Selamat Mengundi Kepada Warga Kuala Terengganu...
pakat2 pangkah bulan deh...berehh..!!
seloka Tuan Guru Nik Aziz...
" Rasuah oh rasuah...
Beri salah....Tak beri kalah..
Buat umno serba salah.."
fikir-fikirlah....!!
Selamat Mengundi Kepada Warga Kuala Terengganu...
pakat2 pangkah bulan deh...berehh..!!
seloka Tuan Guru Nik Aziz...
" Rasuah oh rasuah...
Beri salah....Tak beri kalah..
Buat umno serba salah.."
fikir-fikirlah....!!
Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.
Teruskan dengan temuramah sya~reformis dengan Dato Husam.Pada 16/01/2009..jam 11.30 pagi.di Losong Masjid K. Terengganu.
TUDUHAN dari Ezam :
Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya- Ezam
Saya dah ada disini!!Saya bukan tuduh,saya cuma kata biasanya orang yang masuk UMNO ni carik makan la.Dulu dia berjuang menentang RASUAH dan PENYELEWENGAN tapi kita tak lagi dengar dia bersuara menentang RASUAH dan MENYELEWENG.
Memang la dia nak cuba guna alasan untuk masuk,saya nak cakap apa dia memang nak MASUK!Kita sebagai Pejuang tak boleh bersangkut dengan orang,esok-esok TUHAN akan tanya kita sendiri..Bukan tanya orang tu orang ni,semata-mata keputusan dibuat bedasarkan diri dia sendiri,makna TUHAN akan tanya tu sorang-sorang.
" Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ' Wallahi, Wabillahi, Watallahi' saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.
Sya bertanya : Ezam telah bersumpah apakah Dato juga akan bersumpah ?
Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.
"Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia," katanya.
Jawapan Dato Husam :
Bagi saya,saya lebih menghormati Dato Seri Anwar.Bagi saya Dato Seri Anwar Ibrahim lebih berprinsip dari ezam.
TUDUHAN Ezam :
Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ' pusing keliling' seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.
Jawapan Dato Husam :
Dia (Ezam) memang TOKOH yang hebat,saya tak boleh tandingi dia.Saya hanya orang biasa.
Sya bertanya :
Adakah Dato Menafikan segala Tuduhan yang dilemparkan oleh Ezam ?
Jawapan Dato Husam :
Saya pun tak dengar apa yang dia cakap,tuduhan itu pun saya tak perasan.Yang dia kata saya kenal Dato Seri Anwar Ibrahim,memang saya kenal!!Saya mengenali Dato Seri kerana prisipnya dan ketokohannya dalam politik.
Secara Rumusan tiap-tiap orang ada MARUAH dia sendiri,ada integriti dia sendiri dan istikomah.Kalau dulu dia mengatakan UMNO tak bagus,sekarang dia kata bagus jadi dia hilanglah integriti dia.Dulu dia kata Dato Seri Anwar Ibrahim bagus,sampai dia kena tahan ISA,pastu dia kata Dato Seri tak bagus.Macam mana dia kata dulu bagus sekarang tak bagus!Ini orang yang integritinya menurun.
Sya bertanya :
Bagaimana kalau dia ingin berdepan dengan Dato ?
Jawapan Dato Husam :
Saya harap Ezam keluar dari UMNO dan masuk semula ke dalam PAKATAN RAKYAT,Buat apa lagi duduk dalam UMNO!!!
Sekian temuramah Sya~Reformis dan Dato Husam Musa Pagi tadi.Bagi aku ini jelas apa yang cuba dimainkan oleh Ezam hanyalah untuk mencari nama dan PUBLISITI murahan sempena kempen beliau di K.TERENGGANU.
(Gambar: Dua Kepala Babi yang diletakkan atas bendera Pas yang diconteng-conteng.)
(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau. Siapa dalang sebenarnya yang menconteng bangunan ini? Adakah angkara penyokong ????? yang juga merupakan penyokong tegar ????. Menyamar sebagai India-Muslim untuk masuk ke surau dengan alasan ingin menunaikan solat )

(Gambar: Para jemaah dan penyokong Pas yang terkejut dengan tindakan biadap ?????).
(Gambar: Contengan "FUCK" carutan di pintu masuk surau).
(Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama?).
| adakah anda rasa.... |
Seramai 70,703 pemilih Melayu akan menentukan sama ada BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi dengan majoriti tipis 628 undi pada Mac tahun lalu.
Daripada jumlah pengundi 80,229, kira-kira 50 peratus pemilih wanita dan 45 peratus berusia bawah 40 tahun.
PAS dengan bantuan PKR dan DAP memberikan tumpuan di DUN Bandar. Sementara BN pula cuba menembusi DUN Wakaf Mempelam dan Batu Burok yang menjadi kubu kuat PAS.
Sementara DUN Ladang yang dimenangi PAS pada Mac tahun lepas dengan majoriti tipis 31 undi pada umumnya lubuk kekuatan BN.
DUN tersebut buat pertama kali dikuasai PAS pada 1999 yang menyaksikan gelombang besar undi protes penyokong Umno dalam isu pemecatan dan pemenjaraan Anwar.
Di Wakaf Mempelam yang diwakili Abdul Wahid, BN cuba menjelaskan bahawa PAS di Perak lebih mengutamakan orang Cina apabila memberikan hak milik kekal tanah kampung-kampus baru.
Isu ini dibimbangi oleh PAS boleh mengugat sokongan pengundi atas pagar dan simpatisannya.
Tetapi serangan PAS terhadap calon BN - misalnya mendakwa beliau seorang yang sombong dan pernah meminggirkan bekas ahli parlimennya Datuk Razali Ismail - meletakkan jentera BN dalam keadaan bertahan.
"Kita sudah biasa dengan janji pembangunan, tidak payah cakap semua orang tahu kerana ini pilihanraya," katanya.
Dalam persaingan dekat antara dua calon BN dan PAS saat ini, tiga hari sebelum pengundian, rata-rata pemilih Melayu di Kuala Terengganu sukar meramalkan siap yang memenangi kerusi parlimen tersebut, Sabtu ini.
Menurut mereka, papan tanda, bendera, risalah dan ceramah tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh atau Mohd Abdul Wahid Endut.
| adakah anda rasa.... |
KUALA TERENGGANU,14 Jan (HRKH) - PAS dijangka memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan kira-kira 2,000 undi majoriti.
Analisis demikian dikemukakan oleh seorang profesor Jabatan Sains Politik sebuah institusi pengajian Tinggi Awam kepada Harakahdaily.
Menurutnya, undi Melayu masih kekal iaitu diperolehi sama rata antara calon PAS dan BN namun berdasarkan perkembangan terbaru, terdapat kira-kira lima hingga lapan peratus pengundi yang tiada arah atau atas pagar yang bertukar status kepada 'silent voters'.
"Mereka ini pada kebiasaannya akan menyokong pembangkang yakni Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi
Jelasnya, pengundi Cina pula akan memberikan sokongan kepada PAS disebabkan mereka terkesan dengan diskriminasi BN.
"Apatah lagi dengan isu penutupan markaz DAP di kampung Cina baru-baru ini menambahkan lagi kebencian terhadap Umno-BN," ujarnya.
selanjutnya di sini -->harakah
sumber ahmadzawawi
Bahang panas diselekoh akhir Pilihanraya P.036 semakin terasa. Dari sumber saya yang sekarang berada ditengah-tengah medan itu terlalu banyak petunjuk yang menyatakan Pakatan Rakyat akan sekali lagi mengekalkan rekod memenangi setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 12.
Label ” pakatan rapuh “ yang diberi oleh BN nyata meleset. Lihat saja di Sidang Khas Parlimen mereka solid menentang kekejaman rejim zionis.
Pendekatan “mesra angka” yang BN lakukan sekarang pada akhirnya memakan diri. Dari sebelum penamaan calunpun BN sudah mula main angka iaitu Tambahan 400J dan 25000 bahan bimbit murid tahun V. Angka yang terakhir ini ialah rakyat Terengganu akan memperolehi 3 billion sekiranya harga minyak terus naik. Rakyat dinegeri-negeri yang ta` dapat royalti “biak pi la kat depa”.
Menyedari yang BN telah meminggirkan golongan muda, B erita Harian hari ini telah mengambilalih peranan dengan cara pro-aktif membekalkan Satu Sisipan yang mengandungi nama-nama pelajar(Terengganu) yang lulus cemerlang dalam PMR baru-baru ini. Disini saya rasa pelik sikit kerana para pelajar lepasan PMR belum boleh mengundi. Dalam hal ini saya mengaku kalah kerana ta` dapat nak figure out apa motifnya.
Menurut satu kajian, akhbar amat kurang dibaca diKuala Terengganu . Hanya TV yang ketara ramai penonton. Ini tidak termasuk Astro yang langganannya masih belum memuaskan.
Seperkara lagi BN terlalu banyak menumpang populariti Allahyarham Datuk Razali tentang Aspirasinya, Kegigihannya serta inteleknya.
Bagi para pendokong PKR dari seluruh negara yang berkampong di KT mereka mahu membalas budi pendokong-pendokong PAS sewaktu di Pmtg Pauh tempoh hariAku dengan Sya-reformis ikut team wanita PKR Perak pi berkempen. Mula-mula, dari Pantai Chendering nak pi ke Batas Baru, dalam DUN Ladang. Cuma satu yang kurang seronok sikit….pasai apa poster calon Pas tak dak?
Dari tempat penginapan , aku pusing punya lama..pasai tak tau jalan nak pi Batas Baru…tapi sekeping poster calon Pas pun tak nampak! tak siap lagi ka? Mengundi cuma tinggal lagi berapa hari…tak kan poster pun tak siap lagi?
Dari Bilik Gerakan PKR kat Baru, kami pi kat satu tempat ….markas Pas. Kami orang luar…datang cuma nak bantu…itu pun kalau orang suka. Tapi aku pun heran….kita datang punya ramai…muslimat Pas macam tak minat saja.
Depa suruh kami pi buat culaan…lepas tu depa cabut. mana la kami tau kawasan tu… ada la sorang petugas Pas yang depa suruh ikut kami…tapi dia pun tak dak maklumat apa-apa.. Senarai pengundi pun tak dak, peta kawasan pun tak dak…nak buat apa? Depa suruh kami jalan kaki…depa naik Hi-Lux.
Aku tau…ada nanti orang kata..”Matsamankati memang macam tu…nampak yang tak baik saja..” Wei!! bukan aku sorang saja blogger yang ikut kempen..ramai lagi. Nak tau berita terkini…hangpa pi baca blog Sya-reformis. Suhaimi Lubuk kawah pun ada, Chegu Bard pun ikut sama.

Dia tulis yang baguih…tapi aku risau!! Anwar pun kata..”jangan over-confident!” dan apa yang aku tengok…pilihanraya kecil Kuala Terengganu ni memang lain macam. Tak rasa macam pilihanraya. Relax sangat. Risalah sikit sangat…kerja pun tak teratur..tak ada koordinasi. Wanita PKR buat kerja sendirian…kalau boleh jalan sama-sama dengan muslimat Pas kan baguih!

Semasa Wanita PKR pi buat culaan undi, Calon Pas, Wahid Endut pun ada kempen sama kat tengah pekan. Aku pun cuba hambat dia..fuiyo!…pasai apa jalan macam ribut? Laju sangat! Kalau tak boleh salam dengan orang perempuan pun…sembang-sembang la sikit..ni dok salam dengan lelaki saja…orang perempuan tak mau pi jumpa pun. Tak kan nak undi dari lelaki saja?
Tak tau nak kata la…kalau takat DUN Ladang dan DUN Bandar….kerja kena kuat sikit. Aku tak puashati.
suber perakexpress
Selepas..."Dikhuatiri bahawa kesilapan anda mengakses akan mengakibatkan password anda di curi oleh pihak-pihak yang mencuri peluang atas kesilapan anda..."kita tahu ramai yang mengakses di TKO..YB2 pon ada....jadi tak mustahil mereka akan ceroboh blog atau web anda dengan senang....jadi disarankan kita menukar password untuk langkah berjaga2...
Awas bagi para pelayar laman web TKO. hari ni pihak kami telah mengesan klon laman web TKO yang menggunakan link http://www.tranungkite.07x.net/. pada pelayar yang melayar web Klon TKO pada link diatas dinasihatkan supaya tidak meng log in kemana-mana ruangan forum atau bahagian yang memerlukan akses menggunakan password.
Dikhuatiri bahawa kesilapan anda mengakses akan mengakibatkan password anda di curi oleh pihak-pihak yang mencuri peluang atas kesilapan anda.
Harap korang tak terpengaruh dengan laman web tersebut yang diwujudkan dengan tujuan yang tidak baik.
Untuk pengetahuan korang jugak, laman web TKO masih tidak dapat diakses buat masa ini kemungkinan kerana masalah server yang tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang semakin ramai berikutan Pilihanraya Kecil Parlimen 036 akan berlangsung tidak berapa hari lagi - aku agak la... stakat ni x dapat nak berhubung pun dengan mana-mana webmaster TKO... susah ke nak kontek sesame sealiran untuk penyebaran maklumat?
Mana-mana webmaster TKO sila hubungi mail saya poji2ya@gmail.com untuk mengupdate situasi laman anda.

"UMNO sudah mulakan serangan di alam cyber.mereka bidan web klon dan
email palsu. tapi taktik kotor ini berjaya dihidu oleh para pejuang
dari Bloggers Network Malaysia.
EMAIL PALSU:
MULA
Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web
http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja
yang mengikuti perkembangan laman web ini.
Dukacita dimaklumkan bahawa lawan web tersebut telah pun di ceroboh.
Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut
kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari
memasuki laman web tersebut.
Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web
sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com dan
email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com.
Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama
kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini
-WebMaster- TranungKite.net
AKHIR
pejuang HAMAS..hehehe..pejuang (Topeng Perak Xinwugi) dari BloggersNetwork@Malaysia berjaya mematahkan serangan cyber dari UMNO yang
membina laman web klon bagi tranungkite.net
laman web klon digunakan untuk perang saraf dan melumpuhkan moral
laman web klon tersebut yang beralamat di
http://tranungkite.freehostia.com/ berjaya dilumpuhkan.
tahniah diucapkan kepada Topeng Perak Xinwugi dan BloggersNetwork@Malaysia
Diharapkan kita berjaga-jaga sebelum PRK P36.
Blog Topeng Perak Xinwugi ialah di www.perisik-rakyat.com
Blog Umi Hani ialah di http://haninasution.blogspot.com/
Blog asrol ialah di www.kelatekito.com dan webpanas.blogspot.com "
TAHNIAH team BloggersNetwork@Malaysia..
---------- Forwarded message ----------
From: support@freehostia.com <support@freehostia.com>
Date: Tue, Jan 13, 2009 at 10:06 AM
Subject: Re: Contact form: CLONE WEBSITE
To: asrol.affandi@gmail.com
Hello,
Thank you very much for the information that you have provided. I will
terminate this site and corresponding hosting account right away.
Best Regards,
Peter
Support@Freehostia.com
http://www.freehostia.com
asrol.affandi@gmail.com wrote:
>
> Name: asrol
> Email: asrol.affandi@gmail.com
> IP: 118.100.1.173
>
> Â http://tranungkite.freehostia.com/ is a clone website.this website abused your TOC.this web is a phisher web
>
> please take down this website a.s.p
>
> the original site is http://www.tranungkite.net/v8/
> thank you.
Anonymous said...
Penting !!!!! TKO telah di ceroboh
Pengumuman kepada semua pengunjung setia laman web http://www.tranungkite.net , ahli forum, kelab TKO dan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan laman web ini
Dukacita dimaklumkan bawaha lawan web tersebut telah pun di ceroboh. Buat masa ini , kami tidak mempunyai akses ke lawan web tersebut kerana penceroboh tersebut telah menukarkan password team admin dari memasuki laman web tersebut.
Untuk tindakan susulan, pihak TKO telah membuat satu laman web sementara yang beralamat di http://tranungkite.freehostia.com
dan email team admin yang di gunakan sekarang ialah tranung2009@gmail.com
Di harap pengguna semua bersabar dengan dugaan ini. Semoga sama sama kita berjaya melalui minggu-minggu yang mencabar ini
-WebMaster- TranungKite.net

| adakah anda rasa.... |
arikel kali ini sekadar nak meringankan kepala hotak kejap....kali ini sekadar nak kongsi cerita pasal MJ atau nama Islam dia Mikaeel...bukan KJ tau...MJ ni memang ummi minat dari anak dara sampai la dah jadi mak dara...lagu2 dia memang ngetop gitu loh...tapi sejak dia memeluk Islam ummi tak penah tgk dia..semalam ummi dapat gambar MJ ni kat email...nak gelak pon ada tengok dia..pelik pon ada...tapi yg pasti ummi gelak tengok pesen pemakaian dia...hehehe
Pakaian cara islam Versi Michael Jackson....ummi tak tau dari mana dia dapat idea buat pesen camgini..hahaha
tak apala...janji amalan tak lari dari ajaran agama Islam....semoga MJ jadi muslim sejati...
Sejak memeluk Islam baru-baru ini, Michael Jackson kelihatan cuba untuk tampil berpakaian seperti budaya Arab. Terbaru, Michael di lihat memakai satu sut pakaian ala-baju kurung dengan seluar bersama tudung.
Yang membuatkan penampilan Michael Jackson ini menjadi pelik adalah pemakaian penutup mata yang hampir sama dengan apa yang dipakai oleh watak hero, Zorro.
suka ati ko lah michael...janji ko bahagia... hahaha
| adakah anda rasa.... |
| adakah anda rasa.... |
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu agar tidak terpengaruh dengan 'gula-gula' parti politik luar yang hanya datang menunjukkan muka di musim kempen pilihan raya ini.
''Tak payahlah orang lain nak gula-gulakan satu dua hari ini. Tapi bila puak satu lagi perintah masa tahun 1999, mereka tak bagi tempat pun kepada kaum Cina.iya betol kata Najib...jangan terpedaya..jangan tertipu dengan kata2 manis BN itu...warga Kuala Terengganu yang akan menjalani kehidupan..BN ibarat habis madu sepah dibuang...!! jaga-jaga..
''Hanya BN sahaja yang berikan. Waktu pilihan raya ini ada orang datang bagi buah limau tapi janganlah kita terpedaya, tertipu kerana inilah mainan politik parti lawan sedangkan selepas pilihan raya, kita sendiri yang perlu jalani kehidupan," katanya.
uishh...takburnya Najib...!! memang BN banyak bagi pertolongan..pertolongan cepat ke liang lahad...buat perumahan di lereng2 bukit...rakyat beli lepas tu runtuh...
Najib berkata, sejak daripada seseorang itu “lahir sehingga ke liang lahad”, kerajaan BN menjadi pembela rakyat.
“Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan,” katanya
Laman web tranungkite.net telah rosak akibat pencerobohan dan tidak dapat di akses lagi.
Buat masa ini TKO beroperasi di http://www.tranungkite.07x.net/
harap beri sokongan.
- Webmaster- Tranungkita.net