Followers

Friday, August 15, 2008

berihat seketika


assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360
Harap maaf..
kerana kesibukkan ummi tak sempat nak buat posting apa2...
InsyaAllah sekiranya ada kelapangan ummi akan update mengenai Muktamar Dewan Muslimat PAS ..
harap maklum..!!

Wednesday, August 13, 2008

DIAMBANG MUKTAMAR DMP


assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360


Alhamdulillah ummi selamat sampai ke Hotel Hillcity jam 6.40pm...

ummi dari Bagan Datoh bersama2 dengan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Puan Munirah Athirah Dato'Hj.Hassan Adli serta bonda tercintanya..Datin Hajjah Fatimah Zahrah Hj.Nasri..

sampai di Simpang Pulai pick-up lak seorang anak dara yang akan bersama menyumbangkan tenaga di hari mutkamar esok...dulu dah bawak sekali masa gi PROTES..la ni dia dengan bangganya menawar diri utk berkhidmat ni la contoh petugas dari PAS,berkhidmat tak mengharapkan apa2 ganjaran.. 

Malam jam 9.00pm kami diberi taklimat mengenai tugasan kami esok hari...ummi dalam unit keselamatan...unit yg sgt penting menjaga kelancaran dan keselamatan semasa sidang bermuktamar..

Di sini ummi sertakan aturcara Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 48

7.30 a.m    Perwkilan dan Pemerhati mengambil tempat

8.30 a.m    Ketibaan VIP dan tetamu undangan

8.50 a.m    Ketibaan Perasmi

9.00 a.m    Aluan Pengerusi Majlis

9.05 a.m    Lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS

9.10 a.m    Bacaan ayat suci Al-Quran

9.20 a.m    Ucapan aluan Penyelaras Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS

"SELAMAT bERMUKTAMAR"

Jam di henpon dah menunjukkan 3.00 pagi..esok nak bangun awal untuk bertugas..

wallahualam


menuju ke muktamar

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360
Hari ini ummi sibuk sikit sebab nak menghadirkan diri ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-54 di Ipoh..kalau takde aral petang ni ummi akan bertolak ke Ipoh dan menuju ke Hotel Hillcity bagi persiapan terakhir menyambut tetamu dari seluruh negara..

Dewan Muslimat akan bermuktamar pada 14hb Ogos 2008..selamat datang kepada semua perwakilan2 dan para pemerhati ke negeri Perak Darul Ridzuan.



''SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA YG TERLIBAT
DAN
SELAMAT DATANG"


Tuesday, August 12, 2008

Interfaith Commission (IFC)

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Berjalan2 kat blog kengkawan tadi...ummi singgah blog tok ghimau baca entry dia mengenai 'Ikut Logik atau Ikut Agama?'..wah betul2 make my blood go upstair i tell u allz..bila baca makin lama makin hangat tinger ummi..tak tau la pasal apa..kalau lah sape2 bukak cite IFC dan SIS ni..otomatik tinger panas punye..sib baik tak sampai kena sampok atau histeria....

Tau niat dorang tu baik..tapi cara aje tak betol,kita kalau nak membantu golongan wanita2 yg terindas..kenala rujukkan dia Al-Quran dan Sunnah bukan pakai logik akal...sebab Al-Quran tu dah cukup sempurna tak kira zaman mana kita berada....apa dorang ingat Islam tak membela wanita ke..?

kita takut waris kita kemudian hari makin hari makin jauh dari ajaran dan fikrah Islamiah kalau puak2 ni terus diiktiraf....walaupun banyak faedah yg diutarakan untuk pembelaan nasib kaum wanita tapi tuntutan mereka2 ini jauh sgt meninggalkan apa yg dah termaktub di dalam Al-Quran....sehingga kita merasakan tindakan mereka seperti tajuk lagu 'tak tercapai akalku'...

kita kalau nak buat sesuatu hendaklah disertakan dengan redha Allah s.w.t...kena minta pandangan orang2 yang arif dan alim sebagai rujukan...demi tidak terusik maruah umat Islam...wallahualam

mari kita lihat apakah dia nya IFC dan tuntutan2 mereka..walaupun cerita ni dah lama..tapi disebabkan "melayu mudah lupa" meh ummi nak kasi ingat balik..terima kasih kat tok ghimau pasal mengingatkan ummi...

PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)? IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut: Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'. Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

4. Apakah matlamat penubuhan IFC? Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam? Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut: i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan - Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.

ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah Norma-norma antarabangsa tersebut ialah: Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama,

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti,

Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.

iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC. Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim? Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi. Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI. MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA. JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA. ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.

Ahli-ahli ACCIN terdiri dari: Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam'iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY.16 Kerajaan didesak tidak teruskan IFC - Teras Pengupayaan Melaya


Kenyataan Bersama: Kerajaan Tidak Berhak Mengawasi Akhlak<-- (klik sini kalau nak baca abih)

Berdasarkan beberapa perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini, nyata sekali kita, sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi boleh berdiam diri dan terus membiarkan penglibatan kerajaan yang semakin meningkat dalam mengawasi akhlak rakyatnya.

Penangkapan seorang mak nyah oleh pihak berkuasa agama di Taiping semasa dia berada di perkarangan rumah seorang kawannya (The Star, 2 Mac 2005, ms 12); kempen mengintip kelakuan anak-anak muda oleh Gerakan Belia 4-B Melaka dengan alasan mengawasi akhlak mereka (Malaysiakini.com, 22 Febuari 2005); dan penahanan dan tindakan yang memalukan ke atas lebih daripada 100 orang muda mudi beragama Islam oleh JAWI berikutan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Kuala Lumpur - semua ini merupakan peristiwa-peristiwa malang yang membuktikan bagaimana tindakan mengawasi akhlak boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia serta hak asasi mereka sebagai rakyat.

Kami mempersoalkan peranan kerajaan, serta penggunaan undang-undang agama dan undang-undang munisipal oleh pihak kerajaan, untuk mendefinasi dan mengawal akhlak rakyatnya. Memaksa dan menakut-nakutkan rakyat supaya mematuhi undang-undang tersebut tidak akan membawa kepada masyarakat yang lebih berakhlak; sebaliknya tindakan tersebut akan menghasilkan masyarakat yang berada dalam ketakutan serta rakyat yang bersifat submisif dan hipokrit.

nak baca abih gi klik kat tajuk dia kat atas tu..

Sisters in Islam "

ummi : sekarang pepatah "jangan jaga tepi kain orang" dah tak berapa boleh pakai...kerana dalam Islam suruh kita tegur menegur..ingat mengingati..nasihat menasihati..kalau kiat tak jaga tepi kain orang mana kita nak tau apa yg berlaku disekeliling kita...tapi jangan jaga sampai dalam kain orang...nak kena maki try selak kain orang..tak penampor dapat nanti...tepi kain saje tak salah...tu pun tgk aje,jangan pegang..kalau nampak carik ke hape...bagitahu boleh dibetolkan...

Kalau kita bezakan zaman dulu dengan sekarang jauh sungguh bezanya...kalau dulu anak kita anak satu kampung juga..."anak kamu anak aku..anak aku anak kamu jadi kalau ko nampak anak aku lain macam sikit ko tegur la,aku izinkan.."so anak2 kita tak berani nak buat tak tentu hala kat belakang kita..mata2 kita ramai....semua orang boleh tolong kita jaga anak kita..

sekarang...anak2 buat perangai belakang kita takda sape nak kasi report...jadi wartawan gosip ramai la...

wallahualam

JANGAN sentuh EMPAT perkara YANG SENSITIF

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360


JANGAN sentuh EMPAT perkara YANG SENSITIF
oleh ABN Nasution

1. Masalah agama


Masalah agama kalau hendak di bincangkan, maka bincanglah agama sendiri dan peraturannya, jangan bincangkan agama orang lain

ummi : sesuai sgt dengan Surah Al-Kafirun,maksud ayat 6 ''
Untukmu agamamu dan untukku agamaku!''

2. Masalah bangsa

Jangan memperlekeh bangsa orang lain, jika mahu bincang juga maka bincanglah nasib bangsa kamu sendiri, Tuhan jadikan setiap bangsa-bangsa supaya mengenali adat dan budaya masing-masing

ummi : disarankan mengenali adat budaya bangsa lain untuk kita faham dan menghormati sesama bangsa..tapi bukan mencampuri urusan satu2 bangsa itu.

3. Masalah bendera negara dan negeri

Jangan memperlekeh bendera-bendera yang menjadi kebanggaan setiap negeri dan negara kerana di sana ada yang mendaulatkannya

ummi : bendera merupakan lambang kepada semua..tak kira bangsa, ugama dan pahaman politik...tu sebab masa perang orang pegang bendera ni amat dijagai dan duduk di barisan depan sekali...kerana turunnya bendera bermakna tumbangnya sesebuah negara atau negeri..maka bila ada yg berkempen terbalikkan bendera ummi tak sokong,kerana ia merupakan lambang pada bumi yg kita duduk sekarang..tanpa bendera tu orang luar takkan kenal Malaysia...jalur gemilang bukan kepunyaan hak mutlak satu2 parti politik...tetapi hak semua rakyat Malaysia,ia merupakan lambang dan maruah rakyat Malaysia...so kena lah kita pelihara..takkan lah marahkan pemimpin bendera yg dicerca..wallahualam

4. Masalah badges(lambang/logo)

Jangan ganggu dan perlekeh badges yang di junjung atau di guna pakai oleh kumpulan-kumpulan tertentu kerana ia melambangkan kebanggaan yang di kaitkan dengan tugas-tugas mereka sanggup mati kerana itu.,contoh pasukan beruniform.

ummi : bab ini kalau mereka2 yg menjadi anggota2 beruniform..tak kira polis,askar,kastam atau mana2 unit2 beruniform dan institusi2 kerajaan...logo atau lambang ni sgt disanjung tinggi...dorang sanggup gaduh,bermati2an mempertahankan maruah logo tu..jadi tak heranlah Abg Bakaq a.k.a ~penarik beca ditahan kerana itu..kalau nak marah polis..marah saje individu itu tapi jangan pada lambangnya..kerana ia boleh dianggap menghina tapi bukan 'menghasut'....nak kira kalau nak tangkap pun tangkap la org yg ubahsuai logo tu..pasai apa,bukan Abg Bakaq yg buat pun..pastu kalau nak tangkap..ramai lagi yg patut ditangkap ,sebab ramai yg buh logo berkepala anjing tu kat blog2 dorang..termasuk la ummi sekali..hehehe.....begitu juga dengan jata2 negara dan negeri2,lambang2 kebesaran raja2 ..jadi harap kita semua perihati dan menghormati sesuatu lambang itu..kalau kita rakyat Malaysia sendiri menghina kepentingan2 negara kita..jgn pulak kita marah orang menghina hak kita...salah kita juga.(peringatan ini untuk diri ummi dan anda2 di luar sana juga)


Ke empat-empat perkara tersebut jika di perlekeh atau di ganggu atau di hina maka ia akan mengundang kecelakaan, adapun peristiwa yang berlaku dua tiga hari yang lalu, yang berkait dengan FORUM MASUK ISLAM yang mungkin akan mencetuskan huruhara maka semua pehak hendaklah melihat kelemahan masing-masing, umpamanya jika ada sesiapa dari kalangan yang bukan Islam yang mahu MASUK ISLAM maka peraturannya mestilah di ketatkan peraturannya KECUALI yang mahu MASUK ISLAM kerana melihat Islam itu benar indah dan baik, bukan kerana mahu MASUK ISLAM kerana cinta, hendak kahwin atau kerana politik, dan mereka yang sudah masuk Islam (mualaf) tentukan mereka itu mendapat bimbingan dengan secukupnya terutama soal akidah, bukan di biarkan mereka itu meraba-raba untuk mendapat kefahaman tentang Islam, kita dapat melihat dan mencontohi bagaimana azam pengembang-pengembang agama kristian yang gigih dan sanggup masuk hutan kerana mengembangkan kefahaman mereka dengan jayanya, akan tetapi bagi orang-orang islam belum lagi ada yang sanggup berbuat demikian

Orang-orang melayu yang beragama Islam dan menjunjung tinggi ISLAM pun belum tentu mereka itu faham tentang Islam itu apa yang sebenarnya, cuma yang mereka tahu mereka adalah Islam, akan tetapi mereka tidak memahami kehendak-kehendak Islam itu sendiri, dengan sikap demikian mereka mudah di perlekeh oleh orang yang bukan Islam kerana setiap orang yang bukan Islam akan meneliti pokok akidah Islam itu berasaskan kepada apa, dan apabila mereka memahami apakah ISLAM itu sebenarnya maka mereka menilai pegangan umat yang bernama ISLAM yang tidak menepati ISLAM yang sebenar maka itu adalah peluang bagi mereka memperlekeh ISLAM dan umatnya, dalam hal ini siapa yang hendak kita persalahkan? Cuma di sebabkan mereka adalah dari kalangan baka Islam maka mereka bersemangat untuk menunjukkan perasaan mereka sebagai seorang Islam, itu saja dan tidak lebih daripada itu, ini terbukti di dalam majlis peguam itu sendiri ramai yang beragama Islam akan tetapi mereka tidak langsung merasa apa-apa mereka itu menikus bagaikan tikus basah, kerana mereka sendiri sudah menjadi 'bad muslim', langsung tidak punya perasaan

Di akhir zaman ISLAM itu sendiri sudah banyak di ubah-ubah oleh manusia yang bernama Islam itu sendiri, sama seperti apa yang telah berlaku terhadap ahli-ahli kitab, mereka nak tunjukkan bahawa mereka adalah Islam yang bersemangat dan memperjuangkan ISLAM itu sendiri, seolah-olah mereka adalah pejuang ISLAM, namun mereka tidak menyedari Islam yang mereka perkenalkan itu sudah mirip kepada Yahudi dan Nasoro, kerana itu adalah di harapkan apabila kita hendak membincangkan soal Islam maka hendaklah di jemput orang yang bijak pandai tentang ISLAM, jangan ego,jangan bongkak, jangan sombong bodoh !!! dan jangan cuba cipta ISLAM yang baru

Apabila kita menepati ISLAM yang sebenar yang berasaskan Al-Quran dan Hadis maka itu adalah Islam yang benar, selain daripada itu semuanya bukan islam yang benar, malah ia adalah palsu, JANGAN NAK PERBODOHKAN orang lain, cukuplah diri sendiri yang bodoh..


Ummi : Islam adalah satu cara hidup yg sudah cukup sempurna...hayati dan amal sbaik2nya.Allah dah beri kita panduan tapi kita taknak gunapakai untuk kehidupan kita seharian...tu pasai gejala sosial yg berlaku di hari ini yang menjadi jaguannya adalah bangsa melayu yg berugama Islam..yg mendahului senarai teratas adalah bangsa ini juga..jadi dimana silap kita..??

wallahualam


Sunday, August 10, 2008

Forum berjaya - Ambiga ..??

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Forum berjaya - Ambiga

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Majlis Peguam menganggap Forum Memeluk Islam anjurannya telah mencapai kejayaan apabila dihadiri lebih 100 orang dan mahu program yang sama diteruskan pada masa depan.

Presidennya, Datuk S. Ambiga berkata, kejayaan forum sedemikian membuktikan konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah yang berpunca daripada tindakan seorang daripada ahli keluarga yang memeluk Islam boleh dibincang secara terbuka tanpa sebarang masalah.

''Saya secara jujur berharap kita dapat belajar sesuatu daripada kejayaan kita mengadakan forum ini yang telah membuktikan isu ini boleh dibincangkan secara terbuka dan bukan semata-mata dianggap hal peribadi keluarga terbabit,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN-

---------------------------------------------------------------------------------

GUBAL UNDANG-UNDANG MEWAJIB ORANG ISLAM DIADILI DI BAWAH MAHKAMAH SYARIAH

Oleh sofiwahab6

Saya menyokong kenyataan seorang Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang berkata bahawa konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah yang sering berlaku apabila seseorang memeluk agama Islam tiada kena mengena dengan agama itu tetapi berpunca daripada kelemahan pihak yang melaksanakan undang-undang.

Selain itu ia juga berpunca dari kegagalan kerajaan memperkukuhkan Mahkamah Syariah sehingga mahkamah ini menjadi mahkamah kelas kedua di Malaysial. Sepatutnya apa juga keputusan Mahkamah Syariah yang membabitkan orang Islam tidak boleh dicabar di Mahkamah Sivil. Ini kerana orang Islam atau kes yang membabitkan agama Islam sudah sewajibnya tidak boleh dibawa atau dicabar di Mahkamah Sivil.

Walaupun begitu orang Bukan Islam yang mempunyai kepentingan di dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah boleh dipanggil untuk membantu mahkamah memberikan keterangan atau mengemukakan bahan bukti walaupun mungkin tidak boleh menjadi saksi.

Jelas sekali selagi kerajaan gagal menyelesaikan masalah pertikaian dua sistem iaitu sistem syariah dan sivil selagi itulah akan datang pertentangan antaranya. Sehingga ke hari ini kerajaan Islam Hadhari masih berdolak dalik dalam hal ini.

Kerajaan sepatutnya sudah lama menggubal undang-undang untuk mewajibkan semua kes melibatkan orang Islam mesti diadili dengan mahkamah syariah iaitu menggunakan Undang-undang Islam. Kes-kes ini semestinya mencakupi semua, bukan hanya nikah kahwin, cerai-berai, harta pusaka, hak penjagaan baik malah kes jenayah dan sebagainya mesti diadili mengikut hukum Islam.

Malangnya sehingga ke hari ini mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa untuk mengadili orang Islam untuk kes-kes nikah kahwin, cerai berai, harta pusaka dan hak penjagaan anak-anak dan beberapa kes lain tetapi kes-kes lain seperti bunuh, rogol, zina, liwat, rompak, samun, fitnah dan sebagainya diadili di mahkamah sivil yang tidak bertepatan dengan Islam.

Bagi saya orang Bukan Islam tidak patut takut dengan sistem Mahkamah Syariah kerana ianya hanyalah untuk mengadili orang Islam sahaja. Orang Bukan Islam bebas untuk diadili dibawah mahkamah sivil.

Malah sesiapa yang bukan penjenayah, perompak, penyamun, perasuah dan sebagainya tidak perlu takut untuk diadili di mahkamah mana sekalipun andainya mereka tidak melakukan kesalahan. Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut untuk ke mahkamah.


Forum “MEMELUK ISLAM“ , Satu Lagi Projek Kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL

Oleh ulitmayang

"
Dalam masa dua [ 2 ] hari saja , selepas dituduh di mahkamah seksyen Jalan Duta , Projek Liwat 2’08 , senyap dan sunyi sepi. TV 1, 2, 3, dan media lain dan berkemas – kemas fail.

Tutup kata mereka.

Dah selesai satu projekSebelum itu , kes tangkapan DSAI , laku dalam dua [ 2 ] hari jugak , lepas tu senyap

Sebelum tu , soal harga minyak naik , ni lama sikit , kurang lebih dua jugak , tapi dua [ 2] minggu.

Dah selesai.
Tutup fail kata Shahril Samad. Huh , baru boleh tidur .
Rakyat Malaysia dah redha dan menerima penjelasan kerajaan UMNO/BN , memang rakyat harus berkorban untuk kelangsungan kerajaan yang sedia ada.

Sebelum tu , klip video lingam , karpal singh vs Sultan dan lain – lain ,, dan bungkus kemas – kemas belaka dah.

Melayu mudah lupa.

Betul jugak ya !!!
Hari ini mula satu lagi projek , namanya “MEMELUK ISLAM“ , untuk KAMBUS Projek Liwat 2’08 , kerana umno/bn dah mengaku kalah , semua skrip dah hancur. Budak ‘Rembau” dah pening kepala , Pak Lah tak boleh tido pulak dah , tapi orang kata dia kuat tido.

So, dalam dua [ 2 ] minggu ni , Projek “MEMELUK ISLAM“ akan ditayang , dibahas , dihidangkan untuk rakyat Malaysia ,setiap hari dalam semua media arus perdana , sehingga ke hari penamaan calon P-44 Permatang Pauh , 16 hb dan hari mengundi 26 hb.

Selamat aku sekejap , kata UMNO/BN

Tapi yang seronoknya polis begitu “LEMBUT” , “SOPAN” , tak nampak FRU pun , bagus betul , siapa kata polis kat Malaysia jahat , ganas dan kasar ?
Siap bagi laluan lagi.

Berpeluang lah Sdr YB Salahuddin Ayub [ kenapa acap kali keluar TV YB ni , ke dah kena kawtim oleh Bahagan Perang Saraf & Perisikan UMNO ?] , Sdr YB Zulkifli Nordin , TGHH , TGNA pun acap kali keluar media,

Alhamdulillah lah.

Soalan 1

Mengapa rumah Sharizat Jali kena lempar bom molotov ?Rumah siapa yang Sharizat Jalil beli ?
Apa kaitan , Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga, dengan rumah berkenaan ?
Apa kaitan Shahrizat Jalil , Datuk S. Ambiga , Forum “MEMELUK ISLAM” ?

Huh , …..aku dah kena tipu lagi ke ni ????????????????????????


Forum 'Memeluk Islam' tamat awal

KUALA LUMPUR: Forum kontroversi 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup. "Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup," katanya.

Di luar perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang berkumpul termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai bantahan terhadap penganjuran forum itu.

Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa. Kira-kira 80 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keadaan. - Bernam

Rumah Shahrizat dilontar molotov koktail

KUALA LUMPUR: Rumah Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Bukit Damansara di sini, dilontar dengan molotov koktail awal pagi tadi.

Tiada kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu. Laporan polis dibuat oleh pengawal keselamatan rumah itu kira-kira jam 7.15 pagi.

Sementara itu dua molotov koktail juga ditemui berhampiran pintu masuk bangunan Majlis Peguam di sini, pagi tadi.
"

~ tranungkite~

polis nafi tangkap YB Zulkifli

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360












KUALA LUMPUR 10 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan berita Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin ditahan malam tadi.

Ismail berkata, tiada apa-apa berlaku dan sehingga hari ini tiada tangkapan dibuat terhadap Ahli Parlimen berkenaan.

Beliau menegaskan, ia hanya khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam Internet dan blog.

~ Utusan. ~


KUALA LUMPUR: Polis menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog hari ini bahawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

“Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

~berita harian~


Sunday, August 10, 2008

YB Zulkifli In Police Custody - Confirmed

Latest update 3:20pm Sunday - disahkan bahawa penahanan YB Zulkifli bukanlah dibawah akta ISA sebaliknya hanya penahan biasa & juga difahamkan YB Zulkifli akan dibebaskan malam ini selewat-lewatnya...sama-sama kita berdoa untuk beliau

update 2:50pm Sunday
- Dah dapat pengesahan dari HQ Perisik Rakyat bahawa YB Zulkifli Nordin ditahan polis semalam selepas ceramahnya di Tanjung Karang.kemungkinan besar YB Zulkifli akan dibebaskan malam ini....


updates 11:40am Sunday - According to Hishamuddin Rais’ sms, Zul is probably detained under the ISA for his involvement in the protest against the Bar Council’s forum on “Conversion to Islam

Updates, 3:00am Sunday - According to blogger A Voice, YB Zulkifli Noordin was picked up by the cops about midnight for his role in the protest against the Bar Council forum. In his last posting on Aug 9 at 9.31 pm, the PKR MP for Kulim- Bandar Baharu says it's time a Muslim lawyer heads the Bar Council

Sekiranya berita tentang YB Zul itu benar, itu baru episod pertama.krn apa yang aku tulis di blog kengkawan mungkin benar.beberapa NGO yang sblm ini tak pernah muncul dlm mslh rakyat tetiba muncul dgn provokasi yang mengila dan menakutkan.tak pelik ke..ada mamat pakai baju bergambar "JACKS DANIEL " berbicara tentang islam dan semangat islam yang mengila.JACKS DANIEL tu jenama arak bg yang tak tahu.bertambah pelik lagi bila :
Forum di adakan pada musim pilihanraya.
Tiada larangan yang serius dari pihak berkuasa.
Tiada halangan dan sekatan jalanraya untuk hadir berdemo.
Bantuan masuk bangunan Majlis Peguam oleh pihak berkuasa
Kata dan jerita provokasi di luar bangunan berunsur berkauman
Ahli UMNO tidak turut serta di dalam demo.

~ perisik rakyat ~

Untukmu agamamu dan untukku agamaku!

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360


Ertinya:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah : “ Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah ( pula ) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.“

1. Say : O ye that reject Faith!

2 . I worship not that which ye worship,

3. Nor will ye worship that which I worship.

4. And I will not worship that which ye have been wont to worship,

5. Nor will ye worship that which I worship.

6. To you be your Way, and to me mine.


Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Surah ini mengenai sebuah peristiwa ketika beberapa orang kafir berusaha mengadakan dialog dengan Nabi dalam rangka menjatuhkan beliau agar kaum muslim kembali ke kebiasaan lamanya menyembah berhala. Mereka mengusulkan untuk menyembah Allah selama satu tahun, mengikuti ajaran Nabi, dan tahun berikutnya mereka semua, termasuk Nabi dan kaum muslim, menyembah berhala-berhala tradisional mereka. Dengan demikian mereka akan berganti-ganti praktik ibadat sampai salah satu cara terbukti benar pada salah satu pihak. Maka, menurut jalan pikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dari mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika praktik kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Surah ini mempakan jawaban dari mereka yang percaya dan beriman kepada mereka yang tidak beriman.

1. Katakanlah: Wahai orang-orang yang menyangkal kebenaran (kafir)!

2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,

Ini adalah ungkapan penegasan dari orang beriman, yang percaya bahwa ia akan menerima dan merasakan rahmat dari Pencipta Yang Mahaesa. Oleh karena itu ia memberitahu orang kafir, 'Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.' Orang yang beriman, malahan, menyembah langsung sumber makanan batinnya, yang menjaga agar selamat dari kegelapan yang melingkupi orang lain dan yang memberinya cahaya dan pencerahan. Sumber tersebut menambah keimanannya melalui ' ubudiyah (ibadah)nya dan melindunginya dari segala bahaya. Ibadah menjadikan perjalanannya mu'abbad (mudah, lancar, tidak ada perlawanan). Dengan kerendahan hatinya ia diangkat semakin lama semakin dekat kepada sumber mata air.

3. Dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah.

Dengan kata lain: Engkau tidak punya jalan menuju sumber yang aku sembah, karena engkau tidak menyembah energi halus yang memancarkan semua Sifat.

4. Dan aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

Tidak pernah akan, dan tidak pernah bisa, setelah tercerahkan, setelah dibukakan, setelah mengetahui Allah, menghormati atau memuja apa yang engkau sembah.

5. Dan kamu pun tidak akan menyembah apa yang akn sembah

Di masa akan datang, engkau pun tidak akan pernah menyembah kebenaran yang aku sembah. Ini merupakan ramalan yang menunjukkan bahwa orang-orang yang dalam kekufuran akan tetap dalam kekufuran. Ada orang yang telah diciptakan sebagai bahan bakar neraka, sebagaimana berulang kali dikatakan dalam Alquran, dan fakta ini tidak dapat diubah. Mereka akan tetap begitu meskipun kita meminta agar mereka tidak melakukan itu, meskipun segala upaya dilakukan untuk menarik mereka ke dalam cahaya din.

6. Untukmu agamamu dan untukku agamaku!

Orang yang beriman berada dalam ketenangan hati yang sempuma dan orang yang tahu bahwa segala sesuatu berada dalam genggaman Allah menyimpulkan, 'Engkau mempunyai jalan sendiri, jalan yang kau pilih untuk melengkapi lagi dirimu dan berinteraksi dengan orang lain, dengan wujud apa pun yang kau anggap mutlak, dan aku punya jalan sendiri!' Kemudian orang-orang yang beriman dan berkeyakinan teguh bergandengan tangan mengikuti metoda yang telah disempumakan dari model Muhammad. Mereka tidak diterangi dari luar; penerangan mereka ber-asal dari dalam. Mereka berjalan sepanjang pantai lautan cahaya, dan pantai ini ada batas-batasnya. Inilah jalan orang mukmin, j'alan keyakinan yang sempurna.[]


"Tajuk forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, "Memeluk Islam" mempunyai implikasi seolah-olah Islam sebuah agama baru dan penuh dengan masalah bagi sesiapa yang berminat untuk menganutnya sehingga ia seolah-olah perlu diberikan amaran.

Barangkali Majlis Peguam hanya benar-benar mahu membincangkan soal teknikal bersabit implikasi undang-undang kesan apabila seseorang ahli keluarga atau pasangan bukan Islam memeluk agama Islam.

Jika hanya mahu membincangkan soal teknikal perundangan, tidak perlulah Majlis Peguam menggunakan tajuk seperti itu kerana tajuknya sahaja sudah seolah-olah membawa niat tidak betul dan mengundang pelbagai reaksi negatif dari pemimpin kerajaan dan pembangkang serta pemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan NGO Islam.

Dalam lain perkataan, tajuk forum ini sahaja sudah terbukti provokatif sehigga mengundang kemarahan umat Islam Malaysia.

Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.

"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat,�

Bagi Presiden Persatuan Peguam Muslim Tan Sri Abu Zahar Ujang, beliau mengingatkan bahawa negara mempunyai Akta Hasutan yang masih diguna pakai dan jika berlaku kemaharahan kaum dan penganut agama Islam maka Majlis Peguam perlu memikul tanggungjawab.

Tentulah tidak sepatutnya Setiausaha majlis berkenaan Lim Chee Wee menyelar Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak difahaminya.

Nampaknya Lim Chee Wee terlupa bahawa Syed Hamid adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung tentang ketenteraman awam dan keselamatan dalam negera dan juga merupakan seorang peguam.~harakah~"

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil