Followers

Saturday, March 03, 2012

UMNUUU..keldai tunggangan MCA..

Kebiadapan MCA dalam memberi komen pasal hukum Islam ni dah banyak kita dengar..nak salahkan depa 100% memang tak patut pasai orang kuat Islam dalam sekutu depa pon duk hina hukum agama sendiri inikan pulak orang yang dah memang tak pahamkan Islam..

kita biasa baca slogan kat bawah ni kat blog2 umnuu...tapi realitinya member sebantal depa yang anti Islam..hari2 duk hina agama yang umnuu sayangkan tu..apasal depa tak melenting..pelik kan..?
"DAP ANTI ISLAM "PAS ITU MELAYU" UMNO ITU ISLAM"

 mana Pak Hassan Akidah masa Madey duk hina hukum Allah..mana Ulama' muda..mana menteri agama depa..mana orang2 yang asik melalak kata sayang Islam..tapi dengan sengih kerang busuk depa tadah telinga bila member sebantal depa hina Islam..macam pondan..!!


Orang tua2 cakap..kalau nak cari kawan cari yang pandai hormat kita dalam segi keagamaan..kekeluargaan..kebudayaan..kemasyarakatan..dan dalam segala hal..


maka pilihlah kawan untuk kita berkerjasama..bukan pilih kawan yg pentingkan diri dan menjadi keldai tunggangan mereka..


Wallahualam..

Friday, March 02, 2012

UMNUU BN cukup suka benor dengan lembu yerr...

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.

pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu.Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”











Lembu NFC bermodalkan RM250 juta..lembu Felcra bermodalkan RM18 juta jer..tetapi....


Butiran projek..

Bilangan kandang                                                              17

Bilangan lembu setiap kandang                                         2,000 ekor

Jumlah lembu                                                                    34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu                                                             RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan                         RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan                                             RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan                       RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan            RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu                                                            RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan                                                             RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan                                     RM37,400,000

Bilangan peserta                                                                92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan)                   RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan                                RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra  sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta                            RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta                                                                 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan                                RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan                       RM276,000,000

Keuntungan julan lembu                                                     RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak                                    250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun                             501,818 ekor setahun

baca selanjutnya di sana --> Selepas NFC, skandal lembu Felcra pula

pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik 
UMNO-BN. 


Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.


Persoalan yang perlukan jawapan dari mamat ni...jawab yob jawab..!!



Wednesday, February 29, 2012

BN nak kekalkan kuasa cara yang paling menyedihkan..

 Dulu pernah diucapkan ..'Kalau Pembangkang menang..mereka(Pembangkang)akan huru harakan negara..'
kata-kata itu aku dengar semasa PRU yg lepas..bila BN kehilangan 5 negeri..tetapi realitinya BN menjadi kurang ajar bila tidak dapat menerima kenyataan mereka kalah di Perak..maka rampasan kuasa berlaku..

Hari ini..pimpinan BN mula membuat rayuan supaya memberi mereka mandat lagi pada PRU yang akan datang..maka berbagai janji dan umpanan ditabur ke seluruh pelosok negara..mengharapkan rakyat jatuh kasih kepada BN semula..sudah 54 tahun diberi peluang berkuasa..sepatutnya BN tidak perlu merayu..melainkan BN sudah menjangkakan akan kekalahan BN..terimalah hakikat..

Namun dalam masa yang sama..BN melancarkan kempen menawan hati rakyat dengan keganasan..mewujudkan barisan samseng-samseng bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai..cara ini telah digunapakai ketika PRK Bagan Pinang..dan ia berhasil meraih kemenangan..apakah cara ini juga akan menjayakan BN untuk terus memegang kuasa..??

rakyat perlu pemerintahan yang disayangi..bukan yang ditakuti..dan jangan lupa kuasa rakyatsentiasa melebihi kuasa pemerintah..kalau BN nak tengok kuasa rakyat try..test..cubalah bikin rakyat marah..














Kereta DS Anuar Ibrahim..
hasil amokkan umnuu kerana ingin mengekalkan kuasa..

di ceramah Hindraf..



di ceramah YB Nurul Izzah..
orang yang hampir menumbuk Nurul Izzah dikatakan hendak menjaga keselamatan Nurul Izzah..
boleh percaya ke..??cehh..!!

Tuesday, February 28, 2012

Persenda..tolak hukum hudud jatuh kafir..Tun Mahathir ni apa cerita..??

sungguh lantang lidahnya berkata-kata..
apakah dia sudah arif dalam bab hukum hudud ni..??

selepas ini apa pulak alasan dia dengan ucapan dia ni..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil