Followers

Friday, June 15, 2012

Isu derhaka: Fakta dan sejarah (3)


Oleh: MSK
Krisis Perlembagaan 1990-1993
Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.
Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra)kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.”)
Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.
Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.
Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.
Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.
Pertama:
Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.
Kedua:
Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.
Ketiga:
Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.
Keempat:
Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.
Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.
Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”
Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”
Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.
Perenggan 25, “…dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak yang berlindung dibelakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemundkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi dimasa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku.
Perenggan 51. “… jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatanyang tidak diingini.
Perengaan 52. “,,,Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku dinegara-negara lain yang sekarang menjadi republik.
Keputusan Majlis raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadanagn pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Beberapa orang menteri membuat kenyataan dengan tidak bersopan dan tidak beradab ketika mendedahkan salahlaku Raja-Raja dan anggota Kerabat Diraja tertentu. Umno mengulangi taktik mengaibkan Raja-Raja seperti yang dilakukan semasa krisis perlembagaan tahun 1983.
Siri perhimpunan haram diadakan diseluruh negara untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap kemahuan Umno. Rapat umum raksaksa diadakan di Alor setar, Bagan datoh, Seremban dan Melaka tercatat dalam sejarah sebagai medan hebat mencaci Raja-Raja Melayu.
Umno Kelantan mengambil langkah menekan Raja-Raja dengan cara yang sama iaitu mencipta penghinaan terhadap Raja. Pada 29 April 1993, Annuar Musa mengetuai perarakan dari Kuala Lumpur ke Kelantan membawa Tengku Ibrahim Petra (sepupu kepada sultan Kelantan) dan mengadakan pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah diadakan dibawah sebatang pokok gajus dipadang sekolah di Kadok. Ketereh dengan matlamat menunjukkan kuasa Umno kepada rakyat dan Sultan.
Ketika  Program SEMARAK di Lubok Jong, Pasir Mas, Tan sri Mohamad Yaacob memimpin perarakan ke istana dan menyerahkan memorandum mendesak sultan Kelantan turun dari takhtanya.
Berita Harian 11 Jun 1993 melaporkan kenyataan Shahidan Kassim menghina sultan Kelantan.Katanya, “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan saya ada bukti Ismail Petra tak layak.”
Sultan Pahang turut dimalukan oleh media kawalan Umno yang menggambarkan baginda sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Gambar kapalterbang itu disiarkan dalam hampir semua media kawalan Umno.
Sultan Johor dimalukan dengan pelbagai tuduhan dan skandal melibatkan baginda dan beberapa kerabat diraja. Antaranya, kisah Tengku Majid memukul penjaga gol pasukan hoki Perak seleas satu perlawanan di SUKMA 92. Tengku Majid ketika itu mewakili pasukan hokiJohor. Berita itu dipaparkan dengan penuh sensasi atas kehendak Umno.
Sultan Terengganu, Sultan Mahmud alMuktafi Billah Shah telah diugut oleh Umno untuk diturunkan dari takhta dengan menggunaka Tengku Ali. Dengan sokongan Umno, Tengku Ali mengemukakan tuntutan dimahkamah agar dikembalikan takhta Sultan kepadana dengan dakwaan pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Kes tu akhirnya ditolak oleh mahkamah.
Pada 23 Mac 208, Umno mengadakan demonstrasi dipekarangan Sri Iman, kediaman rasmi Menteri besar Terengganu, menentang keputusan istana tidak memperkenankan perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Mereka menyanggah Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar terengganu. Antara slogan pada kain rentang yang disediakan oleh Umno ialah “Kami nak Idris, Natang! (binatang)” yang disiarkan secara meluas oleh TV.
Kes yang sama turut berlaku di Perlis apabila Raja Perlis tidak mahu memperkenankan perlantikan Shahidan Kassim sebagai Menteri besar seperti yang dinamakan oleh Presiden Umno. Raja berkenan melantik Dr. Mat Isa Sabu. Pertembunagn diantara Umno dan Istana berlaku selama dua minggu dengan pelbagai kenyataan derhaka oleh pemimpin-pemimpin Umno terhadap istana Perlis.

Isu derhaka: Fakta dan sejarah (2)


Oleh: MSK
Umno penderhaka sebenar – Derhaka Dato Onn
Melayu derhaka hanya muncul setelah lahir Umno dibumi beradat ini. Dibawah pimpinan Umno, melayu jadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan Umno berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu, Umno licik dengan lakonan sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Derhaka Melayu moden abad 20 bermula dengan kritikan terbuka dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan Menteri besar dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927.
Pada tahun yang sama, abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar turut dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucut semua gelarannya, diikuti hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn.
Derhaka itu diteruskan oleh dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.
Derhaka Umno moden
Umno meneruskan tradisi menderhaka kepada Raja di sepanjang sejarah kewujudannya sebagai sebuah pertubuhan dan parti politik yang kononnya memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu.
Krisis Perlembagaan 1983.
Pada 1 Ogos 1983, Umno membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan 1983 dikedua-dua Dewan di Parlimen dan diluluskan secara tergesa-gesa. Ia melibatkan 22 pindaan keatas Perlembagaan Persekutuan, termasuk perubahan besar yang menggugat kedudukan raja-raja Melayu.
Pertama:
Menghapuskan keperluan mendapatkan perkenan Yang Dipertuan Agong bagi sesuatu rang undang-undang sebelum boleh digazetkan sebagai undang-undang. Sebaliknya, ia memperuntukkan bahawa , jika Yang Dipertuan agong tidak memberi perkenan baginda dalam tempoh 15 hari, baginda hendaklah dianggap telah memperkenanya, dan undang-undang tersebut boleh dikuatkuasakan.
Kedua:
Memperkenalkan peruntukan selari yang menghapuskan keperluan emndapatkan perkenan Sultan untuk undang-undang negeri.
Ketiga:
Memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat daripada Yang DiPertuan Agong kepada Perdana Menteri, yang tidak terikat untuk mendengar nasihat dari sesiapapun. (Untuk rekod, sebelum pindaan ini dibuat pun, Yang DiPertuan agong hanya bertindak mengisytiharkan darurat berdasarkan nasihat jemaah menteri)
Pindaan itu diluluskan oleh Dewan rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan Pindaan) tersebut, setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Raja-raja Melayu bertegas bahawa rang undang-undang  itu bercanggah dengan Artikel 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung memberi kesan kepada kemuliaan, maruah dan keistimewaan raja-raja melayu boleh diluluskan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.
Raja-raja Melayu juga faham sepenuhnya implikasi perundangan apabila perkenan DiRaja untuk sesuatu undang-undang dihapuskan. Ini bermakna, apabila ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk menghapuskan sisem beraja, Duli-duli YMM sultan tidak ada kuasa untuk menghalang mereka.
Pindaan itu telah mencetuskan krisis perlembagaan yang parah. Umno menganjurkan siri rapat umum menghentam Raja-Raja diseluruh negara dan telah meletakkan kedudukan Raja dipandang amat hina oleh rakyat.
Ketika itu, RTM dan TV3 telah menyiarkan bermacam-macam cerita perihal kezaliman Raja-Raja Melayu. Filem dan dokumentari yang menonjolkan kezaliman Raja-Raja disiarkan berulangkali sepanjang tempoh krisis itu.
Akhbar-akhbar kawalan Umno menyiarkan gambar pentas DiRaja diStadium Merdeka digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan bolasepak. Hebahan ini bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa Raja sudah tidak diperlukan lagi.
Umno menggunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengarahkan sekatan penyiaran berita tentang rang undang-undang (pindaan) perlembagaan itu. Walaupun berita mengenai kelulusan rang undang-undang itu disiarkan, tetapi kandungannya tidak dimaklumkan kepada rakyat. Langkah itu ditentang hebat oleh Lim Kit Siang ketika perbahasan di Parlimen.
Sepanjang 2 bulan berikutnya tiada sebarang laporan berhubung dengan undang-undang itu di media massa, tetapi suara mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap kedengaran dikalangan peringkat bawahan. Seterusnya, muncul puak liberal menentang peruntukan yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan darurat secara unilateral.
Pada Ogos 1983, Aliran (Sebuah NGO) mengeluarkan satu kenyataan mengutuk rang undang-undang (pindaan) perlembagaan tersebut dan menyifatkan pindaan yang dicadangkan itu membuka pintu kepada salahgunakuasa.
“Perdana Menteri diketahui sebagai seorang personaliti politik yang banyak terlibat dalam konflik dan kompromi politik kepartian. Tiada mekanisme perlembagaan yang dapat memastikan Perdana Menteri tidak akan menggunakan kuasa mengisytiharkan darurat untuk menindas mana-mana musuh politiknya,”
Namun begitu jika tersepit, Umno cukup licik bersandar kepada Raja-Raja Melayu untuk melepaskan diri daripada masalah yang dihadapi. Ketika Umno mengalamai kemerosotan sokongan rakyat akibat pertambahan kecenderungan kepada PAS, maka Umno cuba menggunakan Majlis Raja-Raja untuk mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti politik. Mujur Raja-Raja tidak menerima desakan Umno itu.
Inlah wajah sebenar Umno – dulu, kini dan selamanya. Sejarah akan tetap menceritakan perkara sebenar walau pun Umno cuba membohonginya.

bersambung….

Isu Derhaka: Fakta dan Sejarah (1)


Oleh:MSK
Sekali lagi, Umno akan terus memainkan isu “Derhaka” dengan menggunakan isu WWW1 sebagai asas untuk menjatuhkan imej DS Nizar Jamaludin. Hari ini, pasukan polis Johor akan datang ke Perak untuk mengambil kenyataan Nizar di Ipoh. Selepas ini, besar kemungkinan, terdapat tindakan yang akan diambil terhadap Nizar.
Mediaperak akan menyiarkan kenyataan Nizar sebaik saja selesai pertemuan diantara pegawai-pegawai dari Polis Johor esok. Dan sebagai mukaddimah kepada serangan Umno seterusnya, elok kita imbas kembali sejarah-sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu yang telah dilakukan oleh Umno.
Selayang pandang kemelut Perak
Istilah “Sembah Derhaka” oleh DS Nizar kebawah DYMM Sultan Perak pada 5 Februari 2009 adalah “sembah sopan lagi beradab” yang termaktub sebagai halal dalam adat istiadat dan budaya Melayu turun temurun. Sembah begitu adalah adab tentang cara berbeza pendapat dengan Raja yang memerintah. Tiada cacat dan tiada cela.
“Sembah Derhaka” bukannya “menderhaka” dalam konteks menentang dan memberontak terhadap Raja. Ia cuma kaedah berbahasa dibawah bumbung istana, semasa majlis perbincangan antara rakyat dengan Raja, seperti bahasa musyawarah dalam sidang mengadap di Balai Rong Seri istana Raja zaman berzaman.
Pertembungan antara rakyat dengan istana negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 adalah angkara Umno, lantaran hajat politik yang songsang dan tidak beretika. Demi hajat itu, Umno tergamak berdiri dibelakang Raja dan menolak baginda ke hadapan agar berkelahi dengan rakyat jelata.
Setelah memangsakan Raja untuk hajat politik yang menafikan mandat rakyat, Umno terus merosakkan imej istana dimata dan ahti rakyat jelata melalui provokasi media cetak dan elektronik yang mereka kuasai. Tari Umno memang berseni. Mereka berlagak mempertahankan Raja. mereka mencerca sang penderhaka. Kononnya yang malang itu raja dan yang celaka itu rakyat penderhaka.
Sebenarnya, pertembungan itu ciptaan Umno. Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dirangsang supaya mengherdik istana. Apabila Raja terguris murka, Umno melompat menjadi juara sembah taat dan setia yang penuh pura-pura. Saat itu segala hajat Umno pasti diperkenankan oleh Baginda. Matlamat menghalalkan cara. Divide and Rule.
Sejarah ikatan taat setia rakyat dan Raja Melayu.
Catatan sejarah Bukit Seguntang menceritakan taat setia orang Melayukepada Raja bermula dengan ‘wadat” antara Raja bernama Sang Sapurba yang bergelar sri Tri Buana dengan rakyat yang diwakili oleh Demang Lebar Daun.
Sri tri Buana diminta oleh Demang Lebar Daun agar menerima anak cucunya sebagai rakyat yang tidak dizalimi. Andai rakyat melakukan kesalahan, hukumlah mereka dengan adil dan saksama, apatahlagi jika melanggar hukum syarak, maka keadilan syarak itulah yang utama. Sri Tri Buana kabulkan permintaan itu dengan syarat sekelian rakyat jelata jangan derhaka kepada semua Raja dan keturunannya.
Kata Demang Lebar Daun, “Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak buah Tuanku yang dahulu mengubah ia, maka anak cucu patik pun akan mengubahlah ia.” Demikian “wadat” antara keduanya iaitu antara Raja dan rakyat.
Maka titah Sri Tri Buana, Bailah, kabullah hamba akan wadat itu.”
Sempadan hak dan tanggungjawab antara Raja dan rakyat dalam kisah itu diakhiri dengan akuan “jikalau wadat ini dilanggari, dibalikkan Allah bumbung rumahnya kebawah, kakinya keatas”., dengan maksud nescaya jadilah negeri itu porak poranda.
Menurut sejarah Melayu, antara keturunan Sri Tri Buana ialah Sultan Melaka dan keturunannya termasuk Sultan Perak dan Kesultanan Johor abad ke 16. Kesultanan Perak yang ada pada ahri ini adalah keturunan Sultan Muzaffar Shah, anakanda Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Kesultanan Johor juga adalah keturunan Sultan Mahmud Shah, namun telah berakhir pada tahun 1699 dengan peristiwa ‘mangkat dijulang’ yang masyhur itu.
Kesultanan Terengganu mempunyai hubungan dengan Melaka melalui jurai keturunan Bendahara. Pada awal abad ke 20, Sultan Zainal Abidin III bersama para ulama telah menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dinamakan ‘Itqanul Muluk bi Taqdisis Suluk’ yang menetapkan Sultan tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asing sebagai salah satu syarat mendapat ketaatan rakyat. Jika dilanggar, maka tiada wajib lagi rakyat untuk bersembah taat kepada Raja. selepas Raja menerima Penasihat British pada tahun 1919, rakyat bangkit menentang melaluipemberontakan besar antara tahun 1924 hingga tahun 1928.
Sejarah bangsa Melayu dihiasi dengan adat istiadat dan budaya taat setia rakyat kepada Raja. Pantang bangsa Melayu menderhakai Raja. Sedikit cebisan kisah-kisah kebangkitan rakyat menyanggah istana, hanyalah dikala keadilan Raja benar-benar gersang sehingga rakyat terlalu derita. Selain tu, kisah istana dan rakyat jelata indah belaka dengan junjung kasih taat setia selama-lamanya.
Umno tipu Sultan – Ghazali Jawi enggan letak jawatan MB (1974-1977)
Umno terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974. Ketika itu, Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi, (Bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak. Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rasuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 1960.
Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh lebih sebulan hingga bulan September 1974. Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan Ghazali Jawi.
Ishak Tadin memujuk Sultan Idris Shah dengan mengatakan bahawa Tun Abdul Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja. Selepas tempoh itu, Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.
Dua hari selepas itu, Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap baginda di Istana Tambun, Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam Perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk dua tahun sahaja.
Apabila dimaklumkan akan hal itu, Sultan amat kesal dengan perlantikan yang telah dibuat. Mokhtar memohon agar Baginda bersabar untuk mengelakkan krisis diantara parti politik yang memerintah (UMNO) dengan istana. Baginda bersetuju walaupun sangat terkilan kerana Umno telah memperdaya Baginda dengan janji-janji yang tidak mungkin boleh ditunaikan.
Setelah berlalu tempoh dua tahun, Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri besar. Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri (melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB.
Ghazali Jawi dan pemimpin Umno telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan melantik seorang ahli dewan Undanagan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja.”
Pergerakan Pemuda Umno berkeras dengan pendirian:
“Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah diperkenankan perlantikan itu, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri besar supaya meletakkan jawatan.”
“Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar adalah hak Presiden Umno.”
Krisis antara Sultan Idris Shah dengan Umno Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu, Umno Perak berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak, maka Sultan telah bernazar selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco Kerajaan selama dua tahun.
Ghazali jawi hanya melepaskan jawatannya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. selepas itu, Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Haji Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar baru.
bersambung….

Wednesday, June 13, 2012

Al-kisah Mah Gebu kehilangan bakal menantu yang hebat..!!


sumber MediaPerak
sekadar gambar hiasan  :)

Enggang sama enggang mana nak sama dengan pipit..nak terbang sama pun tak setanding..itu pepatah melayu yang hampir pupus..tetapi hari ini terbit semula bila dihebohkan isu bakal menantu Pak Ajid..sapa Pak Ajid ni..dia adalah seorang pembesar di sebuah negara kaya raya yang bernama Bolehland .
Tersebut al-kisah Pembesar Ajid ini adalah seorang yang berdarah bangsawan..punya isteri yang rupawan lagi shoppingwan yang bernama Mah Gebu..sama sihat sama gatai..bak kata ibarat buah nangka dibelah 2..kalau sebelah busuk..sebelah lagi ikut sama busuk.. Dikhabarkan Pak Ajid ni seorang yang amat lemah lembut..dan seorang yang taat sehinggakan dia digelar Pak Ajid Isteri Mah Gebu..mungkin kerana keayuan Mah Gebu membuatkan Pak Ajid terlalu sayangkan Mah Gebu sehingga tidak sanggup membantah permintaan Mah Gebu..
Pak Ajid adalah merupakan pembesar negara yang menjadi contoh..boleh kata macam mentor la kepada rakyat Bolehland ni..keluarga dia memang ngetop..anak2 dia pon hebat2 belaka takde sapa boleh tandingi..

Al kisahnya..tak lama dahulu Pak Ajid dan Mah Gebu telah menerima lamaran dari seorang teruna yang hebat untuk digandingkan dengan si dara Pak Ajid ni..
Selera Mah Gebu lain dari manusia lain..tu pasal dia boleh jadi Wanita Pertama Bolehland..seperti biasa selera Mak  Gebu amatlah luar biasa tingginya walaupun Mak Gebu tak berapa tinggi.. Si Teruna adalah jejaka dari keturunan hartawan yang glamorwan..Mah Gebu telah menetapkan syarat kepada anak-anaknya kalau mahu memilih jodoh..syaratnya haruslah berpendidikan lulusan luar negara..dalam negara dia tak pandang walaupun hujung alis matanya..haruslah punya simpanan setanding denagan jutawan..hartawan..billionwan dan segalanya wan..
Si teruna juga kenalah sama hebat dengan keluarga Pak Ajid dan Mah Gebu..kalau tidak..tak dipandangnye si teruna tu..keperibadian si teruna boleh dikata sama hebat dengan Pak Ajid dan Mah Gebu.. setanding..sekufu..sekasta dengan Pak Ajid dan Mah Gebu..sama bijak..sama hebat..sama penipu..
Nak dijadikan cerita hebat..setelah risikan demi risikan..telekkan demi telekkan..maka Mah Gebu berpuas hati dengan calon pilihan anak daranya..maka ditetapkanlah hari untuk melangsungkan majlis pertunangan yang gilang gemilang..korang bayangkan majlis yang Mah Gebu rancangkan setanding dengan majlis DiRaja2 kat Malaysia ni..tetamu jemputan pun bukan calang2 ada artis dari Hollywood..Bollywood..dan dari segenap wood..kecuali Rimauwood..
Berlangsungnya majlis itu membuatkan rakyat dalam Bolehland itu mengharap kot2 dapat jemputan dari si Pembesar Negara Pak Ajid yang terbilang..namunnn..impian dan harapan rakyat Bolehland umpama mimpi dalam mimpi..usahkan jemputan..nak tengok dalam tv pon tak dapat(kot2 ada siaran lansung)..rakyat hanya dengar cerita bila dah selesai majlis..
Dikhabarkan hebat la sangat majlis Pembesar negara Bolehland..rakyat tumpang rasa berbangga kerana kehebatan dan kemewahan Si Pembesar Negara Bolehland mereka..walaupun rakyat tidak dipelawa ke majlis Pembesar mereka..mereka tetap sayang dan sanjung Pak Ajid dan Mah Gebu..kerana pemimpin mereka setanding hebatnya dengan orang kaya di negara lain..walaupun keadaan mereka sangat daif..baju pun main tampal2 nak beli baru tak mampu..
Tersangat gembiralah Mah Gebu kerana mendapat bakal menantu yang hebat..belajar luar negara..warga asing yang bangsawan ..rupawan dan segala wan…Mah Gebu suka bercerita kat kawan2 seglamor dia tentang bertuahnya anak dara dia dapat bakal suami yang hebat meletop..Mah Gebu ni tak suka orang yang lulusan dari universiti dalam Bolehland..katanya lo kelas..ke sana ke mari Mah Gebu asik memuji Bakal menantu dia yang bernama Mamat Daney..
Mah Gebu merasa dia sudah cukup bahagia dan hebat bila dapat bermenantukan Mamat Daney ini..Mah Gebu sudah pasang angan2 untuk mengadakan majlis yang lebih gemilang..lebih hebat..lebih dalam segala jenis lebih..maklumlah selera  Mah Gebu memang takde sapa boleh lawan..Mah Gebu sudah mula menghitung hari..menghitung belanjawan..menghitung butik2 untuk dilangganinya..tapi kena faham selera Mah Gebu tersangatlah tinggi..bukan butik di dalam Bolehland..tetapi butik2 di nunn luar dari Negara Bolehland..dalam Bolehland semuanya lo kelas..
Dalam keseronokkan Mah Gebu berangan2 dan menghitung hari..Mah Gebu dikejutkan dengan berita yang cukup gempar..kehebatan Mamat Daney memang telah diketahui oleh rakyat Bolehland..kehebatan yang tiada tandingan di dalam negara Bolehland ini..Mah Gebu disuakan dengan cerita Mamat Daney telah ‘membuhung’ ahli keluarganya untuk menjadi hebat setara dengan permintaan Mah Gebu..Mah Gebu rasa mekap tebal dimukanya tidak dapat menutup rasa malunya dengan berita ini..
Mamat Daney dikatakan telah ‘membuhung’ suami ibunya dengan 'menculik' rumah suami ibunya yang bernilai juta-jutaan..kerana keninginannya yang tinggi untuk menjadi menantu Mah Gebu dan Pak Ajid..membuatkan dia nekad untuk 'menculik' rumah suami ibunya yang berupa mahligai mewah..tetapi' penculikkan' itu berjaya dicium oleh suami ibunya dan membuatkan dia terkantoi dan terjerat di dalam jerat percintaa anak dara Mah Gebu..
Mamat Daney juga diceriterakan oleh spy2 leman yang sedang mengintip dia dia luar Bolehland mendapat laporan yang dia juga telah memalsukan dokumen tentang kehebatan dia untuk mendapat tempat di sebuah sekolah yang hebat seperti  syarat layak sebagai menantu Mah Gebu..suami ibunya berasa sangat marah dengan perlakuan anak isterinya itu lalu mendakwa Mamat Daney ke mahkamah kerana telah 'menculik' hartanya tanpa pengetahuannya..
Maka sekarang ini rakyat Boleland berasa sangat sedih mengenangkan nasib Pembesar Bolehland kesayangan mereka..mereka tahu..mesti Mah Gebu berasa malu yang teramat sangat kerana ditampar oleh Mamat Daney bakal menantu kebanggaan Mah Gebu dan Pak Ajid..laporan kehilangan Mamat Daney menambahkan kesedihan kepada rakyat Bolehland kerana kasihankan Mah Gebu nanti tak kesampaian untuk berbelanja hebat untuk majlis perkahwinan anak daranya..
Kesengsaraan ini lebih dirasai oleh anak dara Mah Gebu kerana chenta hatinya telah menjadi buruan  kerana kehebatannya..suami ibunya terlalu cemburukan Mamat Daney kerana dapat menjadi menantu wanita legenda di seantero dunia iaitu Mah Gebu The Great..maka anak dara Mah Gebu hampir menjadi sasau kerana kemurungan yang amat sangat..ini dilaporkan kelihatan Ahli Nujum negara Bolehland asik berulang alik dari kediaman Mah Gebu dan Pak Ajid..
Sejak dari peristiwa terkantoinya Mamat Daney bakal menantu kehebatan Mah Gebu diwar-warkan..Mah Gebu tidak lagi kelihatan di butik2..komplek2 mewah..hotel mewah atau di spa2 mewah..ada dongeng2 yang di dengar Mah Gebu sudah membuat ‘make over’ terhadap ketrampilannya agar dia tidak menjadi perhatian ramai..Pak Ajid juga lebih banyak berdiam diri dari berkata2..setiap soalan yang diberi dia hanya menjawab ‘no komen’…suasana Bolehland sekarang yang suram juga menjejaskan ekonomi Bolehland..pasal semua pakat menyorok tak mau jumpa orang..
Dibawah ini adalah pautan cerita yang hampir sama dengan kisah sedih Mah Gebu dan Pak Ajid..harap bukan inilah bakal menantu hebat Mah Gebu yang hilang itu..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil