Mereka muda. Mereka cantik. Mereka juga pintar. Cilik dan anggun. Di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fosih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk. Mereka memahami setiap patah dan ayat al-Quran yang dihafaz. Minta saja kepada mereka ayat-ayat tentang 'munafik' yang dijelaskan oleh Allah swt. didalam al-Quran, anda pasti akan dilayan oleh mereka dengan lebih 100 ayat berkenaan yang sedia ter'hafaz', untuk anda ditazkirahkan. Ada berani ? Jika belum bersedia, jangan jadi 'munafik' !
CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia. Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini.
Setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.
Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini. Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia. Takbir !!
(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :
MAYBANK 558417102650 atas nama IDHAMCARE[email atau smskan sumbangan itu dengan option rujukan IKON untuk pengauditan tajaan. Terima kasih. Email : ikon_muslimat@yahoo.com atau SMS ke 012-5118485]
Daripada 50 peserta yang dipilih oleh program, 20 peserta pilihan pembaca blog, dan fesbuk itu akan dihantar dengan izin waris ke Maahad'ul Al-Azhar, Pulau Pinang selama 50 hari dan diajar secara intensif kaedah pendidikan Imam Shafie dimana al-Quran yang akan mengajar mereka, dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Yusuff Othman, Mudir Maahad' ul Al-Azhar dan dibantu oleh 5 tenaga pengajar lulusan ijazah al-Azhar dan Yaman yang mahir dibidang masing-masing. Peserta yang dipilih akan ditempatkan disebuah rumah yang menjadi pusat program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.
Program separa realiti ini disokong penuh oleh Idham Care. Misi program ini merupakan misi dakwah yang menggunakan tag ISLAM FOR WORLD. Lokasi dakwah yang dipilih adalah di pendalaman negeri Sarawak.
Program separa realiti ini disokong penuh oleh Idham Care. Misi program ini merupakan misi dakwah yang menggunakan tag ISLAM FOR WORLD. Lokasi dakwah yang dipilih adalah di pendalaman negeri Sarawak.
10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program. Saham akhirat yang kekal pahalanya untuk kerja-kerja dakwah. Biarkan IKON muda ini turun berdakwah kepada golongan muda sepertinya. ISLAM gemilang dan cemerlang.
sumber Al-Banjari Online