Followers

Saturday, April 07, 2012

melampau ke tak melampau..lu pikir la sendiri..

Biadap ke tak biadap...datang majlis orang buat kacau..buat kecoh..??

bodoh ke tak bodoh..datang tempat orang nak halang orang buat majlis..??

Pelik ke tak pelik..bila kumpulan yang selalu buat kacau kat majlis orang..tak pernah kena dakwa..??

marah ke tak marah..bila orang pukul orang..polis buat tak tau jek..??



Zambry al-kudeta main poltik murahan dalam isu VALE - Teluk Rubiah..


Oleh: Nizar Jamaludin
Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.
Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.
Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.
Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.
Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:
• TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
• Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
• Jabatan Perikanan dan Marin
• Pejabat Tanah dan Galian
• Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri.
Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.
Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.
Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.
Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.
Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.
Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.
Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:
1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE
Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.
Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.

MediaPerak

Friday, April 06, 2012

Aishah memilih PAS kerana Shahrizat..!!

Kisah artis masuk parti politik ni dah biasa kita dengar di masa kini..memang tak hairan..orang nak berhijrah dari   satu cara hidup lama kepada cara hidup yang baru..dari yang baik kepada lebih baik..dari artis kepada ahli politik..tak heran sekarang ini..gosip dunia hiburan memang cepat menjadi isu hangat..

Aishah...satu nama yang hebat dan gah di tanah air ini kerana kemerduan suaranya menghibur ramai orang..tetapi aku terpegun dengan hujah2nya di dalam setiap ucapan mengenai pandangan politik beliau yang bermula dari pengalaman hidup beliau..bak kata orang tua2..dah terantuk baru tengadah..

kalau nak tahu apa kisahnya dan apa sebabnya..??
tak kenal maka tak cinta..moh le kita dengor sama2 yer..

Wednesday, April 04, 2012

Teluk Rubiah oh Teluk Rubiah....


Sahabat Yang Dihormati,

Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.


ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG

Untuk makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.

Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut, kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada Zon Industri.


Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.

Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan.


Sahabat,


MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?

Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.


Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.

Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!


Ikhlas dari Sahabat,

-proTeSTeR-

(Team Save Teluk Rubiah)

26.11.2010, Jumaat.

Surat ini dikeluarkan pada tahun 2010..luhan hati penduduk Pasir Panjang yang tidak mendapat perhatian kerajaan haram Perak..

hari ini di sidang DUN Perak..isu Teluk Rubiah dibahaskan..namun jawapan yang diharapkan dari kerajaan haram ni haram diberi..hanya dengan surat layanan dan maklum balas dari DS Nizar kepada VALE dijadikan ukuran menyatakan bahawa DS Nizar terlibat menyetujui Teluk Rubiah diberi kepada VALE..sedangkan ianya bukan surat kata putus yang VALE diberi tanah itu untuk digunakan untuk buat kilang..

Surat balas layanan kepada VALE dan surat kelulusan kepada VALE untuk membeli tanah Teluk Rubiah adalah 2 surat berbeza..dan dari 2 kerajaan yang berbeza..maka sekarang ini kita nak kerajaan haram BN tunjukkan bukti mana2 surat yang menyatakan kelulusan itu dari kerajaan PR..yang ditandatangani oleh DS Nizar..sila buktikan..

Kuasa yang meluluskan dan memberi kuasa kepada VALE membeli tanah itu adalah kerajaan haram Barisan Nasional..berlaku selepas rampasan kuasa dibuat terhadap kerajaan PR..sebelum ada keputusan tentang permintaan VALE dari kerajaan PR..

tanah itu telah pon menjadi hak milik warga asing atas dasar untuk membawa pelaburan yang besar untuk Perak..maka kerajaan haram BN tidak menghiraukan lokasi tanah yang diminta adalah telah diwartakan sebagai zon pelancongan..mempunyai pemandangan yang indah..udara yang nyaman..tempat warga Perak membawa ahli keluarga beristirehat di hujung minggu..

Namun..dengan kuasa yang ada ..kerajaan haram BN menukarkan status tanah dari pelancongan kepada perindustrian..hanya kerana hendakkan keuntungan maka apalah sangat nyawa2 di sekitar Teluk Rubiah itu..apalah sangat dengan orang2 yang datang untuk berehlah di situ..hanya ibarat sisa daging dicelah gigi saja tidak menjadi kudis..

maka sisa daging yang kecil ini akan menunjukkan kuasa betapa ianya juga boleh menjadi bahaya dan mengancam sekiranya dibiarkan dicelah gigi..so jangan pandang sebelah mata dengan askar2 yang bilangannya kecil kerana ianya boleh menjadi besar sekiranya ia bercantum dari 10 kumpulan askar yang kecil..

SAVE TELUK RUBIAH..!!




translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil