Sabah sebagai tuan rumah yang bertempat di Hotel Emas,Tawau Sabah.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat YB Haji Sallahuddin Ayub.Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh si cilik Adik Mohd Fatorrahman Bin Abdul Rahman yang berumur 7 tahun merupakan bekas pelajar PASTI.

Gambar2 akan ummi buh kemudian..nak hayati ucapan2 para pemimpin PASTI dulu..tadi ucapan aluan dari Ketua Pengarah PASTI Negeri Sabah,Ustaz Yakari Sulong...disusuli ucapan Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia.


Friday, May 15, 2009

Jalan2 cari mutiara..


Salam dan selamat pagi orang semenanjung..

Pagi ini ummi dan rombongan Cik Leha nak ke Samporna..dikatakan istimewanya disana ada kampung air dan kampung bajau..Cik Leha dah berangankn parang bajau untuk koleksi..hbby ummi pun peminat parang jugak ni..nampak gaya boleh intai2 untuk Pak Karamu gak..

Rombongan Cik Leha ni bergerak dengan 2 biji mini bas..dari Tawau ke Samporna mengambil masa 1 jam..sepanjang perjalanan kiri kanan pokok sawit sesaja..ada kata macam kat Sungai Samak la..macam Jenderata la..macam kat Ijok la..pendek kata suasana lebih kurang semenanjung..macam tempat ummi la kawasan sawit.. cuma berbezanya sepanjang perjanan penduduk tempatan menjual sendiri hasil tanaman mereka di depan rumah..kenderaan kebanyakkannya 4wd..

Kami baru melepasi satu anak sungai dekat Ladang Pengiran..kata Cik Miah sungai keruh macam Sg Bernam airnya keruh banyak buaya..

Ikut rombongan Cik Leha ni memang kecoh bukan pasal depa banyak ragam tapi pasal banyak bebel..tapi depa memang meriah..

So mutiara yang ummi maksudkan adalah pengalaman yang kami dapat disini walaupun perhiasan mutiara tu nak cari la jugak hehe.. sebagai tanda mata dari Sabah untuk yg tinggal..

En.Yahya pilot rombongan Cik Leha

TEKS PENUH AMANAT 13 MEI MURSYIDUL AM



BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13).

Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, khabar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah.

Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.


Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung di mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kejujuran.

Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru atas hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa yang rakyat lihat cumalah drama dan silap mata untuk songlap kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi untuk tujuan-tujuan persendirian.


Diatas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melalui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah.

Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.


Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu.

Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T; itu premis kebahagiaan yang pertama. Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.

Oleh kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintahan dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak-hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

Ini bertindak sebagai asas dan pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau dikembalikan semula hak-hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom dan bakar yang semakin menjadi-jadi.

Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian; terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badan dan harta benda dari difitnah dan dimusnah; maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh terasa selamat.

Ini soal hak yang sangat asas. Ia menjadi hak asasi milik setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.

Kepada semua orang Islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.



Terima kasih dan Wassalam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Thursday, May 14, 2009

Ummi dan rombongan Cik Leha...


Cik Leha dan Cik Miah bersama rendang dan lemangnya

Ketua MGP Perak test power rendang ayam kampong..sehingga menjilat bekas..


ni dia rendang ayam kampong Ci k Leha...


Tengah hari tadi ummi berserta rombongan Cik Leha meninggalkan Bagan Datoh bukan tangan kosong..Cik Leha sedia maklum juadah di LCCT ni mahai2 belaka..maka subuh sapi'e dia dah kejar ayam kampung dia untuk dibuat rendang...Cik Leha siap dengan ketupat mini dan rendang ayam kampong dia...tak kurang jugak dengan Cik Miah..dia lagi hebat..Cik Miah membawa bekal juadah rendang daging kicap...sambal sotong..sambal kacang serta lemang..maka Cik Leha dan Cik Miah menjadikan ruang menunggu tempat menjamu selera ala2 menyambut hari raya...layan jek...sampai ketua MGP Perak dengan muka tak malu(dia sendiri yang ngaku)..terliur dengan rendang ayam kampong Cik Leha...

jam 2.55 petang rombongan Cik Leha bersedia untuk terbang naik belon menuju ke Tawau...tengah perjalanan cuaca ada sikit kurang elok..tapi alhamdulillah segalanya telah selamat..kami tiba di lapangan terbang Tawau jam 5.32 ptg..terima kasih kepada juruterbang kami yang bernama En.Bambang kerana berjaya membawa rombongan Cik Leha selamat ke destinasi...

kami tiba sudah hampir maghrib..kami menuju ke Hotel Emas dimana kami ditempatkan...



siap baca Yassin tu...beribadah tak mengira tempat..


pramugari yang mesra pelanggan..cute lak tu..sayang aurat tak tertutup..hehehe




gaya Cik Leha yang ngancam...

ok..nanti sambung lagi..ummi nak gi keluar ronda2 Tawau waktu malam..Cik Leha yang bawak..!!

Terbang Ke Sabah..!!

Hari ini ummi dah janji nak cerita yang santai2..hari ini ummi dan rombongan guru PASTI Bagan Datoh akan terbang ke Tawau untuk majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Kebangsaan..

Kami bertolak dari Bagan Datoh jam 8.30 pagi dan selamat tiba di LCCT 12 tghari..telah sedia tiba adalah rombongan dari Teluk Intan dan seluruh negeri Perak..kami berjumpa rombongan dari negeri Kelantan yang telah tiba awal pagi lagi..penerbangan kami jam 2.55 ptg..doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik..

2 ahli PKR nak keluar parti...FITNAH..!!

Ummi tak tau la apa penyakit puak2 BN ni..dah pesan..kalau nak buat fitnah bior le berilmu..hujah biar berfakta...ada bukti..jangan dengar khabar angin terus canang satu maya...bila fakta tak betul kan memalukan diri..sama macam Zambry..muka tak malu....

khabar angin yang mengatakan 2 YB PKR akan kelau parti telah diselidiki oleh bloggersnetwork belah2 Bagan Serai dan Kuala Kurau..ummi ambik hasil selidikan itu dari blog Cenangau..

Untuk saheh kan yang berita tu fitnah aku call PA YB Bagan Serai. Dia terkejut dengar. Rupanya dia taktau lagi pasai fitnah tu pasai dia takdak sekali dengan bos dia.

Tak lama lepas tu ada orang call aku, nombor takdak dalam senarai. Rupa-rupanya YB Bagan Serai call aku. Terkejut jugak aku.

Terus dia cerita kat aku apa aktiviti dia semalam, detail dia cerita. Dia pagi tu ada kat Kajang. Pukul 2 ada meeting dengan Hj Nizar. Pukui 4 petang ada meeting pulak dengan PKR negeri.

Malam dia tidur kat Kampung Tengku Hussien Tambahan di Ipoh. Memang dia tak pi mana-mana. Dia siap bagi no rumah lagi tapi aku lupa pulak nombor berapa.

Nama tak dan nak salin, dah la dia bersurah banjar dengan aku. Aku yang 'rakai' ni boleh la paham jugak tapi dengan nak bagi paham lagi dengan nak salin lagi mana nak dan.

Tapi dia cerita memang dia tak keluar punya laa. Lagi pun dia cukup kenai dengan orangbanjar ni. Dia sendiri kata kalau si Jamal tu jadi YB belah Bagan Serai ka belah Parit Buntar ka, dah tentu 'bertimpas', 'berparang' punya kulaan kat sana.

Kesimpulannya, memang Umno saja cuba nak divert isu. Depa dah tak boleh nak lawan hujjah pasai isu mahkamah rayuan.
yang bawah ni cerita mengenai YB Yunus..yang dikatakan turut sama akan melompat..

Tadi ada member 'bernama' sms tak confirmation pasai berita dalam KMU ada kata ADUN Kuala Kurau keluar PKR. Aku pun tanpa prejudice terus jawab pendek ja. "FITNAH". Jawah dulu, bagi mati cerita dulu. Kurang-kurang pun kalau betui cerita tu dan la kut kalau nak buat apa-apa yang patut.

Memang la aku tak percaya dengan cerita tu tapi macamana pun nak kena siasat jugak. Kurang-kurang pun aku kena cal PA dia tanya apa cerita.

Seperti yang saya katakan sebelum ini. Satu pertemuan sulit antara lima orang Adun pakatan Perak dan wakil BN Perak berlangsung malam tadi di Bandar Sunway. Dua orang Adun Melayu,dua Cina dan satu India.

Pertemuan itu sengaja diadakan di luar Perak untuk mengelakan ianya dikesan oleh nizar bintang tiga.

Adun-Adun ini meminta undian secara sulit diadakan semasa DUN Perak bersidang nanti untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap nizar bintang tiga.

Mereka berjanji akan memberi sokongan kepada BN agar DUN Perak tidak dibubarkan.


Bila aku call Nan PA YB Yunus, dia pun dah maklum pasai fitnah tu. Dia terus mintak aku tolong jawab dalam blog ni.

Ikut maklumat dia semalam Yunus ada taklimat kat pejabat PKR Bahagian. Dia pun ada kat sana sama. lepas tu depa terus balik rumah. Tu pun dah pukui berapa dah. Dan dia sahkan memang takdak langsung Yunus pi mana-mana lepas tu.

Aku langsung tak percaya fitnah ni pasai baru malam sebelumnya dia bagi taklimat apa yang berlaku di Dewan 7 Mei lepas kat Markaz Titi Serong. Kalau ikut cerita dia malam tu dia memang meluat sungguh kat Umno ni.

Tambah-tambah lagi dia meluat kat 'katak' walaupun dulu sebelum 'barua' tu lompat dia cukup rapat. Masa kat Dewan hari tu dia cerita salam dengan depa pun dak. Dia kata dia cukup respek kat Hj Nizar yang boleh salam dengan ADUN BN, dia tak sanggup pasai dia takut dari salam bertukar jadi sepak pulak satgi.

Lagi pun baru sangat kes PA dia kena 'serang'. Dia bukan taktau cerita yang lepas tu menyerbu orang kampung mai tolong. Tu yang geng samseng tu lari sampai kereta kancil pun depa tinggai.

Aku ingat kalau betui dia keluar Pakatan Rakyat, bukan takat 20 orang pi serbu dia, 20 kereta pun aku rasa sikit. Mungkin orang-orang belah Bukit Gantang baik-baik tapi kalau nak tengok macamana orang Parit Buntar boleh la dia try.

Yang nyatanya semua tu memang fitnah pasai depa saja nak divert isu. Tu ja

ummi nak tengok apa komen puak2 UBN dengan penjelasan di atas..tak salah kalau nak buat cerita ..tapi biarlah cerita yang benar..dan gunakan bahasa yang sopan..kerana pembaca sekarang boleh menilai mana cerita benar mana cerita fitnah..

wallahualam..

Wednesday, May 13, 2009

hasil pemerintahan BN....'KEJAHILAN'...!!


apa perasaan anda melihatkan KEJAHILAN ini...mana pegawai agama kerajaan...apa tindakan yang sepatutnya kalian buat...?? apakah jaminan dari kerajaan supaya anak2 kami terpelihara dari KEJAHILAN ini..??

'Ya Allah..lindungi anak keturunanku dari kejahilan..teguhkan iman..peliharakan akidah keturunanku..matikan kami dalam keimanan...jauhkan kami dari azab api neraka...
Amin..'

Makan Malam Amal bebaskan tahanan ISA...





Majlis Makan Malam Amal ISA

Tarikh
16.5.2009 Sabtu (8.00 malam)

Tempat
Dewan Besar Markas Tarbiyyah PAS

Acara majlis

Jamuan

Persembahan Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" oleh

Dinsman
Nasir Jani

Soffi Jikan

Bacaan Puisi

Hj.Mohd Sabu
Sasterawan Negara Pak Samad Said


Anjuran
PAS Kawasan Bukit Bintang

Harga Tiket

RM 25


No Akaun CIMB
12230069803521(Noriah Bt. Yunus)

Kepada semua yang berminat nak dengar Abg Mat baca puisi ..datang lah beramai2 untuk memberi sokongan kepada mangsa tahanan ISA yang masih belum dibebaskan..keperihatinan kita sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan yang keluarga mangsa hadapi..hanya mereka yang berhati batu saja yang tetap menyokong ISA..

"MANSUHKAN ISA ZALIM"

team DS Nizar bersedia ke mahkamah rayuan..!!

IPOH: Peguam Datuk Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari kelmarin Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Kumpulan Peguam yang mewakili DS. Nizar telah siap untuk menfailkan permohonan di mahkamah Rayuan pada hari ini mencabar keputusan yang diputuskan mengenai penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kedudukan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah.

sumber CinaIslam

‘bodoh..jahat..gila’...

KEMAMAN – Kemelut politik Negeri Perak yang berlaku adalah akibat pemimpin UMNO yang rakus merampas kuasa secara bodoh, jahat dan gila kuasa.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan yang memalukan itu disaksikan oleh manusia di seluruh dunia.

“Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh..jahat..gila’.

“Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-49, di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman.

Apa yang berlaku, katanya, menandakan kelemahan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dan PAS perlu memperbaiki kelemahan bagi menarik sokongan rakyat.
“Apa yang berlaku itu (kes Perak) menandakan kelemahan dia (Umno) dan kita (PAS) baiki kelemahan kita (PAS).

“Inilah kekuatan kita (PAS) dan Insya’Allah, dengan sambutan yang menarik kepada perjuangan kita (PAS) oleh seluruh rakyat Malaysia. PAS semakin kuat,” tegasnya di hadapan lebih 800 orang perwakilan dan pemerhatinya.

Beliau berkata strategi politik yang ditentukan oleh kepimpinan parti, hendaklah difahami oleh ahli untuk mencapai kemenangan.

“Strategi hendak lawan untuk kita (PAS) mencapai kemenangan. Kadang-kadang kita (PAS) tegang, kadang-kadang kita (PAS) kendur. Ini strategi politik.

“Bila kita (PAS) buat strategi politik orang kita (PAS) kena faham. Kadang-kadng orang kita (PAS) sendiri tidak faham.

“Bila orang kita (PAS) tidak faham, saya kata ‘belajar dengan lembu’. Jika kita tengok lembu berlawan dia (lembu) tidak ‘sodok sokmo’(lawan). Kadang-kadang dia (lembu) ‘sodok’ (lawan) dan kadang-kadang dia (lembu) undur,” ujarnya.

Mengimbau sejarah silam strategi PAS ditahun 60-an ketika PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri Muda, Ustaz Abdul Hadi suatu strategi yang Berjaya dibawa oleh PAS waktu itu.

Katanya, pada tahun 1969, Dato’ Asri Muda menggunakan strategi politik ‘Kerajaan Campuran’ dengan Barisan Nasional (BN) meski pun ramai yang membantah kerana tidak bersetuju.

“Banyak (ramai) orang kita (PAS) marah sebab dia (ahli) tidak tahu strategi politik. Di mana strategi politik waktu itu kita (PAS) berjaya menarik minat di kalangan orang yang terpelajar, pegawai-pegawai kerajaan sokong perjuangan PAS,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut dua bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Haji Yusuf Tahir, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kemaman, Encik Lip Woon Chang.
http://buletinonline.net

Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh..jahat..gila’ “Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya - Presiden PAS

kenapa ummi kasi amaran kat blog ummi..??

Salam semua..

bila ummi buh amaran kat atas tu ramai la puak2 tut..tut..bising bertanya kenapa..mengapa..?

untuk pengetahuan korang..ummi cuma buat pembersihan untuk blog ummi dari penulisan yang kureng menarik..hujah yang tanpa fakta..dan ummi akan buang list blog yang tak munasabah untuk dipamerkan dan dilinkkan...tapi kalau cara penulisan mereka2 ini berubah suatu hari nanti..mungkin ummi akan buh semula di blog ummi..InsyaAllah..

amaran ummi bukan kerana benci atau marah pada individu..tetapi lebih kepada keseluruhan UBN diatas apa yang berlaku di Perak oleh pimpinan BN terhadap kerajaan PR..kelakuan ini melambangkan kesluruhan BN di Malaysia..bak kata pepatah..kalau bapak kencing berdiri..anak kencing berlari..kalau BN Perak perangai seperti yg ditunjukkan..maka BN Malaysia juga tak kurang hebatnya...maka amaran diatas adalah merupakan protes ummi terhadap BN...

pasal ummi tapis komen ummi..memang pun...tapi komen2 korang ummi masih simpan..ummi baca luahan korang..tapi ummi tak lepaskan untuk bacaan awam..bukan apa kesian nanti korang kena belasah pulak oleh orang ramai...kesian oo...ummi hanya akan lepaskan komen korang kalau ummi rasa korang akan selamat dari dibelasah..hehehe..bukan pasal ummi takut macam tuduhan si Malaysian-2day tu...sesuka hati sesedap rasa aje buat tuduhan citt..

mulai esok..ummi akan berehat dari menulis mengenai Perak..ummi cuba bawa cerita mengenai negeri orang lain pulak..cerita yang santai2 sikit...asik2 Perak jek..politik aje...sesekali nak jugak tulis cerita negeri orang..betol tak..ni kerana esok ummi akan terbang ke negeri dibawah bayu...doakan perjalanan ummi selamat dan bermenafaat untuk dijadikan kenangan..

https://www.travelroads.com/images/articles/163705b.jpg
dapat lepak kat sini best gak..fuhh..
http://farm4.static.flickr.com/3201/2521456370_27978afe45.jpg?v=0

wallahualam...

*hari ini kita belasah cerita Perak lagi...hehehe

lagu ini ummi tujukan khas kepada BPN..

selamat menghayati liriknya..macam sesuai sangat bagi kat BPN ni...
layannn....

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


Yang Remeh Temeh - Pak Pandir

selamat berhibur..:D

Tuesday, May 12, 2009

dah haram.. mana boleh jadi halal pulak..??

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

siapa kata DS Nizar bukan MB Perak yg SAH..?

ummi rasa Zambry nyanyuk ke hape...bila masa mahkamah kata dia MB yang sah..dia hanya MB untuk BN sahaja..MB Perak yang sah dan telah diiktirafkan oleh mahkamah adalah DS Nizar..tak tersebut pun nama Zmabry..

baca penerangan di bawah ini...

Mahkamah Rayuan hanya membenarkan permohonan MB DPulau untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan MB Perak ialah MB Nizar. Diulangi, Mahkamah Rayuan hanya membenarkan ‘permohonan’ bukannya membuat keputusan. Oleh itu MB Nizar masih kekal dan masih sah sebagai MB Perak. Suasana di Bangunan SUK masih tenang. Kelam kabut hanya berlaku kerana SUKnya telah digantung tugas.

Tindakan MB Nizar dan lapan exconya keluar daripada Bangunan SUK adalah untuk mententeramkan suasana. Itu sahaja. MB DPulau dan enam exconya tetap tidak boleh memasuki pejabat MB dan exco di Bangunan SUK.

MB Nizar hanya menunggu kebenaran mengadap di istana perihal permohonannya membubarkan DUN Perak pagi tadi. Surat permohonan itu telah dihantar lebih awal ke istana berbanding dengan permohonan rayuan yang difailkan oleh MB DPulau di Mahkamah Rayuan.

dango mamamat
Zambry masih tak serik2 memalukan diri sendiri.. kerana sepanjang 3 bulan merampas Perak dia digelar MB Haram...mengkecohkan sidang DUN tapi tak mengaku..padahal satu dunia nampak sikap kebudak-budakkan dia mengkucar kacirkan sidang...kemudian terbukti Zambry BUKAN MB Perak yang SAH...la ni dia nak anggap dia MB sedang dia tau dia bukan MB yg SAH..kalau ummi la..dah orang kata kita bukan MB..baik la menugundur diri..buat kerja apa yang patut kat kawasan yang ummi wakili..tapi agak2 orang Pangkor tu nak ke dia lagi...takut sampai kat jeti Pangkor org kampung pakat hadiahkan kasut pulak..ishh..tak dapat dibayangkan...Zambry baik pi balik Pangkor jenguk2 org yang dah ngundi hang..bela nasib rakyat Pangkor..lagi pekdah..

kata boleh terima dengan hati terbuka..hakikatnya...cittt

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.


Mesti UBN ingat pemimpin PR kecewa sangat dengan keputusan tu..yang paling kecewa adalah rakyat Perak..pimpinan PR hanya akan bertugas untuk rakyat Perak sekiranya tiada gangguan...dan seboleh2nya akan berusaha mengembalikan kehendak rakyat Perak...BN kena akur yang rakyat Perak tidak mahu BN menjadi pemerintah di Perak ni tu pasal BN kalah dalam PRU12 yang lepas..apa korang tak paham2 lagi ke...atau tak mahhu mengaku kalah..??

di bawah ni kenyataan Zambry semalam..

KENYATAAN AKHBAR YB DATO SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
Tentang Keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei 2009

1. Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka.

2. Saya serta rakan2 akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

3. Saya menyeru semua penyokong2 BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang.

Dr Zambry Abd Kadir


tapi bila Zambry membuat rayuan di mahkamah apa maknanya...maknanya apa yang dinyatakan seperti perkara no 1 diatas adalah omong kosong saja..tipu..dusta semata..cehh semua bersifat kosmetik..tengok muka Zambry pon kita leh baca..muka orang tak boleh hilang kuasa...bayangkan BN hilang kuasa kat Perak baru 11 bulan dah nano...dia buat cara kotor rampas Perak...kita dah biasa kalah..so tak lah kecewa sangat..cuma kecewa cara merampas kuasa tu je sebab cara tak bermoral...

kenyataan dia no 2..itu kita akui la dia ikut undang2..tapi yang kita pertikaikan cara pengendalian di mahakamah..kenapa rayuan pihak BN boleh dilakukan serta merta..kenapa bila pihak yang tak menyokong BN selalu dilengah2kan..tu yang Wak Banjari kata "terhebat dan tergampang" tu...

tang kenyataan dia no 3 ni ummi nak tergelak...dia suruh orang bertenang tapi dia sendiri tak boleh nak bertenang...hahaha baca ni--> 'Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.'

kalau anda boleh terima keputusan mahkamah semalam dengan hati terbuka tunggu la PRU13 nanti...kalau korang(UBN) pandai nasihat PR suruh tunggu PRU13..la ni ummi nak pulangkan nasihat korang tu..tak payah la nak menyusahkan lagi rakyat Perak..mahkamah dah sah kan DS Nizar MB yg sah..nak bikin onar lagi buat apa...tunggu aja lah PRU13..

kenyataan MB Perak ..DS Nizar Jamaluddin



Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon keampunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakanya di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakkan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa, negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zina, mabuk, tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya mengajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Chagkat Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kepada semua kakitangan Kerajaan di semua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisis ekonomi global kini.

Kepada semua media, marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melaporkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan-tuan kerana dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh ke bawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyorkan usaha memilih ketua JKKK. Raja Muda cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.

Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.

HIDUP RAKYAT!

ALLAHU AKBAR!

sumber Kamparin(MB Perak)

zambry berjaya tangguhkan keputusan semalam..

kemaskini dari malaysiakini

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.


Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.


Tahniah le Zambry...nampak no hakim ni penakut...apa la yang depa takut sangat dengan pilihanraya..macam nampak momok...semua pakat nak lari dari bubar DUN..apa la..tak jantan langsung...citt porrahhh

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.


kembang balik la hidung dua ekor lotong tu...

hari ini failkan rayuan..terus bersidang...cayalah...

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

sumber siasah


ni la kalau sikap double standart diamalkan..cuba PR buat rayuan..depa nak ke bersidang serta merta...ulang sekali lagi..serta merta..!!.nizar gantung mereka yg menjadi duri dalam daging serta merta..mahkamah pun ambik tindakan serta merta...dah jadi macam pesta serta merta..elok juga..biar serta merta selesai kemelut ni...harap Tuanku pun bagi perkenan serta merta..makanya serta merta DUN dibubarkan..serta merta pilihanraya dibuat..

udah2 le tu zambry..tunggu aje lah pilihanraya...korang takut apa sebenarnya..? takut pembaziran ke..tengokla pembaziran yang macamana..dalam sistem demokrasi pilihanraya itu ibarat makanan kepada rakyat..ianaya keperluan..yang buat jadi pembaziran bila kita makan nak sedap2...contoh dlm pilihanraya..apa guna tempatkan ramai polis hingga melebihi keperluan sesuatu tempat...polis dulu2 yg bertugas tak lah disediakan kediaman yang mewahsampai mencecah berjuta2..apa cerita...kalau duit tu digunakan pada rakyat ada la pekdahnya..berpada2 la kalau nak bagi keselesaan kat pihak berkuasa pon..rakyat yg daif lagi banyak yg perlukan bantuan untuk selesakan hidup depa..

tgk statistik dibawah ni..korang pikir2 la....untuk pilihanraya tak banyak mana pun pakai kalau berbanding dengan kegunaan utk polis...


Perkembanagan selepas DS Nizar disahkan sebagai MB

Pada waktu ini DS. Nizar sedang berada di Istana Iskandariah Kuala Kangsar menghadiri majlis penganugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak. Dijangkakan beliau akan menduduki kerusi YAB Menteri Besar dalam Balai Rong Seri tempat majlis anugerah pingat yang akan di sempurna kan oleh Pemangku Raja Perak, DYTM Raja Dr. Nazrin Syah.


BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.50 pagi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak. Mstar.

cerita dari dalam SUK...

DS Nizar sudah pun berada di dalam pejabat Menteri Besar bagi memulakan tugas beliau..dan sekejap lagi akan diadakan sidang akhbar..tetapi yang peliknya..pada mulanya para media dan jurugambar tak dibenarkan masuk ke SUK..apa barang beb..sidang akhbar tanpa media..

press conference. Seemua wrtawan dan jurugambar; baik media arus perdana dan media bebas telah dibenarkan masuk ke dalam bangunan SUK untuk prss conference

terkini sidang media akan bermula bila2 masa sahaja...

berita awal pagi dari SUK











Tugas DS Nizar hari telah pun bermula seawal 7.30 pagi lagi...kalau tengaok dari laporan de' anje(dugong darat) yang dipostingnya seawal 7.41 pagi...

Alhamdulillah, di sebalik kesesakan yang ditimbulkan oleh pihak polis dan FRU, Dato Seri Nizar dan exco-exco pakatan rakyat telah berjaya masuk ke SUK.

Namun seperti biasa para wartawan dan media telah dihalang masuk bersama dengan exco. Kami di arahkan untuk tunggu diluar sahaja.

Selamat bertugas kembali kepada DS Nizar selaku Menteri Besar Perakdan barisan exco2nya..

Sebentar tadi, AGS10 kenderaan rasmi Menteri Besar Perak kelihatan telah keluar dari bangunan SUK, timbul kekecohan sedikit apabila trafik tidak dikawal-selia langsung oleh pihak polis, menyebabkan kenderaan awam yang tidak tahu arah keluar masuk daripada kawasan SUK.

Dato Seri Nizar dalam perjalanan ke istana kinta untuk memenuhi jemputan dari istana.

Terlihat juga ada 3 van yang membawa CID telah sampai ke lokasi.

-laporan pada jam 8 pagi-

kami rakyat Perak berharap kemelut ini dapat diselesai dengan segera...kita memohon untuk membubarkan DUN bukan kerana tamak nak kuasa..kalau nak kuasa PR tak perlu mohon bubar DUN..kita nakkan pemerintahan yang dipilih oleh rakyat..rakyat adalah tuan kepada pemimpin..kerana menetukan siapa pemimpin adalah rakyat..yang tamakkan kuasa adalah mereka2 yang memperolehi kuasa dari cara yang salah..dari pencabulan perlembagaan dan undang..

marilah kita berdoa supaya doa kita diperkenankan Allah untuk Tuanku Nazrin setuju dengan pembubaran DUN ini..teringat pepatah melayu lama..."raja yang adil raja disembah..raja yang zalim raja yang disanggah.."

wallahualam

sidang media

DS Nizar diiringi exco bergerak masuk ke Bangunan SUK

Rombongan DS Nizar di hadapan pintu pagar

Kesesakan lalulintas

Jalan masih ditutup oleh FRU dan menyebabkan lalulintas terganggu

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil