Followers

Saturday, January 02, 2010

apa ada pada kalimah ALLAH....??

http://www.turntoislam.com/images/tti/misc/Allah.gif

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.
Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ


Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

sumber http://g-82.blogspot.com/



-
Orang Arab, kebanyakan mereka, guna nama Arab. Tak kira nama Arab asli atau nama Arab impot. Contoh nama Arab impot ialah Ibrahim (إبراهيم), Yusuf (يوسف) dan Ya'kub (يعقوب). Kebanyakan Arab yang guna nama Nabi-Nabi tersebut adalah beragama Kristian.

-Orang Arab, berbahasa Arab. Tak kira apa jua agama. Orang Arab Muslim menyebut Allah itu الله. Begitu juga orang Arab Kristian. Begitu juga orang Arab beragama Yahudi. Sapa kata orang Arab semua Islam? Sapa kata Yahudi hanya agama bani Israel?

- Allah SWT menyatakan mereka semua sebut Allah itu الله. Baca ayat 30, surah at-taubah:

وقالت اليهود عزير إبن الله
"Dan golongan Yahudi berkata: 'Uzair itu anak Allah"


وقالت النصارى المسيح إبن الله
"Dan golongan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah"

ذلك قولهم بأفواههم
"Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri."

sumber http://siyasahsyariyah.blogspot.com/



Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil.

sumber PakKaramu


kita biasa mendengar non muslim guna ayat ini..
" itu tuhan alah(Allah) punya kuasa la.."
"Tuahan alah(Allah) juga kasi kita sakit ka..sihat ka..kaya ka miskin ka..semua tuhan alah(Allah) bikin ma.."

dialog tu selalu non muslim gunakan ketika bercakap dengan org Islam..ummi tak boleh nak ulas lebih2..biar hanya yang arif sahaja yang bersuara..kata orang banyak cakap takut banyak buat silap...

peringatan buat ummi dan semua..ilmu Allah itu luas dan masih banyak perlu kita terokai dan dalami...tuntutlah sehingga ke liang lahat..

wallahua'lam..

Friday, January 01, 2010

Cek Midahh...ooo Cek Midahhh..!!

[hamidah+osman+jebik.jpg]

Kita hairan kah pencerobohan yang dibuat oleh Cek Midah si ADUN Sg.Rapat ni..?? apalah yang nak dihebohkan...dah tabiat kaum kerabatnya menceroboh aje..apa nak dihairankan..lagipun dia nak ceroboh surau 'saja'...sedangkan satu Perak senang2 depa ceroboh..inikan pulak surau yang sekangkang kera..siapa yang berani nak halang kehendak Cek Midah ni..AJK surau..? nampaknya mereka belum kenal dengan kehebatan Cek Midah dan gerombolannya...siap la hangpa..

apa kesnya..korang baca kat sini...

Thursday, December 31, 2009

Pesta naik harga barang menyambut tahun 2010..2 kupang je laa..!!!

pesta naik harga barang...biasanya kalau satu barang asasi naik secara otomatik semua harga barang yang bersangkutan dengan penggunaannya akan turut sama naik..tetapi ada juga hamba Allah yang merasa bangga dengan kenaikkan harga 20 sen ini..sebab apa saja yang diumumkan oleh kerajaan BN(barang Naik) adalah baik belaka..baik untuk rakyat..menggalakkan penggunaan yang berlebihan maka rakyat akan berjimat cermat...secara tak langsung boleh menjaga kesihatan..cittt poodaahh..cakap sebelum terasa bahana kenaikkan harga..bila dah rasa tercekik baru nak kepoh..lambat arr...

Seperti kebiasaan..bila naik harga barang yang bising boleh setakat bising saja..harga tetap tidak akan turun..lama kelamaan rakyat jadi sudah serasi dengan sebarang kenaikkan harga..setakat berkokok dalam reban..takkan membangunkan orang yang tidur lena...bukan setakat gula..roti saja..semua barang makan akan naik sama.....Terima Kasih BN....

SELAMAT DATANG 2010.. dengan pesta naik harga barang...!!

HAPPY NEW YEAR......
Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak..
saborr je laa....

happy_new_year
A%20spoonful%20of%20Sugar%20Blog%20Size.jpg

Monday, December 28, 2009

'kami desak PAS keluar PR'..siapakah 'kami2' itu..??

Hari ini berlangsung satu sejarah yang sangat memalukan PAS apabila beribu(ribu ke..?) dikata ahli PAS membuat demo di depan pejabat PAS Selangor bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat..kira2 20 ribu orang (oppss ribu kena buang sebab yang nampak 20 orang aje) membanjiri perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS negeri yang terletak di Pusat Perniagaan Worldwide di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Siapakah mereka yang berani ini...depa kata depa sebagai penyokong dan pengundi PAS..tapi Salahuddin kata tu bukan orang parti..lagipun mana ada gerakan sebegitu dalam PAS..tak caya korang baca kat sini ..Pemuda amno juga menafikan menjadi dalang kepada hamba2 Allah yang pi buat demo tu..korang boleh baca kat sini ...

pemuda amno kata..'Ini gerakan orang Pas, sama ada atas inisiatif sendiri atau digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Pas keluar dari PR.'

Naib Presiden PAS kata.."Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

ummi kata...memang sah bukan orang PAS..takde rupa orang PAS pun.. kalau depa ni bukan sapa2..apasal susah hati sangat PAS duk dalam Pakatan Rakyat ..setakat 20 orang saja yang nak PAS keluar PR adakah perlu kita ambil berat..? kalau dorang ni ahli PAS patut dikenakan tindakan displin..kalau bukan duk diam2 kat tepi jalan..peganglah kain rentang tu sampai tua...







apakah kehendak depa ni terhadap PAS Selangor..? moh kita baca sesama apa yang depa duk merapu hari ini...




KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.


4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Dari apa yang terdapat dalam memorendum ni..jelas sungguh depa2 ni cukup..cukup..cukup menyanyangi PAS..tapi apasal ummi yang duk dalam PAS tak rasa nak suruh PAS keluar dari PR..hmm.

.korang macamana..??





translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil