Followers

Saturday, August 09, 2008

PRU 13 cuba lagi...

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360
PerakStateFlag.jpg Perak Flag image by axiemeluv

"Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan.

Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya.

Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.
Peluru getah mengajak kami bergabung dengannya langung tidak menjadi malah dijawab tegas oleh pimpinan PAS dan dijawab oleh Menteri Besar Perak dengan mengajak UMNO masuk dalam mana-mana parti Paktan Rakyat.

Keputusan mahkamah tinggi Ipoh kelmarin menghampakan banyak pihak yang berhajat besar itu.
Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan Kerajaan Negeri perak Pakatan Rakyat yang kita sayanginya ini.
Kita nasihatkan kepada sahabat sebelah sana, bersabarlah sebagaimana kami sebulum dari ini dan sebagaimana yang dianjurkan Islam untuk menunggu Pilihanraya ke 13 pada 2011 atau 2012 nanti.
Itulah medan yang selayaknya dipergunakan oleh semua pihak termasuk kami bagi menentukan nasib masing-masing. Kalau kami menyeleweng rakyat akan menolak kami begitulah sebaliknya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kerusi Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi calon PAS.Abdul Yunus Jamahri dari Parti Keadilan Rakyat menang di Kuala Kurau dengan majoriti 467 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Mohd Salleh Mat Disa, di Lubuk Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusof dari PAS menang dengan majoriti 72 undi mengalahkan Datuk Jamal Nasir Rasdi dari BN manakala di Kuala Sepetang, Tai Sing Ng juga dari PKR, menang dengan majoriti 564 undi menewakan See Tean Seng dari BN.




Y.B. Tuan Haji Mohd. Zainudin bin Mohd. Yusof
Pengerusi, Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan (PAS/Lubok Merbau)



Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menolak kesemua petisyen dengan kos.Dalam petisyennya bagi memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kerusi Kuala Kurau adalah terbatal, Mohd Salleh mendakwa responden atau pekerjanya dilihat berada dan cuba memujuk pengundi di sekitar 50 meter dari tempat mengundi di Sekolah agama Al-Hidayah, tetapi Hakim Wan Afrah berkata perbuatan berlegar di kawasan 50 meter dari tempat mengundi bukan merupakan sebahagian daripada pilihan raya.




Y.B. Encik Tai Sing Ng
Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan dan Penerangan (PKR/Kuala Sepetang)



Bagi kerusi Lubuk Merbau, Jamal Nasir dalam petisyennya mendakwa responden pertama iaitu Mohd Zainuddin, telah melakukan perbuatan rasuah apabila memasang kain rentang yang tidak mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya.Dalam penghakimannya Wan Afrah berkata pempetisyen gagal menyatakan dengan jelas orang yang didakwa melakukan rasuah selain gagal membuktikan dakwaan rasuah itu ada kaitan dengan pilihan raya berkenaan.




Y.B. Encik Abdul Yunus bin Jamahri
(PKR /Kuala Kurau)



See, dalam petisyennya bagi kerusi Kuala Sepetang, mendakwa antara lain kononnya satu kertas undi pos sengaja dicampur bersama undi yang ditolak tetapi Hakim Wan Afrah berkata bahawa sekalipun jika peraturan yang berkaitan tidak diikuti, dalam pengundian bagi kerusi berkenaan, satu undi tidak membawa kesan kepada keputusan itu.

~ cina Islam ~"


ummi : bawak2 la bersabar dan buat la benda2 yg berpekdah sikit...rakyat yg perlukan bantuan dah lama menunggu...baiklah di dahulukan yg mana penting...biarlah Kerajaan Perak di bawah naungan pemerintah PR..kalau tak sesuai...pilihanraya ke 13 nanti usahalah bertapak semula..

Kak Ijat nak apa..??

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360




KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh)

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengesahkan Timbalan Ketua Wanita Umno, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil ada menghubungi beliau melalui telefon bimbit untuk mempelawa ahli jawatan kuasa dewan itu membincangkan isu-isu bersama wanita Islam.

Ketika mendedahkan perkara ini dalam satu interbiu Harakah, Nuridah memberitahu terdapat tiga perkara yang diminta oleh Shahrizat dalam perbualan ringkas itu. Pertama, kirim salam kepada Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

ummi : kirim salam..?? baik semacam jek... baik ada makna tu..

Kedua, ujar Nuridah, Shahrizat meminta agar beliau (Nuridah) mendapatkan keizinan Presiden PAS terlebih dahulu tentang pertemuan antara wanita Umno dan muslimat PAS dan ketiga, Shahrizat mohon bergambar berdua (Shahrizat dan Nuridah).

Ummi : teringin nak bergambar je ke..?? ingat nak belajar camana nak pakai tudung cara yg dituntut dalam Al-Quran...

Katanya, bekas Menteri Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga itu menghubunghi beliau pada malam Israk Mikraj yang baru lalu, selepas Isyak.

"Kita nak surat rasmi dari Wanita Umno. Biar orang tahu apa benda yang kita hendak buat. Tidak mahu nanti jadi fitnah. Setakat ini bab Umno memang sensitif. Jadi Muslimat kena berhati-hati," tegasnya lagi.

ummi : memang patut kita selalu berhati2... kita taknak Dewan Muslimat menjadi mainan propaganda mereka2 yg tak bertanggungjawab.. kita juga takank pisang berbuah banyak kali...2 kali pun dah pelik..ni kan pulak berkali-kali...

Dalam interbiu itu, Nuridah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menolak sebarang bentuk kerjasama dalam bentuk perkongsian kuasa kerana PAS Pusat sudah memutuskan tiada kerjasama dan perkongsian kuasa dengan Umno dan BN.

Katanya, Dewan Muslimat hanya bersetuju untuk bekerjasama dalam memperjuangkan nasib wanita semua kaum di negara ini kerana itu adalah tanggungjawab sosial yang patut ditangani bersama.

ummi : satu jawapan yg tegas dan berhemah....kalau nak bekerjasama mengatasi masalah sosial dgn sape2 pun boleh .....sebab ianya tanggungjawab semua orang bagi memastikan generasi kita akan terselamat dari budaya barat yg banyak merosakkan rakyat Malaysia..

Apabila ditanya tentang respon Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz yang menyifatkan PAS tidak ikhlas untuk bermuzakarah, dengan nada yang tegas Nuridah mempersoalkan sudah lebih 20 tahun PAS membuka pintu muzakarah tetapi tidak dilayan oleh parti itu.

Beliau menyifatkan Wanita Umno sekarang berada dalam keadaan terdesak, setelah pengaruh parti itu runtuh di lima negeri. Katanya, baru sekarang mereka mahu bermuzakarah kerana langkah ini akan memulihkan pengaruh mereka di semua peringkat parti.

"Apa yang kita lihat, kalau Umno dipucuk pimpinan itu sendiri sudah "nazak", semua pihak daripada Pemuda, Wanita dan Puteri, akan cuba membantu induk mereka daripada tenggelam. Mungkin Wanita Umno juga berada dalam keadaan terdesak? Kita (Muslimat PAS) tidak akan datang "serah leher" kepada Umno. Itu cara yang tidak betul," tegas beliau lagi.

ummi : sendiri mau ingat la...

wallahualam

ingin tau...!!

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360




Akhir2 ni terlalu banyak blog blogger diceroboh...ummi ada pertanyaan yg nak diajukan...
  1. Apakah tanda2 blog kita diceroboh..?
  2. Bolehkah kita trace sape punya keje..?
  3. Bagaimana nak mengelak blog diceroboh..?

Friday, August 08, 2008

Dipaksa --> Suka Sama Suka

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360



"Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?

Syed Hamid berkata, dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang membuat laporan.

ummi : betol la si pemberi maklumat tak kena dakwa..tu kalau dia tak terlibat terima duit rasuah...tapi kes si Sayfool ni...dia yg terlibat sama malah mangsa dan sebagai pendakwa lagi tu....patut kena dakwa sama la..alahaiii


"Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya."

ummi : sistem perundangan kita cam gini ke..... nyesal lak tak belajor undang2...



377B
--> 322B ...???
ummi : tak bape nak cerodik dgn angka2 ni...

** Dipaksa Liwat --> Suka Sama Suka **
ummi : sudah tukarrr ka....


"


Nampaknya Hamid Albar juga terkunci mulutnya dalam menjawab situasi yang serupa yang melanda Anwar sekarang ini. Anwar dituduh "melakukan liwat" dengan saiful secara "suka sama suka", dan jika didapati bersalah, boleh dikenakan sebatan dan jail sehingga 20 tahun. Anwar tidak dituduh "merogol" atau "meliwat paksa", tetapi dituduh perlakuannya adalah suka sama suka.

Pertuduhan ditukar last minit. Daripada "paksa" kepada "suka sama suka". Sebabnya satu : rakyat tak percaya saiful dipaksa. Mereka telah cuba pelbagai cara untuk menjual idea tersebut, tetapi terus ditolak mentah seluruh negara.

Saiful yang sebelum ini dilihat sebagai "mangsa liwat", sekarang terpaksa menjadi "gay tulen" bagi mencapai objektif pertuduhan 322B. Dan jika saiful lepas ini adalah "gay" tulen - dimanakah kebanggaan keluarganya, mahupun bakal isterinya, nak diletakkan?

Nah, sekarang nyata sekali "Uncle Pet" akan dilihat tak lebih daripada seorang pejuang sifat gay anak sedaranya.

Bersumpahlah! Nak bersumpah apa pulak kali ni? Sumpah bahawa kamu merupakan pengikut kaum Luth nombor wahid? "





imbasan kata2 uncle Pet

"Anwar is doing that thing,its happened...now u imagined haa...kita ajak dia sumpah cara Islam,u can see..macamana...dia cakap ini macam..ini macam...come on kita as a muslim arr..very simple,u berani kerana benar..u takut kerana salah ...."

ummi : alahaiiii Pet..... jangan cakap Pet .... nanti makan dek sumpah kang...

punah sudah mimpi BN di Perak....

Begitu tinggi harapan BN untuk merampas Perak...namun,mereka merancang tuhan yg menentukan segala2nya..


Mahkamah tolak tiga petisyen p'raya BN

Aug 8, 08 11:30am

perak and election

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan pilihanraya umum kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, Kuala Sapetang dan Kuala Kurau.

Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.

Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.

Di Kuala Sapetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.

Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592 undi.~malaysiakini~

PerakStateFlag.jpg Perak Flag image by axiemeluv


"Doa untuk Pakatan Rakyat Perak

Suami menceritakan tentang hal rakan-rakan bertanyakan kepada beliau mengenai ura-ura bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang pada 31 Ogos 2008.

Beritanya, Kerajaan Barisan Nasional sedang merancang dan mengatur 'projek' untuk merampas kembali kerajaan Perak.

Suami secara berseloroh menjawab angka 31 itu sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat di Perak kerana 31 itulah bilangan Adun Pakatan Rakyat dan 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan negara yang sepatutnya lebih dijiwai oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang sudah 50 tahun memerintah negara.

Sepatutnya mereka dapat menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak kepimpinan mereka dan memilih pemimpin dari parti lain untuk memimpin rakyat Perak.

Suami berpesan supaya saya menyampaikan kepada semua terutama rakyat-rakyat Perak sentiasa berdoa agar Allah bersama mereka-mereka yang benar. Banyakkan solat hajat." ~Datin Seri Fatimah Taat ~isteri Menteri Besar Perak

Thursday, August 07, 2008

artikel berkaitan polis jadi punca ditahan..?!!

"Penulis Blog Ditahan Berhubung Artikelnya Berkaitan Polis

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, 50, ditahan polis malam tadi berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis.

Sanjos berkata polis turut merampas satu unit komputer riba untuk siasatan lanjut.

Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan esok, katanya.
>>-- BERNAMA"

"

Kenapa tak usik Raja Petra?




Saya pernah siarkan gambar di sebelah dalam posting bertajuk "Tunjuk pinggul kepada PAS". Cerita selanjutnya di sini.

Sebelum ini, Raja Petra Kamarudin mendedahkan:
Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm.....ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?

baca selanjutnya disini >>~penarik beca "


artikel di atas ni la yg menjadi penyebab ~penarik beca ditahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948...ummi mencari tang mana yg boleh disabitkan di bawah akta ihasutan ni...ummi yg tak nampak ke atau ada udang di sebalik batu..wallahualam..

renung2kan..


"Abang Bakaq ditahan di kediaman beliau di Taman Koperasi Polis Fasa 1 kira-kira jam 11.00 malam tadi. Empat orang polis lelaki dan seorang polis wanita berpakaian preman memperkenalkan diri bahawa mereka dari Bukit Aman. Kata mereka “saya datang kerana ada orang buat laporan polis terhadap Abang Bakaq dan blog yang di tulis. Abang Bakaq minta waran tangkap dari polis berkenaan,kata salah seorang dari polis tadi bahawa”polis Malaysia tidak perlu waran”.Hebat juga polis Malaysia ni kan,mungkin terlalu banyak tengok filem-filem aksi polis dari Hong Kong kot?

Jam 02.37 petang Kak Salwa di hubungi oleh Blak di hadapan kami dan ini berita yang kami terima dan diberitahu melalui perbualan telefon antara Blak dan Kak Salwa.


Pagi tadi beliau di hantar ke Balai polis Sentul dan pada jam 9 pagi tadi beliau di bawa ke
Commercial Crime Division. Menurut kata Puan Salwa,Abang Bakaq mungkin ditahan sehingga esok atau sehingga siasatan selesai dijalankan. baca selanjut disini>>~ nora75reform "



"Mahfuz kecam penahanan pengendali blog Penarik Beca

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mengecam tindakan polis menahan pengendali blog Penarik Beca sejak semalam, dan remannya disambung untuk sehari lagi.
Iklan

Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Tindakan ini kata Mahfuz menunjukkan betapa tidak cekap dan tidak profesionalnya polis dalam mengendalikan kes-kes seperti ini.

"Tindakan polis menahannya di rumah satu perkara yang tidak profesional, kerana polis boleh menghubungi Penarik Beca dan meminta beliau ke balai, ini pernah dilakukan ke atas pengendali web, Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, dalam kes Penarik Beca polis sepatutnya bertindak seperti kes Raja Petra," ujarnya

"Inikah yang dikatakan polis bersih cekap dan amanah, sedangkan dalam kes ini mereka tidak mampu menyelesaikan siasatan dalam tempoh sehari," katanya.

berita selanjut di sini >>~harakah"

kempen tangkap blogger..?

BERHATI-HATI LAH RAKAN BLOGGER SEKELIAN...!!
MUNGKIN INI SEBAGAI AMARAN..!!



Blogger yang menggendalikan blog ~penarik beca, ditahan polis malam tadi.

Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya.

Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a ~Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger! ~ perisik rakyat ~


"Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la... Yang tu, aku pun buat.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit... hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang."~ matsamankati

"Menghasut"..rasa2nya perkataan tu tak sesuai dgn kes si Penarik Beca ni..tapi kalau dikata pemberi maklumat dan buah fikiran tu ada betolnya...dan seperti kata MatSamanKati juga ada kebenarannya...


ummi rasa maklumat yg dari blogger2 ni lebih telus,tepat dan cepat berbanding dari akhbar2 yg meloyakan yg terdapat diluar..tu pasal ummi tak hingin nak mandang sangat akhbar2 deme ni...

kta boleh nampak sikap double-standart dari pihak kerajaan terhadap blogger2 ni...yg mana anti kerajaan...mereka akan diperhati dan diancam dgn Akta Hasutan..tapi mana2 blogger yg pro kerajaan,tidak akan diusik pun apatah lagi dijentik...ni ke yg dikatakan demokrasi..?

Kepada para pimpinan PR biro kebajikan...ni la masanya nak balas jasa blogger2 yg telah membantu PR dalam pilihanraya yg lepas...jngan nafikan kuasa blogger...BLOGGER BOLEH MENAIKKAN DAN MENJATUHKAN KERAJAAN....BEWARE..!!

Semoga Bakar a.k.a ~penarik beca serta keluarga tabah menghadapi dugaan dan tegas dgn pendirian..Allah sentiasa bersama2 orang2 yg teraniaya...ummi yg jauh hanya boleh mendoakan agar bro Bakar bebas dari penindasan dan penganiayaan dari pihak mereka2 yg tak bertanggungjawab..

Eloknya ditubuhkan persatuan blogger2 atau koperasi untuk membantu blogger2 yg menghadapi masalah begini atau yg sewaktu dengannya..kerana ancaman kepada blogger ni dah semakin terasa dan yg selalu jadi mangsa adalah ''blogger2 kutu berahak''

Wallahualam...

Wednesday, August 06, 2008

koleksi gambar bermesej...



Koleksi gambar2 ni adalah hasil seni mereka yg berbakat dan penuh dgn mesej2

kempen time sudah tiba...!!



Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Oh Permatang Pauh..sure heboohhhhh !!

Dikhabarkan bahawa UMNO ada 5 orang calon yg layak dicalonkan untuk menentang DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh..tetapi dalam satu masa yang sama mereka juga masih tercari-cari calonnya..sehingga mufti pun ditawarkan utk melawan DSAI..nampak sangat BN dah ketandusan bakal pemimpin yg menepati citarasa rakyat Malaysia...ini diakui sendiri orang dalaman UMNO seperti petikan di bawah..
"Bekas ketua Umno Permatang Pauh berkata bahagian itu menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

"Umno bahagian ketandusan pemimpin yang boleh menjadi calon untuk menentang Anwar.

"Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar bekas timbalan perdana menteri itu," kata Datuk Ahmad Saad."

"Lebih 50 peratus katakan 'Tidak' pada Umno

Selain populariti Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang jatuh merudum lebih 50 peratus, hasil kajian Merdeka Centre baru-baru ini juga membuktikan 58 peratus responden menyatakan 'tidak' kepada Umno sebagai parti yang memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat.

Kajian yang dibuat pada Julai lalu yang melibatkan sejumlah 1,030 rakyat Malaysia memaparkan populariti Abdullah pada November 2004 adalah dalam kedudukan 91 peratus iaitu merupakan rekod yang tertinggi tetapi jatuh kepada 61 peratus setelah sepenggal menjadi Perdana Menteri.

Lebih mengejutkan ianya terus menjunam kepada 53 peratus pada bulan April sejurus selepas 8 Mac dan yang terkini jatuh kepada 42 peratus."


kalau dah ada kajian yg mcam petikan di atas macamana UMNO nak memastikan majoriti DSAI berkurang..?nampak gayanya ummi takut BN hilang wang deposit jek...takpelah kita tunggu dan lihat...kadang2 kita merancang tapi Allah yg menentukan semuanya...kepada PR jgn terlalu berasa selesa dgn perkembangan sekarang..masih perlu berusaha mengekalkan kepercayaan rakyat kepada barisan Pakatan Rakyat...

Siapa calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding?
di bawah ni adalah calon yg menawarkan diri,apakah mereka2 ini menepati citarasa ramai..?atau tangkap muat saje...?

"
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh - Abdul Jalil Abdul Majid
Calon 'Recycled' tewas pada pilihanraya umum lalu di DUN Penanti. Meletakkan Jalil sebagai calon samalah menghulurkan tengkuk kepada Anwar.

Exco Pemuda Umno Malaysia - Pirdaus Ismail
Imam 'Pencen' ini sudah dua kali tewas kepada Dato' Seri Wan Azizah, ramai berkeyakinan bahawa jika Pirdaus diletakkan sekali lagi menjadi calon, BN akan tewas dengan majoriti yang lebih besar kerana semua pengundi telah mengenali siapa Pirdaus sebenarnya. Peristiwa menyepak peti undi masih segar dalam ingatan mereka.

Bekas Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh - Ahmad Saad
Umno Bahagian sudah tentu tidak bersetuju dengan pencalonan Ahmad Saad yang juga merupakan penyokong kuat Anwar suatu ketika dahulu. Ahmad Saad sendiri seolah-olah tidak yakin untuk menentang Anwar. Beliau juga pernah tewas dalam pilihanraya umum.

Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan - Ezam Mohd Nor
Ditolak awal-awal lagi oleh Umno Bahagian dengan alasan beliau adalah orang luar dan calon payung terjun. Malah ada yang mencurigai kesetiaannya kepada Umno.

Mufti Kerajaan Negeri Perlis - Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Anak tempatan. Tetapi beliau telah menolak tawaran Umno, malah kemungkinan besar Imam Hadhari sendiri tidak bersetuju dengan pencalonannya disebabkan Asri lantang mengkritik Imam Hadhari yang mengalungkan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

Ketua Umno Bahagian Batu Kawan - Dr Ibrahim Saad
Juga bekas penyokong kuat Anwar. Namun rekodnya dalam politik juga kurang baik. Tewas di tangan Wan Azizah pada pilihanraya umum 1999."


Semua nama2 diatas macam tak berkemampuan nak jadi calon..ni yg dikatakan UMNO dah makin pupus orang2 yg berkaliber...yg tinggal mereka yg perasan cemerlang,gemilang dan terbilang....Sampai mufti pun masuk senarai ..? kenapa ..dah tak ada lagi kah orang yg layak bertanding dengan DSAI ni..?atau dah tau BN akan kalah...jadinya BN tak kisah sgt siapa yg akan dicalonkan...yang herannya kenapa dah tau BN susah nak menang buat apa beria2 nak berhabis-habisan menabur baja di kawasan yg kering kontang dan tandus...kan buang masa,tenaga dan belanja...lebih baik baja tu tak dibazirkan,berikan saja pada pekebun2 yg mengharapkan baja untuk tanaman mereka...

apasal boleh masuk bab baja dgn pekebun ni..?? bukan apa memandangkan sekarang barang untuk pekebun2 ni mahal2 dan kenaikannya sampai mencecah 100%...kesian kat pekebun2 kita...baiklah dibantu bagi meringankan beban mereka dan hasil tanaman pun boleh bertambah...ni duk bazirkan duit kat pentas WWF watpe...? pentas yg penuh dengan tipu muslihat..
ada juga dikhabarkan bahawa pilihanraya kecil ini akan menjadi sejarah kerana ianya akan menjadi pilihanraya yg paling kotor dan jijik...

Walau bagaimana pun mari lah kita sama2 berdoa supaya pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar dan aman.....janganlah sampai orang luar memandang Malaysia sebagai sebuah negara yg kucar-kacir..dah la Malaysia yg lebih besar dari Singapura ni orang tak mandang...nanti Malaysia dikenali orang sebagai negara yang terkenal dengan "pemerintahan yg haru-biru"..

wallahualam

Monday, August 04, 2008

bingai seorang pemimpin...!!



PERISTIWA YANG BERLAKU DI TUGU NEGARA AMAT menggemparkan umat nabi muhammad saw di bumi MALAYSIA.

Apakah peristiwa yang akan membawa bencana kepada bumi malaysia??
SEANDAINYA MAJLIS FATWA MUFTI PULAU PINANG diambil kira dan saranan mufti PERLIS tidak diambil berat oleh pak lah maka rakyat malaysia yang beragama Islam amat-amat sedih sekali peristiwa itu.

Walaubagaimanapun Pak Lah tidak boleh disalahkan kerana kemungkinan hati pAk Lah sudah gelap gelita dan bercahaya lagi angkara budak yang belum akilbaligh itu...


ABU HURAIRAH ra berkata" Pada suatu malam,setelah solat ISYAK,aku keluar bersama RASULULLAH SAW.Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita dia berkata"WAhai Abu HUrairah,sesungguhnya aku telah melakukan dosa,Apakah aku masih boleh bertaubat?"Dia berkata,"Aku telah berzina "Lalu aku berkata kepadanya."Terlaknatlah engkau,terlaknatlah engkau.Demi ALLAH,taubatmu tidak akan diterima".Lalu wanita itu keluar dengan hati sedih dan pergi.Maka aku berfikir dalam hatiku.Mengapa aku berfatwa.Sedangkan Rasulullah berada di sampingku.Maka aku segera pergi berjumpa baginda.Lalu baginda berkata "Engkau sudah salah.Apakah engkau tidak mendengar ayat;
"DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK MENYEMBAH TUHAN YANG LAIN BERSAMA ALLAH...MAKA ALLAH AKAN MENGGANTI KEJAHATAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN..."
QS;AL FURQAN;68-70

Kemudian aku keluar dan berkata ,"Siapa boleh menunjukkan padaku wanita yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah?" Lalu mereka berkata,"Dia telah GILA wahai Abu Hurairah!" Namun kucari dia sampai bertemu dan aku khabarkan kepadanya bahawa taubatnya masih boleh diterima.Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata,"Aku ada kebun,Maka aku sedekahkan ia kerana ALLAH dan Rasul-NYA."

DISEBABKAN PERISTIWA TUDUHAN DAN PENGAKUAN YANG TIDAK ADA HARGA DIRI MAKA PEMIMPIN KITA TIDAK DAPAT PETUNJUK LAGI.. TIDAK HAIRANLAH SEGALA TINDAK TANDUK MEREKA AMAT BERTENTANGAN DENGAN AGAMA SERTA AKAL FIKIRAN YANG SIHAT..termasuklah peristiwa di tugu NEGARA.
"oleh neraca
"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. -harakah


janagn disebabkan kesalahan pemimpin rakyat jadi mangsa kemurkaan Allah...

wallahualam...

Sasaran Majoriti > 23 , 515 undi ?

http://whitemelur.files.wordpress.com/2008/03/spr.jpg

Dalam PRU-12 lalu , majoriti DSWA sebanyak 13 , 398 undi

Objektif
  • Untuk membuktikan DSAI adalah pemimpin , iaitu tempat bergantung harap rakyat Malaysia , bukan saja Permatang Pauh
  • Untuk menolak semua tuduhan dan fitnah liwat 2
  • Untuk membuktikan sasaran pengambilalihan Putrajaya cita – cita semua rakyat Malaysia adalah betul


Sasaran majoriti 23,515 undi , sama seperti tahun 1995 , ok tak ?
Kalau diperhatikan angka sejak PRU-7 hingga PRU-12 lalu , bagi tahun 1995 iaitu PRU -9 dimana calonnya ialah DSAI , majoriti yang diperolehi sebanyak 23,515 undi , adalah kemuncak kepada sokongan pengundi kepada YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

1999

Reformasi yang lahir selepas peristiwa hitam 1998 , PRU-12 menyaksikan Permatang Pauh menjadi sasaran utama kerajaan UMNO/BN , bagi melumpuhkan Parti KeADILan. Namun , ia masih dapat dipertahankan , dengan majoriti 9,077 undi.

2004

Tahun peralihan kuasa , TDM kepada Pak Lah tahun 2003 , dengan imej ‘mr clean’ , dan dengan hampir seluruh jentera UMNO/BN disalurkan ke Permatang Pauh , bagi mematikan kerusi tunggal Parti KeADILan , tetapi masih gagal menawannya , dan KeADILan menang dengan majoriti 590 undi sahaja.


2008
Dengan kebangkitan rakyat , bukan saja di Permatang Pauh , tetapi seluruh negara , menyaksikan Permatang Pauh kembali didominasi oleh PKR


1. UMNO/BN mensasarkan majoriti yang lebih rendah

Dalam keadaan yang sangat kritikal sekarang ini , UMNO/BN tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Agak mustahil untuk DSAI , calon PKR dari Pakatan Rakyat ditewaskan , keadaan sangat tidak memihak kepadanya.

UMNO/BN hanya mensasarkan untuk mengurangkan undi majoriti daripada 13,398. Sekiranya itu yang dicapai , ia hanya untuk menjustifikasikan kononnya DSAI , PKR dan PR sudah ditolak oleh rakyat , khasnya pengundi di sini


Seluruh kekuatan jentera UMNO/BN akan digerakkan dan dikerah.
Semua jenis dan bentuk penipuan akan dihidangkan
Semua bentuk pencabulan demokrasi akan dilaksanakan


2. Ogos 2008 , Apa yang boleh dibuat ?

Dalam seribu pilihan yang boleh kita bantu , hanya satu cadangan ingin dikemukakan di sini , iaitu Unit Komunikasi & IT harus perlu diperkasakan , dengan sasaran bagi penyaluran maklumat – maklumat tepat , betul , benar dan terkini kepada semua 58,449 bilangan daftar pengundi yang sah, iaitu yang digunapakai dalam PRU-12 lalu

Siaran Langsung

Siaran lamgsung dari lapangan dan tapak ceramah khusus oleh penceramah – penceramah utama DSAI , TGHH , TGNA , LKS , KS dan lain –lain.

Unit Komunikasi & IT akan bertindak sebagai ‘main coordinator’


i. Aktiviti

Maklumat – maklumat terkini yang perlu disampaikan di tapak – tapak ceramah atau melalui kenyataan – kenyataan media kepada hampir semua pengundi [ kalau boleh semua 58, 449 ] dapat dibuat secara serentak ke seluruh kawasan


Ini adalah sumber saluran alternatif yang kita ada , bagi menangkis laporan – laporan media utama.


Petugas – petugas di setiap lokasi ‘DISPLAY CENTRE’ perlu dikemaskini sepanjang masa , dengan program – program utama , ceramah dan lain – lain


ii. “ Display Centre “

Penyiaran boleh dibuat di ‘display centre’ seperti restoran , upu , markas , masjid ,surau , kuil , gereja dan lain – lain


iii. Perkakasan

Sebahagian dan kebanyakan tempat – tempat ini , seperti restoran dan kedai makan terbuka , sudah dilengkapi dengan skrin besar dan projector , kecuali di markas , masjid , surau dan upu


iv.
“ Counter Attack “
Tindakbalas secara cepat , dengan memberi maklum balas segera ke atas isu – isu utama , yang dibangkitkan di kawasan pilihanraya dan juga oleh media kerajaan umno/bn , harus perlu ada persediaan ke arah itu.

Inilah saluran yang pilihan yang boleh dipertimbangkan
Adalah perlu semua 58,449 pengundi diberikan maklumat terkini , terbaru , betul , sahih , benar & bertanggungjawab

v. Bajet

Unit Komunikasi & IT , Pakatan Rakyat PAS , PKR & DAP boleh uruskan bagi mendapatkan penajaan ‘sponsor’ dari banyak pihak.

Dalam keadaan dan situasi sebegini , berduyung – duyung penderma akan memberikan bantuan , apa saja dan banyak mana

Kalau ini dapat di’apply’ , bersama – sama kaedah konvensional yang sedia ada , tak ada sebab kita perlu akur ‘kehebatan’ media arus perdana.


Lain – lain hal , poster , pamphlet , bahan kempen dll ….tak nak campur lah , boleh fikir sendiri lah , dan sudah tentu ada yang uruskan


Ini adalah satu cabaran kepada seluruh petugas Pakatan Rakyat , PAS , PKR & DAP , NGO serta rakyat malaysia



P.44 - PERMATANG PAUH , 2008 PRU-12


58,449 47,963 82.06% 636 13,398 PKR
P.44 - PERMATANG PAUH , 2004 PRU-11


0 43,734 80.93% 665 590 KEADILAN
P.44 - PERMATANG PAUH , 1999 PRU-10


0 39,210 78.94% 647 9,077 KEADILAN
P.44 - PERMATANG PAUH , 1995 PRU-9


0 37,385 78.30% 889 23,515 BN
P.41 - PERMATANG PAUH , 1990 PRU-8


0 31,740 78.32% 304 16,150 BN
P.41 - PERMATANG PAUH , 1986 PRU-7


34,879 26,098 74.82% 619 10,479 BN
"
oleh ulitmayang

subhanallah..!!

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.





walaupun ramai dah mengetahui tentang ini...tapi ummi nak abadikan cerita beliau dalam blog ummi...

Sedikit tentang Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan peribadinya di dalam semua aspek kehidupan.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fadzil3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama, perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdampingan dengan masyarakat, beliau dianggap sebagai pemimpin berkarisme. Semuanya itu hasil daripada latar belakang keluarganya dan juga pendidikan, di mana telah membentuk beliau sebagai seorang insan yang berperibadi tinggi dan dihormati.

Latar belakang keluarga

Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama' yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.

Pendidikan

Sejarah awal pendidikan Dato' Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Perkahwinan

Dato' Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Datin Hajjah Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna'izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fadzil6.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Bakat Kepimpinan

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq.

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) tahun 1974.

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fadzil5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Pembabitan awal Dato' Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut.

Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato' Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Dan yang terbaru ialah dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato' Othman Abdul di Parlimen Pendang dengan majoriti 19,474. Dan di DUN Anak Bukit dengan majoriti 1,480 dengan mengalahkan calon BN. Dato' Hasbullah Hasnan Kamaruddin. Kemenangan beliau buat pertama kalinya di kawasan Parlimen telah disusuli oleh 26 lagi wakil PAS.

Dan beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Manakala di DUN Kedah pula telah disusuli oleh 11 lagi wakil menjadikan wakil PAS di SUN Kedah seramai 12 orang sebelum kemenangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail di DUN Lunas dalam pilihanraya kecil akhir tahun 2000 yang lalu. Dengan kemenagan calon BA di DUN Lunas itu menjadikan wakil BA di DUN Kedah seramai 13 orang. Dan kerajaan negeri Kedah kehilangan suara 2/3 di dalam DUN Kedah.

Jasa

Dengan pengalaman dan jasanya yang banyak kepada rakyat, beliau telah dianugerahkan pingat Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK), oleh Sultan Kedah pada tahun 1997, yang membawa gelaran Dato'.

Allahyarham Datuk Hj. Fadhil Nor telah kembali kerahmatullah untuk selamanya. Dari Seorang anak desa, Allahyarham telah berjaya menjadi pemimpin ISLAM yang digeruni di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kini semuanya meninggalkan kenangan pahit dan manis sepanjang hayat beliau. Kini kita semua kehilangan seorang pemimpin perjuangan ISLAM di Alaf Baru ini tapi percayalah ada hikmah disebalik berita sedih buat kita semua.


The image “http://buletinonline.net/images/berita6/fadzil.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kronologi 20hb & 21hb.Jun.2002

10.30 malam - berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.

1.30 pagi - keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi - berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi - berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi - jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 petang - jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang - jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 petang - rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang - jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang - jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang - maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang - memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang -jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang - dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam - selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam - maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam - jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam - jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam - upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

10.30 malam - rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

11.00 malam - kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.


wallahualam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil