Followers

Saturday, November 08, 2008

siapa Ivy Josiah persoal pasal fatwa dan cara hidup umat Islam..??



Fatwa untuk yoga ni khusus untuk umat Islam..yang bukan Islam nak kecoh2 apasal..Majlis Fatwa bukan larang hangpa amalkan yoga..ia lebih kepada orang Islam..

Islam ada peraturan dalam menjalani kehidupan ..bukan semua boleh langgar..dan bukan semua Allah larang...nanti jadi macam jalanraya yg takdak lampu isyarat semua pakai redah..yg langgar tu kira depa bingai tak sayang diri.. panduan(Al-Quran)dah kasi..tapi takmau pakai..sendiri tanggung..

orang Islam berpandukan Al-Quran untuk menjalankan kehidupan.. bila kita ingkar maknanya kita lawan kata Pencipta kita..bila kita lawan maknanya Allah akan hukum kita..bila kita tau salah tapi buat jugak..tu yang kata bingai dan tak sayang diri..

Tapi yg bukan Islam nak pandai2 tentukan apa org Islam boleh buat dgn tidak..hangpa sapa..?? hangpa kena tengok dan paham surah Al-Kafirun ayat akhir..



"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah : “ Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah ( pula ) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.“

Arabic text of ayah

la kum diinukum wa lii ya diin

To you, your religion, and to me, mine

The following is an excerpt of commentary on this ayah, from Syed Qutb:

Finally, the whole argument is summed up in the last verse, "You have your own religion, and I have mine", meaning that you (disbelievers) and I (Muhammad) are very far apart, without any bridge to connect us - a complete distinction and a precise, intelligible demarcation. Such an attitude was essential then in order to expose the fundamental discrepancies in the essence of the two beliefs and doctrines, in the source of the two concepts and in the nature of the two paths of monotheism and polytheism, faith and disbelief. Faith on the one hand, is the way of life which directs man and the whole world towards Allah alone and determines for him the source of his religious concept, laws, values, criteria, ethics and morals. That source is Allah and nobody else. Thus life proceeds for him accordingly, devoid of any form of polytheism which, on the other hand, represents another way of life entirely dissimilar to that of faith. The two never meet.

hangpa baca lagi kat sini...sini dan sini

Wallahualam..

Friday, November 07, 2008

jejak saiful.....

sumber Pahangdaily

Berita mengenai kes Altantunya kini seolah-olah menenggelamkan kontroversi kes liwat Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang dikatakan menjad mangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Apapun kes itu masih dibicarakan dan akan didengar tidak lama lagi, sama ada kes boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau pun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Peguambela Anwar terus mempertikaikan sijil perpindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Ghani Patail adalah tidak sah. Ini kerana Ghani dikatakan terlibat dan kesnya sedang disiasat perihal mengubah laporan "kes mata lebam" Anwar dulu. Justeru itu adalah tidak wajar beliau terlibat, tambahan pula Pak Lah Badawi sebelum ini telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam kes terbaru Anwar itu. Maka, apakah rasionalnya tiba-tiba beliau pula yang menandatangani sijil berkenaan. Perbicaraan isu sijil perpindahan ini telah tertangguh sejak beberapa kali.

Sementara itu, ramai juga dikalangan rakyat kini asyik tertanya tentang "berita terkini Saiful Bukhari" (foto) yang kini nampak semakin menyepi. Sesekali terlihat tulisannya di dalam blog peribadi beliau. Biarpun terdapat laporan yang mengatakan beliau "sakit kini, akibat sumpah laknatnya", namun Saiful telah menafikan dakwaan tersebut dalam blognya. Kenyataan itu disiarkan didalam media arus perdana, kononnya Saiful kini sihat walafiat. Namun kami tetap dengan pendirian bahawa beliau kini "trauma" denga masalah kesihatan yang melanda dirinya sejak akhir-akhir ini. Lebih parah lagi, beliau dilarang untuk berhubung dengan mana-mana pihak sekalipun bagi mengelakkan beliau menarik balik akuan bersumpah laknatnya itu. Akibatnya, kini beliau terus menanggung derita atas apa yang berlaku. Kawalan ketat masih dilakukan terhadap anak muda ini, kerana ada pihak yang gusar beliau "membocorkan rahsia" kes liwat tersebut.

Keraguan: Bukan Saiful Kemaskini Blognya

Soalnya disini, siapakah yang menulis dalam blog beliau jika dirinya tidak sihat?. Dari pengalaman kami sejak 10 tahun mengendalikan "blog" kami pasti bukan Saiful yang menulis dan menguruskan blognya itu. Tambahan pula ia jarang dikemaskini dan terdapat perubahan layout yang ketara. Terutamanya dengan "gambarfoto beliau di Mekah" yang diambil dari ruangan firendstar beliau. Kami pasti, ini bukan kerja beliau berdasarkan kepada penyiaran foto tersebut yang dibuat sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, kami sering masuk ke blog beliau dan memang tidak mempunyai foto tersebut.

Bagaimana beliau boleh masukkan foto terbabit, sedangkan beliau memang mahu melarikan diri dari kenyataan. Bahkan, wajahnya langsung tidak dilihat kebelakangan ini. Mengapa pula tiba-tiba beliau letakkan foto gambarnya di tanah suci itu dalam blog peribadi beliau?. Satu perkara yang menimbulkan kemusykilan pula ialah gambaran foto yang dikatakan diambil di Mekah bertarikh 30 Jun 2008. Maknanya dia berada di sana pada tarikh itu jika tiada pindaan dibuat. Atau, mungkin juga itu gambar lama, dan beliau masukkan ke dalam Friendster pada 30 Jun 2008. Maka, bagaimana dalam keadaan "kecoh dan bercelaru kononnya diliwat" beliau boleh berbuat demikian (kemaskini blog). Sedangkan pada 28 Jun (dua hari sebelum itu), Saiful dikatakan telah membuat laporan di balai Polis Travers, mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 26 Jun di sebuah tempat di ibu negara (tidak dinyatakan lokasi) sebenar.

Makanya, berdasarkan pengalaman kami. Mana mungkin seseorang yang sudah "trauma" akibat diliwat dan membuat laporan polis kemudiannya boleh bergembira dengan memasukkan gambar beliau ke dalam ruangan friendsternya itu. Itu jika diambil pada tarikh beliau masukkan gambar ke dalam friendster. Tetapi, bagaimana pula jika tarikh 30 Jun 2008 itu beliau memang berada di Mekah?. Maknanya selepas membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Saiful telah terbang ke Mekah. Bagaimana pula beliau boleh membotakkan kepalanya. Sedangkan dalam masa yang sama beberapa hari sebelum itu beliau telah membuat laporan polis dia diliwat. Jika benar beliau ke Mekah, siapakah yang menaja perjalanan beliau ke sana?. kami juga mengesyaki foto tersebut bukanlahh dirinya.

Kepincangan jalan cerita ini juga berlaku pada tarikh 29 Jun 2008. Pada 29 Jun 2008, telah dinyatakan pada profile friendster Saiful bahawa kali terakhir dia login adalah 3 hari sebelum itu, bermakna 26 Jun 2008. Sedangkan tarikh tersebut adalah kali terakhir berlaku kejadian liwat ke atasnya dan sebelum tarikh tersebut, dia juga mengatakan dia telah diliwat beberapa kali tanpa kerelaan. Apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan ke atas diri seseorang, ini akan mengakibatkan trauma. Bagaimana seseorang yang trauma masih ingin melayari Friendster. Mungkin tunang yang login akaun Friendster Saiful. Ataupun sekiranya ada sesiapa yang menyaksikan Saiful login Friendster pada 26 Jun 2008. Sekarang, semua maklumat ini telah dipadamkan untuk menutup segala bukti berkaitan. Dan juga apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan, bagaimana ia boleh berlaku berulang kali? Ini menunjukkan samada kejadian itu berlaku ataupun berlaku dengan kerelaan. Foto: Flyers kempen MPP Saiful

Saiful Pernah Berjumpa Najib Di Rumahnya

Dalam satu kenyataan, TPM Najib Razak mengakui bahawa Saiful telah datang kerumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis (tidak dinyatakan tarikh). Menurut Najib Saiful datang berjumpa beliau kerana mengadu hal bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Beliau mulanya tidak yakin sama ada cerita ini benar atau tidak. Jadi beliau menyerah kepada Saiful untuk serah pada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya. “Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan awak sendiri buat keputusan. Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku”. kata najib. Menurut Najib lagi sebelum ini Saiful pernah datang ke pejabatnya bagi mendapatkan bantuan mendapatkan biasiswa. Namun, dia hanya bertemu dengan pegawai khas beliau ketika itu. Makanya disini ada banyak kepincangan yang berlaku sebenarnya. Itu belum lagi kes tersebut. Sememangnya apabila suatu cerita yang direka dengan niat jahat, akan ada pelbagai kepincangan. Namun, tidak diketahui siapa yang mereka semua ini. Samada Anwar sendiri ataupun musuhnya, semuanya mungkin. Mungkin juga Saiful sendiri yang mereka kerana di kalangan pelajar UNITEN, dia memang terkenal dengan kedangkalannya.

Keraguan Saiful Sudah Di Ketahui Sejak Mac

Satu lagi yang menarik tentang kisah liwat ini ialah bagaimana Saiful diambil bekerja sebagai pembantu khas Anwar. Sedangkan perkara ini sudah didedahkan dilaman-laman blog tentang keraguan "Siapa Saiful" itu. Membuat laporan polis Jun 2008, sedangkan keraguan terhadap diri beliau ini telah ditimbulkan sejak Mac 2008. Maknanya, orang luar lebih "arif" daripada orang pejabat Anwar. Soal sukarela atau tidak bukanlah alasan untuk tidak menyiasat seseorang itu. Ini kerana, perkara ini telah didedahkan dikebanyakkan laman blog. Bukti jelas bahawa kelibat Saiful di pejabat Anwar sudah diragui. Mengapa orang luar lebih tahu daripada kakitangan pejabat atau Anwar sendiri?. Inilah masalahnya, bila menganggap semua laporan laman blog tidak betul dan berunsur fitnah. Akhirnya kejadian buruk berlaku selang 3 bulan kemudian. Jika awal-awal lagi perkara ini disiasat, mungkin perkara ini dapat dibenteras sejak dari awal lagi. Ramai pihak yang kecewa kenapa Anwar menerima Saiful bekerja di pejabatnya? Apakah sudah tiada orang lain yang lebih diyakini dan berwibawa dari anak muda itu?.

Sila lihat bukti disini. Tanggal 11 Mac 2008, seorang Blogger iaitu saudara Najwan (foto) di dalam blognya, telah menulis artikel yang bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam". Dalam artikel tersebut, beliau telah memberi amaran bahawa terdapat individu yang dicurigai yang bekerja untuk Anwar. Jika kita ikuti blognya dari mula, sememangnya dapat diketahui bahawa individu yang dimaksudkan adalah Saiful Bukhari Azlan iaitu mangsa "liwat" Anwar itu. Jadi, Anwar dan konconya mempunyai masa 3 bulan untuk menyiasat latar belakang Saiful. Kalau diandaikan pihak Anwar telah menjalankan siasatan yang secukupnya tentang latar belakang Saiful, mungkin saja Anwar sengaja membiarkan Saiful memainkan plotnya dan kemudian mengeksploitasi plot tersebut sebaik-baiknya. Adalah mustahil untuk pihak Anwar terlepas pandang seorang budak hingusan buangan Uniten ini, dengan mengambilkira apa yang telah berlaku ke atas Anwar 10 tahun dahulu. Kami difahamkan beliau adalah sepupu kepada Rahimi Osman dan amat dikenali juga oleh Saiful ketika belajar di Uniten dulu. Malahan ramai pimpinan PKR amat mengenali Blogger Najwan Halimi ini.

Misteri Sebuah Diari Merah

Menurut laman blognya, dua orang pembantu khas Anwar telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad (foto kiri) dan Sim Tze Szin (foto bawah) masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan Pantai Jerejak. Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi "diari merah" sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang "diari merah" Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan "diari merah" menanti pewaris barunya. Beliau kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi. Dikira dari lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar, mantan TPM itu harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak. Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

Inilah sebenarnya punca yang berlaku. Orang luar lebih mengetahui apa yang berlaku disebaliknya. Justeru itu, pandangan dan suara "Blogger" harus didengar dan diambil perhatian. Ia bagi membolehkan perkara yang sama tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Apa yang lebih menghairankan kita ialah bagaimana pula Saiful boleh dikatakan sebagai orang kanan atau Pembantu Khas Anwar? Sedangkan beliau hanya sukarelawan dan dikatakan sebagai Pembancuh Kopi sahaja. Ini kerana biasanya semua PA Anwar akan dipilih dari kalangan mereka yang "Educated" dan "Pintar". Lihat sahaja kepada bekas orang kanan Anwar terdahulu iaitu Ezam (Econs,UIA), Pak Khalid (Masscomm, ITM), Azmin (Master Math, Minnessota), Dr Mansor (PhD), Nik Nazmi (King College,UK) dan Nat (BA Arts Harvard).

Jawapan Saiful Terhadap Artikel Blogger

Cuba lihat dibawah ini, jawapan yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan selepas maklumat yang ditulis oleh Blogger Najwan ini didedahkan dalam blognya pada 11 Mac 2008 iaitu 3 hari selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Jawapan ini tidak diedit dan ia merupakan jawapan yang asal ditulis oleh Saiful Bukhari dalam blog terbabit.

Jawapan 1 : 13 Mac 2008 (Masa 3:45 am)

"Assalammualaikum..Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju.. Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya. (foto) Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik. Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya. Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka? Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya. Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5 jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.

Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja. Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman. Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia.. Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik En Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI.. Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen. Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada. p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t.. Salam.

Jawapan 2: 13 Mac 2008 (3:45 am)

"Assalammualaikum, Saya sihat dan gembira dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Kalau nak berjumpa, saya sudi. Telephone je, kite set time n blh kene teh tarik same2 dan luahkan apa yang tidak puas hati.. Saya ni temporary staf je.. Bulan 6 ni nak masuk flying school dah.. DSAI sendiri pon tau.. Niat saya cuma membantu seorang rakan yang meminta bantuan saya.. Bukan saya yang tergila2 nak masuk pejabat DSAI.. Saya dah mual dengan politik, cukup semasa MPP dulu.. Pilot lagi best.. Saya berserah kepada tuhan.. Fitnah dan tohmahan dah jadi mcm makanan kepada saya.. Saya reda.. Saya anggap setiap dugaan adalah persiapan utk diri saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.. Dan kepada saudara-saudari yang menghantar gambar2 saya menerusi e-mail kepada staf2 pejabat DSAI e.g Pak Ibrahim Yaacob dan saya tak tahu siapa lagi, terima kasih byk2 kerana mempromosikan saya.. Tak tau la tapi depan saya mereka gelak dan buat lawak, sehingga forwardkan e-mail kpd saya. Yang paling best, si penghantar tu siap buatkan e-mail adress untuk saya.. Manusia Manusia.. Sekian Saiful Bukhari"

Saiful Kaki Perempuan Masa Di Uniten

Kenyataan ini dibuat oleh rakan Saiful yang mengelarkan dirinya -H- dalam posting ke Blog Najwan pada 16 Mac 2008, jam 4:11 pagi. Sesungguhnya apa yang diperkatakan kini terbukti kebenarannya. Cuba teliti kenyataan beliau dibawah ini (salinan asal) :-

"assalamualaikum. im looking for a hypocrite by the name of saiful bukhari! mana pergi saiful bukhari? kenapa senyap je? mana kau saiful ooii! org tak fitnah kau pun. kau yg fitnah diri kau sendiri aku rasa. bila aku baca-baca balik posting najwan ni, mmg aku tak jumpa pun dia sebut nama kau. so apasal kau kata dia fitnah kau? kau ni saiful, rupenya pendendam orangnya ye. najwan tak pernah fitnah kau pun tp kau nak tunjuk kat org yg seolah2 najwan ni jahat sgt sampai sanggup fitnah kau dan jatuhkan kau apa semua. kat uniten ni semua dah tahu cerita kau masa jd mpp dulu. apa yg kau dah buat? gila kuasa, gila publisiti, gila glamer! itulah kau wahai saiful. kerja kau itu je. org lain buat kerja, kawan2 lain mati-mati buat kerja, kau dapat nama! dulu kau bising, marah dan bengang tgok gambar najwan dgn dsai. kau nak tuduh dia main politik. siapa yg main politik skrg ni saiful oi? kat frenster kau tu gambar2 apa? gambar kau dgn su najib, gambar kau dgn menteri umno, tok pa, syed hamid, shahir samad apa semua tu. apa tu saiful? skrg kenapa nak rapat dgn dsai pulak?

kau kecoh suruh org pangkah BN dlm friendster, siap buat prime pic gambar bendera BN, kat tepi tu ada X besar. hey saiful apa ni beb? kau ni lalang ke apa? bacul ke apa? kau melatah kenapa beb? najwan ada ckp pasal kau ke? atau mmg betulla yek kau ni org najib utk spy kegiatan dsai. pastu mengaku nk tolong la apa la!kau ingat kau bagus sgt ke? stakat tolong menempel kat ceramah dsai lebih baik tak payah! dasar gila glemer! pastu nak kecoh kat semua org kata kau skrg kerja dgn dsai. kau ingat org semua kagum dgn kau la yek bila ckp mcm tu??? sudah la saiful, tembelang kau semua budak uniten dah tahu. kalau kau nak tahu, blog najwan ni HEP UNITEN pun baca beb. aku yakin org2 hep semua duk gelak2 je baca komen kau, hahhaha. gaya kononnya kau ni baik sangatla yek.

"Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.." cuba tgok balik ayat kau ni? BM pun terabur.. kalau betul najwan ni memfitnah, kau patut tulis mcm ni: "masyallah najwan, bila saudara nak berhenti memfitnah..." tapi aku nak modify skit la ayat ni.."masyaallah saiful, sampai bila anda nak jadi mcm ni?? bila anda nak berubah?" apapun, aku nak tanya kau lagi ni, ada ke najwan sebut dan fitnah kau dlm posting ni???? aduhai, bodohnya la kau ni. posting semudah ni pun kau dungu tak reti nak paham. melatah tak tentu hala! mcm ni nak jd pembantu dsai???? well, since semua nak main kotor utk burukkan nama org lain, meh sini aku nak burukkan nama dia pulak. aku harap aku tak berdosa buat benda ni. niat aku sekadar nak bagi tahu korang siapa saiful ni yg sebenarnya!!!! drpd aku biarkan semua tertipu dgn si saiful ni, itu lagi bahaya!

aku kenal kau saiful. kenal sangat. kalau aku nak bukak satu2 cerita kau mmg teruk kau beb! kau tak ingat ke dulu kau bergaduh bertumbuk sebab berebut perempuan masa kat universiti? kau lupa ke awek kau budak indonesia yg kau dump tu? betapa baik dan sayangnya dia kat kau. last2 kau dump dia dan cari perempuan lain! itu poin pertama: saiful kaki pompuan! skrg ni aku nak tanya kau saiful, apa sebenarnya motif kau? kenapa kau sanggup tipu orang kata najwan fitnah kau? masalah akademik kau, masalah kau kat uniten, kenapa kau nak salahkan org lain? kenapa nak salahkan najwan? hidup kau, kau la tanggung, apasal nak salahkan org lain? dan yang paling aku pelik...najwan tak sebut nama sape2 pun dalam posting dia tu. dia mention nama najib je...kau kenal ke najib razak tu? boss kau ke? eh silap..boss kau skrg ni rahimi osman! pewaris diari merah! kan? saiful saiful! berubah la bro! aku kecewa la dgn kau. ingatkan skrg kau dah ok, rupanya masih gile glemer gile kuasa mcm dulu lagi.

buat DSAI, kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen2 ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yg nak berdampingan dgn tuan. kalau si saiful ni mintak nak kerja dgn tuan, saya nasihatkan janganlah amik dia! mmg punah lah keadilan dgn tuan sekali jatuh terduduk. silap2 tuan masuk jail balik nanti. buat budak2 dsai semua, bagi tahu dsai yg saiful ni dulu pelajar uniten yg gila kuasa dan gila glemer. dia berangan dan perasan bagus. ckp nak lebat je. gaya nak macho je but seriesly, dia ni kosong je..sampah tak berguna langsung. dia ckp mmg manis, gaya mmg gentle tp itu sume hipokrti je!dia mmg pandai berlakon.. saya budak uniten dan saya simpati dgn dsai.kalau buleh saya tak nak terlibat pun dlm komen2 ni, tp bila saya tgok mangkuk ayun ni kecoh lebih dan tunjuk bagus, mmg saya tak bleh berdiam diri! saiful, berubahlah! please..."

Kesimpulannya: Kesilapan yang jelas disini, ialah akibat orang pejabat Anwar tidak percaya kepada Blogger Najwan dan lebih percayakan Rahimi dan juga Saiful Bukhari. Akibatnya mereka diangkat, sedangkan ia sudah diberi amaran oleh Najwan yang merupakan sahabat Saiful dan juga Sepupu Rahimi Osman. Jika Anwar cepat bertindak dulu, maka semua yang terjadi hari ini dapat diatasi lebih awal. Namun sekarang "Nasi Sudah Menjadi Bubur". Soalannya kini, kemanakah hilangnya Rahimi Osman setelah kes ini dihebohkan?. Khabarnya beliau amat tahu kisah hidup Saiful dan senantiasa berdampingan dengan anak muda itu sejak sekian lama. Apakah Rahimi juga terlibat? Atau ? Semua ini menimbulkan spekulasi dalam kes liwat ini. Kami juga difahamkan Rahimi juga pernah mengikuti Saiful berjumpa dengan pemimpin kerajaan. Maknanya memang ada konspirasi peringkat dalaman sebenarnya dalam hal ini. Apapun, kesimpulannya berhati-hatilah memilih rakan, sahabat atau kawan. Kerana dalam diam mereka akan menikam kita dari belakang.

Pandangan Blogger Jangan Diabaikan

Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah istilah yang boleh digambarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini. Apa yang pasti, suara blogger perlu didengari dan diberi perhatian. Jangan terlalu yakin dengan realiti kerana ada orang yang lebih tahu menilai dan mencaturkan perjalanan cerita ini. Kita juga berharap agar semua pemimpin Pakatan Rakyat, memberi satu ruang kepada para blogger agar mereka tidak diperkotak-katikkan. Tahniah kepada Blogger Kicdefella yang khabarnya juga bekerja di Pejabat Menteri Besar. Sesungguhnya penghormatan ini amatlah bermakna buat para blogger. Biarpun mereka tidak berjuang pada zahirnya, namun harus diingat Blogger memainkan peranan penting juga dalam membawa perubahan politik negara. Ini terbukti dalam pilihanraya umum yang lalu dan diakui sendiri oleh pemimpin BN. Namun mengapakah masih ada pihak yang tidak nampak dan memberi perhatian kepada mereka. Sedangkan ramai dikalangan mereka itu, tidak mempunyai kedudukan dan terpaksa pula berhadapan dengan berbagai risiko yang menanti.

Lebih parah lagi, ada sesetengah pemimpin memandang "enteng" kepada pengaruh "blogger" dan menganggap blog tidak penting dalam karier politik mereka. Lantaran itu sehingga ke hari ini, jika dibuat kajian masih ramai pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya yang bergelar YB yang masih tidak mempunyai blog. Makanya, segala maklumat tentang pemimpin itu sukar untuk diperolehi apatah lagi disebarkan kepada rakyat. Peluang untuk berinteraksi dengan mereka juga kini semakin terhad, bila mereka hanya menggunakan kaedah "offline" semata-mata. Mereka iaitu menjenguk rakyat di serata pelusuk negara dan negeri, sedangkan segala informasi tidak diketahui dan boleh dinilai oleh rakyat terutamanya pihak kerajaan. Maka itu, jika senario ini berterusan maka kita yakin perubahan yang diharapkan bakal mengalami sedikit rintangan atas kekhilafan yang berkenaan.

[Kami memohon ampun dan maaf jika pembongkaran ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati. Memang inilah kenyataannya. Pemimpin harus menghormati "Bloggers". Kerana jika dilihat kepada kes "Liwat" terbaru Anwar ini, jelas sekali membuktikan bahawa kenyataan blogger terbabit 100% benar dan menjadi realiti. Kami juga masih menantikan berbagai janji yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat Pahang terhadap "blogger" selama ini. Jika tiada apa-apa tindakan yang sewajarnya, maka jangan kecewa jika kelibat blogger jug akan hilang dari arus perjuangan di alam maya suatu hari nanti].


Saiful Berdaftar Sebagai Pengundi Di Subang


Mangsa "liwat" Saiful Bukhari dikatakan sah berdaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya umum bagi daerah mengundi Bandar Utama Utara di Jalan BU 7/6 dalam DUN Lanjan, Parlimen Subang Selangor. Cerita liwatnya yang kini menyepi sejak perbicaraan diadakan di mahkmah Sesyen Jalan Duta yang lebih menjurus kepada pertukaran mahkamah semata-mata. Sebaliknya isu sebenar tentang kes liwat tersebut masih lagi beluk dibicarakan sehingga ke hari ini. Ramai dikalangan rakyat yang pelik dan terkejut dengan senario ini. Apapun ramai yang ingin tahu situasi sebenar anak muda itu. Sebelum ini kami telah mendedahkan bahawa beliau ditimpa penyakit misteri gara-gara sumpah laknat terhadap kes liwatnya itu. Ramai yang marah dan tidak percaya dengan pendedahan kami. Malahan juga Saiful dikatakan telah menulis dalam blog peribadinya bahawa beliau sihat-walafiat. Namun tidak ramai yang tahu keadaan sebenar beliau sekarang. Tambahan pula Saiful kini menghilang diri atau "dihilangkan" tanpa khabar berita. Apakah beliau benar-benar sakit atau sihat?. Tunggu pendedahan kami seterusnya tentang Saiful tidak lama lagi. Rujuk data SPR dibawah :-

Kad Pengenalan 850706015687
Nama MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN
Tarikh Lahir 06 Jul 1985
Jantina LELAKI
Lokaliti 107 / 37 / 10 / 029 - JLN BU 7/6
Daerah Mengundi 107 / 37 / 10 - BANDAR UTAMA UTARA
DUN 107 / 37 - BUKIT LANJAN
Parlimen 107 - SUBANG
Negeri SELANGOR

Terkadang, kami juga lucu bila ada yang mahukan bukti bergambar sekiranya Saiful sakit seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Bagi kami, ini semua tidak masuk akal sama sekali, kerana jika ada bukti sekalipun mana mungkin mereka akan percaya. Justeru itu biarlah kita tunggu laporan seterusnya beliau. Apa yang pasti, Saiful kini masih dilindungi dan berada dalam kawalan pihak-pihak tertentu. Tunggu maklumat seterusnya.

[Agak-agaknya, jika Saiful mengundi parti manakah yang akan beliau pilih?. Kami juga difahamkan yang Saiful amat bercita-cita untuk menjadi seorang "pilot". Namun dek kerana kelulusannya yang terlalu "hebat" dengan mendapat CGPA dibawah 2.0 mana mungkin beliau akan layak ke arah itu. Bahkan beliau telah dibuang kolej, ini bermakna beliau tiada kelulusan sekarang ini. Tapi harus diingat, beliau pernah memohon biasiswa dari Najib biarpun gagal dalam pelajarannya. Ini bermakna, beliau ada peluang jadi pilot selepas ini jika itu kemahuannya. Apakah Saiful akan menjadi "pilot pertama Eurocopter" yang tidak diuji secara fizikal itu?. Beliau ada peluang dan memang layak sebenarnya].

kes DSAI kekal di mahkamah sesyen

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.

Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 07Pada 10 September lalu, hari kes itu disebut, peguam mantan timbalan perdana menteri itu membantah permohonan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut.

Peguam utamanya Sulaiman Abdullah berkata, mahkamah sesyen memenuhi semua keperluan untuk terus mendengar kes tersebut dan menegaskan bahawa hakim SM Komathy Suppiah layak mendengarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.-Malaysiakini

raja petra bebas..!!

http://sloone.files.wordpress.com/2008/05/marinapete.jpg

Blogger Raja Petra hari ini dibebaskan dari tahanan ISA
TAHNIAH...!!


SHAH ALAM 7 Nov. – Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini menerima permohonan habeas corpus bagi pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau diperintahkan dibebaskan serta merta. - Utusan



sumber SuaraKeadilan

SHAH ALAM, 7 November, (SK) - Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar jam 3.30 petang di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila hakim memerintahkan pembebasannya segera.

Kini, Raja Petra sedang bersiap sedia untuk dibawa ke Shah Alam dari Kamunting dan dijangka tiba di perkarangan mahkamah sebelum pukul 4 petang ini.

Menurut isterinya, Marina Abdullah, beliau memanjat syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya perjuangan rakyat Malaysia yang menuntut suaminya dibebaskan berjaya.

“Namun, saya dan suami serta rakan-rakan akan meneruskan perjuangan supaya kem kamunting ditutup dan seterusnya semua tahanan ISA dibebaskan serta ISA dimansuhkan,” katanya yang dihubungi oleh Suara Keadilan sebentar tadi.

Mahkamah membuat keputusan tersebut melalui habeas corpus yang dibuat oleh peguam Raja Petra supaya beliau dibebaskan daripada tahanan ISA.

Beliau telah ditahan pada 12 September lalu sebelum dihantar ke Kem Tahanan Kamunting pada 23 September.

Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahana terhadap Raja Petra beberapa hari sebelum ini, dibawah seksyen 8(1) ISA.

Di bawah akta ini, penahanan ialah selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan dan boleh disambung pada bila-bila masa.



'Game high profile' kerajaan.. Eurocopter..!!

[skandal_eurokopter.gif]

Pengumuman Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bahawa urusan pembelian Eurokopter EC725 Cougar tiada berlakunya penyelewengan mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan kepimpinan.

Sebelum pengumuman itu pun, banyak pihak mempertikaikan beberapa kenyataan dua pemimpin utama negara, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Dato' Seri Najib Razak yang sangat bercanggah antara mereka.

Pada mulanya, 27 September 2008, Abdullah mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Ramai yang melihat pengumuman tersebut memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri.

Pada hemat rakyat dan ahli keluarga mangsa mungkin sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan 'keranda terbang' Nuri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa India membeli 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama dengan jumlah wang yang dibayar Malaysia untuk hanya mendapat 12 buah.

Sementara MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin memetik dalam www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah berbanding Malaysia.

Skandal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini.

Terdapat banyak percanggahan mengenai harga pesawat tersebut antara Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop yang berkata harganya RM1.6 bilion.

Sementara Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Paling menarik perhatian, ketika berucap di Parlimen Abu Seman mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog.

Malangnya, dengan merujuk kepada katalog ini pembelian dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf PAC dengan mendakwa ianya mengikut prosedur.

Luluh hati rakyat dibuatnya, malah isu tersebut yang pada pandangan Anwar boleh dibawa ke Parlimen ketika Najib menggulung perbahasan Belanjawan 2009, akhirnya tidak kesampaian kerana sikap Najib menutup ruang perbahasan.

Gegak-gempita Dewan Rakyat pada 4 November lalu ketika seluruh anggota Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas melihat ruang demokrasi disempitkan oleh Najib.

Beberapa ahli Parlimen yang bangun termasuk Anwar, Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS Tumpat); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Azmin Ali (KeADILan Gombak); Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Saifuddin Nasution (KeADILan Machang); Tian Chua (KeADILan Batu) dan ramai lagi mendesak Najib membuka ruang tidak diendahkan.

Malah, ketetapan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung Peraturan Mesyuarat 37 (2) dengan pengakuan Najib bahawa tidak akan memberi ruang sehingga selesai membacakan cadangan menyebabkan dewan panas dan berbalam dengan reaksi berang tindakan 'boikot' pembangkang.

Pastinya seperti kata Mahfuz Omar, Najib bimbang dengan segala pendedahan mengenai skandal membabitkannya termasuk isu Eurokopter menjadi bahan perbahasan pada petang 4 November lalu.

Najib seolah-olah sudah membaca rentah dan hati Anwar yang sememangnya akan melayangkan soalan tersebut bagi dijawab sendiri oleh Presiden Unmno yang baru itu.

Pastinya kemarahan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu yang disemarakkan Anwar dengan isu-isu penyelewengan pembelian Sukhoi dan Scorpene membayangi Najib berdepan dengan Anwar.

Paling pelik dalam skandal burung besi baru yang diidamkan Najib sebelum ini (ketika menjadi menteri Pertahanan) dimana 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya atas alasan ekonomi antarabangsa tidak stabil.

Namun pastinya persepsi umum tidak terlepas dari melihat bahawa pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat dan lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.

Rela atau tidak, Najib pastinya tidak lupa dengan kenyataannya sendiri yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara.

Beberapa pemerhati politik dan Ketua Pemuda PAS sendiri melihat kenyataan Najib seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter.

Pastinya tidak terjangkau oleh pemikiran rakyat bahawa sebenarnya mungkin percanggahan ini sebenarnya bibit 'perang' antara dua pemimpin tertinggi negara ini.

Malah bak kata Salahuddin, skandal ini dan keputusan PAC pastinya perlu diteliti semula kerana ianya membelakangi Parlimen, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah ini 'game high profile'?-Harakah

[800px-Eurocopter_EC-725_Cougar_MkII.jpg]

Thursday, November 06, 2008

betulkah BTN main sentimen perkauman..?

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Krian) mengecam tindakan Biro Tata Negara (BTN) yang masih lagi memainkan isu perkauman dalam modul kursus mereka.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata hingga ke hari ini BTN tetap memainkan isu perkauman yang melampau dalam setiap kursus yang dianjurkan terutama kepada pelajar-pelajar universiti.

Selain memainkan isu perkauman, BTN juga kata beliau melabelkan beberapa pemimpin pembangkang dengan imej negatif yang bertujuan memberikan tangapan buruk kepada mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh badan berkenaan.

"BTN sering melabelkan Marang, Permatang Pauh, Ipoh Timur dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebagai subversif yang bertujuan untuk memburukkan imej pembangkang," kata Salahudin ketika berbahas di Parlimen pagi tadi.


"

Kod Etika BTN adalah sebagai panduan tata kelakuan kepada semua anggota BTN. Secara amnya ia bertujuan:

i) Sebagai garis panduan tata kelakuan yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota BTN;

ii) Mewujudkan anggota BTN yang profesional, berintegriti, berwibawa dan mempunyai jati diri dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara prinsipnya kita menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

(dipetik dari memo kepada biro tatanegara oleh DPPP pada tahun 2006)

Najib menikus dalam dewan...



Rentetan dari peristiwa barisan Pembangkang keluar dewan semasa Najib menggulung perbahasan Belanjawan 2009 kerana Najib gagal memberi ruang untuk pihak pembangkang mencelah bagi membahasnya..

Ini menunjukkan sikap tak beraninya Najib berdepan dgn fakta dan hujah yg akan pihak pembangkang bawa untuk menyoal tentang bejanjawan..nampak sangat bakal PM ni takde kredibiliti...selepas 1 jam Najib berucap dia masih lagi tidak membenarkan pembangkang mencelah..apa ni 'takut' sangat ke..dan mungkin juga ini satu taktik Najib untuk berbahas tanpa Pembangkang..

Tapi sedarkah rakyat apa yg dibentang oleh Najib telah melanggari peraturan Parlimen dengan tidak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (Bajet) mengikut kelaziman yang dilakukan Menteri Kewangan sebelum ini...tindakan ini patut diselar kerana kebiadapannya secara 'rakus' dan 'bulldoze'...aci langgar je mamat ni..

kerajaan Barisan Nasional terus sombong menyatakan bajet 2009 tidak perlu berubah kerana ekonomi global yang meruncing tidak memberi kesan kepada negara..mana boleh kemukakan langkah dan fakta baru atas bajet yang telah lama di bahas dan esok Parlimen balik semula bincang bajet lama.... ini tidak pernah dibuat dan Najib sudah cipta sejarah yang dia langgari prosedur Parlimen...

Najib sepatutunya menjawab secara spesifik isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh Pakatan Rakyat seperti pembelian Eurocopter, pembelian Maybank dan KWSP yang ada kaitan dengan bajet 2009...tapi yag dibuatnya adalah menutup ruang kepada Pembangkang untuk berbahas sama..dah terang lagi bersuluh takutnya dia..macamana nak jadi PM ni...?? baru berdepan dalam dewan je dah terketaq2...

Speaker pun pandai juga main peranan...nampak seperti tidak profesional...tak adil dalam menjaga peraturan mesyuarat...sepatutya biarlah adil...kenapa bila pembangkang agresif sikit terus dihalau keluar dewan dan digantung dari ikut bersidang..tetapi kalau pihak kerajaan dengan sesedap mulut memaki hamun tidak dikenakan tindakan yg sama...gasak korang la nak kata apa..tapi dari pandangan saya speaker sepatutnya lebih profesional sikit dalam mengendalikan ahli2 dewan..bila speaker dicabar hukumannya halau dan gantung dewan...apa ni..?? tak pandai nak tangani satu2 situasi kecoh..tapi selalunya mangsanya pasti akan pergi kena pada pembangkang...

kalau korang nak tengok sidang pasar..tgklah persidangan dewan parlimen Malaysia...kalau nak tgk hari Isnin la..esok takde..saksikan sendiri dan nilaikan inilah barisan pemimpin yg anda2 semua pilih dalam PRU12 yg lepas..

wallahualam..

Wednesday, November 05, 2008

Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu



Baca Harakah hari ini terbaca satu artikel mengenai suasana politik negara masa ini seperti org demam kepialu...asik meracau2 dan kadang mengerang2....setengah panggil 'rayan'..ni kira dah tahap panas yang melampau..begitu juga dengan politik sekarang dah semakin panas..dah semakin kalut..

kalau kita tengok sidang parlimen hari ini dan semalam..dewan hangat dengan kerenah pemimpin yg bermacam ragam...kadang tengok dorang sungguh memalukan.. bertekak,menghina,memaki, terjerit2,takde tertib... boleh dikatakan akhlak yg ditunjuk tak boleh nak dijadikan contoh... apa yg generasi muda nak contohi kalau ini lah akhlak yg dipamerkan...dan kita tahu idola yg terbaik akhlaknya adalah Nabi Muhammad s.a.w

Di dalam sebuah buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang bertajuk "Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu' tulisan Tenas Effendy ada memberitahu..siapakah pemimpin..?penulis menyatakan...'Yang didahulukan selangkah..Yang ditinggikan seranting...Yang dilebihkan serambut..Yang dimuliakan sekuku'..korang paham ke...? ummi tak bape nak paham...Penah kah kita jumpa pemimpin yg seperti ini..?

Pemimpin macamanakah yg anda nak pilih..? Adakah anda hendak pilih pemimpin yang berkeperibadian..contoh banyak tahunya..? banyak tahannya..? banyak bijaknya..? banyak pandainya..? banyak cerdiknya...? banyak arifnya..? mulia budinya..? banyak relanya..? banyak ikhlasny..? banyak taatnya..? mulia duduknya..? banyak sedarnya..atau banyak tidaknya..?

Buku ini juga menyatakan dalam bab Kepantangan Pemimpin...ada pemimpin yg bertabiat..'Mengejar pangkal mau menjilat...Mengejar harta mau melata...Mengejar kedudukan mau melendan..Mengejar paruh mau bergaduh....Dalam mesyuarat bantah membantah...Dalam berunding tuding menuding..Dalam helah cacat mencacat..Sesama keluarga laga melaga..Sesama kawan makan memakan..Sesama sahabat sebat menyebat..Sesama bangsa paksa memaksa'...

Di dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu juga disenaraikan jenis2 pemimpin..
  • Pemimpin Abu - bagaikan abu di atas tunggul...tegak goyang duduk pun tak betul
  • Pemimpin Acah - sebarang kerja terkacah-kacah..duduk resah tegak gelisah..ke sana mengacau kesini mengacah
  • Pemimpin Agak - hati bimbang dan banyak agak...kerja tak ada.. rancangan banyak..masa habis teragak2.
  • Pemimpin Agul - lakunya buruk..perangai tak betul..masyarakat dihasung rakyat diagul..hati berulat akal pun tumpul...bencana datang fitnah pun timbul.
  • Pemimpin Aib - pemimpin tidak beraib malu...fikiran menyalah hati berbulu..awak bodoh berlagak tahu...orang berlebih ia cemburu.
  • Pemimpin Ajun - kerja asik mengajun orang...ini tak boleh itu dilarang..jalan lurus ia melintang..negeri rosak takyat berhutang.
  • Pemimpin Alah - ke tengah ke tepi ianya kalah..hati kecil ilmu pon rendah..negeri rosak rakyat bantah...dijadikan induk rakyat berbantah.
  • Pemimpin Alat - lupa diri tak ingat rakyat...di mana untung di situ mendekat.
  • Pemimpin Alih - adat ditukar undang dialih..diberi nasihat ia berdalih..negeri rosak rakyat pon jerih.
  • Pemimpin Hampas - ialah pemimpin bagakan hamapas...manis terbuang sedapnya langkas..tidak dapat menjalankan tugas.
  • Pemimpin Ampu - suka mengampu..mengambil muka ia tak malu..penderita orang tak mahu tahu...kesenangan diri yang ia buru.
Pemimpin kesayangan anda mungkin ada tersenarai dalam salah satu jenis2 pemimpin di atas...kalau kita merujuk senario pemilihan umno ramai yang menawar diri untuk menjadi pemimpin..ia sangat lain daripada cara pemilihan pemimpin mengikut Islam...tapi sayang tak seorang pun mengikut cara Abu Bakar..Umar atau sahabat yang lain pada zaman sahabat Rasululah s.a.w

Dalam pada itu jangan pelik dalam ramai yang menawar diri..ada yang bersifat seperti dibawah ni...
  • Pemimpin Amuk - suka mengamuk..rakyat pun teruk..fikiran suntuk hati busuk..diberi formula ia mengutuk
  • Pemimpin Angguk - ke mana pon terangguk2..pendirian goyah akal suntuk..dalam negeri orang beramuk...dalam majlis orang ia mengutuk.
  • Pemimpin Angkuh - hati busuk akal tak senonoh...mana yg jernih menjadi keruh.
  • Pemimpin Antah - bagaikan antah di dalam beras..dengan rakyat tiada senafas.
  • Pemimpin Antan - menumbuk menindas kiri dan kanan.
  • Pemimpin Antuk - menjalankan tugas hatinya busuk...negeri rosak rakyatnya teruk.
  • Pemimpin Arang - berkata tidak memandang orang...mulut besar banyak temberang.
  • Pemimpin Asal - turun temurun ianya kekal..umpama kayu ia berpangkal..tuahnya ada maruah pun kebal
  • Pemimpin Asap - negeri yang terang menjadi gelap.
  • Pemimpin Badak - muka tebal kulit badak ke hulu membengkok ke hilir membengkak..ke laut menipu ke darat belagak.
Agak2 kita boleh cam tak pemimpin yg seperti di atas..?anda dapat kenal pasti pemimpin yg mana..?

Buku 'Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu' ini boleh dijadikan panduan bagi ahli2 membuat pilihan dalam pemilihan parti ...lebih baik dikenal pasti siapakah yang layak menjadi pemimpin untuk menerajui sesuatu parti...bagi memastikan parti itu mendapat sokongan dari semua lapisan dan releven untuk semua...tak kira PAS,PKR,DAP,UMNO...sebab semua manusia itu sentiasa diuji...dan tahap keimannya juga tidak sama...selagi jiwa kita tidak ditanam dgn roh Islam..selagi kita tak letak Islam di tempat yg teratas...semua manusia kena bersiap sedia dgn segala macam godaan ...

Dalam Islam kuasa itu sebagai amanah...amanah yg Allah beri bukan untuk kita gunakan untuk kepentingan diri dan kroni2...kerana kuasa yg diberi adalah sekadar pinjaman dan bukan hak mutlak atau hak cipta terpelihara...

wallahualam...

TAHNIAH OBAMA..!!

Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.-Malaysiakini

Tuesday, November 04, 2008

turunmu kerna terpaksa..!!




turun jugak hang no....tapi ikhlas ke atau 'kerana terpaksa'...tak kisah la kerana apa janji turun...tapi tak patutla hangpa cakap tak berlapik..sapa yang melatah..?? UMNO/BN dan mufti Perlis yg bersikap kebudak-budakkn..? iye ker..kalau UMNO/BN tu ummi percaya la...tapi kalau tang Mufti hang hina macam tu...satu statement yg melampau...korang baca kat sini sapa yg tulis..dan apa agama dia dan bangsa dia...

tak tau hormat langsung kat alim ulamak....hangpa dah la seorang pemimpin yg beragama Islam...patut ka hang cakap macam tu...macamana nak jadi contoh kepada rakyat ni...nampak macam remeh..tapi orang ambik berat bab ni...renung2kan..

walau apapun..Tahniah dan terima kasih..

wallahualam


Sunday, November 02, 2008

akhbar utusan meroyan lagi meloyakan...

KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Hrkh) -Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

"(Berikut adalah petikan berita daripada muka depan akhbar berkenaan)

Hadi mahu penjelasan

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KEMAMAN 1 Nov - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

"Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam."




ImageSeluruh rakyat Malaysia perlu menilai laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan mengambil tindakan sewajarnya, memandangkan akhbar media perdana tersebut telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara yang tidak wajar.

Berikut disiarkan Transkrip Penuh Sidang Media Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai Kemaman selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke-12, semalam 1 November 2008 yang disiarkan oleh Buletinonline.

Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia.

Turut Hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong.

(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)

DS Hadi : Soalan teruslah

Lee : Dato Seri, dengar ucapan Dato' Seri kata tambah 5% sokongan undi sokongan dari Melayu boleh memerintah semula negeri Terengganu boleh Dato' Seri ulas sikit, pasal tadi Dato Seri Kata dengan undi yang baru baru dapat 20 kerusi parlimen, boleh ulas balik

DS Hadi: Yang pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu. Undi penentu ini kebiasaannya adalah undi atas pagar yang tidak berparti

Sebenarnya 40 peratus lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau pun penyokong. Kita dapati PAS mempunyai pengaruh yag sangat kuat di negeri Terengganu.

Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pun pengundi hantu yang dibawa dari luar yang dilakukakn melalui politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama daripada SPR dan pendaftaran Negara.

Menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat kepada cara-cara tersebut.

Kita boleh membuat perubahan dalam rakyat negeri Terengganu sendiri dengan sedikit perubahan itu, Insya-Allah terlaksana apa yang disebut tadi Kita mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno mereka dipengaruhi oleh 'money politic' politik wang maka pilihan raya umum lebih-lebih lagi lah, kalau dalam parti pun itu cara dia pilihanraya umum lebih-lebih lagi

Khairul Rizal : Hah apa ni, penubuhan Kerajaan baru yang diwar-warkan oelh Anwar Ibrahim, macaman strategi politik penubuhan itu

DS Hadi : Kita tunggu, tunggu daripada perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain.

Lee: DS Anwar bercakap dia rasa pada situasi sekarang amat sukar

DS Hadi: Tidak mustahil, walaupun sukar tidak mustahil boleh berlaku, dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno sekarang Sebagaimana perubahan boleh berlaku semasa perpecahan tahun 90, akhir tahun 80-an bila Tengku Razaleigh keluar daripada Umno dan berlaku lagi tahun 99, 98, bila Dato' Seri Anwar dipecat, dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan yang berulang hari ini, bahkan terdapat di kalangan orang Umno sendiri contohnya Dato' Musa Hitam mengatakan Umno sudah dihingapi penyakit tua, Musa Hitam kata bukan saya kata

Lee : Jadi Dato' Seri masih yakin boleh lagi lah dalam...

DS Hadi : Perubahan boleh berlaku, tidak mustahil Saya tak baca Dato' Seri Anwar buat kenyataan saya baru balik

Lee : Dia (DS Anwar) kata situasi macam ini susah sikit

DS: Saya baru balik

Lee : Dia mengakui 'chances' kurang lah

D W Mutalib : Kesan pemilihan UMNO.

DS Hadi: Iya...kita tunggu pemilihan UMNO, lepas pemilihan

Khairul Rizal: Aaa...pimpinan di negeri Terengganu akan memecat beberapa Exco yang tidak mengikut arahan dia...yang baru-baru ni.

DS Hadi: Itu hal dalaman Umno, saya tak mahu campur.

Lee: Dato' Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.

DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.

Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.

DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.

D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.

Lee: aa...pemangku.

D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.

DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.

Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?

DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.

Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?

DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.

Lee: Dato' Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...

DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

Khairul Rizal: Dato' Seri,ada pergolakan di antara Keadilan dan PAS dalam pembentukan kerajaan Baru...?

DS Hadi: Kerajaan baru pun tak ada lagi...bagaimana kita nak bergolak, nanti ada kerajaan dulu lah.Kerajaan Pusatlah...kerajaan negeri kita dah selesai di mana apa nama ni...Kedah, Perak, Kelantan lebih awal daripada negeri-negeri yang dikuasai oleh Umno...lebih awal Kita semua tahu.Perlis berapa minggu baru selesai. Terengganu berapa minggu...dekat sebulan nak selesai...kita lepas pilihan raya tubuh kerajaan. Mungkin masud soalan tu kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kena tunggu dulu.

Sazali: Dengan perpecahan dalam Umno sekarang ini. Ada yang sudah untuk memasuki Pakatan.

DS Hadi: Yang masuk pun dah ada.

Sazali: Dari pimpinan Umno?

DS Hadi : Iya...ada pimpinan Umno yang masuk.

Lee: Bila kan..kemuka nama yang disebut tadi lah...pemimpin yang sudah masuk dalam.

DS Hadi: Bila tiba masa lah.

Sazali: Tak boleh beritahu ya?

DS Hadi: Aah...tak boleh lah.

Lee : Dato' Seri...pemimpin UMNO ke pemimpin Barisan Nasional?

DS Hadi: Umnolah...Umnolah...sebab baru ni saya pergi ke Johor sebelum pergi ke luar Negara, tiga minggu lepas, terima borang 200, 200 orang sebuah kampung setinggan ahli Umno.

Khairul Rizal: Di mana?

DS Hadi: Di Johor...di Johor

Zulkifli: Perkembangan terkini Razak Baginda...lepas...mungkin ada komen dari sudut penghakiman.

DS Hadi: Itu urusan mahkamah, apa yang saya mahu supaya mahkamah betul-betul adil dan telus.

Saya buat penegasan sekali lagi, calon Perdana Menteri mesti bersih, sebab itu saya mahu Dato' Seri Najib mesti dibersihkan oleh mahkamah, melalui mahkamah melalui BPR mesti bersih, itu adalah amalan negara demokrasi.

Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi, di Amerika di England mana-mana pun, kalau ada tuduhan ada berita saja, pemimpin itu mesti dibawa ke Jawatan kuasa 'Senate' atau pun 'Congress' kalau perlu mahkamah...mahkamah.

Sehingga betul-betul dia membersihkan diri dia daripada tuduhan, baru dia layak jadi pemimpin. Dan kita mengharapkan Perdana Menteri sebelum mengundur diri meninggalkan jasa yang baik.

Membetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh mereka terdahulu, seperti memulihkan badan kehakiman, BPR, SPR ! Insya-Allah kalau Perdana Menteri boleh buat perubahan-perubahan ini, beliau meninggalkan jasa yang baik. - Harakah



ummi..,

nampak gayanya nak kena campak dalam longkang kot utusan meroyan lagi meloya ni...sapa yg tulis tu..Zulkifli Manzor ekk...elok la teruskan keja hang yg suka merapu dan ada niat cuba nak laga2kan pimpinan PR..tak jalan la weii...

kalau macam ummi ni yg merapu takpe la jugak..takde sapa nak baca sgt pon...ni hang waratawan untuk akhbar perdana utk kerajaan Malaysia..walaupun akhbar hangpa dah tahap meroyan lagi meloyakan...kesian la kat masyarakat yg takde saluran alternatif ni...kalau nak melariskan akhbar pon...jangan la buat keja yg tak senonoh ni..kan memalukan hangpa dan akhbar hangpa aja..

pasal ada pimpinan amno masuk PR taknak pulak dia ceritakan ye..oppsss lupa pulak takkan nak kasi heboh nanti malu la amno pasai org dia sedang berhijrah ke PR..nampak gaya makin dekat amno nak ditalkinkan..

apa patut kita buat kat wartawan yg macam ni ye..??rasanya ramai lagi wartawan yg seangkatan dgn dia ni..

LAWAN TETAP LAWAN


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil