Followers

Saturday, August 30, 2008

selamat datang ya Ramadhan



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sempena kehadiran bulan yg penuh barraqah ini...ummi ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya ada terlanjur perkataan dalam penulisan ummi...dan selamat menyempurnakan ibadah puasa kerana bulan Ramadhan ini merupakan bulan untuk umat Islam menmbah ketaqwaan dan keimanan...

Dan tak lupa juga sempena 31hb Ogos 2008 adalah Hari Kemerdekaan bagi rakyat Malaysia..semoga tanah tumpah darah kita ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah...jauhi dari segala kekacauan dan kerosakkan... baik dari manusia maupun alam...

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada...
"Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"


10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,

dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam

ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala


8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah

dan perbayak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi

kebagusan ibadah kita yang utama.

Friday, August 29, 2008

Singapura akan kuasai rizab air terbesar di dunia..!!

Iskandar Development Region (IDR) is sitting on top of the world biggest underground water reserve!


If Singapore is sitting a majority stake holder at IDR we can safely say it will control the underground reserve!

It is not about developing the area as a regional economic hub but about siphoning our precious natural resources and we are so stupid not to know!


The map courtesy of the above.



Yes water water everywhere, the blue areas indicate underground water and we are so moronic not to know that it will be taken away from us!

gambar2 diatas sumber dari BarkingMagpie blogspot


Selama ini segolongan bloggers tempatan dan saya sendiri amat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor yang disifatkan sebagai usaha Abdullah menggadaikan sebahagian bumi Johor – milik Malaysia yang berdaulat dan merdeka – kepada Singapura.

Posting beberapa sahabat bloggers Malaysia dan saya sendiri telah menyenaraikan pelbagai sebab mengapa Iskandar Malaysia mesti dibatalkan. Tetapi, tulisan kami dianggap sebagai anti-Abdullah dan anti-Singapura.

Hari ini blogger Pasquale, dalam blognya Barking Magpie, di alamat http://barkingmagpie.blogspot.com, mendedahkan satu lagi sebab strategik mengapa Iskandar Malaysia perlu dibatalkan demi kepentingan negara.

Berasaskan satu peta yang diperolehinya secara rahsia, kata Pasquale, Iskandar Malaysia adalah satu-satunya wilayah di jagat ini yang kini mempunyai rizab air bawah tanah yang terbesar sekali di dunia.

Katanya, jika Singapura merupakan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia, mustahilkah Singapura juga akan menguasai rizab air bawah tanah yang terbesar ini di hari muka?

Untuk mendalami posting yang terbaru dan menggemparkan ini bacalah sendiri pendedahan blogger Pasquale di http://barkingmagpie.blogspot.com.

Mudah-mudahan pendedahan Pasquale dan blognya ini akan mendorong rakyat Malaysia bertindak sewajarnya, tetapi dengan penuh hemah, supaya Iskandar Malaysia dibatalkan serta-merta. Ruhanie Ahmad


Thursday, August 28, 2008

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA

Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Merdeka pada tarikh berikut:

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA 2008:

Tarikh :- Sabtu, 30 Ogos, 2008
Masa :- 3:00 Petang
Tempat :- Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur (lokasi "Black 14")

Tetamu :-
1 - YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - MP Permatang Pauh
2 - Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KeADILan
3 - YB Zuraida Kamaruddin - MP Ampang/Ketua Wanita KeADILan Pusat
4 - YB Saifuddin Nasution Ismail
5 - Datin Paduka Dr.Tan Yee Kee

Pada majlis tersebut, Wanita KeADILan akan menganugerahkan DSWA "Tokoh Serikandi Rakyat" diatas sumbangan beliau didalam parti dan juga kepada rakyat.

Turut diraikan dalam majlis tersebut, Ketua Pembangkang baru, DSAI diatas kemenangan dan lantikan beliau kedalam Parlimen.

Turut diundang :- semua ahli & penyokong-penyokong Pakatan Rakyat

Tidak lupa juga :- Seluruh Rakyat Malaysia. Kemerdekaan ini milik semua.

SEMUA DIJEMPUT HADIR. BAWA SELURUH KELUARGA UNTUK KITA SAMA-SAMA MERAIKAN.

Ni peluang untuk blogger2 bersua muka ni...


sumber dari perisik rakyat

segaknya dia.....

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360









tak terucap dengan kata2..kegembiraan terpancar di wajahnya...
seluruh rakyat turut berasa gembira..
kecuali..
mereka2 yang sedang dalam ketakutan...muahahaha
sampai upacara angkat sumpah tak disiarkan dalam 'talibesen'..
..


keranamu PR dia sanggup botak..!!

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

sebelum

sedang



Bila dah bernazar kena la tunaikan ye tak...ni la semangat adikku yang seorang ni...si topeng_perak a.k.a perisik rakyat..malam sebelum mengundi adalah last ummi tengok dia berambut..

selepas
kalau pakai serba hitam boleh la jadi agen MIB ni..tapi setakat dalam blog je la ye...

Reformasi..!!

Wednesday, August 27, 2008

dah lega..

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Alhamdulillah ummi dah selamat sampai rumah...2 hari tinggalkan rumah pi memenatkan diri di Permatang Pauh...tapi tak rasa penat sebab kemenangan telah menepis kepenatan itu dan diisi dengan kegembiraan yg amat sangat...

2 hari disana macam2 dah dirasa...bersesak dengan jem..berhujan..berpanas...semuanya telah membuatkan perjuangan ini rasa manis...yang best ummi angkut anak kecik ummi join ummi dok kat tepi jalan berkempen..siap terngigau2 dia sebut "repomachi"..."barang naik"..

2 hari jugak ummi tak buat apa2 posting...pasal tak ngadap pc...laptop pun tak bawak..pasai memang niat hanya untuk membantu dalam PRK Permatang Pauh ni..so ummi bercutilah dari update blog ni...

Bertolak dari Penang pukul 5.oo am dan sampai rumah jam 10.00 am..sampai je rumah kemas barang gitu gini..pastu cakap dengan hubby ummi nak qadha tido kejap...nak hilangkan penat dan lelah selama berada di PRK Permatang Pauh..dah boleh tido lena pasai dah menang..

Pasai keputusan dan suasana PRK Permatang Pauh rasa banyak blog dah ada cerita..malah di update setiap masa seperti blog perisik rakyat , perakexpress , malaysiabiz-aloha ,matcomot , cucumatkilau , al-banjari..

Ucapan TAHNIAH kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pari Keadilan Rakyat kerana kemenangan yg besar dengan majoriti 15,671 undi...

Terima kasih pula ummi ucapkan pada...Ezam..KJ...Sayfool..Najib kerana membantu memberikan kemenangan besar kepada DSAI...

Tahniah juga kepada Imam Ramlang Porigi kerana keikhlasannya menerangkan duduk sebenar kes sumpah laknat sayfool kepada pengundi Permatang Pauh....

sekarang tugas baru menanti DSAI...suasana baru untuk DSAI...harapan baru utk rakyat dari DSAI...

# gambar2 di PRK Matang Pauh nanti ummi akan buh di entry yg akan datang..

wallahualam

Monday, August 25, 2008

dah kabo dah...Ramlang ni mangsa UMNO...!!

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360






Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Man, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

berita selanjutnya -->malaysiakini



Selepas menghadiri beberapa siri ceramah bersama TG Nik Aziz dan anwar Ibrahim, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi mengadakan sidang akhbar di Yayasan Aman, Penanti sebentar tadi.

Didalam sidang media tersebut, Ramlang menjelaskan bahawa beliau bukan lah Imam Besar Masjid Wilayah seperti yang siarkan didalam akhbar, malah beliau sendiri tidak pernah merasakan bahawa beliau seorang ulama seperti yang diwar-warkan.

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak atasan untuk menghadiri majlis tersebut. Secara kebetulan, beliau baru saja melangsungkan majlis akad nikah dan itulah sebabnya mengapa beliau memakai jubah dan kopiah berwarna merah, yang merupakan pakaian seragam imam.

Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.

Ramlang juga menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa ganjaran atau imbuhan dari mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah beliau tidak merasa bimbang terhadap keselamatan beliau, Ramlang menyerahkan kepada Tuhan.

baca selanjutnya disini -->PerakExpress

menuju ke Permatang Pauh...

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360


InsyaAllah...esok ummi akan bertolak ke Permatang pauh sebagai pelancong politik...atau sebagai petugas pun boleh jugak..

tapi perkhabaran yg ummi telah terima..dah banyak roadblock diadakan..memang betol la..siang tadi ummi anta anak2 ummi balik ke asrama...sepanjang perjalanan pergi dan balik ummi tempuh 3 roadblock...itu belum masuk highway atau masuk Ipoh lagi..belum pun menghala ke utara...baru takat Gopeng dan Pasir salak aje...

apa motif pihak polis nak buat kerja2 macam ni...nak sekat orang pergi Matang Pauh ke..?? teruja jugak esok..ummi nak kira berapa roadblock ada sepanjang perjalanan ummi esok...

Agak2 korang berapa ye roadblock nanti yang akan ditempuh...10...20 ..?? jgn 1 kilometer 1 roadblock sudah..

takpe kita tunggu esok..doakan perjalanan ummi selamat dan dapat sampai ke Matang Pauh dengan jayanya.....kerana bagi ummi PRK Permatang Pauh ini merupakan satu sejarah untuk politik negara kita...so rugi kalau tak pi ooo..!!

Permatang Pauh i'm coming...!!! tungguuuuu......!!!

Sunday, August 24, 2008

Tumpahnya air mata DS Wan Azizah...

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Artikel dan gambar2 ni ummi ambik dari blog Puan Zuraida Kamaruddin ahli parlimen Ampang..untuk tatapan semua... sebagai seorang wanita bila melihat keadaan ni..akan tersentuh juga hati kita..dalam hati ummi mengagumi DSWA, betapa tabah dan kuatnya hati seorang wanita belum tentu smua orang boleh menjadi sekuat dan setabah beliau...dia insan yg terpilih..

kita selalu melihat DSWA tersenyum tapi hati wanita tetap tidak sekuat mana bila fitnah yg dilemparkan kepada suami yg disayang..maruah suami dirobek2...kata2 maki hamun sewenang2 dihambur kepada teman hidup kita..hati mana yg tak merintih...berat mata kita memandang ..berat lagi hati DSWA yang menanggung..bersyukur juga beliau mempunyai anak2 yang sama tabah dan sentiasa memberi sokongan yg tak berbelah bagi untuk membantu si ibu agar tetap berdiri teguh walaupun dilanda puting beliung...insyaAllah setiap hamba Allah ada habuan mereka masing2...hanya tahap kesabaran yg menjadi ukuran di antara diri kita dan orang lain..

kita hanya boleh bersimpati dan mendoakan agar DSWA tabah dalam menepuh dugaan Allah...Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi tahap kemampuan hambaNya...dan setiap ujian itu adalah tanda kesayangan Allah terhadap hambaNya..

wallahualam...





Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebentar tadi berlangsung bacaan yassin dan tahlil di Surau Guar Jering, Guar Perahu bersama petugas dan penduduk tempatan.

Bacaan yasin serta tahlil ringkas yang di adakan bertujuan memohon kerahmatan serta kejayaan dan perlindungan dari segala musibah pada seluruh petugas-petugas pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sedang khusuk Kak Wan membaca serta mendalami isi yang terkandung dalam Surah Yassin tersebut, tiba-tiba tersentap saya apabila beliau menitiskan air mata yang menitis membasahi pipinya.

Sempat saya bertanya pada beliau, dengan nada serta mata yang masih merah serta titisan air mata mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjawab beliau masih teringatkan kisah sewaktu kancah politik 1998. Beliau juga terharu dengan semangat perjuangan serta kegigihan petugas untuk memastikan kemenangan pilihan raya kecil tersebut.

Beliau juga menambah hanya Allah S.W.T saja yang dapat membalas budi baik serta jasa mereka semua.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil