Jika anda telah membaca Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid Hamidi
Bhg. 1 dan
Bhg. 2 di blog ini, dengar sendiri video pengakuan Amir Bazli yang diperolehi bersama risalah Pendedahan Jenayah Ahmad Zahid yang telah tersebar.
Sementara kita sedang cuba untuk menayangkan video itu terus menerus di sini, anda boleh mendengar sendiri di blog AMK Bagan Datoh
sini.
Inilah video dalam risalah yang mendedahkan salahlaku jenayah Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba dinafi dan disembunyikan.
Melalui pengaruhnya sebagai Timbalan Menteri, beliau telah mendapat kerjasama "pihak tertentu" supaya kes beliau tidak diteruskan penyiasatan. Berita di media perdana dan tabloid politik pun sudah henti memberi liputan.
Dengan pihak Pendakwa Raya di Shah Alam lambat membuat sebarang dakwaan mahkamah dan media seolah-olah bersekongkol, kini Amir Bazli sedang mendapatkan keadilan melalui saman sivil terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Ini juga cara OJ Simpson, seorang ahli sukan Amerika yang lepas dari dakwaan kes pembunuhan tetapi kalah semasa saman sivil dari keluarga bekas isterinya yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Bersambung dari
Bhg 1
Insiden Pemukulan Amir Bazli (Muka 4-5)
Amir Bazli Abdullah mengalami kecacatan kekal di muka. Beliau telah dipukul pada 16/01/06 dengan teruk sehingga keadaan fizikal mukanya mengalami kecacatan kekal.
Lapuran polis bertarikh 20/12/2006 telah dibuat dan salinan adalah seperti berikut:
[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]
PADA 18/01/2006 JAM LEBIH KURANG 2200 HRS, SEMASA SAYA SEDANG MENGISI PETROL UNTUK KERETA SAYA NOMBOR PENDAFTARAN CBT 27 JENIS MAZDA FIGHTER WARNA SILVER DI STESYEN PETRONAS DI LUAR UNITEN, SAYA TELAH DISURUH OLEH (1) LELAKI MELAYU BERNAMA HALIM UNTUK MASUK KE DALAM KERETA SAYA DAN TELAH MEMBERITAHU SAYA BAHAWA “BOSS” DIA HENDAK BERJUMPA DENGAN SAYA. SAYA DISURUH MENUTUP HANDPHONE SAYA DAN MEMANDU KERETA TERSEBUT DAN MENGIKUT ARAHAN DIA. SEORANG LAGI LELAKI MELAYU YANG SAYA TIDAK DIKENALI JUGA BERADA DI DALAM KERETA SAYA. KERETA SAYA JUGA DIIKUTI OLEH SEBUAH KERETA BERWARNA KUNING DENGAN BEBERAPA ORANG YANG BERADA DI DALAM KERETA TERSEBUT.
SAYA BERASA TAKUT KERANA SAYA DIUGUT AKAN DICEDERAKAN KALAU TIDAK MENGIKUT ARAHAN HALIM. SAYA TELAH DIBAWA KE SEBUAH KELAB REKREASI DI COUNTRY HEIGHTS, KAJANG. SETELAH SAMPAI DI SANA SAYA DIBAWA KELUAR DARI KERETA TERSEBUT DAN SEBUAH KERETA TELAH SAMPAI. DARI KERETA ITU TELAH KELUAR DATUK AHMAD ZAHID HAMIDI (DI WAKTU ITU BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KINI BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN) BERSAMA MENANTUNYA, HISHAM DAN ANAKNYA YANG DIKENALI SEBAGAI KK. …
[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]
… MENUMBUK SAYA PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN AKIBATNYA TULANG PADA BAHAGIAN HIDUNG SAYA TELAH PATAH DAN MATA SEBELAH KIRI TELAH BENGKAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIBUKA. SAYA BERDARAH DENGAN BANYAK SEMASA SAYA MELINDUNG MUKA SAYA DENGAN TANGAN SAYA. SECARA TIBA-TIBA MEREKA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK OLEH SEMUA ORANG TERMASUK DATUK AHMAD ZAHID.
SAYA TELAH DITARIK KE SEBUAH BANGKU DAN TELAH DIPEGANG OLEH (2) ORANG KUNCU DATUK DAN DATUK MEMARAHI SAYA DAN MEMUKUL SAYA TANPA BELAS KASIHAN. SEORANG LELAKI YANG BERNAMA HANS (KUNCU DATUK) TELAH MENGUGUT SAYA BAHAWA DIA AKAN MEMOTONG KEDUA-DUA TANGAN SAYA DAN DIA JUGA TELAH MEMUKUL SAYA PADA BAHAGIAN MUKA. SAYA TELAH DIPUKUL OLEH SUATU OBJEK KERAS DENGAN GANAS SEHINGGA TULANG TENGKORAK KEPALA SAYA PATAH. SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT SIAPA YANG BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SAYA MENGESYAKI DIA ADALAH HISHAM, MENANTU DATUK AHMAD ZAHID.
KK JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN MENGGUNAKAN SEBUAH BATU YANG AGAK BESAR DAN MEMULASKAN BATU TERSEBUT PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN DIA JUGA TELAH MENENDANG SAYA PADA BAHAGIAN TULANG RUSUK SEHINGGA BENGKAK. MENANTUNYA BERNAMA HISHAM JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DAN BERKATA “AKU DAH INGATKAN KAU. AKU SANGGUP BERMANDIKAN DARAH. ENGKAU TAK KENAL AKU, SIAPA AKU DAN BAPA AKU DEKAT KLANG (MERUJUK KEPADA ALLAHYARHAM DATO ZAKARIA DEROS) . SEKARANG ENGKAU LIHATLAH SENDIRI APA YANG TERJADI”.
SELEPAS ITU, DATUK AHMAD ZAHID TELAH BERKATA “AMBIL GUNI. MASUKKAN DIA DALAM GUNI.” SELEPAS ITU, ISTERI DATUK AHMAD ZAHID, IAITU DATIN HAMIDAH TELAH DATANG DAN MENENANGKAN SITUASI DI SANA. ANAK DATUK AHMAD ZAHID, IAITU NURULHIDAYAH TELAH TIBA DAN APABILA DIA MELIHAT KEADAAN SAYA DAN DIA TERUS MENANGIS. MELIHAT INI, DATUK AHMAD ZAHID TELAH MENAMPAR NURULHIDAYAH DI HADAPAN MATA SAYA.
SELEPAS ITU, SAYA TELAH DIBAWA KE PERKARANGAN RUMAH DATUK AHMAD ZAHID DI MANA SAYA DIPUKUL LAGI OLEH DATUK AHMAD ZAHID, KK, MENANTUNYA, HISHAM SERTA ORANG-ORANG LAIN YANG ADA DI SANA. DATUK AHMAD ZAHID BERKATA “AWAK AKAN DITANAM.”. SETELAH BEBERAPA JAM SAYA BERADA DI SITU SAYA DISURUH BALIK LEBIH KURANG 0200 HRS (PAGI) IAITU PADA 17/01/2006. SAYA JUGA TELAH DIUGUT SUPAYA TIDAK MEMBERITAHU KEPADA SESIAPA MENGENAI INSIDEN INI. SAYA TELAH MEMANDU KERETA SAYA SEMULA DENGAN SENDIRI KE PUSAT RAWATAN ISLAM, BANGI.
SAYA TIDAK MELAPURKAN INSIDEN INI SEBELUM INI KERANA AMAT TAKUT. SAYA MASIH BIMBANG AKAN KESELAMATAN SAYA DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA. SEKIAN LAPURAN SAYA.
[
Laporan ini ditandatangan oleh Pengadu dan pegawai polis Penerima Repot dari Balai Polis … (tidak jelas) H.S. Lee, Jalan Stadium, Kuala Lumpur.]
Bersambung ke Bhg 3.
Dari
Bhg 2
APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH?Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan).
Percintaan terhalang ini mengakibatkan Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya.Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.
Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.
Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?
Sehingga hari ini masih tiada lagi siasatan yang benar-benar telus dilakukan. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih di luar sana serta bebas dan yang paling menyedihkan penjenayah ini sekarang bergelar Menteri.
Berikut adalah petikan dari media Sunday Mail 21-22 Julai 2007 yang telah memaparkan insiden tersebut. Ini adalah hasil dari kegagalan pihak polis dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Kenapa sehingga kini tidak ada pendakwaan.
Suratkhabar ini telah memaparkan kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah serta sebab yang menyebabkan beliau dipukul dengan begitu teruk oleh kumpulan Dato' Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Dato' Ahmad Zahid Hamidi tindakan
Amir Bazli Abdullah hanya untuk memburuk-burukkan namanya dan adalah mustahil beliau melakukan perkara ini semata-mata kerana Amir Bazli keluar "temujanji" dengan anaknya.
[Nota: Ini menjawab saranan komentar yang menyatakan Amir Bazli layak dipukul kerana keluar tanpa persetujuan. ]
Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan itu dengan alasan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya
tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atas tuduhan yang dibuat oleh Amir Bazli AbdullahLebih memburukkan ialah
polis turut "senyap" mengenai isu ini. Kenapa?
Agak keterlaluan sekiranya Amir Bazli terpaksa memukul dirinya sedemikian rupa dengan mengalami kecacatan semata-mata untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Ini tidak logik dan sukar diterima akal . Persoalan-persoalan tuduhan ini sepatutnya dirungkai oleh pihak polis demi untuk mencari kebenaraan (dan keadilan).
Ini kes jenayah dan tuduhan adalah tuduhan jenayah. Persoalan ini memerlukan siasatan dan pembelaan.
Apakah dengan penafian Dato' Ahmad Zahid Hamidi sahaja cukup untuk menolak perbuatan jenayah yang beliau lakukan.
Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh polis? Adakah Amir Bazli Abdullah mencederakan dirinya sebegitu rupa, mengalami kecederaan kekal hanya untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi?
Adakah kecederaan di muka Amir Bazli tidak menimbulkan sedikit kemusykilan dari pihak polis?
Kenapa tidak disiasat dan sekiranya Amir Bazli Abdullah menipu, mengenai isu ini kenapa beliau tidak diambil tindakan kerana laporan palsu?
Ini semua menaikkan bulu kening. Polis tidak mengambil langkah-langhkah yang sepatutnya dalam memastikan kebenaran terselongkar. Sekiranya tidak, maka timbul spekulasi bahawa polis bertindak menyorokkan insiden ini hanya kerana Dato' Ahmad Zahid Hamidi seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.
Adakah kedudukkan ini melayakkan undang-undang diketepikan dan mengsa terbiar tanpa pembelaan?
Bersambung ke Bhg 4
Dari
Bhg 3
APA SEBENARNYA BERLAKUIni adalah percintaan antara
Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada
Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh
Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap
Amir Bazli AbdullahPercintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara
Amir Bazli Abdullah dan
Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap
Dato Ahmad Zahid Hamidi.Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi. 1. Saya telah menyertai konvoi “Big Biker” pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya;
2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya;
3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana “saloma” di Kuala Lumpur.
4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya;
5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut;
6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit “AB-1”
7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;
Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama
Dato’ Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah
tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam “Karpal Singh and Company” kerana kes laporan polis terhadap jenayah
Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih belum diselesaikan oleh polis.
Tuntutan dalam writ saman
Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman
Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan
Amir Bazli Ahmad dan pembabitan
Datuk Ahmad Zahid Hamidi.APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.20061. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang.
2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi).
3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah menumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah.
4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.
5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi)
6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras.
7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Bazli Abdullah) “kau akan ditanam”
8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”
9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa
Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya.
Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi
Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa
Amir Bazli Abdullah akibat di pukul.
Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh
Amir Bazli Abdullah atas perbuatan
Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam writ saman
Amir Bazli Abdullah , berikut adalah
kecederaan yang di alami oleh beliau:1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE dan NASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUM
2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT
3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE
4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.
Berikut adalah
laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima.
Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa.
Dari
Bhg IVPerbuatan jenayah
Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi
kesan seumur hidup terhadap
Amir Bazli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami
kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya
bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti
Amir Bazli Abdullah ini mendapat
pembelaan yang sewajarnya.Lihatlah apa yang terjadi pada muka
Amir Bazli Abdullah: Dengan kecederaan yang begini, apa yang
mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan
Amir Bazli Abdullah sungguhpun
Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.
Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa
Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.
Dari
Bhg VDengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah
ketidakprihatinan pihak polis mengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun
Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.
Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa
Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.
Sehingga ke hari penerbitan ini pun
Amir Bazli Abdullah masih tidak mendapat pembelaan dan mengambil keputusan untuk
melakukan lebih dari sepatutnya dalam menuntut keadilan dan pembelaan buat dirinya.
Laporan dari Weekend Mail dan Siasah gagal untuk menjemput polis untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai perbuatan jenayah
Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Amir Bazli Abdullah pada satu ketika seakan percaya bahawa kepimpinan negara ini adalah kebal walaupun ini adalah perbuatan jenayah yang amat jelas.
Sekiranya polis melaksanakan tugas dengan lebih integriti maka polis sepatutnya melakukan siasatan terperinci sehingga mampu memberi pandangan negatif kepada saya dan saudara pembaca.
USAHA
Amir Bazli Abdullah untuk menegakkan keadilan dan menghukum mereka yang melakukan perbuatan jenayah terhadap dirinya. Kami turut simpati atas nasibnya dan kesal terhadap orang yang berjawatan tinggi seperti
Dato Zahid Hamidi sanggup bertindak seperti mafia untuk memastikan
Amir Bazli Abdullah tidak dapat menyambung perhubungan kasih sayang yang ada sewaktu itu.
Berikut adalah
surat yang terus meminta polis untuk melakukan siasatan rapi dan memohon keapda polis untuk mengetahui setakat mana siasatan telah dijalankan. Imbasan
serahan laporan dan dokumen bersabit Kes Dato Ahmad Hamidi kepada Tan Sri Musa Hassan;Amir Bazli Abdullah telah menghantar satu
serahan laporan dan dokumen bersabit kes Dato Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Jun 2007. Laporan itu mengandungi beberapa perkara :
1. Laporan polis
2. Surat daripada pihak guaman
3. Laporan Doktor
Pengesahan penerimaan laporan itu juga diterima pada 27hb Jun 2007 namun sehingga ke hari ini,
penjenayah ini bebas melakukan apa sahaja. Pada 13 Mac 2007 melalui peguam Karpal Singh dan Company telah menghantar surat kepada En Mohad Idris Bin Samsuri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang.
Sekali lagi ditekankan bahawa sehingga hari ini
tidak ada satu jawapan yang konkrit diterima mengenai kedudukan kes ini dan sehingga ke hari ini penjenayah yang terdiri dari
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan masih bebas.
Dalam buku ini kami siarkan semua laporan mengenai insiden agar pembelaan terhadap seorang anak Malaysia dapat di peroleh. Kita tidak mahu
Dato Ahmad Zahid Hamidi terus menipu rakyat, memikirkan bahawa dia mempunyai kuasa maka segala-galanya kena tunduk padanya.
Kita
mahu beliau sedar dalam Malaysia ini adalah undang-undang dan beliau adalah pesalah laku jenayah yang sepatutnya di penjara atas perbuatan beliau. Kita tidak mahu undang-undang Malaysia di pandang lekeh oleh mereka yang mempunyai kuasa apa lagi setakat buku ini ditulis sudah bergelar Menteri.
Tiga dokumen di atas adalah tindakan-tindakan yang telah dibuat untuk menuntut pembelaan.
Amir Bazli Abdullah telah memohon berkali-kali untuk mengetahui perkembangan laporan yang beliau buat mengenai insiden jenayah
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dari pihak polis.
Polis dengan alasan “sedang dalam siasatan” sehingga hari ini gagal memberi satu kepastian mengenai kes tersebut. Amir Bazli Abdullah dan peguamnya Karpal Singh turut memohon penjelasan dari Unit Pendakwaan untuk mengetahui status kes tersebut dan satu maklum balas telah diberi untuk menunjukkan bahawa Unit Pendakwaan sudah meminta fail dari Siasatan Jenayah mengenai kes ini namun ia tergantung setakat itu sahaja.
Ini menyebabkan
harapan untuk mendapat pembelaan dari polis masih gagal dan ini hanya menunjukkan terdapat sesuatu yang menghalang kes itu dari disiasat. Kami percaya sekiranya ini kes pemukulan oleh orang biasa sudah tentu si pelaku akan diheret ke balai untuk siasatan rapi. Ini akan menyebabkan kita beranggapan bahawa kes ini sedang terlonggok di atas meja Pejabat Polis tanpa pembelaan.
Ini juga memberi makna mengenai kekebalan mereka yang mempunyai kuasa dalam melakukan jenayah. Apakah ini tidak menjadi satu persoalan?
MANGSA JENAYAHButiran di atas menunjukkan insiden tindakan rakus
Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan samseng dalam usaha memutuskan perhubungan antara anak beliau dengan
Amir Bazli Abdullah Tindakan beliau tidak boleh dimaafkan kerana beliau telah melakukan jenayah sehingga telah mengancam nyawa
Amir Bazli AbdullahAmir Bazli Abdullah adalah mangsa seorang kepimpinan negara ini yang sepatutnya bergelar penjenayah tetapi hari ini menggunakan kuasa untuk menghalang Jabatan Polis untuk melakukan siasatan. Mangsa ini telah memohon dengan mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri, Ketua Polis Negara malah telah berusaha mengutus surat kepada Sultan Perak agar keadilan terlaksana namun sehingga hari ini masih gagal mendapat maklum balas.
Sekali lagi kami maklumkan bahawa
Amir Bazli Abdullah mahukan keadilan dan mahukan mereka yang bertanggung jawab dihumban ke penjara atas perbuatan mereka. Mereka memukulnya tanpa rasa belas ihsan, tanpa ada rasa kemanusiaan dan mengugut untuk membunuh.
Kumpulan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini bongkak dan Datuk Ahmad Zahid begitu angkuh mengatakan bahawa sekiranya Amir Bazli Abdullah membuat laporan maka laporan akan dicampakkan ke tong sampah. Adakah ini sikap seorang pemimpin? Adakan ini yang ada di Malaysia, kepimpinan negara boleh melakukan apa sahaja seolah-olah beliau di luar peruntukan perundangan.
Gambar Datuk Ahmad Zahid Hamidi bersama Amir Bazli Abdullah dalam konvoi bermotor
Inilah dia kini “menteri gengster” yang telah hampir meragut nyawa
Amir Bazli Abdullah kerana dosa cinta Antara Dua Darjah. Kita wajar menghukum beliau atas apa yang telah dilakukan. Kita sepatutnya tidak boleh membiarkan – apa lagi seorang yang mempunyai kuasa menggunakan kuasa bagi membolehkan beliau melakukan perbuatan jenayah.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak layak lagi duduk bersama-sama masyarakat selagi beliau tidak dihukum dan selesai menjalani hukum. Beliau serta rakan-rakan “gengster” beliau sepatutnya dihumban dalam penjara.
Semasa tulisan ini dibuat
Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik menjadi Menteri Penuh. Ini menguatkan iltizam kami untuk terus menerbitkan buku pendedahan ini atas alasan tidak mahu negara ini di perintah oleh orang seperti
Datuk Ahmad Zahid Hamidi – seorang penjenayah dan menyalah guna kuasa sehingga kes ini tidak disiasat oleh pihak polis.
Tambahan: Bagi menjaga nama baiknya dari tercemar dengan kes ini, Amir Bazli cuba mendapatkan suara pembelaan dari pelbagai ahli-ahli politik, termasuk pembangkang. Antara yang telah diusahakan termasuk pemimpin-pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim, dan Saifuddin Nasution atau pemimpin-pemimpin PAS seperti Salahuddin Ayub, dan lain-lain pemimpin PAS Kelantan. Sehingga kini, baik pemimpin-pemimpin pembangkang mahu pun majalah dan laman web mereka bagaikan berdiam mengenai kes Zahid Hamidi. Ianya seolah-olah ada persekongkolan dari mereka membantu memajukan politik Zahid dalam UMNO.
Selepas laporan berita di Siasah, majallah pro-pembangkang itu enggan memberi pendedahan. Dipercayai Mohamad Sayuti Omar telah di'beli' oleh Zahid dan kini adalah pengampu besar Zahid. Detik daily telah memadamkan sebahaguian dari siri pendedahan ini. Malah dipercayai laman web Malaysia Today enggan menyiarkan kes salahlaku Zahid kerana telah juga mendapat bayaran.
Tambahan maklumat ini adalah untuk menyangkal salah anggapan bahawa Amir Bazli adalah 'budak suruhan' pembangkang.
Dari
Bhg VIYANG MENYELAMATKAN SAYAKami telah mendedahkan pengakuan
Amir Bazli Abdullah mengenai tindakan tidak berperi kemanusiaan
Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Kami telah mempamerkan laporan polis yang tidak diambil tindakan serta kenyataan media serta surat merayu agar siasatan dibuat dan mengambil juga langkah menyaman
Datuk Ahmad Zahid Hamidi atas perbuatan beliau tetapi seperti yang dikatakan – sehingga kini tidak ada satu siasatan yang konkrit diambil.
Amir Bazli Abdullah hampir mati dibelasah oleh
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan gengster dan ini
disaksikan sendiri oleh isteri beliau Datin Hamidah dan anak beliau Nurulhidayah. Isteri kepada
Datuk Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang menghalang
Amir Bazli Abdullah dari terus dipukul yang mampu menyebabkan kecederaan yang lebih teruk atau sehingga terbunuh.
Dalam insiden itu juga, anak beliau Nurulhidayah turut ditampar apabila cuba menghalang ayahnya dari terus memukul
Amir Bazli Abdullah. Insiden inilah akan diingati oleh
Amir Bazli Abdullah.
Hari ini
Amir Bazli Abdullah masih lagi menyimpan pakaian hari malang beliau sewaktu di pukul. Berlumuran dengan darah dan bergelimpangan di atas tanah
Amir Bazli Abdullah di mamah oleh
Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan rakan-rakan “gengster” nya.
Mereka memang berniat untuk membunuh, kata Amir Bazli Abdullah. Mereka sudah sedia untuk menanam saya hidup-hidup. Mereka sungguhpun tidak membunuh saya atas halangan isteri
Datuk Ahmad Zahid Hamidi tetapi telah
mengugut untuk mengambil tindakan menghapuskan Amir Bazli Abdullah sekiranya berani melaporkan kepada polis.Mereka turut memberi amaran bahawa
pihak polis akan hanya membuang laporan itu ke dalam tong sampah sekiranya laporan dibuat. Ini menunjukkan betapa yakinnya mereka terhadap polis. Mereka yakin polis akan menyebelahi mereka dan apa yang ada sekarang hampir menunjukkan kebenaran.
Ini seolah-olah terus menghilangkan keyakinan
Amir terhadap Jabatan Polis kerana
Amir Bazli adalah mangsa yang dipukul oleh seorang pemimpin kanan kerajaan dan rakan-rakan beliau. Sekali lagi
Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya di penjara atas kesalahan beliau.
Seluar yang dipakai oleh Amir Bazli Abdullah sewaktu di pukul
Amir Bazli Abdullah menunjukkan baju yang mempunyai kesan darah akibat dipukul oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan “gengster” beliau
Baju dan seluar sewaktu apabila di belasah masih ada dalam simpan
Amir Bazli Abdullah. Setakat ini barang-barang ini tidak diambil oleh polis dan ini juga boleh menunjukkan bahawa siasatan menyeluruh kemungkinan tidak dilakukan. Bahan-bahan ini adalah petunjuk bahawa
Amir Bazli dibelasah dan petunjuk paling besar bahawa beliau telah dibelasah adalah pada muka beliau yang mengalami tanda kekal. Ini juga tidak mengundang pihak polis untuk mengadakan siasatan mengenai siapa belasah
Amir Bazli Abdullah.Mungkin selepas ini kita boleh
mengheret Datuk Zahid Hamidi ke mahkamah atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mengelakkan dirinya dari disiasat. (Kesalahan sama seperti Anwar ibrahim, rakan seperjuangan Zahid)
Pihak Zahid Hamidi sudah menyedari akan kewujudan blog ini sepulangnya dari Mekah. Namun begitu, mereka mengambil sikap untuk tidak mempedulikan blog ini. Kononnya blog tidak akan mempengaruhi dan mengubah sikap dan pendirian perwakilan.
Biarlah sikap mereka demikian, lagi dibiarkan tanpa jawapan, lama-lama rakyat akansedar. Kini laman web UMNO Reform telah meberi pendedahan kepada kewujudan blog ini pada Mac 5hb, 2009. Berikut adalah tulisan ringkas mereka:
Pendedahan isu Zahid Hamidi
Written by Webmaster
Thursday, 05 March 2009
Membaca http://anti- zahid.blogspot. com/ mungkin akan membuka kita sendiri kepada apa yang berlaku atas calon Naib Presiden UMNO ini. Tuduhan ke atas beliau juga berat. Ini tuduhan jenayah - menculik - memukul dengan begitu dahsyat sekali dan menurut blog ini laporan polis telah dibuat tetapi tidak mendapat sebarang tindakan sehingga ke hari ini.
Perkembangan isu Zahid Hamidi ini amat memeranjatkan sungguhpun blog http://chegubard. blogspot. com pernah memberi prebiu mengenai isu Zahid Hamidi. Adakah UMNO akan membiarkan mereka ini di beri peluang untuk mentadbir negara. Mungkin adalah amat perlu kita melawati laman pendedahan Zahid Hamidi yang dikatakan oleh blogmaster, masih tidak mendapat pembelaan.
Apa pun perkara ini dikatakan masih tergantung dan isu ini sebenarnya tidak boleh dibiarkan lama. Dari makluman yang di tulis oleh blogmaster tersebut kes ini bermula dari tahun 2005 - kalau tidak silap dan telah melalui 4 tahun tanpa pembelaan. Ada yang berani komen mengenai isu ini dan adakah Zahid Hamidi sesuai untuk menjadi Naib Presiden dengan terbongkarnya isu ini.
Zahid kini kononnya berada ditahap tertinggi dalam survey yang dibuat mengenai pemilihan Naib Presiden. Dato Hishamuddin yang mendapat pencalunan terbanyak pun nampaknya menghadapi perjalanan mencabar ekoran dariperarakkan PPSMI. Hanya Dato Shafie Apdal yang dijangka stabil kerana wakilSabah akan diberi peluang oleh perwakilan-perwakil an.
Penentangan kita terhadap Zahid bukan kerana untuk melihat Zahid kalah. Kita menentangnya kerana Zahdi adalah pemimpin yang akan menjadi liabiliti kepada UMNO. Selain sikapnya yang hipokrit ugama, pemimpin yang tidak berkeupayaan berfikir, dan perasuah, Zahid masih mempunyai pertalian kuat dengan PKR melalui bekas rakan sepejabatnya, Johari Abdul dan bekas Setiausaha Kerja Pemuda UMNO bawahnya, Saifuddin Nasution.
Sekiranya dia terpilih, UMNO akan berada dalam keadaan malu apabila kerusi Naib Presiden dikosongkan lagi kerana Zahid akan tewas dalam kes jenayah terhadapnya.
sumber:
http://anti- zahid.blogspot. com/