Followers

Saturday, September 20, 2008

mangsa terbakar di bulan Ramadhan..NGERI !!!


mangsa bergelimpangan...


mangsa tinggal daging saje...


mangsa yg bertindih2....


mangsa hangus...


mangsa merah terbakar....


mangsa terkulai...


mangsa tergolek....
(jangan marah..nanti kena jual..!)

Sedikit pesanan...jangan bermain mercun..!! meriam takpe...hehehe

Selamat beribadah di hari2 terakhir bulan Ramadhan semoga diketemukan dgn malam yg penuh barakah Lailatulqadar....

"Nabi s.a.w bersabda...
Carilah Lailatulqadar itu pada malam-malam 10 yang terakhir yang ganjil iaitu malam 21..23..25..27..29 atau malam 30..."

~wallahualam~


selamat kembali ya Sheih..

Berita ini pasti melegakan rakan2 blogger dan khasnya keluarga beliau...
penangkapan beliau rasanya tidak mengancam negara pun kalau nak dibandingkan denagn isu Si Ahmad tu...tapi apa nak buat..sabor je la..dah Malaysia ni diperintah oleh mereka2 yg tut..tut..

berita pembebasan beliau dimuatkan di Malaysiakini

Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibebaskan hari ini selepas ditahan polis untuk siasatan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

kickdefella syed azidi syed abdul azizBeliau dibebaskan pada jam 1 tengahari tadi. Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan beliau direman sehingga 5 petang ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau memberi keterangan pula kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan apabila keluar dari pejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.
Tahniah..!! Kickdefella....


Pak Lah yang Terrrrrr..hebat...!!




Sekian lama kita perhatikan Pak Lah ada satu yang boleh kita bangga dan tabik spring kat Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ni...tak tau la u allz setuju atau tak..tapi peribadi ummi memuji kekentalan pertahanan mental dan emosi dia menghadapi tekanan...

Tekanan Pak Lah bukan sikit2 anak...maha hebat punya tekanan...kalaulah Pak Lah diibarat sebuah bangunan...dibedil pulak dengan berbagai jenis peluru...ada peluru berpandu ...ada kereta kebal...ada M-16.... senapang patah pun ada jugak...cuba bayangkan kalau bangunan yg kukuh macamana pun pasti roboh punya...tapi Pak Lah tetap berdiri teguh dan gagah...

kadang terfikir jugak...nak kata Pak Lah tak cerdik...cerdik la sangat sampai haru biru rakyat dibuatnya..tambah pulak saingannya seorang pemidato hebat DSAI... yg dia kata kenal dari dulu Anwar suka beromong kosong..suka bermain dengan tarikh...

mari kita perhatikan tekanan2 yg Pak Lah terima

tapi Pak Lah tetap boleh tersenyum....



dan masih boleh ZZZzzzzzz.....

The "Tak aPA LAH" PM by Liyin a.k.a. Designer in Pajamas.

Betapa kita patut berbangga mempunyai Perdana Menteri yg berjiwa sengal...ooppsss kental..
dah tentu tak ada sesiapa yg boleh memiliki ciri2 yang hebat seperti Pak Lah Perdana Menteri kesayangan ramai ini...

Dan janganlah kalian sesekali berangan2 nak merampas tahtanya...kerana anda tidak mempunyai ciri2 sesengal beliau...ooppsss sekental beliau..

Hidup Pak Lah....!!

Friday, September 19, 2008

lagi berita terpecah..!!

Sehari 2 ni macam2 berita yg kita baca dalam ruangan cyber ni...sehinggakan apa saje tajuk yg membabitkan nama Anwar..Pak Lah ...PKR...UMNO ...PR...PAS...parlimen...kerusi..lompat ..cukup laris dan buat org ramai teruja...

Tapi artikel2 yg paling syahdu dan ummi boleh kasi @star @star @star @star @star adalah pada artikel berikut..

BERITA TERKINI: MAHKAMAH TINGGI PUTRA JAYA HARI INI TELAH MEMUTUSKAN DAN MELUCUT STATUS DATO SRI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH SETELAH HAKIM YANG BARU DILANTIK IAITU DATUK AUGUSTINE PAUL, BEKAS HAKIM YANG MENGENDALIKAN KES LIWAT DSAI 10 TAHUN LALU TELAH MENGUMUMKAN KEPUTUSANNYA.

sambung kat -->cendawan malaya

Terkini : Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya memperolehi 42 kerusi tambahan.

sambung --> perisik rakyat

dan sedikit nasihat kepada para pembaca...sesapa yg ada sakit jantung..lemah semangat makan ubat dulu baru baca ...@sengihnampakgigi

Tahniah YB Teresa Kok...

Berita Terpecah..!!

Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

teresa kok released from isa 190908 11Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

teresa kok released from isa 190908 10Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

baca selanjutnya di sini --> Malaysiakini

Tahniah YB Teresa kok..!!@bunga

meh operate template blog...

Assalamualaikum ..

kali ni nak buat entry pasal template blog ummi ni...kata topeng_perak ummi asik tukau2 template...Pak Lah sakit mata so nama ummi pun ada dlm list utk ke kamunting :pge48:...template tak penah tukar..yg tukar wallpaper dia jek...@sederhana

ummi nak kongsi sikit pasal oprate HTML template atas permintaan saudara Firuz... sedikit tips untuk men'transparent'kan backgraound entry kita dan buat wallpaper tak bergerak.... rasa2nya nak mintak pengeras jugak la dari Firuz@fikir...kalau abg MSK masuk hutan cari bahan utk berubat dapat pengeras 5 hinggit 2 kupang 5 sen...ummi nak caj berapa ekk:pge14:... acah je la Firuz @sengihnampakgigi ummi kasi free jek..

ok..pertama sekali Firuz kena gi kat layout --> edit html



  • untuk nak jadikan background tak bergerak...
cari code -->

body {
margin: 0 auto 0px;
background: #000000 url(http://i533.photobucket.com/albums/ee339/UmmiAnni/ontherangebg-1.jpg) no-repeat fixed top;
color:$textcolor;
font: x-small "Trebuchet MS", Trebuchet, Verdana, Sans-serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: lcenter;
}

# biasanya pada code ini -->background: url(http://img265.imageshack.us/img265/6145/jigsawpuzzletexture08bp3.jpg) repeat; (ni adalah code asal template ini)

#code yg telah diubah --> background: #000000 url(http://i533.photobucket.com/albums/ee339/UmmiAnni/ontherangebg-1.jpg) no-repeat fixed top;

belakang code url background ..dia akan tulis "repeat" sahaja(yg berwarna biru)...so kita kena tambah "no-repeat fixed top" seperti contoh ummi punya code yg berwarna merah di atas..

perhatian..!
  1. 'no-repeat' untuk gambar bersaiz besar
  2. 'repeat' utk gambar bersaiz kecil...
  3. 'fixed' utk gambar still.. tak bergerak
  4. kedudukan gambar kita boleh tulis 'top'/'top left'/'top right'/'bottom'/'bottom left'/'bottom right'/'center'/'center right'/'center left'...ikut suka kita
  5. '#000000' ..code warna yg ini adalah hitam..utk mendapat code warna ummi selalu ambik kat sini --> feedjit klik kat kotak warna dia..akan kuar code dia..
pastu preview utk tgk hasilnya sebelum save template...

  • men'transparent'kan background entry
cari pada bahagian 'outer-wrapper'

cari code -->
#main-wrapper {
background-color: none;
margin-left: 3.5px;
border-left: 1px solid $bordercolor;
border-right: 1px solid $bordercolor;
width: 410px;
float: left;

* pada 'background-color :' buang code color ganti dengan 'none'
" background-color: #618CC7; " <-- yg asal " background-color: none;" <-- yg diubah begitu juga pada code --> #sidebar-wrapper {
background-color: none;
margin-right: 0px;
margin-top: 0px;
width: 190px;
float: right;

dan code
-->#newsidebar-wrapper {
background-color: none;
margin-left: 0px;
margin-top: 0px;
width: 190px;
float: left;

langkah yg sama preview dulu baru save template...

kadang2 istilah pada code template ni berbeza2 so kena sabar la ye..

selamat mencuba ...!@adil

surat untuk Pak Lah..


Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

YAB Dato' Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi.
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA.

18hb Sept. 2008



YAB Dato' Seri,

Per: Mohon pertimbangan wajar YAB Dato' Seri demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara Malaysia tercinta.


Sebagai rakyat Malaysia negara berdaulat, saya, Mohd Sofi Yassin merakamkan jutaan tahniah kepada YAB Dato' Seri kerana dalam tempoh pentadbiran lima tahun, YAB telah berjaya melalui dua pilihanraya umum dengan jayanya.

2 Sepertimana yang telah diketahui umum, Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengutus surat kepada YAB Dato' Seri memohon pertimbangan bagi memberi laluan kepada satu ‘Sidang Khas Parlimen' diadakan pada hari Selasa 23hb September 2008.

3 Sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik dan ekonomi negara, saya dengan rendah diri memohon jasa baik dan pertimbangan wajar YAB Dato' Seri agar apalah kiranya dapat mohon mengadap ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menyampaikan hasrat ini.

4 Sebagai rakyat, pertelingkahan berpanjangan antara dua kumpulan parti politik amat mengganggu dan membosankan. Justeru, izinkan saya mencadangkan agar permohonan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim diambil kira sebagai satu langkah bagi meleraikan kekusutan yang berlarutan ini.

5 Andaikata dalam persidangan khas parlimen itu nanti, apa pun keputusan dan perakuan daripada kesemua wakil rakyat haruslah kita sebagai hamba ALLAH yang menjalankan amanahnya menerima dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan.

6 Saya penuh yakin sekiranya ketelusan ini dilakukan, rakyat Malaysia keseluruhannya akan menerima YAB Dato' Seri sebagai seorang Perdana Menteri yang berhemah dan memahami hasrat serta kehendak nurani rakyat terbanyak.

7 Andaikata permohonan mengadakan persidangan khas parlimen ini ditolak, maka saya juga penuh yakin pandangan serta persepsi rakyat terhadap YAB Dato' Seri dan seluruh anggota kabinet akan tercalar dan tidak manis untuk diperkatakan.

8 Saya menaruh penuh keyakinan bahawa dengan mengadakan persidangan khas ini akan dapat membantu menghilangkan keraguan rakyat baik terhadap pentadbiran YAB Dato' Seri sendiri maupun terhadap YB Dato' Seri Anwar Ibrahim serta gabungan Pakatan Rakyat.

Mengakhiri permohonan dan cadangan saya ini, saya mendoakan agar YAB Dato' Seri serta keluarga dan rakyat Malaysia keseluruhannya akan sentiasa berada dalam peliharaan dan keberkatan kurniaan Illahi.

Terima kasih dan Salam takzim,

Ikhlas dari

.......................
Mohd Sofi Yassin,
Kuala Lumpur.
sofi@kerajaanrakyat.com
http://www.kerajaanrakyat.com/

sk : YB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.

Nota:
a. Surat ini telah saya faxkan ke Pejabat Perdana Menteri (03-88883444)
b. Akan saya sampaikan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Tropicana.

"

ummi...

kalaulah ramai lagi yang beri surat seumpama ini kepada Pak Lah..agak2 mau tak Pak Lah berlembut hati dengan permintaan PR..? demi kesejahteraan rakyat Malaysia minta Pak Lah berikan sedikit perhatian..

wallahualam..

Thursday, September 18, 2008

Pak Lah tolak kehendak DSAI

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

anwar ibrahim pc call for emergency parliament meeting 180908 02"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

:pingu_04: baca selanjutnya di sini -->Malaysiakini



PM tolak sidang tergempar Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.

"Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober depan.

Awal hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Katanya, beliau telah membuat permohonan rasmi meminta supaya diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah, selewat-lewatnya pada 23 September.

Untuk tujuan persidangan tergempar parlimen itu, Abdullah berkata surat yang dihantar oleh Anwar "perlu dalam bentuk surat, bukan kenyataan akhbar".


:pingu_04: baca selanjutnya di sini -->Malaysiakini

Siaran Langsung Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim

Siaran Langsung Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tempat : PKR HQ, Tropicana
Tarikh : 18 September 2008
Masa : 2 P.M

blog sedang dibaik pulih...

:pingu_10:harap maaf..blog ini dalam proses pembaikpulihan..!!

ISA yang 'disukai' ramai...

:cinonet_03:Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sukakan ISA di laksanakan oleh kerajaan Malaysia pada hari ini, kerana itulah rakyat Malaysia memberikan mandat kepada kerajaan pada pilihanraya yang ke 12 baru-baru ini,tanpa menyedari bahawa akta ini zalim pada pandangan tamadun manusia

Bagi kerajaan yang di berikan oleh rakyat mandat untuk mentadbir negara mereka tidak merasakan ISA itu suatu peraturan yang zalim kerana rakyat sudah memilih mereka untuk di laksanakan dan melaksanakan ISA di anggap suatu amanah daripada rakyat

ISA adalah satu akta yang menakutkan oleh orang yang di anggap melakukan kesalahan yang menghuruharakan keselamatan negara tanpa di sebut perkara yang khusus punca-punca huruhara itu, apa yang pasti apabila huruhara itu berlaku maka orang tersebut ada harapan untuk di kenakan tindakkan

Jika kita tinjau sejarah zaman dulu-dulu apabila seseorang ketua kerajaan tidak berpuas hati dengan seseorang maka ketua itu akan berkata "pasung orang itu, atau kurung orang itu, tanpa
kira bicara atau siasatan yang rapi, mereka di anggap bersultan di mata beraja di hati

ISA adalah peraturan yang di halalkan oleh kerajaan Malaysia sekarang kerana ia di anggap perlu untuk membendung gejala mengkucar kacirkan pentadbir negara, pada mereka ia adalah halal kerana kebenaran adalah daripada rakyat yang memilih mereka untuk di laksanakan

Menyalahkan kerajaan yang memerintah rasanya kurang tepat kerana rakyat sendiri yang memberikan kerajaan melakukan akta tersebut dengan mengundi mereka untuk melakukan kezaliman terhadap manusia, sekalipun peraturan tersebut di anggap tidak bertamadun

Penahanan manusia tanpa di bicarakan adalah suatu yang sangat zalim, pun begitu ramai di kalangan manusia yang di anggap terpelajar dan bijak pandai masih memberikan sokongan terhadap kerajaan yang melaksanakan akta yang zalim itu ini bererti mereka suka kepada penginayaan sesama manusia

:pingu_04: baca selanjutnya disini -->Pak Karamu


waktu terbitan 9/18/08 - 2:42 AM

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil