Followers

Tuesday, March 13, 2012

bertunang dekat 1/2 juta..kahwin nanti..???

Aku sebenarnya tak heran sangat kalau orang nak buat majlis tunang ke..kawin ke.. besar-besaran ke..mewah-mewahan ke kalau depa mampu dan kaya raya..aku tak heran..dah rezeki anak depa mak bapak depa kaya..
(gambar hiasan)

meh kita tengok kos satu majlis pertunangan orang besar ni...

Kos jamuan VIP seramai 36 orang - RM522 seorang                            RM18,792
Kos jamuan tetamu seramai 862 orang - RM359.60 seorang                  RM309,975
Kos pengendalian                                                                                RM81,000
Jumlah                                                                                               RM409,767
fuhhhyooo...sorang makan harga RM522..RM 300..depa makan apa harga mahal cam gitu..lauk apa depa makan tu..?? duit BR1M yang kerajaan bagi orang boleh beli macam2 barang dapor untuk tempoh 2 ke 3 minggu..ni dengan nilai yang sama untuk sekali makan jek..apa makanan yang mahal sangat tu..teringin gak aku sebagai rakyat jelata nak rasa..sedap sangatkah sampai sanggup belanja mahal cam gitu..

kalau nilai dekat RM 500 ribu atau senang cakap dekat 1/2 juta tu berapa banyak perut rakyat miskin boleh terisi..??   1/2 juta ringgit untuk sekali makan jek..ni baru majlis bertunang..kahwin nanti berapa pulak..?? aku ni orang kampung memang heran kenduri kendara dengan belanja besar2 ni..

Rakyat disuruh hidup bersederhana..berjimat cermat..tetapi depa2 ni...??

Monday, March 12, 2012

apa celop to'...'cow'orang nak samakan Mami Jatt Lembu dgn TGNA...



 minah ni nama dia  Farahana Jamaludin,Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM),...PENGARAH tu..bukan calang2 status dia pegang..PENGARAH beb..korang mampu ke jadi PENGARAH..??


korang ingat tak dulu dia penah samakan TGNA dengan Ayah Pin..?? sekarang ni dia nak buat lawak antarabangsa nak suruh TGNA tunjukkan keberanian macam Mami Jatt Lembu letak jawatan..mau aku muntah darah pasal terlebih gelak dengan kenyataan ala2 bodek tahap keldai..kalau ya pun kau nak jadi bengong janganla tayang kat orang..malu ooo..


Mami Jatt Lembu korang tu takde bilanya letak jawatan..tempoh dia jadi senator dah nak tamat..so jangan jadi bengap pasal nak membodek..kau dapat berapa ekor lembu dari Mami Jatt Lembu tu....yang kau nak samakan dengan cerita menantu TGNA tu sikit pon tak ada persamaan laa...dan untuk pengetahuan korang..kes TGNA dah lama tutup buku la weii..aku ulang sekali lagi KES DAH TUTUP..!!


RM250 juta bukan sikit duit ooo...RM250 juta tu duit rakyat yang disalahgunakan untuk dijadikan harta individu..dia buat duit rakyat macam harta mak bapak dia yang punya...ini kes pecah amanah..pecah amanah adalah sikap yang tidak bermoral...maka amanah yang rakyat beri kepada pemimpin korang ni..melibatkan hak rakyat..


maka pemimpin yang tidak bermoral ini korang bela...kes Mami Jatt Lembu korang ni masih terbuka luas untuk disiasat..kalau nak alihkan kesalahan Mami Jatt lembu tu carila mangsa yang kotor sama macam Mami Jatt Lembu korang tu..lembu lawan dengan lembu la to'..

Mokcik Ketua Puteri UMNUU ni pon sama bengap..puji tinggi melangit pasal ada can nak ganti Mami Jatt Lembu ka..?? tapi kalau mokcik Puteri ni aku sokong dia ambik alih tempat Mami Jatt jadi ketua wanita UMNUU..pasal dia banyak bercakap guna akal dari Mami Jatt Lembu banyak guna emosi..


memang dia tak layak jadi ketua wanita umnuu..suruh dia undur sekali dari jawatan Ketua Wanita UMNUU..bikin busuk nama pergerakan wanita je simpan Mami Jatt Lembu..busuk sampai ke usus dahh..tetapi sapa2 pun jang jadi Ketua Wanita UMNUU ..rakyat tetap dengan ABU(Asal Bukan UMNUU)..


maaf aku sedikit emosi bila menulis entry ni..pasal kenyataan yang low class ini keluarnya dari mulut individu2 yang bergelar pemimpin besar..tetapi berotak kecil..

shahrizat hey..250 juta jangan lupa hey...BN jangan buat-buat diam hey..!!



pemimpin yang tak amanah... UMNUU tetap sayang ..
pemimpin yang terlibat dengan skandal video lucah.. UMNUU tetap sayang..
pemimpin yang hina agama Islam..UMNUU tetap sayang..
UMNUU memang dah busuk sampai ke usus...

Sunday, March 11, 2012

dia bukan berundur la..dia berundur pasai dah tamat tempoh..



Dia nak undur dari jawatan menteri dia 8 April nanti teman rasa idak le pelik bebenor..sebab tarikh yang dia pilih tu adalah tarikh tamat tempoh dia jadi senator..maka otomatik le dia punya jawatan kena ditinggalkan..pasai dia bukan ahli mana2 parlimen pon..jadi pasai apa nak beria-ia buat sidang media bagai..

ingatkan dia ada rasa bersalah kepada rakyat Malaysia dek sebab kes lembu2 dia..rope-ropenya dia berundur pasai tempoh senator dia udah nak habis..citt akai filem bollywood dia pakai..mokcik bollywood oh mokcik bollywood..

bukan saja mokcik ni bawa rentak bollywood..dengan pok Najib..Sapie Apdal pon ngikut juga..udah-udah le nak buat drama pon..kalau nak bagi hebat undur sekali la jadi Ketua Wanita Umnuu..lepas tu buat la adegan nangis-nangis sampai keluar hingus..ayat kena power.."dah lama dah saya pikir nak mengundurkan diri..sob..sob..lama dah tapi tunggu dulu tamat tempoh noo..sob..sob" baru la gempak nampak keplastikkannya..

maka moral of the story mokcik lembu ni..bukan le dia letak jawatan ke..lepaskan jawatan ke..yang jelas lagi soheh adalah dia udah tamat tempoh pegang jawatan..ceh lakonan semata-mata..sedikit pun dia tidak berasa bersalah dan berdosa sebab perabihkan duit rakyat untuk memewahkan diri..ramai lagi rakyat yang harus dibantu..yang berhak untuk untuk dibantu..tetapi lain yang diamanahkan..lain yang dibuat..

kalau nak letak jawatan..sekarang la beb..apa tunggu-tunggu lagi..!!
250 juta jangan buat-buat lupa pulak..UMNUU memang mudah lupa tapi rakyat TIDAK LUPA..!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil