Followers

Saturday, February 14, 2009

UMNO boleh....!!

Petang tadi rakan-rakan BLOGGGERNETWORK@PERAK yang lain pergi ke Bukit Gantang untuk meninjau kawasan yang akan kami berkampung nanti. Sedang kami pusing-pusing di sekitar kawasan tersebut .... tengok kat area ni banyak pulak bendera UMNO/BN yang dah dipasang!!!! Masalahnya yang dibagi FAHAM semua proses KEMPEN dan Pemasangan semua benda berkaitan Pilihanraya ni hanya boleh dipasang bila dah buat Hari Penamaan Calon bukan sebelumnya....!!! Ni yang buat bertambah MUSYKIL ni...







tak sabornye dema.....


Berita kecik boleh dikongsi di sini ialah :

1. Bendera Umno dan Bn dan pun dinaikkan pada setiap tiang yang ada disepanjang jalan, yang belum hanya di tiang-tiang rumah.

2. Terdapat lebih daripada 2800 pengundi dimana 80% wanita pada PRU12 yang lalu tidak keluar mengundi. Sebab mengapa mereka tidak keluar akan dikupas dalam artikel khusus.

3. Makcik-makcik kiah baik dari Keadilan mahupun muslimat PAS dah bersedia dengan penuh semangat untuk mempertahankan kerusi PR. Ini dapat dilihat dengan dengusan semangat yg betul2 panas berbara untuk mengajar Umno-BN kali ini.

4. Banyak sekatan jalanraya dibuat disepanjang perjalanan kerana 'Majlis Santapan' yg diadakan malam ini di Kuala Kangsar.

5. Strategi menawan pengundi atas pagar dan ahli Umno untuk memihak kepada PR sedang dijalankan dan diupdates setiap masa oleh petugas sukarela.

6. Bloggers PR mula dikenali dan dirai oleh orang kampung ketika sesi ramah tapi mesra.

Berita Besar :

1. Isteri Mr. Os sehingga kini masih tidak tahu dimana suaminya berada sejak 'hilang' pada awal Februari lalu. Komunikasi beliau dgn suaminya hanya setakat 'hello-hello' dan 'sms'san sahaja tanpa mengethaui dimana Mr. Os tinggal kini. Kesian noo !

2. Banner-banner 'marah' dan penuh emosi banyak digantung di sepanjang jalan Cangkat Jering-Kuala Kangsar-simbol protes kepada tindakan katak-katak.

3. Kerajaan lompat hanya mungkin dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan sahaja. Dan MB Nizar akan mengambil alih semula haknya sebagai MB Perak yang sah. Posting khusus akan diterbitkan nanti.

4. Pejabat Keadilan dan Markas PAS mula diaktifkan dan telah beroperasi sejak 4 hari lalu.

5. BloggersNetwork@Perak akan memperolehi sebuah markas baru yg setaraf resort 6 bintang, iaitu sebuah rumah kampung di dalam kampung **** untuk menjalankan operasi Newsbuster dari sana kelak.-ABO

Nizar bersama rakyat...

Mulai minggu depan, MB dan EXCO Kerajaan Pakatan (PR) negeri Perak akan jelajah seluruh Parlimen dan DUN di Perak. Jadual Jelajah Perak ini boleh diperolehi di bawah (jadual Februari)

Lumut (16.2.09) Isnin

Bagan Datoh (18.2.09) Rabu

Bkt.Gantang (20.2.09) Jumaat

Tg.Malim (21.2.09) Sabtu

Parit (22.2.09) Ahad

Bgn. Serai (24.2.09) Selasa

Gerik (26.2.09) Khamis

Taiping (28.2.09) Sabtu

Program ini diatur bagi membolehkan Kerajaan Pakatan bertemu dengan rakyat bagi menjelaskan isu ini. Ketandusan media cetak dan elektronik bagi menjelaskan isu ini diambil kesempatan oleh media BN menyerang PR habis-habisan. Apatah lagi pihak polis tidak membenarkan pula ceramah-ceramah politik diadakan. Melarang ceramah politik adalah satu tindakan yang tidak adil, kerana dalam masa yang sama media menghentam PR tanpa memberi peluang kita menjawabnya.

Justeru itu, MB dan EXCO PR akan bertemu rakyat di seluruh pelusuk kampung dan desa melalui program-program kenduri kendara, gotong royong, solat berjamaah, berkunjung ke pasar-pasar, jamuan makan malam dan sebagainya. Beri peluang rakyat mendengar, melihat sendiri, dan berfikir, rakyat ada fikiran untuk menilai mana yang betul dan salah. Kalau ini juga dihalang, rakyat wajib bangkit menentang kezaliman dan pencabulan demokrasi.

sumber ABO

macam2 tok iskandar....

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Seminggu yang berlalu di Gunung Ledang tak Tok sedari dan banyak isu yang tok miss.

Osman tipu mahkamah kata sakit kat HKL tapi dinafikan sendiri oleh Pengarah HKL.Elok dibuat report polis terhadap Osman.Kes serius tipu mahkamah.bodoh-bodoh je hakim kena tipu di Osman.hari tu bodoh-bodoh je Osman menipu nak lompat parti.

PLUS naikkan kadar tol 5%.Macam tu lebuhraya Utara-Selatan terlibat sama.Ini nak halang ramai supporter Pakatan Rakyat turun berkempen di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Tok setuju cadangan MTUC agar gaji menteri kabinet dipotong jika ekonomi negara terus merudum...takkan makan gaji buta.

MB haram Perak yang baru memang dasar lanun.8 Portfolio dipegang olehnya seorang.Berapa gaji dan elaun kau dapat?

Apa tindakan SPRM dalam rasuah politik melibatkan orang-orang UMNO.Tetibanya senyap.

SPR dilihat sebagai makhluk perosak UMNO kerana menetapkan tarikh pilihanraya kecil di Bukit gantang dan Bukit Selambau yang menyebelahi UMNO iaitu 7 April untuk pengundian.Tak salah tok hari selasa tu.Orang kerja.macamana nak cuti.dulu kat permatang pauh SPR buat keja yang menyusahkan pengundi,isytihar tarikh pengundian ketika hari kerja.

taktik nak kurangkan undi.langkah kurang bijak SPR yang sebelum ini menolak surat speaker perak yang mengisytiharkan DUN Behrang dan Changkat Jering kosong kerana ADUNnya telah meletakkan jawatannya.

Aziz,bekas KSU KDN akan dilihat lebih teruk daripada Rashid kerana baru je jadi Pengerusi SPR,huruhara negara dibuatnya.

Selama mana kerajaan haram BN di Perak akan beroperasi,kita sama-sama tunggu dan lihat.

*ingat Aznil aje ke ada rancangan ...kat dalam alam maya ni tok iskandar mengambil tempat rancangan 'Macam2 Tok Iskandar' ...layannnnnn..!!

Nasib si ADUN katak....

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Ketika Tok bertapa di gunung Ledang tok ada memikirkan sebab musababnya 3 DUN Pakatan Rakyat melompat parti.

Tindakan Jamaluddin dan Osman memang sudah dijangkakan kerana berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menghadapi tuduhan rasuah.
ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering mana ada telur nak masuk penjara.Baik hidup senang sampai anak cucu dengan melakukan lompatan katak.

Cuma Tok memikirkan mengapa UMNO hanya menarik Hee Yit Fong,ADUN Jelapang bersama-sama kedua-dua ADUN PKR untuk membentuk kerajaan baru secara haram di Perak.

Kedudukannya sebagai timbalan speaker di DUN Perak membolehkan sebarang usaha membubarkan dun Perak akan menemui kegagalan dan kemungkinan besar Hee akan dilantik menjadi Speaker DUN Perak yang baru menggantikan Sivakumar.

Eloklah Pakatan Rakyat berjaga-jaga.manalah tahu esok atau lusa Sivakumar pula yang diculik dan Hee akan dilantik menjadi speaker DUN Perak yang baru.

Eloklah penduduk di Jelapang mendesak dan hantar delegasi memintanya meletakkan jawatannya sebagai ADUN Jelapang dan serahkan tandatangan yang berjaya dikumpulkan kepadanya.

Sebenarnya Hee boleh mengancam Pakatan Rakyat di Perak.eloklah speaker DUN Perak usir ketiga-tiga DUN yang sebenarnya tak bebas itu keluar dewan dan juga zambri serta barisan exconya kerana bentuk kerajaan haram di Perak.lepas itu kita buat usul pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula.

Tok kesian dengan nasib seorang lagi Raja Melayu dalam UMNO Perak,Raja Ahmad Zainuddin.Dahlah tak dapat apa-apa jawatan,korang dipinggirkan.elok korang letak jawatan biar diadakan semula PRK di DUN korang.MB korang tu tamak sampai pegang 8 porfolio.

Rakyat Perak sudah nampakkan MB haram yang baru tu tamak sampai pegang 8 porfolio.Dah tak ada dah pemimpin UMNO yang layak untuk pegang porfolio tu atau kau nak rasuah lagi beberapa ADUN Pakatan rakyat untuk lompat parti dengan menjadikan Hee,Jamaluddin dan Osman sebagai broker.

Nizar sembah 'derhaka'....UMNO 'penderhaka' sebenar...!!

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Tok pun baru balik daripada bertapa di Gunung Ledang.Pikirkan formula macamana nak runtuhkan negeri UMNO paling kuat di dunia tak lain tak bukan negeri Johor.

Time turun dari gunung tadi sempat juga tok baca paper NST, antara tajuk yang sempat tok baca sepintas lalu - Sultan Selangor sedih dengan krisis politik yang berlaku di Perak mutakhir ini.

Baginda sedih kerana pak sedaranya, Sultan Azlan menerima tentangan hebat daripada rakyat jelatanya sendiri setelah menitahkan kepada Nizar letak jawatan sebagai MB Perak.

Tok tak nak komen tentang kenyataan rasmi Sultan Selangor itu, cuma tok nak bagitahu semua dalang sebenar di belakang tabir mengheret Raja-Raja Melayu ke dalam situasi yang menyulitkan kita semua ialah UMNO. Memang Tok confirm dan yakin benar.

Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.

Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson, bekas MB Selangor larikan Ku Yah (adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana. Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang, tak lain tak bukan Mat Tyson. Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor. Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.

Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana. Inipun kira derhaka jugak.

Di Terengganu, penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris, "natang" (binatang). Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.

Di Perlis, Shahidan Kasim enggan hadir ke majlis mengangkat sumpah MB Perlis yang baru juga boleh dikatakan derhaka dan boleh dibuang negeri.

Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan. Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta. Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membantu Allahyarham Tuanku Jaafar. Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini. biar terlingkup habis bank ini.

Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.

Bila masa korang bela Melayu. Tengok Singapura dan Pulau Batu Putih yang dah tergadai dan jadi hak milik kekal kepada Singapura. Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor juga akan berdepan dengan situasi yang serupa. Kg Baru di Kuala Lumpur juga sedang menunggu masa untuk dirampas kerajaan pusat UMNO-BN. Banyak lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu untuk buat duit dan tok mintak bantuan rakan-rakan bloggers semua tambahkan mana-mana yang kurang di sini.

Jasa mantan presiden UMNO, mamak Mahathirlah yang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan bukannya Pakatan Rakyat. Ketika itu media totok UMNO menghina raja-Raja Melayu. Bukan menderhakakah itu wahai orang-orang UMNO yang telah menjadi baghal dalam politik negara..?

Eloklah pemimpin Pakatan Rakyat bawak semua kes ini ke mahkamah biar semua rakyat tahu UMNOlah yang menderhaka selama ini.

Friday, February 13, 2009

MB Nizar di Jelapang...(video)



Khir Toyo dibawa melawat ke balai polis....

Kira-kira 100 penyokong Umno gagal mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh - yang berura-ura menyaman Sultan Perak - di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan beberapa lagi ketua Pemuda Umno bahagian disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

umno youth demo against karpal singh penang 130209 02Polis juga membawa Dr Khir dan tiga ketua Pemuda Umno itu di balai polis bandaraya di Jalan Patani untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan haram itu.

Mereka berada di balai itu kira-kira setengah jam sejak 3 petang.

Ketua-ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said; Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud dan Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustafa Kamal Sheikh Ismail.

Pembantu khas kepada bekas menteri besar Selangor itu, Ab. Jalil Aboo Backer menjelaskan, Dr Khir menyertai perhimpunan tersebut atas jemputan Pemuda Umno Pulau Pinang, tambah Ab. Jalil.


:pge19: kena tahan ke... jemput dia melawat balai polis....:pge14:

:pge42:apa kena tahan....:pge03: tak baik korang sangka buruk kat pimpinan UMNO/BN...dema ni takkan kena tahan..depa bukan buat salah apa pun..cuma berhimpun secara haram aje..

tu pun nak kecoh...!!:pge14:

ooohh...derhaka yer...nak kena rotan..??

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.

Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)

sumber TukarTiub

laporan polis untuk Jed Yoong...

MB Nizar fail saman ke atas Zambry



KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman terhadap Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak.

“Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato’ Seri Najib Tun Razak),” kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

“Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak,” tegasnya.

Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak

  • Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi naishat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.
  • Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini
  • ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).
  • keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini
baca selanjutnya di Harakah

anda sudah bersedia..??? PRK di 2 Bukit...


PUTRAJAYA, Feb 13 (Bernama) -- Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau Kedah akan diadakan serentak dengan penamaan calon pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan di Putrajaya hari ini.

orang pelik pun reti bahasa...


[100_5250.JPG]

Semua lapisan masyarakat simpati pada Dato' Seri Hj Nizar, setiap hari ada sahaja yang berkunjung dan melahirkan rasa simpati. Yang berkunjung pula berbagai jenis ragam manusia. Lihatlah dalam gambar ini. Sekali pandang, dengan pakaian serta aksesori yang dipakainya, percakapannya, saya percaya semua orang pasti akan kata orang ini........ Lelaki pelik ini pernah beberapa kali datang ke bangunan SUK, sekali dua pernah pernah terserempak dengan saya dan Dato' Seri. Dia mendakwa kononnya ia berketurunan Raja Melayu dari Melaka, namanya Tengku Daing Hj Abu Bakar Hasan.

Petang semalam, orang ini berkunjung ke kediaman MB untuk bertemu dengan Datin Seri, petugas Unit Amal tidak memberi kebenaran kerana curiga dengan gelagatnya, saya waktu itu sedang berbincang dengan beberapa rakan, menyedari kekecohan yang berlaku di luar, saya menjengok dan terus menyapa. Dia bersimpati dengan Dato' Seri, dan boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan syarat bagi peluang bertemu dan bercakap dengan Datin Seri, dia tahu Dato' Seri terlalui sebuk, cukuplah bertemu dengan Datin Seri.

Lelaki pelik ini juga tahu, apa yang berlaku ke atas Hj Nizar adalah penganiyaan, tak patut mereka buat macam itu, dia tahu MB orangnya baik, dia bangga dan tidak pernah lupa apabila MB tegur dia di kantin dan mempelawanya makan sekali, dia bercerita kepada orang ramai yang MB Perak menegur dan mengajaknya makan sekali di kantin pejabat.

Dia bercerita dengan penuh semangat, akhirnya dia lupa hasrat nak bertemu dengan Datin Seri, letih bercerita, dia pun minta izin untuk balek.

sumber misbahulmunir


ummi...

kalau sekali pandang memang kita boleh kata orang ini ada 'something wrong'..tapi dalam keadaan dia macam ni pun dia boleh faham situasi yang melanda Perak dan MB Nizar.....selalu orang akan menilai seseorang itu melalui luarannya..dan insan ini terpanggil untuk menyatakan simpati kepada MB Nizar..

kalau ikut cerita ustaz Misbah ni...kita boleh nilai sendiri bagaimana keperibadian MB Nizar..tak kira apa jenis makhluk yg ditemui semua dilayan istimewa...tapi heran puak2 yang nun di seberang sana masih buta hati dan buta mata...siapa yang pelik sebenarnya..???

wallahualam..

MB Nizar di Jelapang...

ummi ambik gambar ni dari blog TBO...melaut orang nyambut MB Nizar...:pge54: semngat...semangat..!! korang boleh nilai sendiri macamana penerimaan masyarakat cina pada sebenar-benar MB(sah) Perak...

Thursday, February 12, 2009

Sidang Media MB Nizar 12022009 terkini..!!

dari bilik media Blggersnetwork

Satu Sidang Media Khas antara Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dengan Para BloggersNetwork@Perak telah diadakan di Bilik Media.Satu Rakaman Penjelasan MB berkaitan dengan isu semasa telah dibuat.

Antara yang diperjelaskan ialah :

1. Kes Makhamah ( Menfailkan Permohonan Pengistiharaan Bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak masih Kerajaan yang sah ) - Ia akan di Failkan Di Makhamah Tinggi Jln Duta,pada jam 11.30 pagi...

NOTE : Semua Rakyat diminta hadir untuk menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

2. Isu Kereta Rasmi dan Rumah Rasmi Menteri Besar dan Exco.

- Menteri Besar dan Exco dijangka akan mengembalikan Kereta Rasmi Kerajaan pada Malam ini dan Esok hari.Semua Kenderaan tersebut akan diletakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

- Dato Seri akan dijangka mengosongkan kediaman selewat-lewatnya 10 hari dari sekarang.

- Proses untuk mencari kediaman buat Dato Seri dan Keluarga masih dalam Proses carian.

NOTE : Dato Seri menyatakan bahawa walaupun Beliau keluar dari kediaman dan mengembalikan kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri namun ia bukan bermakna Kerajaan Pakatan Rakyat telah Tewas mahupun Kalah.

3. Sambutan Jubli Perak ( Sempena Pentakbiran Sultan Perak yang ke 25 )

- Dato Seri menyatakan bahawa Beliau dan Para Exco akan tetap menghadirkan diri pada Majlis Sambutan Jubli Perak yang akan diadakan di Istana Iskandariah K.Kangsar pada 14/2/09.

- Ini menunjukan bahawa sebenarnya tiada masalah yang melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Institusi Istana terutamanya melibatkan Baginda Tuanku..

NOTE : Dato Seri juga menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan dan sebarang PROVOKASI yang akan atau tercetus nanti.Beliau juga menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung mengajak RAKYAT untuk membuat sebarang Perhimpunan di K.Kangsar.

Sidang Media ini akan dapat anda tonton dalam video yang sedang kami usahakan untuk dipertontonkan...Harap semua bersabar!!

-sya~reformis

ummi dapat sms yang berbunyi..

'belum apa2 MB yg tak sah sudah lantik 3 pegawai khas bertaraf exco,gaji RM 10,ooo sebulan tak termasuk elaun ADUN RM6,ooo sebulan,kereta,pemandu,tiket kapal terbang,penginapan hotel first class & elaun sewa rumah.Jelas kelihatan kerakusan mereka.Inilah yg dikatakan tradisi membela diri dahulu.Masa Pakatan Rakyat memerintah kesemua pegawai2 khas menerima gaji bertaraf kerani biasa sahaja.Mengapa tidak terus diisi 4 jawatan exco yg masih kosong itu supaya pembaziran wang rakyat dapat dielakkan?Jawapannya sengaja dibiarkan kosong sebagai umpan kepada ADUN2 PR iaitu kalau mereka melompat,jawatan exco sedia menanti sebagai habuan.Kepada ADUN2 BN pula kalau mereka keuar BN & serati PR peluang mereka untuk jadi exco turut terlepas.Inilah politik BN,semuanya halal.Perangai mereka tetap sama dulu,kini & selamanya.Itu pun orang melayu masih tak sedar,termasuk sultannya sendiri.'




jalan2 sambil intai2

pagi tadi ummi ada urusan dengan beberapa bank sekitar kawasan ummi...first bank ummi pegi BSN Hutan Melintang turun kereta ummi cakap dengan hubby..aritu masa Dato'Seri Nizar jadi MB... BSN ni paling lewat gantung gambar MB..la ni nak tengaok ada lagi tak gambar nizar kat dinding...dari luar lagi dah nampak...pasal pintu dia pintu kaca...nampak macam takda.....langkah aje kaki sah...seperti yang dah ummi jangka..dah takda gambar Nizar kat kat dinding...ligat sungguh depa turunkan gambar Nizar...hati ummi sayu berbaur sedih...nanti ummi nak tinjau pulak bila depa nak gantung gambar MB(haram) depa..cepat ka lambat..

kemudian ummi gi ke Teluk Intan masuk bank AmBank...tang bank ni mintak maap banyak2 dah keuar baru teringat.. tak tengok ada ka tidak gambar Nizar kat dinding bank tu...:pge05:

kemudian pergi pulak ke Bank Islam... melangkah aje kaki masuk nampak gambar Nizar...fuh..sayu rasa hati sebab masih lagi orang sayang nak turunkan gambar MB (sah) kita...

kat tempat korang macamana..masih tergantungkah gambar Nizar kat pejabat2 atau bank2..intai2 sat...

katak ohh katak...!!

Oleh Kopitiam

Paper apa teman baca semalam...tak berapa ingat. Tapi isi kandungannya mencuit hati teman.

Apa idaknye yob? Ada restoran cina yang menyediakan lauk pauk daripada katak yang menamakan menunya sebagai "Hee Yit Foong"...Macam nak makan nasi goreng cendawanlah yob...maka di sebutlah Nasi Goreng Hee Yit Foong...maka fahamlah chef tu...apa ramuan nak kena masuk


Khabonye juga bila mak bapak si katak betina ni ke pasar...peniaga2 tak nak jual apa2 kat dia orang...bila gi restoranpun tauke restoran buat2 tak tau...

http://thecartoonsite.com/zoo/zoo015.jpg

Di Behrang pulak khabonye...si postman tu dah di culik oleh FedEX...khabonye dibayar gaji 29 x ganda. Tu lah sebabnya minggu lepas dia ada di Pahang...dok deliver parcel rupanye...kalau setakat postman...kawasan dia kat Behrang aje...



MOM (Majlis Olimpik Malaysia) juga khabonye telah menyenaraikan ADUN Bota sebagai salah seorang wakil negara dalam Sukan Olympic di London tahun 2012. Dia ni bukan sahaja setakat acara lompat tinggi yang dia bakal ambil bahagia...khabonye asal ada perkataan lompat dalam apa2 acarapun dia akan masuk. Ini termasuklah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lompat bergalah dan beberapa acara gimnastik.



Tidak ketinggalan juga khabonye...kesemua ADUN yang melompat tempoh hari juga akan mengambil bahagian di dalam acara berpasukan. Tak taulah pulak teman apa acaranya. Mungkin acara lompat si katak lompat kot?

Dengan ini agak pastilah teman..di dalam sukan Olimpik yang akan datang kita akan sama taraf dengan Perancis, German dan Australian di dalam pungutan pingat emas.

Pada masa tu...bolehlah justify pemberian wang sebagai hadiah kemenangan. Bolehlah bagi gelaran Datuk Seri. Pandai tak Najib?

Wednesday, February 11, 2009

ramai dah agak dia kelentong orang....

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Kuala Lumpur Hospital (HKL) Director Datuk Dr Zaininah Mohd Zain today denied that Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Jailu had been admitted to the hospital recently.

“Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Jailu was never admitted to HKL,” she told Bernama today, in response to the claim by Mohd Osman’s sister that her brother failed to turn up for his corruption trial at the Magistrate’s Court in Ipoh on Tuesday as he was admitted in the HKL.


:pge42: dia kelentong..?? hangpa terasa kena kelentong ka..??:pge08: ummi tak rasa pun dikelentong pasai dah agak dah dia nak kelentong rakyat....apa nak heran ..kalau dah dok bawah satu bumbung dengan raja kelentong...dah tentu bakat kelentong tu dia akan dapat...:pge19: heran ka..tak aihh..besa la tu...:pge05:

tugas pertama MB Perak Darul Rampas

MENTERI Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kanan) beramah mesra dengan penganut agama Hindu yang datang untuk menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Arul Migu Subramaniar dekat Ipoh hari ini. Selepas hadir di majlis sambutan berkenaan Zambry bercakap pada pemberita bahawa kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri Barisan Nasional. - fotoBERNAMA
(dari tadi ummi dok teropong mana satu la MB erak Darul Rampas ni...hmmm hangpa nampak ka yang mana satu..??)


Sebagai bukti segera komitmen BN, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan RM100,000 akan diberikan kepada kuil Hindu itu untuk menjalankan aktivitinya termasuk aktiviti keagamaan seperti meraikan Thaipusam.

wah..wah...dia ambik berkat kat kuil rupanya...patutnya ambik berkat kat masjid..anda sebagai umat Islam...takpa la dia nak pikat jiwa kaum India..kita redhakan...

orang melayu nanti2 ye...pasal jiwa korang senang sangat dibeli....kasi kain batik selai..beras sekampit udah ler... nak bagi peruntukkan kat masjid... kome bukan rajin ke masjid pon...baik kasi kat kaum cina dan india...untung2 dapat jugak dia undi dari kaum cina dan india..maklumla sekarang ni kaum2 tu dah meluat dengan gambor dacing...pasal apa tak tau la..korang tau ke kenapa depa benci dengan labang dacing ni..??

perkataan paling top masa kini...

UMNO/BN suka sangat menggunakan perkataan 'memperkudakan' atau 'diperkudakan'...sah depa ni suka dengan kuda..

kalau dari suara2 UMNO/BN selalu disebut...
PAS 'diperkudakan' oleh DAP dan PKR...
melayu 'diperkudakan' oleh cina...Ngeh dan Nga 'memperkudakan' Nizar...ntah macam2 kuda lagi yang disebut untuk menyedapkan cerita..nasib baik kuda kepang tak kena sekali....

tapi kita lupakah...yang UMNO/BN telah 'memperkudakan' sultan dan mufti..??
'memperkudakan' saluran tv perdana...?
'memperkudakan' akhbar perdana...?
'memperkudakan'agensi2 kerajaan..?
'memperkudakan' anggota keselamatan...?
'memperkudakan' rakyat...oppss bukan semua rakyat yang 'diperkudakan' UMNO/BN..tapi rakyat yang 'gersangkan' kuasa dan kemewahan dunia....jenis ini yang selalu jadi kuda tunggangan UMNO/BN...

APABILA UMNO TERDESAK DALAM POLITIK MAKA MEREKA CUBA LIBATKAN PEMIMPIN YANG BERKUASA MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU TERPENGARUH UNTUK DI PERALATKAN BAGI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA TERUTAMA BAGI MENGHADAPI PERHIMPUNAN AGONG PADA MAC INI, MEREKA TIADA RASA MALU ATAU SEGAN BERBUAT DEMIKIAN SEBAB MARUAH MEREKA SUDAH LUNTUR DAN HARGA DIRI MEREKA SUDAH HILANG

PERCATURAN MEREKA BERMAIN DI BELAKANG SULTAN DAN MUFTI UNTUK MEMPERKUDAKAN MEREKA SEBAGAI ORANG YANG ADA KUASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU ORANG YANG DI SEGANI SEBAGAI SENJATA BAGI MEMENUHI CITA-CITA JAHAT MEREKA, UMNO BENAR-BENAR MEMPERKUDAKAN MEREKA DI SAMPING MEMPERALATKAN PASUKAN POLIS

PASUKAN POLIS BERJAGA SIANG DAN MALAM UNTUK MENJAGA KESELAMATAN, SULTAN MULA BIMBANG DENGAN SUASANA DI NEGERINYA, MUFTI MULA BERKIRA-KIRA TENTANG STATUS BERKECUALINYA, MAKI HAMUN YANG MENYAKITKAN TELINGA SUDAH DI TERIMA DARIPADA RAKYAT DAN ORANG RAMAI SEMENTARA PEMIMPIN UMNO LENA TIDUR DI KUALA LUMPUR

YANG TERANIAYA MULA MEMOHON DERHAKA TERHADAP SULTAN, AKAN TETAPI TIDAK SEKALI-KALI MENDERHAKA, YANG MENDERHAKA TERHADAP SULTAN ADALAH UMNO SEHINGGA SANGGUP MENGELUARKAN KALIMAH NATANG (BINATANG) PADA SULTAN TRENGGANU(YANG DIPERTUAN AGUNG) DAN ORANG UMNO SEPATUTNYA JANGAN BERLAKUN SECARA BODOH TENTANG SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA

RAJA-RAJA JANGAN MUDAH LUPA SIAPA SEBENARNYA TAAT KEPADANYA DAN SIAPAKAH YANG TIDAK TAAT TERHADAPNYA, SILA LIPUT KEMBALI PERISTIWA YANG TELAH BERLALU, UMNO TELAH MEMULAKAN PENDERHAKAAN INI TERLEBIH DAHULU, DAN MEREKA AKAN TERUS MENDERHAKA JIKA KEPENTINGAN MEREKA TIDAK DI PENUHI, DAN UMNO TIDAK MEMOHON UNTUK DERHAKA AKAN TETAPI MEREKA TERUS MENDERHAKA TANPA AMARAN

PADA SETIAP NEGERI UMNO SUDAH MENGENAL PASTI BAHAWA SULTAN DAN MUFTI ADALAH ALAT YANG BOLEH MEMELIHARA KEPENTINGAN MEREKA SEMENTARA POLIS SEBAGAI MENGAWAL KESELAMATAN MEREKA DAN MEREKA TERUS MEMPERALATKAN SELAGI KUMPULAN INI MASIH LAGI BELUM SEDAR ATAU MEMANG MEREKA INI SUKA DI PERALATKAN KERANA MUNGKIN ADA SEDIKIT FAEDAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI ATAUPUN TERMAKAN BUDI...

sumber PakKaramu

polis beku permit ceramah di Perak...

eksklusif

Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

"Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.

Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.-malaysiakini

ishh..ishh...ishhh...semua sekat apa cerita...selama PR buat ceramah belum ada yang menerbitkan huru hara...melainkan bila pihak tut..tut...yang mai kacau...

Najib dan Sultan Perak ada kaitan...??







apa Dato' Seri Nizar dah buat dalam 10 bulan ini...???

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

ambiga sreenevasanKatanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:


bullet buttonSebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

bullet button YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

bullet button Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

bullet button Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

bullet button Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

bullet button Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

bullet button Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini..

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.

fikir-fikirlah.......

Satu kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Ahli akademik Prof Dr Mohammmad Agus Yusuf di TV3 semalam sedikit menimbulkan persoalan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Yang ditumbangkan melalui Kezaliman diarahkan agar menerima kenyataan apa yang berlaku dengan berlapang DADA..Persoalanya Mengapa mesti Kerajaan Pakatan Rakyat dinasihat supaya menerima apa sahaja yang berlaku???

TERIMA KENYATAAN...

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Kerajaan PR harus akur menerima keputusan ini.Kenyataan MEDIA UMNO/BN menyatakan Dato Seri Nizar boleh dianggap Pengkhianat jika meneruskan usaha untuk menyaman Institusi Istana.Namun itu tidak akan berlaku jika Dato seri Nizar tidak melakukannya. .

Hendaklah di TEGASKAN dengan SEKERAS-KERASNYA bahawasanya Kerajaan PR di bawah kepimpinna Dato Seri Nizar bukan ingin menyaman Istitusi Istana akan tetapi akan memfailkan pendakwaan terhadap Menteri Besar HARAM Kerajaan UMNO/BN Dato Dr zambry...Dato Seri Nizar didalam kenyataan MEDIANYA juga menyebut bahawa Beliau menyanjung tinggi Institusi tersebut dan tidak sama sekali akan menderhaka kepada Baginda Sultan Perak...

PAKATAN RAKYAT TIADA MASALAH....

PR sudah selalu diuji dengan kekalahan di dalam Pilihanraya. Namun KEJATUHAN KERAJAAN PR yang berlaku pada 4/2/2009 itu ialah bersifat kepada Kejatuhan yang disebabkan oleh RAMPASAN KUASA dan PROPAGANDA POLITIK JAHAT dari UMNO/BN.Kerajaan Pakatan Rakyat juga JATUH disebabkan POLITIK KOTOR dan JIJIK yang dimainkan oleh UMNO/BN dengan cara yang paling tidak BERMARUAH!!!

PAKATAN RAKYAT LEBIH BERMARUAH!!!

Hasil MANDAT yang SAH yang diberikan oleh RAKYAT PERAK pada Pilihanraya ke 12 yang lepas,Gabungan PR BERSATU dan membina satu KERAJAAN atas nama KERAJAAN PAKATAN RAKYAT yang dinaungi oleh parti PAS,DAP dan KEADILAN. Diingatkan bahawa KERAJAAN yang terbentuk selepas PRU ke 12 yang lalu ialah satu Kerajaan yang SAH,hasil KEPERCAYAAN dan MANDAT RAKYAT.

JIKA DATO SERI NIZAR AKUR DIA BUKAN PENDERHAKA?? ?

Siapa yang harus AKUR????UMNO/ BN atau PR???

Kemenangan yang membawa sehingga terbentuknya satu KERAJAAN dibawah Pemerintahan Dato Seri Nizar itu ialah SAH dan datang dari RAKYAT bukan hasil dari POLITIK SEMPIT dan KOLOT seperti apa yang dilakukan oleh UMNO/BN sekarang.Pemainan POLITIK ini diteruskan oleh Media-Media UMNO/BN yang hangat kini memainkan isu NIZAR PENDERHAKA sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.Media upahan UMNO/BN dilihat memainkan peranan dalam mengeruhkan lagi keadaan yang ada.

SIAPA PENDERHAKA?? ?

Sedangkan yang boleh dikatakan PENDERHAKA sekarang ialah 3 Adun yang melompat parti,NAJIB dan UMNO/BN..PENDERHAKA AN YANG DIBUAT BUKAN KEPADA RAJA NAMUN IA MELIBATKAN SATU KOMUNITI YANG LEBIH BESAR IAITU RAKYAT NEGERI PERAK!!!!

PENDERHAKAAN dengan cara mengambil KEBEBASAN dan HAK RAKYAT dalam menentukan KEPIMPINAN mereka sendiri...RAMPASAN KUASA itu juga boleh dianggap KURANG AJAR dan tiada KREDIBILITI. Inilah UMNO/BN dibawah kepimpinan DIKTATOR ala NAJIB TUN RAZAK!!!!

PAKATAN AKAN AKUR JIKA IA PILIHAN RAKYAT!!!

Kerajaan PR akan akur dengan situasi yang berlaku jika keputusan yang dibuat adalah dari RAKYAT kerana mereka lebih BERHAK!!Dan atas sebab itulah maka kita menuntut untuk diadakan Pembubaran DUN supaya dapat diadakan PILIHANRAYA NEGERI yang mana keputusannya 100 % datang dari RAKYAT sebagai pengundi dan pemilih yang SAH...

ISU BLACK K.K...

Satu lagi isu yang dimainkan oleh MEDIA UMNO/BN ialah isu yang kononnya Gerakan atau Peristiwa yang berlaku di K.Kangsar itu telah diarahkan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin.Satu usaha untuk memburukan IMEJ beliau sedang rancak dimainkan oleh MEDIA UMNO/BN.

Dato Seri menafikan dengan SEKERAS-KERASNYA bahawa apa yang berlaku di K.Kangsar semasa Majlis angkat sumpah berlangsung tidak ada Kena Mengena dengan Beliau.Beliau juga menyatakan yang beliau TIDAK mempunyai HAK untuk MENGARAHKAN RAKYAT berbuat begitu.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu ialah datang dari KESEDARAN RAKYAT tentang HAK mereka yang DIRAMPAS dan KEBEBASAN mereka yang DITINDAS oleh Rejim ZALIM UMNO/BN...Gelombang RAKYAT yang berlaku itu adalah hasil dari Rentetan KESEDARAN RAKYAT sendiri.

JANGAN TERTIPU DENGAN ISU YANG DIMAINKAN MEDIA UMNO/BN !!!!

Rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah menerima sesuatu laporan itu tanpa mendapat pengesahan.Ini merupakan satu lagi KERJA BUAT UMNO/BN dalam usaha terus MENIPU dan MENGELIRUKAN RAKYAT.Dalam masa terdekat ini MEDIA UMNO/BN akan terus memainkan peranan mereka dalam mengucar kacirkan keadaan dan pemikiran RAKYAT di Negeri Perak.Diharapkan RAKYAT akan terus BERDOA agar kezaliman ini akan di HAPUSKAN oleh Allah SWT...Dan Kerajaan PR akan kembali mentakbir Negeri Perak...

LAWAN TETAP LAWAN...ALLAH HU AKBAR!!!!

musim rampas hak rakyat...

harakah confiscated 100209








KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh)
- PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi.

"Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak.

"Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.

Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Media arus perdana kata beliau, mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian.

"Bila ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu," jelas Mahfuz.

http://creamstudents.com/images/2008/umnobiadap2.jpg

ummi..

dah terang lagi bersuluh..ketakutan yang amat sangat terhadap kebenaran yang disebarkan oleh akhbar alternatif membuatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas dan melarang peniaga2 menjual dan mengedar akhbar Harakah dan Suara Keadilan...

kalau lah Harakah dan Suara Keadilan dah dirampas..tak hairan pengendali blog juga akan mendapat tekanan tak lama lagi....

Lawan Tetap Lawan..!! demi kebenaran dan hak rakyat..!!

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil