Followers

Saturday, April 21, 2012

skandal tanah di Tualang Sekah

As Salam Bang Mat,
Saya ada sedikit perkara yang hendak disampaikan kepada Mediaperak. Saya tak pasti kesahihan cerita ini sebab saya hanya mendapat maklumat lisan dari seorang penduduk kampung Kg Redang Sawa dalam DUN Tualang Sekah. Saya harap, Mediaperak dapat membantu penduduk Kg. Redang Sawa ini kerana mereka merasakan mereka telah tertipu.
Pada tahun 2001, seramai 34 orang penduduk Kg. Redang Sawa telah memohon tanah seluas 44 ekar dalam Mukim Teja, Daerah Kinta untuk dijadikan kawasan pertanian. Kalau dapat pun, satu keluarga akan mendapat tak sampai 2 ekar seorang.
Pada tahun 2002, oleh kerana terdapat permintaan daripada beberapa orang lagi yang tertinggal dalam permohonan pertama, maka Ketua Kampung telah mengemukan satu permohonan baru yang mengandungi seramai 54 pemohon dan memohon seluar 56 ekar.
Pada tahun 2005, setelah berbincang dengan Pentadbir Tanah Daerah Kinta, Pentadbir Tanah mencadangakan supaya penduduk membuat  permohonan baru dengan memohon seluas 2 ekar bagi setiap peserta. Jumlah keluasan yang dipohon ialah 135 ekar.
Banyak wang telah dikeluarkan oleh penduduk kampung semasa proses permohonan ini tetapi apa yang berlaku amat mendukacitakan mereka.
Secara tiba-tiba, pada bulan Februari 2010, penduduk kampung mendapat tahu bahawa tanah yang mereka pohon telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Permohonan dari syarikat tersebut telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada bulan Januari 2010.
Bagaimana tanah yang dipohon oleh penduduk kampung sejak tahun 2001, tiba-tiba diberi kepada sebuah syarikat? Dan lebih mendukacitakan lagi, syarikat tersebut dimilki oleh seorang Ahli Jawatankuasa Umno Tambun, seorang lagi ialah anak kepada Setiausaha Sulit Sultan Perak dan seorang lagi dikenali sebagai Tengku Poh. (Dato’ Poh Tak Kiau).
Saya juga mendapat tahu, syarikat tersebut dikuasai oleh Dato’ Poh yang memegang 50% saham.
Saya tertanya-tanya, bagaimanakah Umno boleh mengatakan mereka membela bangsa Melayu?
Dalam kes ini, semua 54 orang pemohon adalah berbangsa Melayu. Jumlah yang dipohon juga bukanlah luas sangat, hanya 2 ekar seorang untuk diusahakan sebagai sumber pencarian. Tiba-tiba, tanah yang telah dipohon dan diusahakan oleh penduduk kampung yang miskin, tiba-tiba diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh bukan-Melayu yang sudah pun kaya raya.
Saya harap, Bang Mat dan Mediaperak dapat membantu mereka di Tualang Sekah.
Terima kasih.

Dah agak dah..BERSIH 3.0 boleh tapi takboleh..






Semua tak boleh baik tak payah buat pilihanraya..




Artikel 26 yang telah dipinda:

Batasan pada hari mengundi ~

26. (1) Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi- 


(a) mengadakan, memnaggil atau mengaturkan di mana-mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apaapa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpuan, pertunjukan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya; 


(b) memberi atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya  alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan didalam atau apa-apa vesel, binatang, motokar, trak, atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu; 


(c) membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau disenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1)(b); 


(d) menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu; (e) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi- 


(i) cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi; 


(ii) menyemak dalam mana-mana senarai  nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi; 


(iii) merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi manamana calon dalam pilihan raya itu; 


(iv) menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi  tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai  yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung 
dengan penjalanan sesuatu pilihan raya; 


(f) bagi pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon  atau parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih di rumah atau di tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; atau 


(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik. 


(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama  tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya. 


(3) Suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.


Pada PRU kali ini, PONDOK PANAS dihapuskan sama sekali. Jarak 50 meter juga dihapuskan sama sekali. Kita tidak lagi dibenarkan bertanya, soal dan menahan mereka yang kita curigai PENGUNDI HANTU, PEMEGANG IC PALSU, MAT BANGLA ATAU MAT INDON YANG MUNGKIN MENYAMAR SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA.



sumber RTP



Thursday, April 19, 2012

apa ke jadahnye kome buat peghangai cam gitu..udah hebat sangat..??!!



yang korang dengki depa berkhemah kat situ pase ape..nape kome tak pegi jengah kelab2 malam banyak budak2 melayu dalam tu tengah beronggeng..budak2 melayu yang merempit tengah2 malam di jalan2..nape korang tak pegi serga deme tu..tu lagi pekdah dari kacau budak2 ni..depa tu nak tolong ringankan beban budak2 yang nak belajor..

orang yang serahkan masa depannya dan keluarganya pada tangan orang lain akan berkata..'budak2 ni buang masa..tak gheti bersyukur ..menyusahkan orang ..' sedarlah..bahawa korang adalah orang2 yang rugi...

aku tak paham le..polis kejenya nengok saja ke..kalau takat nengok orang buat onar baik balik tido kat balai..

lagi berita tentang samseng2 buat kaco kat sini --> MK

Tuesday, April 17, 2012

depa ni takde maruah ke..ingat rakyat bodoh tak reti nak memilih pemimpin..??

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.


Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)
2. DATUK MOHAMED THAJUDEEN ABD WAHAB - Setiausaha MKN (gambar bawah)
3. DATUK WAN AHMAD WAN OMAR - Timbalan Pengerusi SPR (gambar bawah)
4. DATUK JARIAH - Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (gambar bawah) 
5. NIK NORASHIKIN NIK MANSUR - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara 
6. RASHID BASIRON - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara
7. SHAHRUL ANWAR AHMAD ZAHIDI - Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara



Sebenarnya mereka ini lah pengkhianat negara, agama dan bangsa. Sebagai salah seorang penduduk negara bertuah ini rasa terhina dan tercabar menyelebungi jiwa dengan perbuatan dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh mereka-mereka ini. Sekiranya pendedahan YB Pokok Sena ini salah, mereka ini patut tampil ke hadapan bagi menafikan pendedahan tersebut dan tindakan sewajarnya patut di ambil bagi membersih nama yang tercalar, tetapi sekiranya tiada sebarang penafian dan tindakan dibuat, seruan dan cadangan agar mereka-mereka ini diajar dengan secukupnya.

Mereka-mereka inilah kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan tidak bermaruah, menjual dan menggadai maruah hanya dengan sedikit habuan dunia. - siasahkini

* apa depa ni takde keluarga ke kat Malaysia ni..sampai sanggup biarkan warga asing yang berkuasa untuk menetukan masa depan negara kita..dimana maruah rakyat Malaysia ?? rendah sangatkah nilai maruah rakyat negara ni sampai sanggup gadaikan kepada warga asing..??

Sunday, April 15, 2012

belajar secara percuma atau secara berhutang..mana pilihan anda..??






Petang tadi para mahasiswa mengadakan perhimpunan menuntut hapuskan PTPTN..

untuk apa nak dihapuskan..??bukankah benda ni bantuan untuk para pelajar untuk meringankan beban mak bapak nak hantar anak pi sambung belajar kat IPTA..dah bagus la tu kerajaan  nak bantu..memang dasar orang tak penah nak bersyukur..

Kata-kata di atas ni memang akan kita dengar dari mereka yang tak tahu apa itu PTPTN..kenapa pelajar2 nak sangat dia dihapuskan..deme yang belajar mesti paham benar deritanya mak bapak deme nak ngantor deme nyambung belajar..tapi deme rasa bila ada PTPTN ni..deme lagi terseksa..bila dah habis je belajor..hutang dah menanti deme untuk deme selesaikan..dikatakanlah deme tak dapat kerja lepas habis belajar..tak ke mak bapak deme yang kena tanggung..itu kalau sorang yang ambik PTPTN..kalau dalam 1 keluarga 2 3 orang yang mengambil PTPTN..belum bekerja dah berhutang..

sepatutnya kerajaan sebagai bapak kepada pelajar2..ada ke patut anak nak belajar berhutang dengan bapak..tidakkah bapak memang bertanggungjawab menanggung pembelajaran anak2nya..? sepatutnya kerajaan beri biasiswa kepada mana2 pelajar yang nak menyambungkan pelajaran..bukan beri hutang kepada pelajar..ini namanya macam ALONG..

Antara belajar secara percuma tanpa PTPTN atau belajar dengan hutang menunggu selepas habis belajar..mana pilihan anak2 kita dan ibubapa..tentulah kita akan pilih belajar dengan percuma..

pikir-pikir lah..dan pilih-pilih lah mana yang terbaik untuk masa depan anak-anak generasi akan datang..jangan lahirkan generasi berhutang ..




Kalau tengok video ini akan terbit kata2..pelajar2 sekarang kurang ajar..biadap..tetapi kita kena kaji la..kenapa fenomena ini berlaku..kalau tidak kerana pelajar rasa tertindas..!!

Forum Save Teluk Rubiah..


Isu Teluk Rubiah bukan isu baru. Ia sudah lama diperjuangkan oleh aktivis Alam Sekitar Manjung yang diterajui oleh Otai Manjung, Meor Razak dan Peter Van Der Lans… tapi masa tu ramai yang tak tau dan tak peduli.
Isu ini hanya mula menjadi hangat apabila satu persatu rahsia yang tersembunyi didedahkan. Banyak perkara lagi yang masih tersembunyi dan akan terus disembunyikan. Akhirnya, apa yang terkeluar hanyalah kenyataan-kenyataan dari orang politik yang bukan mencerahkan keadaan, sebaliknya menambahkan kekeliruan.
Isu Teluk Rubiah ialah isu Alam Sekitar, bukan isu politik. Ia menjadi isu politik apabila orang politik mempolitikkan isu tersebut.


Aktivis alam sekitar yang memperjuangkan isu Teluk Rubiah bukan orang politik. Malah mereka tidak menyertai mana-mana parti politik.
Malam ini, jam 8.00 malam, satu forum akan diadakan untuk membincangkan tentang apa yang berlaku di Teluk Rubiah. Ia bukan mengisahkan tentang penentangan terhadap Vale, ataupun penentangan terhadap BN..ataupun menuding jari kepada Nizar. Ia akan mengisahkan tentang apa yang berlaku berdasarkan fakta yang disertai dokumen dan kajian.
Ia terbuka kepada seluruh penduduk Manjung khasnya, dan semua yang berminat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Para panelis terdiri dari mereka yang bukan dari parti-parti politik tetapi terdiri dari mereka yang dari mulanya mendokumentasikan kronologi tentang bagaimana Teluk Rubiah bertukar dari satu kawasan pelancongan kepada satu kawasan perindustrian yang boleh mencemarkan keadaan sekeliling.
Jumpa disana.

Pemandangan dari Teluk Batik hari ini....apa akan jadi 3 tahun akan datang..??






translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil