Followers

Thursday, September 08, 2011

setelah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan..baru kini kita mengenal siapa pejuang kemerdekaan yg sebenar..??!!


Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.
Zainuddin Andika, 84 tahun, berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak. API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Testamen Politik API, tujuan-tujuan API ditubuhkan ialah:

1. Menyatukan pemuda2 yang insaf dalam satu BARISAN.
2. Mengokohkan barisan perjuangan untok bangsa dan tanahair.
3. Memberi latehan siasat, ROHANI dan JASMANI kepada pemuda2-nya supaya bersedia menjadi pemimpin bila di-kehendaki.
4. Membena sa-mula Malaya mengikut faham Democracy yang sejati yang berdasarkan kedaulatan ra'ayat.
5. Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.
Pendek-nya API mahu berjuang untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanahair dengan segala jalan yang terbuka, dengan lembut jika boleh, dengan keras jika terpaksa.
Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.
Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.
Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.


Shamsiah Fakeh (AWAS)


Ibrahim Haji Yaakub
Ahmad Boestamam (API)


Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM)


Taha Kalu (PKMM)


Ishak Haji Muhammad (PKMM)


Keris Mas (PKMM)


Ahmad Baiki (API)


Abdullah Zawawi (PKMM)


Abdul Hamid Haji Abdul (PKMM)


Majid Salleh (PMFTU)

Jejak Mat Indera- Siri 4: Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong




RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong

Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.


Yusof Rono MM 7645


Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)



sumber Pulakdah

Wednesday, September 07, 2011

Jejak Mat Indera- Siri 3: Isteri Kau..Isteri Aku, Punca Serangan BUKIT KEPONG


Tentera Fiji di Tanah Melayu


Isteri Kau, Isteri Aku
Sejak Mat Indera popular dikalangan buruh sehingga diangkat menjadi pemimpin mereka, kerajaan British sudah mula memusuhi Mat Indera. Apatah lagi apabila Mat Indera bergerak di bawah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yangdipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad. Matlamat mereka ialah untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan Angkatan Pemuda Insaf (API).


Pada 20 Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh negara dan semua gerakan dan partai gerakan kiri telah diharamkan. Pada masa ini revolusi bergema di serata tempat. Mat Indera telah memimpin belasan pemuda memasuki Tentera Pembebasan Nasional Malaya, mengibarkan panji perjuangan bersenjata dan mengisytiharkan perang terhadap penjajah British. Mat Indera kemudiannya dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Wilayah Bahagian Johor Jabatan Kerja Melayu serta menjadi salah seorang pemimpin Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Mat Indera adalah seorang kader penyusun gerak yang sangat efektif. Pengaruh beliau yang sudahpun tersebar di pelbagai daerah negeri Johor adalah hasil perjuangan beliau pada masa aman dahulu. Pasukan kerja bersenjata pimpinan beliau wujud di pelbagai kawasan terutama di Muar, Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mat Indera bersama gerakan KaumMudanya telah berusaha menaburkan benih-benih revolusi di merata kampung dan memperluaskan pengaruh serta tapak organisasi di kalangan ramai pekerja khasnya kaum tani.

Hubungan beliau dengan masyarakat bagai isi dengan kuku. Mat Indera sangat mengambil berat kehidupan masyarakat pelbagai bidang. Masyarakat pula menyambutnya seperti putera terbaik kesayangan mereka sendiri. Mereka lebih-lebih gembira kerana mempunyai tentera mereka sendiri dan Mat Indera yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin mereka di waktu aman dahulu kini muncul pula di tengah-tengah mereka sebagai seorang komander Tentera Pembebasan. Banyak kampung telah disusun dan menjadi asas untuk menyokong perjuangan bersenjata mereka. Tambahan pula kesan kemasukan tentera Gurkha dan Fiji British ketika era perang terhadap Jepun mula mendatangkan masalah kepada penduduk kampung.

Tentera Gurkha di Tanah Melayu

Inilah antara punca kepada peristiwa penyerangan Bukit Kepong. Menurut Pak Johan, masyarakat kampung ketika itu banyak diganggu oleh askar-askar upahan penjajah ini. Perangai dan tingkahlaku buruk yang ditunjukkan oleh tentera Gurkha dan Fiji ini semakin menyusahkan masyarakat kampung sejak Jepun keluar dari Tanah Melayu. Mereka lebih gemar berjudi dan mabuk, seterusnya mengganggu orang kampung. Askar Fiji pula lebih teruk lagi apabila tidak boleh melihat perempuan. Tidak kira anak dara atau isteri orang, jika mereka suka mereka akan mendapatkannya.

Pernah terjadi satu peristiwa seorang kampung menetak dengan parang seorang lelaki yang sedang mengendap isterinya di dapur. Rupa-rupanya lelaki yang mengendap itu adalah tentera Fiji. Walaupun tentera Fiji ini bersalah, dan hanya tercedera di lengan namun lelaki ini lebih malang lagi kerana dipenjarakan sehari di atas tindakannya itu. Bak kata Pak Johan, "Lagak askar Fiji ini dengan perempuan, tidak peduli. Jika mereka sudah suka, isteri kau..isteri aku.". Lebih malang lagi pengaruh buruk tentera-tentera upahan British ini turut mempengaruhi sebahagian anggota Polis melayu yang berkhidmat untuk British. Walaupun tidaklah seteruk hingga merogol isteri orang, namun budaya minum dan mabuk ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan ramai anggota polis yang bekerja dengan British ketika itu.


Sdr Awang (kiri) bersama bapanya Yahya. Pak Yahya adalah anak kepada Pak Sanib.


Oleh kerana maklumat terperinci perjuangan Mat Indera ketika di dalam hutan tidak begitu diketahui oleh Pak Johan. Saya bersama SAMM berjaya menjejak anak kepada rakan baik Mat Indera iaitu Sanib Jasmani. Sanib Jasmani adalah merupakan Ketua Kompeni Rejimen Ke-10, juga berasal dari Johor, dan pernah sama-sama berjuang bersama Mat Indera. Kami berjaya menjejakkan kaki ke Jeram, Muar untuk bertemu anak kepada arwah Sanib Jasmani iaitu Pak Yahya yang berusia 68 tahun.

Menurut Sdr Awang, iaitu anak Pak Yahya yang pernah bertemu sendiri dengan Pak Sanib semasa hidupnya, telah dimaklumkan tentang keburukan perangai tentera dan polis Britih ketika itu yang berlaku zalim dan penindasan terhadap penduduk kampung. Namun apalah daya penduduk kampung ketika itu. Handak diharapkan kepada Polis melayu, mereka juga bekerja dengan British. Hendak melawan mereka tidak bersenjata.

Sanib Jasmani @ Masin merupakan anggota pasukan Melayu Johor.



Ketika inilah Mat Indera menjadi harapan masyarakat kampung untuk membela nasib mereka yang ditindas dan dizalimi oleh anjing-anjing British ini. Menurut Awang juga, Mat Indera yang sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung di Muar hanya menggunakan Komunis untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melawan polis dan tentera penjajah ini. Pak Sanib akhirnya pulang kembali ke Malaysia selepas perjanjian damai hatyai pada 1989. Beliau telah meninggal dunia di Gunung Senyum di Jengka, Pahang beberapa tahun lepas.


Keluarga MAT INDERA Di Buang Negeri

Sejak Mat Indera menjadi buruan kerajaan British. Keluarga Mat Indra yang ketika itu tinggal di Bakri sentiasa mendapat penghinaan. Pak Johan turut menceritakan pengalamannya melalui zaman persekolahan ketika itu. Penghinaan terhadap keluarganya yang dikatakan menjadi penyokong komunis dan pengganas sudah ditanamkan oleh propaganda kerajaan British ketika itu. Propaganda itu turut menyerap dikalangan guru dan rakan-rakannya di sekolah ketika itu. Beliau sentiasa dicemuh oleh semua guru di sekolahnya sebagai keluarga komunis. Kecuali seorang guru agama, Haji Hitam yang sentiasa memberi sokongan dan meminta Pak Johan supaya bersabar. Perkara ini tidak sukar difahami kerana, kebanyakan guru ketika itu adalah merupakan lepasan sekolah Inggeris, melainkan guru agama yang mempunyai kefahaman agama yang lebih. Tambahan pula Mat Indera sendiri adalah seorang guru agama yang terkenal di Muar sebelum masuk berjuang di dalam hutan.


Hanya seorang guru agama sahaja yang tidak menghina dan mengutuk saya di sekolah sebagai Komunis dan pengkhianat - Pak Johan


Kemuncak tekanan kerajaan British kepada keluarga Mat Indera ialah mereka diusir dari bumi Johor. Keluarganya di arah untuk keluar dalam tempoh masa 3 bulan. Jika mereka engkar mereka sekeluarga akan dipenjarakan. British memberikan kepada keluarga mereka 3 pilihan tempat untuk  berpindah iaitu di Pulau Pinang, Singapura atau Melaka. Akhirnya Pak Johan dan keluarganya memilih untuk berpindah ke Singapura.
 Mereka sekeluarga tinggal di Singapura selama 5 tahun.

Sepanjang tempoh lima tahun di Singapura ini, mereka tidak mengetahui khabar berita tentang Mat Indera. Mereka hanya mendengar khabar berita tentang Mat Indera daripada berita serangan di Bukit Kepong dan Mat Indera ditangkap ketika mereka berada di Singapura.

sumber Pulakdah

Jejak Mat Indera- Siri 2: Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin


Haji Mohd Yassin Muhammad


Mat Indera, Haji Mohd Yassin Muhammad (Bapa Muhyiddin) dan Sheikh Fadhil Banten

Ada baiknya kita memahami susur galur aliran pendidikan ketiga-tiga tokoh ini sebelum melihat permulaan tercetusnya semangat perjuangan di dalam diri Mat Indera. Mat Indera pernah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten. Sheikh Fadhil Banten adalah seorang ulama terkenal di Muar. Haji Mohd Yassin Muhammad pula mula berdamping dengan Sheikh Fadhil Banten selepas gurunya Kadi Abu Bakar Alam meninggal dunia pada 1938. Mat Indera sudah berguru dengan Sheikh Fadhil Banten sejak 1937. Hubungan Haji Mohd Yassin dan Sheikh Fadhil Banten amat rapat, mereka bersama-sama mendalami ilmu agama di pondok Bunut Payong, Kelantan. Mereka juga pernah ke Banten, Jawa Barat menziarahi ulama-ulama tersohor di sana.

Ketika Jepun memasuki Tanah Melayu, Sheikh Fadhil Banten dititah untuk berkampung bersama-sama dengan Sultan Johor dan kerabat lain di Istana Pasir Pelangi, Stulang Johor Bahru. Haji Mohd. Yassin pula diarah memasuki kampung dan menenangkan rakyat yang benci dan takut kepada Jepun. Atas arahan gurunya, Haji Mohd Yassin berdakwah disamping mengawal kawasan-kawasan dan kampung Sheikh Fadhil Banten iaitu di Bakri, Serom, Bukit Gambir, Lenga, Bukit Kepong, Gersik dan Panchor.

Bagaimanapun sebenarnya Jepun telah diarahkan agar tidak membuat kerosakan dan kesusahan yang besar di Johor kecuali jika terpaksa. Ini adalah sebagai tanda hormat Jepun kepada Sultan Johor, penerima Pingat Bintang Matahari Terbit Maharaja Jepun Kelas I yang bertaraf kerabat DiRaja Matahari Jepun. Perkara ini tidak diketahui ramai rakyat Johor dan Haji Mohd Yassin mengetahui hal ini daripada gurunya, Sheikh Fadhil Banten. Ketika zaman pemerintahan Jepun inilah Mat Indera mula berguru dengan Haji Mohd Yassin kerana Sheikh Fadhil Banten berada di istana bersama Sultan Johor. Saat-saat Mat Indera berguru bersama Haji Mohd Yassin ini yang menjadikan hubungan mereka akrab bagaikan sahabat.

Askar Fiji di Tanah Melayu

Secara sedar atau tidak, sebenarnya dalam keghairahan British untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun, mereka telah membawa begitu ramai Tentera Gurkha dan Tentera Fiji ke Tanah Melayu bagi menguatkan barisan tentera mereka. Berbalik kepada isu Bukit Kepong yang dihangatkan oleh media utama ketika ini, tindakan membawa masuk Askar Gurkha dan Fiji inilah yang menjadi punca serangan di Bukti Kepong. Saya akan ulas lebih lanjut di dalamsiri selanjutnya.


Perbezaan Haluan Mat Indera dan Haji Mohd Yassin - Kaum Muda VS Kaum Tua

Pada tahun 1945, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Mat Indera mula bekerja sebagai buruh lembaga pelabuhan Muar. Kerana keberanian, ketokohan dan kebolehannya itu yang telah berjaya menyatukan kaum buruh dan memimpin perjuangan mereka. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Kesatuan Buruh Pelabuhan serta melancarkan berbagai bentuk perjuangan untuk membela kepentingan kaum buruh yang tertindas. Semangat perjuangan yang tinggi telah mendorongnya bekerja keras, di samping menjadi buruh untuk mendapatkan nafkah sara hidup dan aktif dalam gerakan kemerdekaan.

Pada waktu siang, beliau mengembangkan pekerjaan di kalangan buruh dan lain-lain lapisan masyarakat yang progresif serta membakar semangat mereka untuk melawan penjajah demi kemerdekaan tanah air. Pada waktu malam pula, beliau bersama rombongannya menjelajah ke kampung-kampung mengumpulkan orang ramai mengadakan rapat-rapat umum dan berpidato untuk membangkitkan semangat orang rami. Orang ramai sangat tertarik dengan pidatonya serta memberikan sokongan yang kuat kepadanya. Di sinilah beliau mencipta nama yang harum di kalangan massa rakyat di Muar dan kawasan sekitarnya.

Ketika itu Mat Indera bukan saja menjadi seorang guru agama yang terkenal, malah juga seorang pemimpin buruh yang hebat. Pernah berlaku peristiwa kaum buruh pelabuhan Muar mengemukakan tuntutan kenaikan upah dan layanan kerja yang baik daripada pihak majikan. Akan tetapi, pihak majikan yang hanya tahu mengaut untung telah menolak tuntutan mereka. Kaum buruh yang marah telah mengadakan mogok besar-besaran menuntut kenaikan upah dan perbaikan syarat kerja. Pihak majikan telah menekan mogok besar-besaran itu dengan memerintahkan polis menyerbu pemogokan dan menangkap Mat Indera dan menghumbannya ke penjara.

Beliau akhirnya dipenjarakan beberapa bulan. Walaupun dipenjara Mat Indera menyemai semangat juangnya dengan meremehkan polis penjajah. Mat Indera sentiasa memberi penerangan dan pendidikan kepada rakan-rakan sepenjara dan mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Ada beratus-ratus buruh pelabuhan yang sanggup tampil untuk menjaminnya keluar dari penjara, tetapi sebagai memprotes tindakan memenjarakannya yang tidak adil ini beliau menasihati kaum buruh agar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau meniupkan semangat para buruh supaya meneruskan perjuangan dengan gigih di luar ketika beliau berjuang dari dalam penjara.

Mat Indera diarak oleh buruh-buruh pelabuhan dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah - Johan bin Indera


Ketika Mat Indera dibebaskan, Pak Johan sendiri menyaksikan abangnya Mat Indera telah diarak bagaikan pembesar layaknya oleh kaum buruh dari Jalan Maharani ke Jalan Abdullah di Muar menurut Pak Johan.

Dalam masa yang sama, Haji Mohd Yassin bersama 24 orang sahabat telah menubuhkan Persatuan Lujnah Pengembangan Pelajaran Igama Islam Muar. Haji Mohd Yassin lebih menumpukan kepada keperluan pendidikan agama dalam masyarakat Melayu di Muar. Haji Mohd Yassin melihat keadaan ketika perang dan selepas perang memperlihatkan bahawa pemuda yang berpendidikan agama lebih cepat menyesuaikan diri. Mereka yang kurang berpendidikan agama berhadapan masalah kekalutan dan kekacauan. Mereka perlu bergerak kerana masalah sosial yang teruk seperti pemuda yang berpeleseran, kaum wanita yang kerap ke bandar. Ramai orang melayu yang menghabiskan masa dengan berjudi dan meminum arak, tidak solat dan menjauhi masjid.

Permasalahan ini timbul kerana sistem pendidikan ketika itu, pastinya dari penjajah British yang mengutamakan peluang pekerjaan kepada lepasan berpendidikan Inggeris dan Melayu. Bekas pelajar berpendidikan agama tidak dilayan dengan baik.

Haji Mohd Yassin meneruskan perjuangan mengembangkan dakwah Islamiah mengikut fahaman Kaum Tua yang berpegang kepada amalan tasauf seperti Khaujakan dan kesufian yang lemah lembut melalui ceramah umum dan pendidikan. Beliau turut cuba menarik beberapa sahabat dan kenalannya yang berjuang mengikut fahaman Kaum Muda bersama Mat Indera.

Sebenarnya ketika usianya belasan tahun, Haji Mohd Yassin juga seorang yang amat berminat mengikuti perkembangan dakwah Kaum Muda. Pendekatan Kaum Muda adalah dengan menggunakan pendidikan moden dan sastera serta bermotif anti penjajah di dalam objektif dan misi mereka. Haji Mohd Yassin sendiri pernah meminta izin daripada gurunya ketika itu Kadi Abu Bakar untuk menuntut ilmu di Siak, Sumatera. Bagaimanapun ia dihalang oleh gurunya kerana berdasarkan fahamannya, fahaman Kaum Muda yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dianggapnya terlalu agresif dan banyak mendatangkan salah faham ilmu dan mudarat. Bagi mengelakkan Haji Mohd Yassin terus belajar di sisinya tanpa memikirkan hal-hal lain dan terpengaruh dengan Angkatan Muda, Mohd Yassin telah dinikahkan gurunya dengan Cik Maznah binti Daud pada usianya 16 tahun. Akhirnya Haji Mohd Yassin ini menjadi anak murid kesayangan gurunya, Kadi Abu Bakar Alim.



Masuk Hutan Berbaju Kuning Berseluar Pendek


Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Mat Indera telah mengambil langkah untuk masuk ke hutan. Tindakan Mat Indera ini tidak diketahui oleh seorang pun ahli keluarganya ketika itu. Menurut Pak Johan, pada hari Mat Indera keluar diri dari rumah dan masuk ke dalam hutan hanya dengan berpakaian baju kuning dan berseluar pendek. Pada ketika itu usia Pak Johan baru mencecah 8 tahun. Pada sangkaan awal ayahnya-Indera bahawa anaknya itu sudah hilang dan dibunuh komunis. Kerana sebelum itu ada seorang ahli keluarga Mat Indera iaitu bapa saudaranya, Yahya telah dibunuh komunis.

Setelah lama tidak berhubung dari pihak keluarga, akhirnya mereka menerima perutusan dari Mat Indera melalui surat. Di sinilah bermulanya cara Mat Indera berhubung dengan ahli keluarganya, di dalam surat itu hanya dinyatakan pesanan ringkas seperti 'Jumpa aku Pagoh', dan apabila bapanya berada di Pagoh barulah Mat Indera muncul menemui bapanya.


Bersambung : Nantikan Siri seterusnya, 1. Punca Serangan Bukit Kepong
                                                                    2. Keluarga Mat Indera dibuang daerah
                                                                    3. Misteri WASIAT Mat Indera


Siri 4 akan menyusul jika Siri 3 tidak cukup untuk menamatkan keseluruhan kisah Mat Indera -Author Faethal


sumber Pulakdah

Monday, September 05, 2011

Jejak Mat Indera- Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini. Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat  Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.

Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.

Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.



Mat Indera BUKAN KOMUNIS
Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah 'Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetangah piak?'.


'TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.' penafian yang tegas dari Pak Johan.

Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera

Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada 'persoalan utama' itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.


Kekasih MAT INDERA

Masjid Parit Setongkat, Muar

Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.

Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan.


Bersambung..nantikan SIRI 2 -  1. Permulaan masuk hutan
                                                      2. Misteri WASIAT Mat Indera


sumber Pulakdah

BENDERA MALAYSIA PUNCA JURUKAMERA DITEMBAK..


Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat

"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.


Al-Fatihah buat arwah..

Sunday, September 04, 2011

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil