Followers

Wednesday, July 08, 2009

3 tahun lagi baru PPSMI mansuh laa....!!

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.
Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. 

jangan suka sangat dengan kenyataan si Mahyuddin ni..PPSMI akan dimansuhkan..tapi nuuuu haa..3 tahun lagi deh..kenapa perlu ambil masa yang lama untuk dimansuhkan..kenapa tidak dikuatkuasakan tahun 2010...? apakah ada kontrak dengan pembekal masih belum tamat..? kalaulah benar bermakna kerajaan masih memikirkan tembolok segelintir orang berbanding dengan nasib anak2 kita..


pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
ummi sarankan tahun 2010 dimulakan penghapusan PPSMI ini...rasanya tak  ada sebab untuk melengah2kan..untuk merubah penggunaan bahasa dari bahasa inggeris ke bahasa melayu tidaklah payah sangat berbanding dari bahasa melayu ke bahasa inggeris..ummi mengalu-alukan pemansuhan PPSMI tapi bukan la 3 tahun kemudian...

Tuesday, July 07, 2009

mana lebih penting..maruah Perak atau keadilan rakyat..?

Tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali.


Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

“Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

“Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah,” kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

- BERNAMA

ummi..

Sultan lakukan demi maruah negeri Perak..bukan kerana keadilan untuk rakyat Perak..mana lebih penting..?mana lebih bermaruah..?

Muslimat Derhaka..??! bior bebenor ?



Pagi ini team ummi nak ke Chucuh Puteri untuk acara Le Tour De Ziarah..dalam perjalanan keluar dari penginapan selepas jambatan MU Lama kami terjumpa banyak risalah bertaburan di tepi jalan.. risalah yang kami jumpa berbunyi..
-Asyik kempen,suami dan keluarga diabaikan..
-Tok laki nanar cari bini,
-Dari kubang kerian ke manek urai..
-Muslimat juga amal rasuah,bagi gula,bagi kain,bagi pitih ke pengundi..
-KALAU ORANG LAIN,HARAM BELAKA..MASUK NERAKA..
-Tabur janji dapat pahala masuk syurga,muslimat pergi mana ? Derhaka suami..


Meh kami tolong jawabkan deh..

MENFITNAH LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH..JADI DALAM PRK MU NI CUKUP2 LA MEMFITNAH TU..!! APAKAH BN DAH MERASA BAHANG KEKALAHAN MAKA TAKTIK MENFITNAH MENGAMBIL TEMPAT UNTUK MEMENANGI PENGUNDI..MAU KE..??

Mat Sabu ada berkata dalam ceramahnya di Lata Rek malam tadi...sejak PRK MU ni puak2 BN cukup galak memaki tok guru..sampai tahap membuat gambar tok guru dengan muka babi..Abg Mat kata lagi kuat puak BN ni memaki..lagi hilanglah undi rakyat MU untuk BN..

kalau kita dengar2 bancian dari mulut pengundi..bukan petugas PR..BN dah kalah dah..dan mengikut pengakuan orang BN sendiri..mereka hanya bertugas sekadar melepaskan batuk di tangga saja..sebab BN sendiri tak yakin dengan calon mereka..yang mereka yakin BN akan KALAH..!!

Wallahua'lam

Monday, July 06, 2009

Le tour de ceramah di Lata Rek

Le tuor de ceramah di Lata Rek

MP PR tunjuk skill memasak..



Sebelah petang pada jam 6 ptg bertempat di Markaz Manek Urai Baru..YB Dr.Lo'Lo' menunjukkan kehebatannya memasak Nasi Jagung YB dibantu oleh MP2 PR yang ada..sambil menunggu nasi jagungnya masak Dr.Lo'Lo' menyampaikan sedikit ucapan kepada pengundi Manek Urai Baru..

Majlis Perlancaran

Majlis Perlancaran Gerakerja Muslimat/Wanita Pakatan Rakyat

Alhamdulillah ummi dan rombongan Halwa dari Perak telah selamat sampai ke MU..ummi bertolak dari rumah jam 7.30 pagi menuju ke Simpang Pulai untuk menjemput Kak Mizan dan Mahfuzah..kami sampai ke MU Baru jam 2.30 ptg..

Jam 3.30 ptg kami mengiringi Dr.Lo'Lo' merasmikan Gerakerja Muslimat/Wanita Pakatan Rakyat N.41..muslimat/wanita PR akan bekerjasama untuk memastikan PAS akan mempertahankan Manek Urai..

nak pikat mak bapak..tackle anak..baguih la tu...

calon MU 4 

sumber:Malaysiakini

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini, lapor Bernama.

Mustapa berkata sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai hari ini dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai.
Ummi ..
korang tabur la apa bende sekali pun..dalam minda pengundi sekarang.."TOLAK BN "

Sunday, July 05, 2009

Esok penamaan calon..PRK N.41 Manek Urai


Nama penuh : Fauzi bin Haji Abdullah
Umur : 50 tahun
Tempat kelahiran : Bukit Marak, Kelantan
Tempat tinggal : Pekan Gunchil

Keluarga

Isteri : Aminah bt Mahmud
Anak : 5 orang

Pengalaman kerja
: 1. Penyelia Dun Guchil
: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai

Jawatan Dalam Parti
: 1. Ketua cawangan Bandar Krai
: 2. Bendahari PAS Kuala Krai

Sejarah N.41

DUN Manek Urai adalah kawasan politik tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam tempoh 10 pilihan raya umum (1982 dan 2004).

Sebelum 1970 Ketokohan pimpinan PAS
Pembukaan rancangan tanah LKTN

1974 Kemasukan PAS dalam BN, PAS berdepan calon Bebas

1978 Politik darurat, Calon PAS tetap diterima rakyat

1982 UMNO kemuka calon baru orang kuat Kesedar,
PAS berada di era pemulihan dan mengekalkan calon asal.

1999 - 2004 Peralihan kepimpinan UMNO, harapan baru rakyat
PAS menukar calon (kepada yang baru).

2008 Kegagalan calon UMNO melunas janji,
PAS menukar calon (kepada yang lama).

Berdasarkan rekod penerimaan rakyat kepada Almarhum Pak Su Wail, budaya politik pengundi Manek Urai adalah mengutamakan pemimpin yang mesra rakyat dan memahami kehidupan mereka. Realiti itu adalah sesuai dengan latar kehidupan mereka yang bergantung kepada tanah, hutan dan kebun.
Esok merupakan hari penamaan calon N.41Manek Urai..Pertembungan antara calon PAS dan BN..InsyaAllah ummi akan sampai ke MU(Manek Urai) esok..sejak MU sibuk dengan persediaan untuk pilihanraya..ummi tak berkesempatan bercerita tentang suasana di MU di blog ummi..insyaAllah ummi akan muatkan berita PRK Manek Urai sebaik saja penamaan calon selesai..

liputan mengenai MU anda boleh layari blog2 di bawah..

http://wargamarhaen.blogspot.com/

http://perisik-rakyat.com/


http://guanomanikurai.blogspot.com/

http://ppmas-proreform.blogspot.com/

http://pinkturtle2.wordpress.com/

Malam Seni Rakyat


Orang kata kalau dah rezeki takkan ke mana begitu juga ummi hari ini..ikut perancangan hari ini ummi ada jemputan perkahwinan member chat ummi semasa aktif sebagai chatter di Malay Room..member chat ummi ni telah bertemu jodoh dalam room tu..tapi ummi takde rezeki nasi minyak dorang..

Kepada Heedayati a.k.a Miss Friday dan pasangan hatinya Waja a.k.a Harimau Jantan..Selamat Pengantin Baru dan semoga keduanya bahagia sehingga akhir hayat..layari bahtera rumahtangga dengan keimanan.. tolak ansur..hormat menghormati dengan penuh kasih sayang..

Berbalik kepada cerita asal ummi ialah rezeki untuk bersama dengan teman2 di Kajang..apa ada di Kajang ? Bertempat di Dewan MPKJ telah diadakan program Malam Seni Rakyat..kalau tak kerama abang sulung ummi hantar anaknye ke SMAP Kajang..ummi memang takkan dapat menyaksikan persembahan yang mantap dari seniman hebat masa kini..

InsyaAllah ummi akan letak gambar2 sekitar program tu kemudian..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil