Saturday, June 21, 2008
tetiba jek....
Friday, June 20, 2008
hujah TV9-YB Mahfuz vs YB Mohd.Aziz
aku minat betul tgk hujah yg ini...
YB Mohd.Aziz
malunya aku ngaku dia pemimpin aku...sib baik aku tak penah mangkah parti dia..
cakap ngalahkan bdk tak sekolah....hujah yg tak berilmu langsung...
YB Mahfuz...
i lap u...
apa cite ni bro....!!
"Bantah konsert 'ego orang agama' _kenyataan Roslan Aziz"
bila kita tgk tajuk diatas...memang sedikit rasa sakit hati yg terbit kat dada ni...itu belum baca sepenuhnya artikelnya ...GERAMM je rasanya >>>baca disini
Tapi hari ini aku terbaca lak permohonan maaf dari beliau semalam.. >>>"Roslan Aziz mohon maaf" ...so aku pegi la kat blog dia dan baca kenyataan maaf dia serta komen2 pengunjung blog dia>>>baca sini...ada yg marah ..ada yg kasi nasihat..ada jugak yg setuju dgn kenyataan dia ..
tapi bagi aku..aku tak suka cara pemikiran dia dan pendapat dia..ada yg marah dia kata ...'org seni tak layak cerita bab ugama'...pendapat tu aku kurang sokong pasal ada gak org seni yg berilmu...ada jugak org seni berkata 'org ugama tak layak bercakap bab seni'...disini aku pun tak setuju..coz ada gak org ugama yg berilmu tentang seni ni...so bagi aku..nak jadi apa2 pun takpe janji berilmu...bukan setakat ilmu dunia je yg kita patut kejar beria2..ilmu akhirat tu lagi wajib kita tuntut..bak kata biar seiring...penah jugak aku dgr kata2 ni "orang jahil tak kenal org alim...tapi orang alim kenal org jahil"....tapi hati aku terubat la dgn permohonan maaf dia tu...so kira settle arr..tapi setiap luka pasti akan meninggalkan parut..kan..kan..kan...
Apa2 pun..ni lah yg dikatakan manusia..manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan...cuma kita perlu ada keberanian untuk mengaku kesilapan dan memohon maaf...so kita pun kena check diri kita..kena selalu cermin diri...wallahualam....
Monday, June 16, 2008
haru biru...
makin hari makin haru biru aku tgk kan suasana kerajaan tanahair tumpah darahku ini..setiap hari ada saje kejutan2 macam AF lak...rakyat pon ikut terkezut2...mula2 dgn Pulau Batu Putih yang terlepas macamtu aje...pastu harga minyak naik..barang keperluan lak tumpang sekaki naik..pastu demo sana sini...pastu org ramai bersesak lak kat pejabat pos..macam supermarket buat jualan murahh saje gaya pejabat pos ni..kalau tgk senario politik negara ni jangan cerita la...dah macam rojak..macam2 ada..
tapi apa cerita dengan kehidupan rakyat sehari2 ni..?? makin hari makin pening kepala nak buat catuan2 untuk belanja rumah dan diri..hari2 bagai nak pecah kepala memikirkan macamana nak tambah pendapatan isi rumah...apa2 pun hidup kena diteruskan jugak...anak2 tetap nak makan dan belanja sekolah..nak itu ini...
kalau diperhatikan semua perkara yg berlaku hari ini pasti ada hikamah disebaliknya..mungkin manusia dah semakin lalai dan leka mengejar duniawi..mungkin sebab kita hanya memandang sebelah mata saja gejala sosial yg melampau pada masa ini ...maksiat yg berleluasa...masalah murtad yg menjadi2...kes jenayah yg makin meningkat...dan macam2 lagi yg merungsingkan...
mungkin kita terlalu lalai dan leka...semoga Allah ampunkan hamba2Mu yg terlalai...
translator..
Fakta Perak
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil