Followers

Saturday, July 04, 2009

apa..?!! pemuda UMNO samseng...biasa la tu..

kalau cerita pasal kesamsengan UBN tu tak payah la nak heran..itu yang telah berlaku di Melaka 2 hari lepas...cuba kita perhatikan... bila masa UBN pernah bersikap sopan santun dengan pihak lawan dorang...? UBN hanya akan bermanis mulut bila dorang dah tersepit atau dah nyawa2 ikan..masa tu hangpa nak apa pun dorang akan bagi...

"Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan." - malaysiakini

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04kalau setakat pecahkan meja plastik ni biasa aje..surau..masjid pun dorang boleh pecahkan inikan pulak meja plastik..jadi kesamsengan UBN ni tak payah la nak diherankan..tapi kalau dorang tiba2 jadi sebaliknya..itu patut kita heran..

jadinya kalau ada orang yang nak bersangka baik dengan dorang ni..silakan lah..jangan esok seperti melepaskan anjing tersepit sudah la...masa tu nak nyesal pun tak guna..tapi dorang ni pun bukan semua yang samseng..ada juga la yang boleh kita pandang..kita cuma berdoa yang depa ni boleh la cari jalan menuju ke PR pulak..lagi afdal sebumbung dengan yang tak samseng..

lepas satu..satu hal yang ada bau2 bacang dengan UG ditimbulkan...adakah masa sekarang perlu kita ketengahkan isu ini..? bagi ummi baik didahulukan apa yang patut kita dahulukan..PRK Manek Urai belum selesai lagi..krisis Perak belum selsesai lagi..isu babi pun belum selesai.. di Pulau Pinang dah terbit sedikit kocakkan ....jangan kamu hampiri zina kata WFauzdin di dalam surat yang dituju kepasa Ustaz Nasrudin Tantawi..

Kerajaan PR perlu menguruskan pentadbiran negeri dengan berhemah dan sebaik mungkin..kebajikan rakyat perlu diutamakan..rakyat dah penat dengan kemelut politik negara di masa ini...berilah sedikit keselesaan kepada rakyat untuk menjalani kehidupan dengan aman..

wallahualam

Reblog this post [with Zemanta]

babi..babi..dan babi lagi...!!

lama sungguh ummi tak publishkan bicara Tok Iskandar ni..hari ini mari kita baca apa ulasan Tok iskandar mengenai isu yang melanda negara kita..

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana ilmiah yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO.Pada hemat tok,eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai terlebih dahulu.Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti.Media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni.Macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul.Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun.dah kena dah penyamun jual penyangak.Tok tak kata pemuda PAS penyangak..ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG.Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah.Tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

Hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam.ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif.kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke,arkib mara ke...ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAP kat pasar malam.

Ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang.Spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah...bazir masa adalah.

Kat negara kita fenomena babi semakin menggemparkan.Bukan setakat selsema babi,siap kandangnya sekali jadi sajian utama media totok umno.Patutnya selsema babi jadi fokus utama mereka.Kandang babi tu sebenarnya dari zaman kerajaan BN x ada permit.Tok heran kenapa x mintak permit pulak.Tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing.cuma jangan sampai menyusahkan orang lain.

Patut boleh bincang secara bijaksana.Bagi umat Islam babi tu haram tapi bagi bukan Islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka.Macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah.Dulu DAP Kedah pernah persoalkan tindakan kerajaan negeri PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan.siap komen dalam media totok umno lagi.cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.

Masa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari pulau,DAP tak bising pulak.Kita tahukan siapa yang mampu beli kondo.berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo.Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen Pokok Sena.Tak salah tok kerusi Dun Derga.pasal tak ada kompromi,DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis.jika dicampur kedua-dua undi mereka,PR akan dapat satu kerusi Dun lagi.nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.

Tentang nasib babi ni tok tak nak ulas panjang.Setahu tok babi kat melaka lagi banyak.Dulu pernah guna FRU tapi satu kandang pun mereka tak berani robohkan kerana keprihatinan mereka khususnya KM mereka Ali Rustam.Apa kata Tok Ali offer buat kandang babi untuk babi Kedah ni.Dulu orang kata masa JE,banyak babi Negeri 9 dipindahkan ke Melaka.Sejauh mana kebenarannya tok tak dapat nak sahkan.Puluhan tahun kandang babi di melaka beroperasi tanpa permit.dahlah dekat kampung orang melayu yang memang sensitif dengan babi.Ada jugak gossip kalangan Melayu kat sini,babi Singapura pun ada dibela di sini.

Cubalah kerajaan pusat dan negeri cari penyelesaian yang bijaksana tentang isu kandang babi yang jadi buah mulut orang ramai dan negeri-negeri yang jadi tumpuan seperti Selangor,Kedah,negeri Sembilan dan Melaka.dalam masyarakat majmuk kena ada sikap saling hormat menghormati.Sikap pentingkan diri sendiri perlulah diketepikan.Apapun kena settle dulu kes selsema babi tu.

Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong.Jika inilah yang berlaku,BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi....percayalah.Kenapa?tak percaya.....

Friday, July 03, 2009

jom pakat jumpa blogger..

PULAU PINANG, 28 Jun (Hrkh) - PAS Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan semua blogger yang pro Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak lagi untuk menyampaikan misi terbaru sesuai dengan perkembangan hari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak berkata, pertemuan itu membawa banyak erti kepada PAS kerana peranan blogger tidak dinafikan membantu mengembangkan pengaruh Pakatan Rakyat dalam masa yang singkat.

"Melalui pertemuan itu nanti kita akan menerangkan misi dan visi terbaru PAS Negeri bagi diketengahkan dalam blog mereka. Kita juga berharap rakyat akan menerima corak dan persembahan PAS selari dengan perkembangan masa kini, " ujarnya.


usaha ini sangat murni...sekarang ni peranan blogger memang penting..kerana mereka inilah penyebar berita terpantas abad ini..tapi harus diingat blogger akan menulis apa yang dia rasa dan bukan apa yang orang lain mahu..kerana blogger bukan wartawan yang harus mengikut kehendak orang atas..bagi blogger..maklumat harus disampai tak kira dengan apa cara dan gaya bahasa...yang penting pembaca paham dan masej sampai..setiap blogger mempunyai gaya penulisannya tersendiri..maka harus dihormati kebolehan mereka dan kekurangan mereka..

penulis blog boleh berkerjasama dengan sesiapa saja kerana tidak terikat dengan mana2 orang atau agensi..janji sumber maklumat tepat dan sahih..ini tidak, nak blogger buat ulasan/liputan tapi maklumat tak diberi..kadang2 bagi maklumat yang dah basi..bila tersalah ulas salahkan blogger..ummi cakap mengikut pengalaman yang dah ummi alami juga pengalaman kengkawan..

harap kebebasan menulis yang ada pada blogger jangan dikongkong...jari jemari blogger ni boleh dikatakan berhantu juga..ia boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang itu .. kena kenali blogger mana yang dapat membantu dan yang mana nak menjatuhkan..berwaspada itu perlu jangan terlalu ghairah sehingga boleh menjejaskan parti..


apa ada pada malam PENTAS KITA.. KARYA KITA...






minggu lepas di rumah ummi ada 2 peristiwa besar berlaku..

Pertama...pada Khamis malam Jumaat adik lelaki ummi yang bongsu menikah dengan pilihan hati dia..nak buh gambar acara pernikahan dia..ummi takde rakam nanti nak minta jasa baik Dugong untuk emailkan sekeping 2..sejak kebelakangan ni..ummi tak berapa ada mood nak ambik gambor...tak tau la pasal apa..



Kedua...Jumaat malam Sabtu PENTAS KITA KARYA KITA mengambil posisi memeriahkan perkarangan rumah ummi..artis dia macam dah kita tau..orang yang hebat dan bertaraf bintang..sampai bintang di langit tak mandang langsung..nak cerita pun tak gunalah..pasal malam tu memang best giler semuanya sporting..AJK PAS Kawasan Bagan Datoh pun ramai yang datang..rugi pada sapa yang tak datang itu saja komen yang boleh ummi ungkapkan..meh layan video malam PENTAS KITA KARYA KITA..



Reblog this post [with Zemanta]



Gambar-gambar Pentas Kita... Karya Kita yang lain juga boleh dilihat di sini.
Beberapa ulasan tentang ke'best'san Pentas Kita... Karya Kita... di sini, sini, sini, sini, sini dan sini...











Thursday, July 02, 2009

kejutan demi kejutan...PR jaga2

dekat seminggu ummi tak update apa2 cerita ..isu semakin hari semakin hangat..semuanya mengenai politik negara yang sentiasa bergelora..baik di pihak BN mahupun pihak PR sendiri..

semalam kita dikecohkan mengenai ura2 DUN Perak akan dibubarkan...kisah ADUN BN yang akan menyokong PR tersebar dengan cepat..kisah kehilangan 2 tokoh lompat katak of the year juga terselit..heboh cerita ini diperkatakan...tapi yang pasti hingga hari ini belum ada apa2 pergerakkan..kalau kita baca cerita Dango Mamamat kat sini...mungkin ada benarnya..tinggal lagi belum berlaku seperti yang dibayangkan..ummi pun berharap sangat kemelut Perak ini segera ditamatkan...sebab ummi rasa Perak sekarang ni macam tak ada Menteri Besar..walaupun MB kat Perak ni lebih dari seorang..udah2 le tu yop kesian kat kami di bawah ni..nak ke kiri tak berkenan nak ke kanan tidak boleh ..

kita tunggu dan lihat...apa akan jadi sedikit masa lagi..

sekarang ini bukan setakat di Perak saja kecoh..Kedah pun dah menjangkit..yang ni sesama PR la pulak...dahtu disebabkan binatang paling popular masakini..babi a.k.a khinzir..

adakah tindakan DAP matang..?ada orang buat soalan ini...adakah DAP Kedah sudah memendam amarahnya kepada PAS Kedah selama ini ..macam gaduh laki bini pulak rasanya..teringat cerita seniman bujang lapok.."pasal taik pun mau gadoh ka aci...ayoyo" yang ini pasal babi..bukan boleh dipandang remeh..ianya berkaitan dengan sensetiviti antara kaum..yang menjadi kehairanan kenapa babi punya hal..bangunan pulak jadi mangsa..macam marahkan nyamuk kelambu dibakar..ada persamaan tak..ada kot...

harap isu ini dapat ditangani dengan berhemah..jangan sampai merebak ke negeri lain...cukuplah Perak saja yang dirampas..jangan Kedah pulak menerima nasib yang sama..harap pimpinan pusat dapat  menjernihkan keadaan di Kedah..

jangan disebabkan bangunan yg diroboh..ikatan PR pun turut roboh...ntah la semakin hari semakin pelik lak kelaku ahli2 politik skarang ni..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil