Followers

Saturday, August 29, 2009

apa nak jadi hangpa ni...

[401372pijak_kepala_lembu.jpg]
[29_05.JPG]

[29_04.JPG] 
sumber foto ISA
apakah cara ini berkesan untuk membantah..? berdemo tapi siap conteng2 hak awam..nak berdemo tapi tak berakhlak..ciittt


Setelah 26 tahun penduduk Seksyen 19 menyuarakan isu kuil ini.. mengapa kerajaan BN yang memerintah sebelum ini tidak mengambil tindakan...? Apa yang Muhammad Taib... Abu Hassan dan Khir Toyo buat selama mereka menjadi Menteri Besar Selangor dulu...? kenapa baru sekarang ..?? why..why..??

 
kata bodoh karang marah..kata bengap kecik hati pulak karang..
ada satu saja perkataan yang sesuai.. 

Cerdik yang terlampau ..!!
[20971383.jpg]

Thursday, August 27, 2009

sebat bukan sebarang sebat wehh..!!

Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari ita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...







SEBAT CARA SIVIL





Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.




"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"

Berkaitan:
...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....

sumber duniacacarmarba

Wednesday, August 26, 2009

Kartika yang nak kena sebat..orang lain pula yg terasa sakitnya..

ummi terpanggil nak komen tentang isu hukuman sebat Kartika..hukum sudah dijatuhkan si tertuduh sudah mengaku dan terima hukuman yang diterima dengan hati yang insaf..dengan niat agar hukuman yang bakal dia terima akn menjadi pengajaran terhadap ramai umat Islam yang terjebak dengan arak..betapa suci niatnya..

seorang yang bersalah mengaku bersalah dan sanggup menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kita anggap dia seorang yang berani...tapi yang pak2 menteri dan mak2 menteri tiba2 boleh hangatpijar ni kenapa..? mereka kah yang nak dihukum..? atau mereka terasa2 akan menerima hukuman yang sama..? kalau korang tak bersalah kenapa korang pulak yang lebih menggelabah..?

kalau pemerintah rasa kasihan pada Kartika tolong kawal anak2 Islam kita yang lain dari mendekati arak..baru la dikatakan pemerintah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya.. sepatutnya sebagai pemimpin negara yang mengaku sebagai hamba Allah..kita menyokong dan memberi semangat kepada Kartika untuk menjalankan hukukman demi maruah agama Isalm..

tapi bila dengar para pemimpin yang beragama Islam komen..aduii rasa malu la pulak ngaku depa2 ni pemimpin negara yang beragama Islam..

  • Mukhriz Mahathir cuba mempengaruhi mahkamah supaya menukar hukuman yang telah dijatuhkan dengan membebaskan Kartika 

  • Menteri dalam negeri Hishamuddin pula menyatakan bahawa kerajaan belum bersedia mengenakan hukuman sebat kerana tidak mempunyai kepakaran dalam soal sebat menyebat ini.

  • Perdana Menteri Najib yang begitu perihatin terhadap pembelajaran rakyat terutama pelajar seperti Saiful Bahari dan membela hak wanita sejagat juga menasihatkan supaya Kartika membuat rayuan
Kartika keliru dengan jadual hukuman yang berubah...
Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno kerana meminum arak, yang sepatutnya dijalankan minggu ini, ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) memutus untuk menangguhkan sementara hukuman sebat itu atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus


“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa,"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2uPc1rUKSwU1kGulMiUFxbGThhSnfTyg2pinQuLoDVLhFgXNpEKruhT5aDgN5_cXOgEufVDs5-dRXYUgHZDtOg2yhY6Zf9eV67ojzrce-p_m1Op59mGYfB8Ua-3SwN9RBwtS7fR7GO8i1/s400/Anak+Nazri+Aziz+(7).jpg http://ohartis.com/fhoto/adik-elyana-minum-arak-2.jpg 
mereka2 ini apa hukuman yang sepatutnya diberikan..?

Tuesday, August 25, 2009

rasmi..PAS menang.. majoriti 4551..!!

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia 9618
2 Rohaizat Othman United Malay National Organisation 5067

Total Majoriti:

4551 (Rasmi)

BN KALAH 8 - 1..!!

Pakatan Rakyat belasah BN 8 - 1 ...!!

Juara bertahan dah tak boleh nak bertahan lagi...seperti biasa Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan jentera kerjaan setiap kali PRK..

keputusannya.... 8 - 1 ...!! hambik kau...

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N11 Permatang Pasir

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia 7217
2 Rohaizat Othman United Malay National Organisation 3204

Total Majoriti:

4013

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N11 Permatang Pasir Live dari Markaz Induk(Result updated by Cenangau)

Keputusan Terkini/Tidak Rasmi Pilihanraya DUN N11 Permatang Pasir Live dari Markaz Induk(Result updated by Cenangau)

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia 5341
2 Rohaizat Othman United Malay National Organisation 2075

Total Majoriti:

3266

Keputusan ini dibawakan khas oleh

Pakatan Blogger

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Mohd Salleh Man Parti Islam Semalaysia 2399
2 Rohaizat Othman United Malay National Organisation 1016

Total Majoriti:

1383

nilai ATM kita dimata Zahid...

Zahid nafi guna ATM bantu kempen BN
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyanggah dakwaan Pas bahawa beliau menggunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Beliau menegaskan, kehadiran pasukan ATM di kawasan itu adalah untuk membantu masyarakat melalui program 'Jiwa Murni' dan bukannya sebagai alat jentera meraih undi.
 tetapi hakikatnya selama di Matang Pasiaq ni lain pulak yang berlaku..korang tengokla realitinya nasib ATM di tangan menteri berjiwa yahudi...mulut cakap lain buat lain...sebelum2 ini kita tak pernah tengok ATM dalam mana2 PRK..tapi kali ini ketara sangat salah guna yang Zahid buat pada ATM..
cerita ini sumber dari Semut dan Papan Kunci
 
Subhanallah!

Teman dengan mata kepala sendiri melihat betapa terhinanya anggota Tentera Malaysia di Permatang Pauh. Kejadian berlaku di sebelah rumah Selangor di Kampung Petani, Bukit Indra Muda.

Dari kejauhan, dapat teman lihat betapa 'tension'nye wira-wira kita terpaksa menjaga jalan untuk membolehkan puteri-puteri UMNO ni buat keje merayu undi rumah-ke rumah!
dengan membawa watak doktor atau pembantu perubatan, mula-mula bukan main banyak beg-beg yang seolah-olah berisi ubat-ubatan.
Akhirnya mereka dok mengusung beras dan pelbagai barang dapur pulak!! aikk?? ini ajaib!!

Sewaktu teman dan beberapa orang sahabat menghampiri ambulan berkenaan, abang askar yang duduk di tempat pemandu seolah-olah mengelak wajahnya dirakam oleh kami! Hampir-hampir pilu teman melihat wajah abang askar tersebut yang jelas amat-amat-amat tidak selesa dengan apa yang dilakukannya itu?
Satu soalan dari teman yang diajukan berulang kali tetapi tidak dijawab langsung oleh geng-geng Puteri UMNO dan abang-abang askar "Macam mana ambulance leh bawak beras lak nih? siap bawak barang dapur lagi???"

kepada rakyat Malaysia, lihatlah pemimpin-pemimpin UMNO sedang mempergunakan segala jentera negara termasuk ASKAR!!! ini adalah sepatutnya menjadi kesalahan maksimum kepada undang-undang negara!
Lihatlah askar yang gagah mengawal keselamatan negara terpaksa menjadi bapuk ditangan Zahid Hamidi!!!

pictures below will tell us thousand words!!!











Credit to: PAS Bukit Beruntung

Monday, August 24, 2009

Kedah dan Selangor...cegahlah sebelum parah

NAK TENGOK UMNO TINGGAL BATU NESAN

NAK MENGAJAR UMNO DAN BARISAN NASIONAL MAKA DUN KEDAH DAN SELANGOR PERLU BUBAR SEGERA, JANGAN MAIN TARIK TALI DENGAN UBN MEREKA PERLU DI POTONG DAN DI TANAM

Kerajaan PR Kedah dan Selangor perlu bubarkan DUN mereka demi mengajar UBN dan melantik rakyat untuk jadi hakim, PR jangan main tarik tali dengan UBN kecuali majoriti PR ada 2/3 di dalam DUN negeri masing-masing

ALANG-ALANG MENYELOK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN, pr BELUM PANDAI MENJADI PENYAMUN DAN PENCURI, BIAR YANG JADI KATAK-KATAK ITU TERUS MENJADI BABI DAN MELUKUT
sumber Pak Karamu


lebih baik bubarkan DUN Kedah dan Selangor kalau tidak mahu jadi seperti negeri Perak..lebih baik kita mencegah dari merawat..kerana kita semua maklum niat dan cita2 UBN adalah untuk merampas kerajaan yang diperintah oleh PR. Hanya dengan cara membubarkan DUN sahaja yang boleh menyebabkan UBN tidak akan ada peluang untuk merampas kerajaan pakatan rakyat.

Kita sedia maklum UBN sangat fobia terhadap pilihan raya kerana sejarah telah membuktikan setiap kali pilihanraya kecil berlaku mereka tidak dapat merampas kerusi yang dipertandingkan. Maka, dengan ini ummi sarankan kepada kerajaan pakatan rakyat Kedah dan Selangor BUBAR DUN!!!


Sunday, August 23, 2009

Lompat hai si KATAK lompat..!!


Exco Kedah keluar PKR
Ogos 23, 09 12:42pm

ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya." - malaysiakini

Apakah berita ini akan menarik pengundi Matang Pasir untuk mengundi BN..??

Berapa pulak habuan katak Lunas ni dapat untuk menjadi KATAK..? alasan nak jadi KATAK semuanya alasan budak tadika ..kasi la alasan yang canggih sikit..kata la PKR tak dapat nak bagi duit banyak ka..PKR tak bagi rasuah ka..apa2 yang canggih la..

tapi KATAK Lunas ni memang cerdik..dah jadi KATAK bebas tapi jawatan Exco nak angkut sekali..tak malu punya muka..sapa2 ada kasut lebih kasi kat KATAK Lunas ni..dia tak ada kasut tu...!!

ummi sarankan supaya MSK cepat2 buat kelas untuk calon YB dan YB2 yang ada sekarang tak kira apa parti ..sebagai bayangan macamana kelas tu nanti hangpa baca sendiri senarai artikel di bawah ini...

Neophilia: Intro

Neophilia: Memahami Alam Sekeliling

Neophilia: Mengenali Diri

Neophilia: Nonsense

Neophilia: Sound Trouble

Neophilia: Matlamat dan hala tuju

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil