Followers

Friday, December 12, 2008

Seri Perdana vs Rumah TG Nik Aziz & Rumah TG Haji Hadi

Seri Perdana

Rumah YAB TG Nik Aziz.

Rumah YB TG Haji Hadi


Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM

RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.

Jadi apa nak kita lakukan?

Dalam pada itu rakyat diseur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita ~ Roslan SMS

Thursday, December 11, 2008

MB Perak yg serba boleh dan mesra rakyat..

Pada Raya Qurban yg lepas..MB Perak kita juga melakukan ibadah qurban di 2 tempat di Masjid Kg Sitiawan, Pasir Panjang, Lumut dan Batu 15 Lekir...beliau telah menyembelih 3 ekor lembu pada hari tersebut....




Majlis tazkirah korban diperkarangan Masjid Kg. Sitiawan yg telah disampaikan oleh MB Perak .Turut bersama ialah Y.B Dato' Ngeh Koo Ham yang bersama-sama mendengar tazkirah dalam surau Bt 15, dan kemudian terus melaksanakan ibadah penyembelihan. Ini adalah pengalaman pertama Y.B Dato' Ngeh menyaksikan penyembelihan lembu....Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian...psstt YB Tajol Rosli penah ke nyembelih lembu..takyah lembu la..kita kasi binatang yg kecik macam kambing...tak pon ayam..hehehe ada berani ke..penah ke..??

Ketua negeri yg macamana lagi yg kita nak..??

boleh baca lagi disini dan disini..

wallahualam...

Wednesday, December 10, 2008

Majlis Qurban di kediaman PakKaramu dan UmmiAnni....

Atas permintaan... ummi bubuh berita bergambar ini berkisar sambuatan Hari Raya Qurban di tempat ummi..memang setiap tahun sambutan Raya Qurban ni menjadi acara tahunan oleh Jemaah Umara' melakukan ibadah qurban di tempat ummi...so boleh dikatakan raya haji lah yg paling meriah kat sini..



sya-reformis sedang membantu famili ummi masak utk juadah malam sebelum raya..dia dapat gelaran 'Makcik Telor'..hahaha pasal tugas dia kupas telor rebus...jgn marah 'makcik telor'....hehehe



makan malam selepas menjawab soalan kuiz...masing2 lapor dan berasa lega lepas jawab soalan...


di pagi hari raya....



tahun ni memang sejarah..sekor lembu terlepas..hahaha lari sampai lebih 1 kilometer... siap ada penunggang motosikal kena sondol lagi..ganeh tol lembu sekor tu..lari sampai masuk dalm ladang kelapa sawit Kg.Bharu Batu 16...nasib baik dapat tangkap..so terpaksa korbankan kat dalam ladang kelapa sawit...



PakKaramu eksyen jek tu...

bersama jemaah Umarak dan orang kampung..



abg bangla pon nyumbang tenaga jugak..tgk la pakaian dorang siap pakai kasut kulit lagi..hehehe


juara kuiz luka jari...



diatas ni adalah bekas calon Parlimen Bagan Datoh yg melawan Dato' Zahid Hamidi..anda kenal siapa..??sendiri cari..hehe




Penyampaian hadiah untuk nombor bertuah....
ummi jugak yg tak bertuah..huhuhu



cenderahati untuk PakKaramu...



penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz yg telah diadakan mlm sebelum raya...
hadiah disampaikan oleh PakKaramu...







sya-reformis merupakan salah seorang pemenang kuiz...terar gak bdak sya ni..hehehe






daddy sya-reformis pon menang gak..

KONVENSYEN BLOGGER NETWORK @MALAYSIA Kali Pertama

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera

Dengan Sukacitanya Dijemput hadir ke Konvensyen Blogger Network Malaysia Kali 1

Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia akan di adakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 10 dan 11 Januari, 2009.

Semoga bloggers tidak kira agama, bangsa, parti atau ideologi dijemput hadir…

Diutamakan kepada mereka yang mempunyai kegemaran untuk menambahkan lagi kenalan, rakan dan taulan serta berminat untuk bersatu dibawah satu bumbung..

Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Pasir Puteh, Kelantan.

Sila hubungi : mohd asrol affandi
Telefon : 019-9926205

Email: asrol.affandi@gmail.com atau go-perak@rentaprevolusi.com

PENDAFTARAN

Sila daftar Online di http://go-perak.rentaprevolusi.com/formkonv09.php

Penginapan adalah di hotel budget - Bayar sendiri (Kami akan tolong booking)
Kos makan minum - Bayar sendiri

Tarikh Tutup Pendaftaran : 25/12/2008

TEMPAT TERHAD / BLOGGER AKAN DITAPIS
INI ADALAH PERJUMPAAN SANTAI BLOGGER

Maklumat Lanjut :

http://www.perakexpress.com

http://www.kelatekito.com/malaysia

http://go-perak.rentaprevolusi.com/

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DARI MASA KE SEMASA.

Wassalam / Selamat Sejahtera

Surind Singh...hang jangan cari pasai ..!!!

[DSCN1137.jpg]

satu laporan polis telah dibuat kerana terdapat 1 artikel yg boleh dikatakan terlalu menghina Islam ugamaku...sapa Surind Singh ni..?? kenapa lantang sangat penulisan dia mempertikaikan Islam..? apa yg membuatkan dia rasa Ibadah Haji itu satu perjalanan yg memalukan..?? baca sini--> hajj most shameful journey in history

rasanya selama ummi tercampak kat dalam dunia blog ni belum jumpa lagi blogger Islam yg telah menghina ugama lain...atau mungkin ummi terlepas pandang..tapi rasa2nya takde ...

Tok Ghimau dah nampak taringnya bila si Surind Singh ni makin ketegaq...apa yg si Surind pertikaikan sangat tentang Ibadah Haji ni..? adakah Islam mengongkong penganut ugama lain..? adakah Islam melarang penganut agama lain dari beribadah ikut cara ugama masing2..? dia mengharapkan keterbukaan dalam membincangkan isu2 sensetif..apa dia dah habis2an ke mengkaji Islam..kalau setakat nak menaikkan darah umat Islam..anda sudah silap tempat la Surind..

bak kata salah seorang komentar yg menyatakan..

ko ada hak nak fikir apa ko nak fikir. tapi simpan dalam kepala hotak ko yang sengal tu. aku pun bole fikir apa aku nak pasal ko. tapi tak perlu aku nak kutuk fahaman ko tu. lantak ko la nak sembah binatang ke, patung ke, nak jadi ateis ke, ko punya pasal.

ko cakap pasal respek? belajar respek orang lain dulu!!



dan komen dari Captain Jack Sparrow

AGAMA Islam adalah agama dakwah, dan menggesa kita supaya selalu berdakwah. Dalam pergaulan, percampuran dengan kaum-kaum lain kita boleh berdakwah dengan kebaikan budi pekerti dan contoh tauladan cara hidup yang baik dari ajaran agama Islam yang suci. Berdakwah itu bukan hanya dengan lisan, menasihat orang supaya berbuat baik bahkan sebaik-baik cara berdakwah adalah bersikap baik budi pekerti dan dalam perhubungan dengan orang lain.

Hidup berjiran misalnya, agama Islam menggesa agar Muslim Muslimat menghormati jirannya. Dari firman Allah surah Annisa ayat 36 yang menyebutkan beberapa pesanan yang wajib diambil berat seperti pesanan berbuat baik kepada jiran tetangga, iaitu firmanNya yang bermaksud: "Dan jiran yang dekat dan jiran yang jauh." Ulama Islam menyatakan bahawa jiran itu adalah:
a) Orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok);
b) Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita;
c) Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dalam semua jurusan;
d) Orang yang tinggal senegeri dengan kita.

Dalam maksud Hadis yang lain, Rasulullah saw telah menerangkan bahawa bagi jiran ada 3 hak:


Jiran yang mempunyai satu hak.
Jiran yang mempunyai dua hak.
Jiran yang mempunyai tiga hak.
Adapun jiran yang mempunyai 1 hak adalah jiran musyrik yang tidak ada sebarang hubungan kecuali hak jiran (kemanusiaan). Dan jiran yang mempunyai 2 hak tadi adalah jiran yang Muslim dan kemanusiaan. Dan jiran yang mempunyai 3 hak adalah jiran yang Muslim dan berkerabat dengan kita.

Dan Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah ia menghormati jirannya." Ini memberi pengertian orang yang tidak menghormati jirannya bukanlah orang yang beriman.

Semua ini menandakan betapa Islam menghendakkan kita menjadi orang yang baik dengan sesiapa juga. Adapun perkara yang tidak boleh Muslim dan Muslimah terbuat adalah mencampuri amalan ibadat agama lain, kerana perbuatan itu sangat dilarang oleh Islam. Umpamanya ada kematian dalam keluarga jiran tetangganya. Islam menggalakkan ia datang memberi takziah atas kehilangan keluarga jirannya, dan kalau ada sesuatu yang dari amalan ugama jirannya dikira baik, seperti membantu kewangan umpamanya sebagai tanda simpati, maka itu tidak salah baginya memberi sumbangan. Tetapi jika diminta melakukan sesuatu perbuatan yang mana perbuatan itu pada agama si jiran itu baik seperti menyembah mayat atau membakar bau-bauan, maka itu tidak dapat dibuatnya kerana ada larangan dari agama Islam. Biasanya perkara seperti ini dapat difahami oleh mereka yang berlainan agama.

Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah swt dalam memelihara hubungan baik di antara jiran tetangga di negara Singapura yang berbilang bangsa dan agama..
ayoyo..Surind u make my heart hot u know...!! lebih baik hang mintak maap pada all muslim in this country..before u get inside ISA...walaupun ummi tak setuju dengan ISA...BEWARE SURIND SINGH..!!

Monday, December 08, 2008

kad raya untuk semua...!!

salam Aidil Adha buat umat Islam...

Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.

Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”

“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”

Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”

Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.

Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”

Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.” Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, kerana ini adalah jihad fisabilillah… Sebuah umat beriman semuanya dalam keadaan pemuda ini tidak kehilangan apa-apa, kerana dia mati dan pasti dia akan mati cepat atau lambat…”


Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.

sumber tranungkite


Di kesempatan ini ummi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung UmmiAnni Blogspot...semoga hari ini lebih baik dari semalam..esok lebih hebat dari hari ini..





translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil