meh kita pahami istilah ini sama2...
"dalam islam, apabila ada muslim yang menghina Islam; yang boleh muslim itu terkeluar dari Islam, maka dari pihak yang berwajib, perlu bertindak memanggil muslim tersebut dan diberi penerangan yang mendalam kepadanya tentang Islam. sesi penerangan itu, hendaklah dilakukan oleh mereka yang berkemahiran dengan Agama, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menjawab. Tindakan itu dalam islam disebut sebagai ”al-istitabah”."
Istilah ini ummi dapat pada satu artikel yg komentarnya mempertikaikan kenapa orang ramai marah kenapa RPK di'ISA'kan sedangkan dia menghina Islam...bagi ummi,kita tak mengizinkan sesiapa saje menghina Islam walaupun dia dari satu perjuangan..tapi yg ummi pertikaikan kenapa perlu guna ISA untuk menghukum orang yg menghina Islam...ummi pun tak mengatakan apa yg RPK tulis dalam penulisan dia itu betol belaka...
Oleh itu..ummi setuju dengan pendapat blogger Al-Bakistani@Ustaz Wanji bagi menjawab kemushkilan itu..
wallahualam...
Ustaz Wanji, kita akui ada terdapat tindakan yang nampak berat sebelah tetapi kita perlu sedar bahawa artikel RPK dah banyak yang guris hati umat islam. Adakah anda sebagai ilmuan ahli agamawan tidak sensitiv sikit pun terhadap artikel RPK. Tindakan terhadap RPK sangat wajar supaya islam tidak dihina sesuka hati. Adakah anda redha dengan tulisan RPK. Mengapa agamawan PAS seperti anda tidak beri nasihat pada RPK.
Ini bukan kali pertama laman MT jadi medan hentam islam. Dah banyak rungutan orangramai. Apakah jika PR memerintah RPK tidak dikenakan tindakan walau dah hina islam.
Tindakan pilih bulu oleh umno memang tak patut tapi tindakan terhadap RPK memang wajar sangat.
setakat ingatan ambo,tak pernah tengok tulisan ustaz wanji yang tegur RPK atau tegur RPK dalam kuliahnya disurau.
KOMEN AL-BAKISTANI;
Pertama;
Aku tidak pernah mengatakan tindakan Raja Petra itu benar, bahkan padaku, itu merupakan satu kesalahan. Lantaran itulah, aku mempersoalkan, mengapa tidak ISAkan Astora Jabat dan Mahathir? Dengan ini, secara ”mafhum”nya, aku telah menyatakan, tindakan Raja Petra itu adalah salah.
Padaku, antara UMNO dan Raja Petra, UMNO lebih patut dipersalahkan dalam hal ini. Kita amat bimbang dengan artikle-artikle Raja Petra yang dilihat menghentam Islam, tetapi pernah atau tidak kita persoalkan tentang sesatnya UMNO, yang bukan sekadar tudung yang dipertikai, bahkan Islam itu sendiri yang dipertikaikan.
Ya !! memang UMNO sudah diakui sesat, tetapi sedarkah kita, UMNO telah melahirkan manusia-manusia yang berani mempertikaikan Hadis nabi dan Islam, seperti Kasim Ahmad (khabarnya sudah bertaubat. Mudah-mudahan benar-benar dia bertaubat).
Pernahkah kita bertanya, mengapa mereka ini sesat? Apa tindakan kita untuk memahamkan mereka tentang islam?
Kedua;
Aku tidak hentam Raja Petra di surau dan masjid, sebab aku sendiri tidak berapa memahami tulisan Raja Petra, ekoran aku tidak berkemahiran berbahasa Inggeris. Bahkan, lamanweb kepunyaan Raja Petra bukanlah lamanweb bacaan harianku.
Aku mengetahui kandungan artikle Raja Petra itu, berdasarkan kepada jawapan balas Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman versi Bahasa Melayu yang baru diterbitkan dalam blog beliau.
Apabila aku membaca, aku terus menulis artikle ” UMNO/BN AKAN "ISA"KAN MUSUHNYA SAHAJA”. Aku menulis itu, bukan memfokuskan sangat kepada raja Petra, tetapi memfokuskan kepada kejahatan UMNO/BN. Lantaran itulah, aku meletakkan tajuk artikle sedemikian.
Ketiga;
Padaku, tindakan meng’ISA’Kan Raja Petra ekoran artiklenya yang mengandungi unsur penghinaan kepada Islam merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam.
Sebab itu, aku amat menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr MAZA atas cadangan beliau agar pihak JAKIM tidak terus melaporkan kepada Polis, tetapi hendaklah diadakan sesi dialog dengan Raja Petra sendiri.
Dalam Islam, seseorang yang hendak dihukum, diwajibkan kepada kita mendakwa terlebih dahulu, dan diberi peluang kepada orang yang didakwa bahawa dia mempertahankan dirinya.
Lantaran itu, dalam islam, apabila ada muslim yang menghina Islam; yang boleh muslim itu terkeluar dari Islam, maka dari pihak yang berwajib, perlu bertindak memanggil muslim tersebut dan diberi penerangan yang mendalam kepadanya tentang Islam. sesi penerangan itu, hendaklah dilakukan oleh mereka yang berkemahiran dengan Agama, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menjawab. Tindakan itu dalam islam disebut sebagai ”al-istitabah”.
Persoalannya, adakah pihak yang berkuasa melakukan demikian? Jawapannya, sudah pasti tidak. Bahkan mereka bertindak menyalahi islam, iaitu terus meng’ISA”kan Raja Petra tanpa berlakunya proses ”Al-Istitabah” itu.
Dalam kes ini, siapakah yang telah memburukkan Islam itu sendiri???
PENUTUP
Aku ada membaca sebuah buku tulisan Kassim Ahmad yang bertajuk ”mencari jalan pulang : daripada Sosialisme kepada Islam”. Setelah membacanya, aku dapat rasakan, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Kasim Ahmad.
Padaku, Kasim Ahmad, Raja Petra, Hishamuddin Rais dan sebagainya, merupakan manusia yang mempunyai kehendak yang sama.
Ekoran itulah, Aku tidak pernah menganggap Raja Petra sebagai musuh, bahkan Kasim Ahmad, Hishamuddin Rais dan sebagainya. Padaku, mereka ini adalah manusia yang memberontak. Mereka ingin memahami islam, tetapi tidak berjaya diterangkan mereka secara adil dan kebijaksanaan.
Keadaan ini amat berbeza dengan UMNO, yang mereka ini sesat lantaran kedegilan mereka terhadap Islam, walaupun mereka sudah memahami Islam.
Berikutan itu, aku menanam cita-cita untuk berjumpa dengan manusia seperti Kasim Ahmad, Hishamuddin Rais dan Raja Petra. Tujuanku adalah untuk berbual-bual dengan mereka, untuk mengetahui tentang apa sebenar yang mereka mahu.
Memang mereka bertindak kadangkala luar batasan, tetapi sedarkah kita, mereka bertindak itu disebabkan kesalahan kita juga.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 september 2008 * 2:11 Pagi.