Followers

Saturday, January 31, 2009

'Hijrah' Itu Perjuangan ..!!

Kecoh sana sini pasal 'hijrah' parti....bermula dari Perak negeriku...orang UMNO cukup bengang dengan kes 'lompat' parti ni...tapi orang PR lebih senang hati dengan peng'hijrah'an ini...sepatutnya UMNO kena kembali kepada sejarah lepas....

isu wakil rakyat melompat parti agak melucukan bagi penonton politik, menggembirakan bagi parti yang menerima anggota baru itu dan amat memilukan bagi parti yang ditinggalkan wakil berkenaan.

Penonton politik sering melihat drama di mana jika yang melompat itu dari parti A, maka parti itu akan bising dengan soal maruah, kesetiaan dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Malah mahu digubal undang-undang anti lompat. Sebaliknya, parti B yang menerima wakil rakyat melompat itu menganggapnya sebagai hak dan kebebasan dalam amalan demokrasi.

Suatu ketika dahulu, yang menentang undang-undang anti-lompat adalah Umno dan Barisan Nasional. Kini yang menjadi juara anti-lompat adalah Umno dan BN, khususnya selepas pilihan raya umum Mac 8 tahun lalu kerana ada ura-ura beberapa Ahli Parlimen BN mahu menyeberang ke sebelah Pakatan Rakyat.

Tetapi adakah mereka ini jujur mahu menjamin dan mempertahankan mandat rakyat?

Sedangkan 25 tahun lalu sudah ada usaha serius untuk melaksanakan undang-undang anti-lompat. Malah ada kerajaan negeri yang telah pun meluluskan rang undang-undang anti-lompat hampir suku abad yang lalu.

Parti Bersatu Sabah pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan telah berjaya menewaskan Berjaya yang menerajui BN Sabah dalam pilihan raya negeri pada April 1985 dengan memenangi 25 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Namun gangguan dan demonstrasi jalanan dari penyokong BN menyebabkan Pairin terpaksa mengadakan pilihan raya negeri sekali lagi pada Mei 1986.

Kali ini PBS menang besar di 34 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. PBS kemudian menyertai BN tetapi sepanjang tempoh penyertaannya, ramai pemimpin kanannya merasakan mereka dianaktirikan oleh pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

Dalam pilihan raya umum 1990, PBS membuat keputusan mengejut apabila ia keluar dari BN sewaktu kempen pilihan raya. Parti itu kekal memerintah Sabah tetapi keputusannya untuk meninggalkan BN membuka ruang bagi Umno untuk masuk ke Sabah.

Bermulalah politik tawar-menawar dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri PBS dalam usaha menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pairin. Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri Sabah memperkenalkan undang-undang anti-lompat tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 1992.

Pada 19 Februari 1994, pilihan raya negeri Sabah diadakan lagi, dan walaupun BN berkempen dengan rasuah pembangunan dan taburan wang yang hebat, PBS terus diberi mandat oleh rakyat Malaysia di Sabah apabila ia memang tipis dengan 25 kerusi berbanding BN 23.

Apa yang berlaku selepas keputusan diumumkan adalah satu sejarah baru dalam politik negara pada masa itu. Pairin terpaksa menunggu di luar pagar Yang Dipertua Negeri selama tiga hari siang dan malam semata-mata untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Dua minggu selepas melantik kabinet negeri, beberapa Adun PBS mendakwa mereka ditawarkan berjuta-juta ringgit untuk melompat menyertai BN. Pada 12 Mac pemimpin PBS Datuk Lajim Ukin, Rubin Balang dan Datuk Zaini Isa, salah seorang dari Adun dilantik (selain 25 Adun yang menang pilihana raya, perlembagaan negeri membenarkan enam Adun dilantik oleh parti yang menang) mengumumkan keluar parti.

Sewaktu kekecohan itu, Kementerian Dalam Negeri mencatatkan rekod kepantasan tugas dengan meluluskan permohonan beberapa parti politik dalam masa beberapa hari sahaja untuk membolehkan mereka menjadi parti kepada Adun-Adun yang melompat dari PBS.

Pada 17 Mac 1994, Pairin secara gentleman telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri kepada Yang Dipertua Negeri setelah hampir70 peratus barisan Adunnya melompat parti.

Dari 25 kerusi yang dimenangi serta enam Adun dilantik, iaitu 31 kesemuanya, PBS hanya tinggal lima Adun. Dengan itu, tidak sampai sebulan setelah memenangi pilihan raya negeri secara sah, PBS kehilangan kuasa apabila Umno dan BN berjaya membeli hampir kesemua Adun-Adun berkenaan.

Bekas Adun-Adun PBS itu pula telah berpecah kepada lima parti negeri di mana keadaan itu membolehkan Umno menguasai majoriti kerusi dalam DUN Sabah dengan memegang 22 kerusi.

Namun ia tidak mematahkan semangat PBS apabila mencuba nasib sekali lagi dalam pilihan raya negeri pada Mac 1999. Walaupun ia tewas kepada BN, kerusi yang diperolehinya meningkat semula kepada 17 manakala Umno juga menambah lagi kekuatan kepada 24 kerusi. Parti-parti komponen BN lain semakin mengecut kekuatan mereka.

Dalam pada itu berlaku lagi lompat parti dari PBS ke Umno. Ini menyebabkan PBS tiada pilihan lain kecuali memohon untuk menyertai semula BN pada 2002.

Apa yang ingin diperingatkan di sini adalah sewaktu episod lompat pada Mac 1994 dan kemudiannya berulang selepas Mac 1999 adalah pendirian pemimpin-pemimpin kanan Umno dan BN di Kuala Lumpur. Rata-ratanya mereka menghalalkan lompatan dari parti lain untuk menyertai mereka atas dasar kebebasan wakil rakyat membuat pilihan sendiri.

Kini fenomena lompat ini kembali menghantui Umno dan BN. Selepas kebimbangan Ahli-Ahli Parlimen BN melompat parti selepas Mac 8 tahun lalu dikendurkan berikutan tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh 16 September sebagaimana yang diramalkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketakutan sekali lagi melanda kepimpinan BN.

Keputusan Adun BN Datuk Nasarudin Hashim yang mewakili Umno di kawasan Bota, Perak telah menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung kemungkinan beberapa Adun lain yang akan mengikut jejak langkahnya.

Buat pada masa tumpuan diberikan di Perak. Namun ada juga khabar-khabar angin mengenai Adun-Adun di beberapa negeri lain yang mula berminat untuk berpindah parti.

Sama ada mereka mahu meninggalkan Umno dan BN kerana masalah dalaman parti sendiri atau kerana yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ia bukan lagi soal perundangan kerana Malaysia memang tidak mempunyai undang-undang anti-lompat.

Malah, wakil rakyat masih dicengkam undang-undang yang melarang mereka bertanding semula dalam tempoh lima tahun jika mengosongkan kerusi.

Keadaan ini memaksa mana-mana wakil rakyat yang ingin berpindah parti terus melompat sahaja kerana sebarang usaha untuk menguji kekuatan dalam pilihan raya kecil dilarang oleh undang-undang. Yang membawakan undang-undang itu adalah Umno dan BN juga.

Bagi Umno dan BN sekarang, mungkin ini agaknya maksud pepatah Melayu "keris makan tuan". Oleh: Wan Hamidi

sekarang isu ini dah menular ke negeri Sembilan yang telah menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan Mat Hassan sedikit kelam kabut....nak menepis 'khabar angin' bukan senang yoep...ada ke dema kata ada ADUN UMNO/BN nak 'lompat' ke PR...?? bukan 'lompat' yoep...'hijrah'....

dikatakan calon-calon itu kemungkinannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng)...ntah ler..kita tunggu aje la masa dan ketikanya...'khabor2 angin' ni kadang2 bukan boleh percaya sangat...ye dak...!!

teringat pulak lagu HIJRAH...

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita pakat ramai2 Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

wallahualam..

11 cawangan UMNO masuk keranda....


Terkini dari Stadium Bakri Rais, Bota Kanan !
- 11 cawangan Umno telah dibubarkan malam ini - Cawangan Umno tersebut ialah di Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg. Selat Bota Kanan dan beberapa cawangan lain. Suasana di tapak ceramah - padang mini melaut dengan rakyat. Dianggarkan hampir 15 ribu orang membanjiri Pekan Bota Kanan malam ini. Gerai makanan jadi tumpuan, tokey bihun sup gearbox dah mula senyum ! Periuk sup dah hampir kering ! Jajaan dah nak habis !

Dato' Nasa menjelaskan bahawa tiada duit dan pangkat yg ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti, ia datang dengan keihklasan hati demi rakyat. Wow ! ramai juga orang-orang Umno yg datang ceramah malam ini ! Syhhh...., sumpah cakap lu, ini ler ceramah sulung PR yg kaum gerombolan datang dengor secara live! Ramai yg terkejut, Dato' Nasa lagi ler terkejut tengok punya la ramai orang, katanya tak pernah dia berceramah depan orang yg macam ini punya ramai ! Selalunya dalam ceramah umno, kerusi yg ramai dari orang..wakakaka !!

Anwar tengah layan syiookkk..! Kaw..kaw..punya cerita beb! Anwar bilang, berpuluh2 Adun dan Ahli Parlimen BN calling-calling dia, jumpa secara sulit-sulit, tapi nak lompat masih takutt..takutt!, nak buat macamana nanti miss soru...! MB Perak tak dapat datang malam ni, ada hal katanya..mungkin dok tengah bincang hal 4 mata dgn 2 orang Adun BN yang nak loncat hari cuti ni kot! Woi..jangan la main sorok2...boring laaa !!

ABO@al-Banjari - terima kasih kepada sahabatku ude kenang yang memberi input kpd teman tentang suasana 'seronok' dari Bota Kanan, Perak malam ini !

http://img71.imageshack.us/img71/3325/kerandaumnotl5.jpg

Friday, January 30, 2009

jika demo PPSMI gagal..PRU13 BN akan gagal...!!

GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran awal Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 (foto kanan) - untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

bersih rally 271207 01Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya, kata seorang tokoh sasterawan

"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.

"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.


a samad said
Gapena juga tetap dengan pendiriannya mengheret kerajaan ke mahkamah berhubung pelaksanaan dasar itu sejak tujuh tahun lalu yang didakwanya melanggar Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan – yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bekas editor kanan Berita Harian dan pengarang pelbagai genre kreatif itu juga menyangkal tanggapan bahawa tindakan berdemonstrasi seperti GMP atau Gapena sebagai "tidak rasional"

"Wajar kerana semua sumber lain telah digunakan, tetapi tidak dihiraukan," katanya, yang lebih mesra dipanggil Pak Samad.

Mengulas sama ada aktivis bahasa dan sastera veteran wajar sama-sama turun padang berdemonstrasi, A Samad berkata:

"Orang tua berjuang daripada sisi yang lain. Tetapi tidak bererti tidak berjuang. Sekarang giliran angkatan muda."

Generasi muda sekarang, tambahnya, daripada pelbagai organisasi dan parti politik termasuk Umno mendukung perjuangan bersama itu.-malaysiakini

SPRM mengganas....

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionHalimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."-malaysiakini

ummi...

itu baru 4 hari..bayangkan mereka2 yang ditahan di bawah Akta ISA...bukan 4 hari...4 tahun malah ada yang lebih 4 tahun.bagaimana dengan keluarga mereka....anak2 mereka..bagaimana dengan kehidupan isteri2 mereka tanpa suami....

kata TGNA....fikir fikirlah !!!

wallahualam...

Selamat jalan Tajol...Selamat datang Najib..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcDYC9wFFpCfXKiOJfZqFcAPQq9krvLeXg9KkX-o_weFlwZtvuOa5Dx-TWwps8WaXPj1Kaa-g-z7aRuPPpZitDR0xCTFjVsOg8VbhSeAr99zBF_ySPbqiNfk5CZqJ_hyW2grf2obKo7_Y/s320/Tajol+rosli.jpg

"Saya tidak cukup kuat,"
''Saya merasakan kepimpinan baru yang dilantik untuk memimpin Perak adalah yang terbaik dan sekiranya mereka tidak boleh, tidak ada siapa lagi yang boleh melakukannya,"




Datuk Seri Najib Tun Razak...
inilah muka Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak yang baru
cayalah..!!

http://thestar.com.my/archives/2008/3/26/nation/n_12zahid.jpg

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.
jadilah....!!

kalau barisan inilah yang akan menerajui UMNO Perak..ummi takut ramai pimpinan UMNO tempatan yang akan jauh hati...kita tahu Najib sudah tidak diterima ramai.... kesanggupan Najib untuk mengambil alih tampuk emas perhubungan perak hanya dilihat sebagai untuk memperluas empayar kekuasan dan sokongan semata..... dan akan lebih membuat mereka mereka yang punya penyakit dalam hati untuk lebih menjadi pembodek......pengampu dan pak sanggup....

Adakah misi UMNO Perak untuk menwan kembali Perak akan berjaya...??

Maka berakhirlah era dinasti tajol... sudah sampai ke penghujung cerita dimana MB Nizar telah berjaya menunjuk jalan pulang menjadi rakyat biasa buat tajol..perletakan jawatan ini akan membuat mereka yang pro tajol tiada tempat bertaut lagi dan meletakkan mereka menjadi sasaran empuk musuh politik mereka..

Perak semakin menarik.....

wallahualam...

Thursday, January 29, 2009

UMNO semakin lemas...

Komen dari Tok Iskandar ni ummi ambik dari sini -->http://perisik-rakyat.com/2009/01/tolong-jangan-potong-sayap-umno.html
renungkan kata2 tok ni...

tok iskandar said...

Ramlang porigi,imam masjid wilayah persekutuan yang menjadi saksi pengakuan saiful mengaku diliwat telah dipecat JAKIM.Ramai yang terkejut dengan tuduhan mencemarkan perkhidmatan awam terhadap imam yang berasal dari Sabah ini.

Setakat ini sehebat mana kakitangan awam berkempen,mereka tidak akan dipecat biarpun mereka menyokong parti pembangkang.Paling terukpun mereka ditukarkan ke kawasan pedalaman dalam tempoh 24 jam.

Kes Ramlang berbeza kerana beliaulah antara faktor utama kemenangan Anwar di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Apabila Anwar menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan seterusnya dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen,UMNO semakin sukar untuk bernafas dibuatnya.

Terbaru,isu ADUN Bota melompat dan menyertai PKR menghancurluluhkan semangat juang UMNO yang kian padam dengan kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac tahun lepas,disusuli dengan kekalahan kedua pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan kekalahan terbaru di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.Ketiga-tiga kekalahan ini telah disifatkan Kuli sebagai kemaluan ketiga UMNO dalam tempoh sepuluh bulan.

Belum sempat UMNO menarik nafas lega,kemasukan Nasharudin Hasim ADUN Bota ke dalam PKR sungguh memeranjatkan sehingga Tajol Rosli sampai tersasul mengumumkan beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Khabar angin telah bertiup kencang Najib akan menggantikan Tajol bermula 2 Februari.

Bagi meredakan iklim suhu politik dalam UMNO yang terkena serangan Chikugunya,Zahid Hamidi selaku memanda Menteri yang menggepalai JAKIM bertindak menjadi hulubalang UMNO Perak dengan mengarahkan JAKIM memecat Ramlang Porigi.Zahid Hamidi memecat Ramlang Porigi di saat regim Yahudi menyerang pejuang Palestine di Gaza tanpa memberikan ruang kepada beliau untuk membela diri.

Ramai yang sudah hampir lupa suatu ketika dulu Zahid Hamidi adalah Ketua Pemuda UMNO yang pernah menjadi hulubalang Anwar.

Setelah menyertai kem Najib,Zahid lupa diri dan kedudukannya sebagai ahli parlimen Bagan Datok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
memberikannya peluang untuk menindas kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat.

Jika Ramlang kalah dan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan BN.Selepas ini lebih ramai kakitangan awam akan dipecat kerana menyokong pembangkang.Ini akan memburukkan lagi imej perkhidmatan awam dan memperlihatkan lagi penindasan yang dilakukan UMNO terhadap bangsanya sendiri kerana rata-rata kakitangan awam berbangsa Melayu.

Tok nak ulas sikit tentang larang berpolitik ini sering disalahgunakan oleh kerajaan untuk menindas kakitangan yang menyokong pembangkang sedangkan kakitangan awam yang menyokong UMNO dan ada jawatan di dalam UMNO tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Datuk Azmi suatu ketika dulu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pada masa yang sama menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
Aminuddin suatu ketika dulu Guru Besar SK Jalan Bahagia dan pada masa yang sama menjadi setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.
Hassan Mat Amin,Guru Besar SK Teluk Sentang dan sekarang AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.
Mazlan,Pegawai khas kepada YB Chua pula adalah seorang GPK di sebuah sekolah di Jengka.
Saifuddin Abdullah,ahli parlimen Temerloh dikatakan mempunyai setiausaha sulit seorang GPK dari sebuah sekolah kebangsaan di Seberang Temerloh.Sebelum ini,Aminuddin menjadi setiausaha sulit Saifuddin.
UMNO dari dulu,kini dan tidak mustahil untuk selamanya akan menindas Melayu yang tidak menyokongnya dan sudah sampai masanya untuk Melayu membuang UMNO dan menolaknya agar tiada lagi melayu yang akan teraniaya.
wakil-wakil rakyat UMNO yang kalah di dalam pemilihan ketua bahagian tentu sedar mereka semakin dipinggirkan oleh pimpinan parti yang lebih mengutamakan kroni dan sekumpulan elit.
Sudah lama UMNO dinaungi elit UMNO dan mereka jugalah yang memusnahkan parti itu.Jauh sekali untuk dibaikpulih,UMNO perlu dimusnahkan dan alternatif baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi wadah politik bangsa Melayu ke arah harapan baru.

UMNO dan politik wang....

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat, UMNO perlu membuat penstrukturan semula organisasi parti itu dengan membubarkan sayap Puteri dan Putera UMNO.
Ikuti sidang media beliau yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di sini, semalam.

Soalan: Daripada 974 aduan (sejak dari 2007 hingga Januari 2009), berapa banyak aduan yang telah diserahkan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Tan Sri: Sebenarnya fungsi dan tindakan BPR serta SPRM berbeza dengan Lembaga Disiplin UMNO. Siasatan kita dan mereka berasingan, kita (lembaga disiplin) buat dengan cara siasatan kita, jadi kita tidak tahu berapa yang telah disiasat oleh mereka.
Kita hanya siasat berdasarkan laporan yang diberikan kepada kita, tetapi ada kes yang pada saya kita harus berbincang dan adakan kerjasama dengan BPR. Kita boleh bertukar-tukar fikiran, pandangan dan sebagainya supaya kita dapat menghapuskan gejala politik wang ini.

Soalan: Bagaimana dengan mereka yang sedang disiasat oleh SPRM? Adakah lembaga disiplin dapat laporan?

Tan Sri: Kebanyakan kes ada juga kita terima. Sebenarnya lembaga disiplin parti adalah satu badan yang ditubuhkan oleh UMNO untuk menghapuskan gejala politik wang ini dan kita berasaskan kepada apa yang diberikan kesalahannya di bawah kod etika UMNO.
Bermakna hanya soal kod etika, jadi sebab itulah kita berasaskan kepada kesalahan etika sahaja. Kita tidak ada kuasa seperti yang terdapat di BPR atau SPR sehingga pergi tanya orang (soal siasat) dan sebagainya, cara kita bukan seperti itu.

Soalan: Jika sekiranya mereka didapati bersalah adakah lembaga disiplin akan menggantung keahlian mereka?

Tan Sri:
Kita akan lihat keadaan, jika perlu kita buat tindakan...kita akan bertindak. Jika tindakan daripada SPRM sudah mencukupi, kita tinggal begitu sajalah. Kita tidak boleh bagi satu keputusan yang muktamad (mengenai perkara ini).

Soalan: Adakah lembaga disiplin akan menyerahkan aduan rasuah atau salah guna kuasa kepada BPR atau SPRM sebab Tan Sri kata badan itu mempunyai lebih kuasa daripada lembaga disiplin?

Tan Sri: Itu terpulang kepada perbincangan kita, kalau perlu kita serah. Sebaliknya sekiranya pihak BPR atau SPRM telah mengambil tindakan mereka sendiri, maka kita tidak boleh ganggu.

Soalan: Lembaga disiplin bersedia untuk bekerjasama dengan BPR dan SPRM?

Tan Sri:
Ya, kita nak menghapuskan gejala-gejala rasuah maka tidak ada cara lain. Kita sanggup bekerjasama untuk menghapuskan gejala rasuah politik ini. Saya juga berharap pemimpin dan ahli UMNO akan berfikir bukan sahaja untuk parti UMNO tetapi untuk negara. UMNO adalah satu parti yang menjadi tulang-belakang bukan sahaja kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kepada negara. Sejak dari 50 tahun lepas telah membawa kebaikan kepada negara maka UMNO perlu diperbaiki dan diperkuatkan semula. Saya merayu kepada pemimpin dan ahli parti, janganlah buat perkara macam ini (gejala rasuah). Saya minta pemimpin sedar. Saya nak nyatakan, lebih banyak kita adakan pemilihan, lebih banyak lagilah rasuah politik berlaku.

Sebenarnya saya fikir, perlukah ada Puteri? Perlukah ada Putera? kedua-dua sayap ini menggalakkan lagi berlaku amalan rasuah politik. Di England rasanya tidak ada ‘women or ladies association’ baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh. Pergerakan Pemuda dan Wanita pun perlu juga dipertimbangkan, sebab saya rasa tidak ada kepentingan. Kita dapat mengurangkan masalah ‘duit keluar’ kerana jika kurang pertandingan maka kuranglah gejala rasuah.

Sama juga sistem kuota, saya dah katakan dahulu bahawa sistem ini telah membawa kepada satu gejala yang menyebabkan akibat buruk. Sama juga pertandingan dalam pemilihan sayap Puteri dan Putera. Kalau boleh Majlis Tertinggi (MT) fikirkanlah, kalau kita mahu kurangkan gejala ini, maka perlu kita buat.

Soalan: Tan Sri akan cadang kepada MT supaya membubarkan sayap Puteri dan Putera UMNO?

Tan Sri:
Puteri dan Putera ini sangat muda. Mereka ni golongan muda yang perlu memberikan fokus kepada pelajaran dan jangan bawa mereka dalam politik. Mereka muda lagi dan belum tiba masanya untuk berpolitik, itu pandangan saya.

Soalan: Maksudnya organisasi UMNO itu sendiri perlu distrukturkan semula?

Tan Sri:
Ya, tapi saya tak tahulah sama ada perkara seperti ini diterima oleh MT dan pemimpin UMNO atau tidak. Tapi kalau kita nak mengurangkan gejala rasuah yang berlaku sekarang ini, maka Puteri dan Putera malah pergerakan Pemuda dan Wanita pun perlu dipertimbangkan untuk dibubarkan.

Soalan: Tapi ramai pihak berpendapat ini adalah cara terbaik untuk beri pendedahan awal kepada golongan muda.

Tan Sri: Tak payahlah awal sangat, dia kena belajar dulu. Kita bergantung pada orang muda untuk bawa negara pada tahap yang tinggi setanding dengan negara-negara lain. Jika politikkan mereka, orang muda sekarang tidak ada kerja lain, politik sahaja.
Banyak aduan yang saya dengar Putera pun ada main duit juga...Puteri pun ada main duit juga. Tapi tidak siapa pun datang lapor kepada lembaga disiplin.

Soalan: Adakah Tan Sri sudah mencadangkan kepada MT?

Tan Sri:
Saya tak bawa lagi pada MT tapi ini yang saya fikirkan sejak beberapa bulan yang lepas. Mungkin saya akan buat satu pandangan bertulis nanti tapi itu terpulanglah kepada MT untuk menerima atau tidak.

Soalan: Bagaimana dengan status Adun Bota (Datuk Nasarudin Hashim) yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Tan Sri:
Pada saya, (Nasarudin) tidak patut buat begitu. Hanya sebab tak puas hati beberapa perkara terus lari daripada UMNO. Kita boleh selesaikan perkara-perkara ini, saya kecewa betul pada pemimpin UMNO yang buat macam tu.


ummi..

nampaknya terlalu banyak masalah disiplin dalam amno sehingga Ku Deen macam kecewa sangat2 dengan disiplin ahli2 amno...apa yang Ku Deen harapkan untuk memulihkan imej amno..bolehkah selesai masalah politik wang dalam amno ni dengan buang putera dan puteri...??

politik wang ni dah jadi kemestian dalam amno...tak kira ada putera atau puteri..ia tetap berlaku kerana pengamalnya ada disetiap peringkat dan lapisan dalam amno..dah tu macamana nak moleknya amno..nak dapatkan kuasa kena melabur dulu...itu kata2 yang biasa keluar dari mulut orang2 amno sendiri...

kalau macam ni la pandangan Ku Deen mengenai pemuda dan pemudi amno...memang sah lah kewujudan putera dan puteri hanya mgabihkan boreh yo..!!

wallahualam...

sembang petang Pak Karamu mengenai politik Malaysia

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebagaimana biasa setiap hari isnin Pak Karamu kembali daripada Kuala Lumpur singgah di Kuala Selangor atau Tanjung Karang untuk bersembahyang zuhur ataupun 'asar, semalam hari isnin Pak Karamu singgah saja di Kuala Selangor untuk bersembahyang zuhur, apabila masuk saja di kawasan masjid saya lihat ada enam orang sedang berbual-bual, dua orang berpakaian kot dan empat orang lagi hanya memakai tie sahaja, ketika saya melalui mereka, mereka memberi salam dan saya terus pergi mengambil wuduk dan terus sembahyang

Selepas sembahyang saya terus keluar masjid, tiba-tiba enam orang yang saya lihat pada awal tadi datang menghampiri saya dan memberi salam dan tersenyum, lalu saya sambut salam tersebut, kemudian mereka mengenalkan diri masing-masing, yang nyata salah seorang daripada mereka yang bernama Ridwan yang paling banyak cakap dan agak peramah

Ridwan: Tuan ni dari mana dan hendak kemana ?

Pak Karamu: Saya ni dari KL nak balik kampung kat Perak

Ridwan: Kalau boleh kami tahu nama tuan ?

Pak Karamu: Panggil saja Pak Karamu

(salah seorang dari mereka macam terkejut, namanya Aliasak)

Aliasak: Haaa! Pak Karamu !

Pak Karamu: Ya sayalah Pak Karamu, (dalam hati mungkin mereka mengikuti blog saya)

Aliasak: Yang punya blog tu ke ? yang ada Umarak dagang tu ke ?

Pak Karamu: Ya benar, tuan ni siapa ? (Salah seorang dari mereka namanya Hanafi)

Hanafi: Ah kami ni pengikut blog Pak Karamu

Pak Karamu: Oh begitu, berjumpa juga kita ye !

Ridwan: Inilah cara kebetulan dan Tuhan nak jumpakan kita di kawasan masjid ini, eh mari kita cari tempat makan, dan Pak Karamu boleh luangkan sedikit masa untuk kami ?

Pak Karamu: ah tidak ada masalah

selepas makan mereka minta berjumpa dan berbincang kat masjid kerana kawasan di situ agak tenang dan tiada gangguan, kami hanya duduk bersila di masid tersebut

Pak Karamu: ha apa yang beria-ia benar nak jumpa ni

Ridwan: Begini Pak, eh boleh kita bincang masalah hal ehwal semasa ?

Pak Karamu: Eh tak ada masalah silakan

Ridwan: Eh tak salah ke kita bincang masalah politik negara kita sikit ?

Pak Karamu: Eh apa pula salahnya sedangkan Rasullullah memulakan politik dari mimbar masjid

Aliasak: Al Hamdulillah !

Hanafi: Begini Pak, sebenarnya kami ni selalu bincang pasal politik negara dan agama, Apakah pandangan Pak Karamu tentang politik negara sekarang ?

Pak Karamu: Namanyapun politik kan? Di negara kita sekarang politik bagaikan bara dalam sekam, bila-bila masa boleh menyala, nasib baik angin tidak kencang, maksud saya di negara kita sekarang suasana politiknya agak huruhara akibat banyak sangat yang tidak kena terutamanya dalam soal sikap kepimpinan dan dasar parti yang berbeza, walau apapun ia dapat di kawal dengan tolak ansur demi untuk keamanan

Ridwan: Apakah pandangan Pak Karamu tentang parti UMNO ?

Pak Karamu: Saya lihat UMNO ini akan beransur lemah dan hilang kepercayaan rakyat kepadanya, ini adalah di sebabkan terlalu banyak kroni di dalam parti tersebut dan di kalangan pucuk pimpinan merekapun sudah tidak lagi sebulu dalam memperbetulkan parti, mereka kebanyakkannya hanya hendak merebut jawatan dan jatuh menjatuhkan di antara satu dengan yang lain

Ridwan: Apakah UMNO sudah tidak dapat di pulihkan ?

Pak Karamu: Kita ni bercakap dalam masjid bukan ? Ok begini saja, saya lihat UMNO sudah banyak buat silap dan sudah mengamalkan rasuah dalam mempertahankan jawatan dalam parti mereka terutama apabila mereka hendak merebut jawatan dan melakukan rasuah juga pada setiap pilihanraya, dosa ini di ketahui oleh Allah di samping manusia dan sekarang Allah mula hendak balas atas kecurangan tersebut, dan mereka yang kena inaya pula sentiasa berdo'a kepada Allah kerana di zalimi

Hanafi: Tapi UMNO banyak membuat kebajikan kepada rakyat di negara ini, tidak patut UMNO menjadi musnah dan lenyap

Pak Karamu: Saya rasa UMNO membuat kebajikan terhadap rakyat adalah atas dasar wang rakyat juga dan UMNO yang memerintah hanya mentadbir sahaja, kerja ini sesiapapun boleh lakukan, apa yang saya nampak sekarang ialah kesalahan UMNO akan di balas oleh Allah dengan menjauhkan hati rakyat terhadap UMNO, dan para pucuk pimpinan UMNO sekarang terpaksa ikhlas dan mengakui atas kerja yang mereka lakukan

Ridwan: Jika UMNO sudah tidak di hati rakyat maka akan hanyutlah bangsa kita dan akan berkuasalah bangsa lain ?

Pak Karamu: Ini suatu pandangan yang silap, saya rasa kamu sudah berfahaman khurafat, ini sangat bahaya kerana fahaman kamu yang sedimikian menidakkan kebolehan orang lain, fahaman ini hanya menambahkan kemurkaan Allah terhadap orang yang berfahaman khurafat ini dan ia menambahkan lagi kemurkaan Allah, itulah sebabnya setiap apa yang kita lakukan kita tidak bergantung kepada Allah dan hukumNya, akhirnya kamu boleh lihat dan dengar apa yang sedang terjadi sekarang

Hanafi: Pada pandangan Pak Karamu adakah harapan UMNO ini di pulihkan ?

Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya?

Aliasak: Pak Karamu ! Bukankah UMNO itu orang melayu dan beragama islam dan tak cukup islam lagikah ?

Pak Karamu: Lagi-lagi kamu berbuat silap, saya tak kata kamu tu bukan islam, apa yang saya tegaskan di sini ialah dasar islam itu yang wajib di tegakkan di dalam UMNO bukannya semangat orang UMNO yang islam itu sebagai dasar , kamu kena faham apa dia semangat bangsa dan apa dia dasar islam dan kamu juga kena faham UMNO itu bukan islam dan islam itu bukan UMNO atau orang melayu itu bukan islam dan islam itu bukan melayu atau agama itu bukan bangsa dan bangsa itu bukan agama, sebab itu bangsa itu tiada rukun akan tetapi agama itu ada rukun, ini semua perlu di perbetulkan

Ridwan: Apakah pandanga Pak Karamu tentang parti PAS ?

Pak Karamu: Pandangan saya parti PAS adalah menepati kepada fahaman agama kerana dasarnya Al Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan qias, sebab itu jika kita nak masuk menjadi ahli mana-mana parti mereka wajib melihat dulu apakah dasar parti tersebut bukannya atas dasar frust atau nak jadi ketua atau nak mencari kekayaan dan kuasa

Hanafi: Apakah pandangan Pak Karamu tentang ADUN UMNO dari Bota yang melompat kepada parti Keadilan (PR) itu menepati hukum ataupun untuk melayan citarasa ?

Pak Karamu: Saya di maklumkan oleh kekawan bahawa melompatnya ADUN tersebut atas dasar terlalu ramainya rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap dasar UMNO dan sikap pemimpin mereka, sikap inipun kurang baik juga akan tetapi ia ibarat lari dari suasana yang lebih teruk kepada suasana yang teruk, ini bererti adalah lebih baik sebelum suasana yang lebih teruk itu mengancam dirinya, hukumnya harus, ertinya ada hukum di situ

Ridwan: Apakah pandangan Pak Karamu jika orang melayu ini berada dalam satu kumpulan ?

Pak Karamu: Inilah cita-cita saya yang mahu melihat orang melayu ini bersatu dalam satu kumpulan yang berdasarkan agama yang berpandukan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias, cita-cita ini kerana mahu menepati kepada kehendak Allah

Ridwan: Bagaimana jika orang melayu bersama-sama dengan PAS ?

Aliasak: Setiap orang mahukan PAS (lulus) baik di dunia mahupun akhirat, sejak dari bangku sekolah sehinggalah dalam semua hal kehidupan tapi semua orang kebanyakkannya tidak mahu PAS kecuali buat masa kebelakangan ini kita dapati ramai yang mahukan PAS termasuklah bangsa lain

Hanafi: ketawa.... Tapi bagaimana tentang DAP yang rata-rata orang melayu tidak suka kepada parti tersebut sedangkan PAS berada dalam pakatan tersebut ?

Pak Karamu: Pandangan saya siapa yang tidak betul kita perbetulkan, tidak ada bezanya antara DAP , MIC, MCA, Gerakan dan parti yang lain yang tidak mahukan kepada islam termasulah UMNO, jika UMNO mahukan kepada islam mengapa tidak laksanakan dasar islam tersebut, mungkin ada yang sebut sekarangpun sudah islam, islam apa lagi yang kita mahukan, fahaman yang sebegini kita cukup kesihan dengan mereka, cukup lemah tentang fahaman islam mereka

Hanafi: Janganlah Pak Karamu masukkan UMNO pulak sedangkan UMNO banyak buat kebajikan termasuk banyak membena rumah Allah di seluruh negara ?

Pak Karamu: Kita semua ada akal, kita boleh fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik, kita tidak menafikan UMNO banyak buat masjid dan sebagainya, tapi itu semua hanyalah syiar, apa yang kita nahu ialah hukum, kerana hukumlah yang menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, fasik dan zalim selain dari munafik, kita dapat melihat kesan tidak berhukum dengan hukum Tuhan maka berlakulah banyak maksiat di dalam negara dan hukum islam sebenarnya bukanlah di fokuskan kepada menghukum tapi ia merupakan kepada sistem pencegahan

Ridwan: Apakah jika PR memerintah mereka dapat berlaku adil dan dapat memberikan kebajikan kepada rakyat terutama kepada bangsa melayu ?

Pak Karamu: Sebenarnya kebanyakan orang focus kepada kebajikan bukannya keimanan dan perpaduan, tidak mungkin kita manusia lebih teruk dari haiwan, haiwanpun pandai buatkan tempat tinggal untuk anaknya dan mencari maka untuk menunaikan tanggungjawabnya, apa yang lebih malang ialah keraguan yang ada di dalam akal manusia sebelum ia merasaka sesuatu yang mereka hajatkan mereka sudah merasa ragu, ini bererti kita takut di zalimi sebelum kita di zalimi, ertinya juga kita menangis sebelum di tangiskan, pemikiran yang begini mesti di hapuskan

Ridwan: Ok Pak Karamu, kita jumpa lain kali, Pak Karamu pun jauh lagi mahu sampai rumah, oh ya bagi no telephon

Demikianlah temu ramah mereka yang berakhir jam hampir 3 petang

sumber Pak Karamu

Wednesday, January 28, 2009

Ramlang Porigi akhirnya dipecat...

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.- malaysiakini


Dah agak dah nasib Ustaz Ramlang ni...takpe ustaz bumi Allah ni luas...rezeki pon Allah yang beri...

kita lihat sekarang nasib2 pegawai2 kerajaan semuanya bergantung kepada pahaman politik seseorang itu..kalau anda pro BN..anda akan selamat..kalau pandai ampu itu dikira bonus..

kalau anda pro PR...maka banyak lah halangan dan tekanan yang akan anda terima..dalam kes Ustaz Ramlang ketegasan terhadapa qada' dan qadar Allah lebih utama dari harta dunia..

buang PUTERA & PUETRI UMNO...???

Kenyataan Tengku Ahmad Reetaudeen yang menyarankan agar PUTERI & PUTERA UMNO dimansuhkan adalah satu langkah yang bijak..alasannya adalah untuk mengelak politik wang...tapi kalau ikut pepatah "bapak kencing berdiri..anak kencing berlari.." kalau dah orang tua yang amalkan politik wang tak heran kalau orang muda mewarisi tradisi tu..ni nak salahkan siapa..?

Kalau pun dicantas tunasnya..sedangkan terasnya masih ada...maka tentu tunas baru akan tumbuh makin subur..kalau nak kenalah buang semua sekali..kemudian tanam pokok baru..

Dalam sidang akhbarnya di sini, pagi ini, beliau berkata ahli kedua-dua pergerakan itu seharusnya memberi tumpuan kepada pelajaran berbanding politik kerana masih muda dan belum sesuai untuk berpolitik.


hehehe...Tengku Ahmad Reetaudeen tak iktiraf putera dan puteri rope2nye...ummi sokong sebulat suara supaya putera dan puteri UMNO tumpukan pada pelajaran...hahaha hangpa tak cukup umoq nak berpolitik lagi..tu bukan ummi yg cakap..orang tua dalam UMNO yang cakap...dia kata hangpa tak layak main politik lagi..hangpa terar politik wang aje katanya...

Aduhh...hangpa ibarat perosak UMNO la PUTERA & PUTERI...apa komen hangpa..??

sessi buka minda buat UMNO..!!

Oleh: Syed Nan

“Malangnya, hari ini orang Melayu semakin menjauhi UMNO. Mengapa ini berlaku?

Ianya berlaku kerana UMNO sudah tidak perlukan saya dan juga orangan Melayu.

Dasar-dasar yang dibuat tidak menguntungkan orang Melayu. Contoh yang paling jelasl saya tentang ialah Pengajaran Math & Science dalam Bahasa Inggeris. Jelas sekali anak-anak Melayu terutama di luar bandar belum bersedia termasuk guru yang hendak mengajar.

Tanyalah persatuan guru-guru. Sampai hari ini ramai yang masih mempertikaikannya. Namun UMNO, buat-buat tidak dengar rungutan dan Utusan Malaysia menipu orang Melayu dengan berita yang PMSI berjaya. Hakikatnya sebagai bapa yang berpelajaran dan berwawasan saya mengambil tindakan untuk menolak UMNO dan Utusan Malaysia.

Kenapa hari ini saya baca Utusan Malaysia?

Suratkhabar lain tak ada dipasaran!

Saya mempunyai 4 orang anak. Yang pertama di USM, yang kedua di sekolah asrama kerana dasar pelajaran yang terdahulu.

Yang ketiga, struggle walau pun dapat 4A 1B, kena keluarkan duit untuk hantar tuisyen, memerlukan tumpuan dan bimbingan dari saya. Ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan saya pada tugas sebagai kakitangan kerajaan.

Yang keempat di Tahun Dua. Periksa akhir Tahun Satu, dia dapat Maths & Sains di bawah 50. Saya tanya kenapa dapat banyak ni?

Dia jawab “Dah adik tak faham, macam mana adik nak jawab!”

Habis tu macam mana kawan adik ada yang dapat 100?

Dia orang anak Cikgu dan ada yang tiru anak cikgu masa periksa?

Lu fikirlah sendiri……….

Siapa yang untung dalam PMSI?

Ayah saya mempunyai 10 orang anak dan bekerja sebagai pemandu LLN. Sepanjang persekolahan adik beradik saya, Ayah tidak pernah berhutang. Saya yang mempunyai 4 orang anak dan gaji bergred diploma berhutang setiap tahun untuk menyekolahkan anak saya dengan menggunakan kad kredit.

Sebelum anak sulung saya melangkah kaki ke USM(2008), saya menghantar surat kepada Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timur (saya ahli)memohon bantuan dermasiswa.

Sampai hari ini, jawapan surat pun saya tak terima. Pada hal dalam Utusan, Berita macam-macam majlis dianjurkan oleh UMNO memberi bantuan kepada anak-anak ahli yang masuk ke U. Seingat saya UMNO Sungai Petani memberi bantuan RM1500.00 seorang. Pakatan Rakyat yang baru pun keluarkan bantuan kepada pelajar yang miskin.

Apa yang UMNO Perak buat?

Jangan salahkan orang lain kenapa mereka tidak suka kepada UMNO !
Harga Minyak, harga barang. BN = Barang Naik.
Orang suka ke?
Harga minyak naik jelas sekali menunjukkan kebodohan UMNO.

Harga minyak jatuh menandakan kebanggangan UMNO.

Sekarang ADUN Bota masuk PKR, on the spot bermacam-macam teori dikeluarkan oleh UMNO yang tak konsisten. Kalau nak ulas, ulas statement yang dibuat oleh Datuk’ Nasa. Bukan buat cerita PKR nak ambil alih jawatan MB Perak. Nampak sangat UMNO cuba lagakan penyokong PAS dan PKR macam mami jarum. Fitnah le tu. Makin bencilah rakyat yang berada diatas pagar terhadap UMNO yang suka buat fitnah. Kalau ulasan Datuk’ Nasa kecewa kalah dalam pemilihan Bahagian, tak dipedulikan oleh UMNO Negeri, Ok le tu.

Ini cerita tentang perancangan Anwar Ibrahim nak rampas jawatan MB Perak. Tak masuk akal langsung. Bakal MB mesti dipekenankan oleh Istana. Tu pasal mamak Pangkor tak diterima walaupun berkebolehan. Biarlah logik sikit. Mamak ni selalunya bermahzhab Maliki. Perak nak yang Sunnah. Baru le orang nampak kita bijak. Bab liwat pun orang tak percaya, ini pulu teori baru dicipta.

Orang boleh berfikir antara CAMRY PAKATAN dan VOLVO PDRM.

Tak usah cakap pasal harga. Cakap pasal maintenance, spare part, sale after service.

Tak usah cakap pasal tanah yang PR berikan. Cakap pasal tanah yang diambil oleh BN sejak 50 tahun.

Orang semua dah boleh berfikir.

Monday, January 26, 2009

who's next....??

Siapa selepas Datuk Nasarudin Hashim....???

mari kita tunggu..siapa yang bakal lompat..!!

tungguuuuu......


Sunday, January 25, 2009

fitnah dan hasutan Umno menguntungkan PR...

Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP.-Harakah

moh.. masuk PR ramai-ramai...!!


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya. -mStar


Alhamdulillah...kurang lagi kerusi BN di Perak...apa komen mike Zahid..? tu le bak kate satu hadis tu...mike merancang..Allah pon merancang..tapi perancangan Allah adalah yang terbaik..

wallahualam...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil