Dua lagi projek dijangka didedahkan akhir minggu ini dan awal minggu depan.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
Dokumen rumah terbengkalai itu yang didedahkan hari ini membabitkan projek perumahan Bandar Alam Perdana, yang dikategorikan sebagai rahsia oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ia juga mendedahkan bagaimana pemilik tanah pertanian dipujuk untuk menandatangani perjanjian pindah milik tanah untuk dijadikan kawasan komersial dengan bayaran RM360,000 termasuk sebuah rumah bernilai RM180,000.
Projek itu bermula tahun 2000 dan sepatutnya selesai dibina pada 2003.
Bagaimanapun ia diisytiharkan terbengkalai tiga tahun yang lalu, kata Khalid.
Ketika mengumumkan pendedahan itu di sini, Khalid berharap langkah ini akan membolehkan pembeli-pembeli rumah dan pemilik asal tanah berkenaan boleh mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan semula wang mereka.
Khalid mendedahkan maklumat itu berdasarkan bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor yang diperuntukkan oleh Seksyen 2(C) OSA.
Semalam ketika membentangkan Bajet 2010 Selangor, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendedahkan mulai hari ini tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.
Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelas beliau.
Hari ini Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan yang merupakan penduduk miskin pada asalnya telah diberikan 1.3 hektar (tiga ekar) tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan kelapa sawit di bawah Pelan Revolusi Hijau oleh bekas Menteri Besar Datuk Hormat Rafei pada 1973.
Menurut beliau, pemilik-pemilik terbabit telah menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan sebagai projek perumahan Bandar Alam Perdana.
Seramai 383 petani terbabit telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 termasuk sebuah rumah manakala seramai 3,436 pembeli pula tidak mendapat rumah yang dijanjikan.
Kesemua mereka tidak mendapat bayaran dan rumah yang dijanjikan.
Dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan semula termasuk disenaraikan nama-nama ahli politik, kakitangan awam, mangsa projek dan personaliti-personaliti lain yang terbabit akan dimuatkan dalam laman web kerajaan negeri esok.
Salinan bercetak juga boleh diperoleh di sekretariat kerajaan negeri dan pejabat-pejabat daerah.
sumber themalaysianinsider.com
ummi...
macam ini rupanya UBN buat kerja ekk...perkara ini tak hairan boleh berlaku bila UBN sudah terlalu lama memerintah ...kerana itu penindasan demi penindasan terhadap rakyat terus berlaku..mungkin dahulu rakyat tidak dibela kerana suara2 mereka dibisukan oleh penindas2 yang berkerja untuk UBN...
hari ini bila kuasa tiada ditangan mereka..maka kejahtan mereka telah dibongkarkan...dan inilah rupa sebenar pemerintahan UBN selama mereka berkuasa..ramai rakyat yang menjadi mangsa kerakusan tamak haloba mereka..apakah mereka ini masih layak diangkat menjadi pemimpin rakyat...TIDAK sama sekali..
Sekarang mereka harus membayar setiap titis keringat rakyat...setiap titis air mata rakyat..kita berharap kerajaan baru PR dapat membantu menagih hutang2 rakyat terhadap pemimpin yang telah merampas hak mereka.
wallahualam


