Followers

Saturday, September 19, 2009

perutusan 1 Syawwal TGHH Presiden PAS



Berhati-hati di jalan raya...
ingatlah orang yang tersayang...!!

Friday, September 18, 2009

Perutusan 1 Syawwal dari TGNA...

 http://mediakelantan.files.wordpress.com/2008/09/tok-guru-potrait.jpg

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Thursday, September 17, 2009

Perutusan 1 Syawal DS Nizar untuk semua

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohor batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusan jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.


Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

amno/BN ibarat daun yang sedang dimamah ulat..


Den dah koba dah...pekung amno/BN sedang dibuka oleh orang amno/BN juga..

amno sekarang sedang diasak dari pelbagai sudut..dari depan..dari belakang..dari kiri..dari kanan..dan yang paling haru dari dalam sendiri..kenapa amno/BN jadi begini..? adakah balasan tuhan terhadap keangkuhan dan ketakburan pimpinan dan ahlinya..kalau ya..peringatan juga kepada semua parti2 yang berada di dunia politik Malaysia hari ini..jadikan kisah amno/BN ini sebagai tauladan..

amno/BN semakin kehilangan pengikut dari kalangan orang muda..kata Tun Daim..orang lama amno/BN ini menyatakan 80% orang muda sedang memalingkan muka mereka dari amno/BN..apa yang menyebabkan ianya berlaku...? kerana sikap mereka yang merasa sudah selesa dengan kuasa ada di tangan..mereka leka akan kemenangan yang telah diberi rakyat..mereka lupa satu hari nanti rakyat akan menghukum mereka diatas kelalaian dan keangkuhan mereka..maka sekarang ini mereka seperti daun yang sedang dimamah ulat..lama kelamaan amno akan lenyap..

http://jepretanhape.files.wordpress.com/2009/01/ulat-di-pohon-keladi-963.jpg
kebajikan rakyat tidak dihirau..keutamaan sepatutnya untuk rakyat ditunda ke belakang..keselesaan rakyat bukan tanggungjawab mereka..keselamatan rakyat tidak dititikberatkan..bagi amno/BN itu semua hanya untuk pemimpin yang berkuasa..kerana mereka wakil kepada rakyat..maka segala kesenangan..keselamatan ..keselesaan hanya pemerintah yang layak terima ..rakyat kena berusaha sendiri untuk kehidupan mereka sendiri..maka kenapa mereka yang tidak boleh membela rakyat diberi kuasa lagi..? PRU13 akan menjawab semua ini..rakyat harus tegas untuk memastikan kehidupan kita mengikut kemahuan kita..

selalunya orang akan menyatakan keburukan temannya setelah ia disingkirkan..begitu juga yang berlaku kepada amno..bila bekas2 ahlinya yang berpengaruh mula membuka kain temannya sehelai demi sehelai..sekiranya ia tidak dihentikan..maka akan telanjang bulatlah temannya...tapi siapa yang akan menghentikan mereka dari menelanjangkan amno..siapa berani..?

dihentikan tidak berguna lagi..amno sudah pun ditelanjangkan oleh tangan2 mereka yang di dalam amno sendiri..entah la amno..bersedia sajalah untuk dikafankan..supaya amno tidak lagi diaibkan..yang tinggal di dalam amno sekarang adalah pimpinan yang serupa tin kosong..cakap berdegar2..tapi tiada isi..tidak satu pun dapat mendatangkan menafaat kepada rakyat dan negara melainkan hanya utnuk poket dan kroni..

wallahualam..

Wednesday, September 16, 2009

pecah kaca pecah gelas..dah baca harap balas..hehehe

 
kad raya ni khas utk semua pengunjung dan teman ummi di UmmiAnni Blogspot ini dan juga Facebook ..kad raya ni sindri bikin oo...

ummi mengucapkan Selamat hari raya..maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa..terlebih seloghoh..termengumpat..tercaci..termaki
..terkhilaf dan segala2 'ter' yg tak disengajakn ataupun tersengaja...ummi menyusun sepuluh jari memohon maaf..semoga Syawal kali ini memberi seribu kerahmatan kepada anda semua..dan kalau dipanjangkan umur kita akan berjumpa di Ramdhan yang akan datang dengan penuh kesyukuran..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
 
nak cuti dari online..kalau boleh le..hehhee..sudilah terima kad dari ummi..
 

semboyan telah berbunyi..menuju Bagan Pinang..!!

Bila hari raya semakin dekat..PRK pun juga semakin mendekat..maka pernan blogger telah dilihat penting dalam setiap PRK...bermula dengan PRK Permatang Pauh Blogger mula menonjolkan diri untuk memnyumbang kepada gerakkerja pilihanraya..walaupun halus sumbangannya tetapi nampak besar..

bermula dari Permatang Pauh kemudian Bukit Gantang Bloggers tak jemu2 datang membantu..walaupun tidak dilayan dan diiktiraf..tetapi sikap degil para bloggers kerana sayangkan perjuangan dan Pakatan Rakyat..maka dibuang jauh2 rasa terguris di hati tu...kerana pepatah ada menyebut kalau takut pada risiko jangan bicara tentang perjuangan..cehh wahh..

sebenarnya rungutan2 yang bloggers luahkan bukan kerana marah dan benci kepada pimpinan parti..tetapi mengharapkan perubahan minda dan pembaikpulihan sistem pengurusan parti saja..bloggers tidak duduk dalam barisan pentadbiran parti maka cadangan dan ide yang tercetus tidak tahu nak disalurkan melalui siapa dan apa..maka blog lah tempat meluahkan buah fikiran dan rasa hati..

Alhamdulillah..sekarang kita dapat melihat penerimaan pimpinan parti terhadap gerakkerja bloggers yang tujuan utamanya adalah ingin melihat PR dapat memantapkan barisan jenteranya dan dapat menawan hati rakyat Malaysia khususnya..

Maka dengan adanya PRK N31 ini.. barisan bloggers akan diuji lagi..tetapi kali ini akan melahirkan satu jentera yang maha hebat dengan gabungan bloggers dan pimpinan parti bagi menawan N31 ini..kita akan all out di Bagan Pinang..strategi sedang diatur dan dihalusi untuk melicinkan tugas semasa PRK ini..

kali ini juga kita melihat para pimpinan dan YB2 yang begitu menghargai peranan bloggers sebelum2 ini dengan rela hati memberi sumbangan berbentuk kediaman dengan segala bentuk kemudahan terutama internet dan pengangkutan semasa PRK nanti telah disediakan..para blogger mengucapkan setinggi terima kasih terhadap penyumbang2..

dengan ini bloggers dilihat sebagai barisan hadapan bagi satu angkatan perang..semboyan perang telah mula dibunyikan untuk menyusun barisan..maka  para bloggers PR diseru untuk tampil ke hadapan ..

untuk keterangan lanjut..baca semboyan pertama yang telah ditiup Wak Al-banjari ini...

Oleh : albanjari
Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib 'ong-ong' ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama 'kerusi roda', yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang 'senget' di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi 'ajar' buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan 'perang' ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :
1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang 'rasmi' bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan 'full access' ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam - Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan 'kesesakan'.

4) Untuk pengkalan data bloggers - keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.
..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September - 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.

Tuesday, September 15, 2009

Alhamdulillah...keajaiban Ramadhan yang hilang telah pulang..

 

Blog kedaikopitepimasjid dengan ini mengucapkan terima kasih kepada pelayar-pelayar yang telah menyebarkan berita tentang kehilangan anak gadis En Alias. Setelah berita kehilangan gadis ini disebarkan dalam beberapa buah blog , gadis yang bernama Syera ini dengan izin Allah SWT telah berjaya ditemukan kembali kepada keluarganya. En Alias sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda sekalian.

Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lepas telah memberi kesan kepada mereka sekeluarga. Kini hari-hari terakhir Ramadhan akan digunakan untuk menebus kembali kerinduan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Aidilfitri disambut dengan nada kesyukuran oleh En Alias sekeluarga.

Alhamdulillah...yang hilang telah pun pulang ke pangkuan keluarga..
seburuk2 keluarga ia adalah darah daging kita..sejahat2 keluarga merekalah tempat lahirnya kasih sayang..air dicincang takkan putus..maaf memaafkan adalah ubat yang paling mujarab untuk keutuhan silaturrahim..
Sayangi ibubapa..kasihi amanah(zuriat) anda.. 

hayati lirik ini
Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya
 
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

wallahua'lam

hanya ada di Kelantan..tiada di tempat lain...


Alangkah sejuknya mata memandang..hati2 akan tersentuh bila melihat peringatan2 yang seperti ini..difahamkan idea datang dari TGNA sendiri untuk membuat papan iklan yang bermasej ini..
 
semoga TGNA sentiasa dalam rahmat Allah..




Qaryah Ramadhan yang hanya ada di negeri Serambi Mekah,Kelantan.















 
mengharap negeri di bawah naungan PR ada program dan usaha seperti di kerajaan Kelantan..

Monday, September 14, 2009

11 Oktober PAS yakin menang..!!

[47d6541f2dd9c40bf5cef1dd6aff9310.gif] 
3 Oktober penamaan calon...11 Oktober membuang undi..
PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata nama tiga calon tersebut diserahkan oleh PAS Negeri Sembilan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada hari Ahad.
“PAS negeri (Negeri Sembilan) telah kemukakan nama tiga orang calon yang telah dikenalpasti berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat. Semuanya adalah anak tempatan,” katanya 
“Pada pilihan raya umum lalu kita hanya kalah dengan kira-kira 2,000 undi sahaja dan berdasarkan momentum kemenangan yang diperolehi menerusi beberapa pilihan raya kecil, peluang untuk menang adalah cerah,” katanya.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sungguhpun persoalan undi pos menjadi perhatian utama kerana mampu mempengaruhi keputusan, namun ianya tidak semestinya memihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti tanggapan umum. 

"Undi pos tidak semestinya memihak kepada mereka kerana kita juga pernah mendapat sokongan daripada undi pos ini.

PAS yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan berdasarkan lonjakan sokongan rakyat dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung dan pilihan raya umum ke-12 yang lalu. - harakah

Sunday, September 13, 2009

JUBAH BUAT IBU

dsc01233

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. 


"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. 

" Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 


"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

"Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. 

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. 

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. 


Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya.

Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. 

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. 


Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. 


Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" 

" Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along.

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

"Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. 

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu.. 

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. 

Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. 

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.


"La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula.. 

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur.

"waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. 

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. 

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. 

"Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

"Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. " Kata Fariz . 

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.

"Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. 

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. 


"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. 

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. 

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja.

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. 

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. 


Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. 

Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. 


"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu..

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. 

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. 

Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. 

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. 

"Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi..

" Ada " jawab Along pendek 

"Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau. ..." Along menggeleng-gelengkan kepala. 

"semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. 

" Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!". 

Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.


"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. 

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak 

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya.

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.

" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.


" Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" 

"Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi.

"Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah."

"Zam..kau ni....." 

"Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. 

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. 

"No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. 

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe... Jadi pembantu dia", terang Along.

"Abang Joe mana ni?"

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . 

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." 

"Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. 


Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. 

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. 

Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. 

"Ha..hadiah. ...untuk. ....ibu.. ........" ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. 

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. 


"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. 

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. 

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. 

"Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. 

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada..kasihi anak anda...

"PULANGLAH, KAMI AMAT MERINDUIMU"

"PULANGLAH, KAMI AMAT MERINDUIMU"

Blog kedaikopitepimasjid memohon para pembaca sekiranya mempunyai sebarang info tentang gadis diatas agar segera menghubungi bapanya. Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lalu meresahkan seisi keluarga terutamanya Puan Salmah Ahmad, ibu kepada Norshafarahani bt Alias(gambar diatas) atau pangilan mesranya Syera.

Kehilangan Syera yang juga pelajar Politeknik Kulim tidak diketahui puncanya namun berkemungkinan disebabkan terasa hati apabila En. Alias, bapa kepada Syera menanyakan tentang wang pinjaman PTPTN yang berkurangan tanpa sebab yang munasabah. Pesanan terakhir yang ditinggalkan kepada sahabat baiknya yang juga pelajar Polteknik Kulim " Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat" dan selepas itu beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Ramadhan yang menuju ke penghujungnya semakin hambar dirasakan keluarga En Alias. Ramadhan tanpa ditemani anak tersayang amat memilukan apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Semoga para pembaca ataupun blogger dapat menyebarkan berita ini agar sama-sama kita membantu menemukan gadis ini kepada keluarganya.



En Alias Othman dapat dihubungi di talian 016-4833539 atau dialamat 257, Mukim 5 Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

(kadang-kadang tidak bercermin mata)

lagi berita disini dan di sini

Al-Fatihah

Ibu Mertua kepada SetPol DS Nizar Ustaz Misbahul Munir Masduki , telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam di Pahang..

Salam Takziah dari ummi sekeluarga buat Kak Jamidah dan Ustaz Misbah..semoga rohnya dicucuri rahamat.

Al- Fatihah

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil