YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.
Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?
Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.
Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.
Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.
Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan.
Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang, antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga.
Raja Yoga disusun dalam Sutra Yoga Patanjali dan dikenali sebagai yoga dalam konteks falsafah Hindu adalah sebahagian tradisi Samkhya.
Banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.
Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan gaya posisi tubuh (asana) atau suatu bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).
Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” kata Zakaria.
Ketika kebanyakan amalan mistik kuno secara samar-samar diisyaratkan dalam Veda, amalan pertapaan dirujuk dalam Brahmaas.
Rig Veda, teks Hindu paling awal menyatakan amalan terbabit. Pengawalan minda dan pernafasan dipercayai diamal sejak zaman Vedic (zaman Vedic ialah zaman dalam sejarah India sepanjang Veda, teks Hindu yang paling lama digubah).
Penulis popular mengenai yoga, Georg Feuerstein mempercayai yoga menjadi asas kepada upacara Vedic, khususnya untuk ratib zikir suci.
Dalam Upanishad, rujukan yang awal terhadap meditasi dibuat dalam Brihadaranyaka Upanishad, satu daripada Upanishad yang terawal.
Sumber naskhah utama bagi mengembangkan konsep yoga adalah pertengahan Upanishad, Mahabharata, termasuk Bhagavad Gita dan Sutra Yoga Patanjali.
Beberapa pengesahan ditemui di kawasan Peradaban Lembah Indus memaparkan gambaran dalam yoga atau meditasi seperti gaya posisi tubuh, ‘satu bentuk disiplin ritual, yang mencadangkan yoga’ iaitu titik kepada pemujaan Harappan kepada ‘disiplin ritual dan konsentrasi’, menurut ahli arkeologi Gregory Possehl.
Bhagavad Gita (Nyanyian Tuhan), menggunakan terma yoga dengan meluas dalam pelbagai cara. Sebagai sesuatu yang ditambah kepada seluruh bab (ch 6) mendedikasikan kepada amalan yoga tradisional, termasuk meditasi, ia memperkenalkan tiga jenis yoga yang menonjol, iaitu Karma yoga (yoga tindakan/aksi), Bhakti yoga (yoga pemujaan) dan Jnana yoga (yoga pengetahuan).
Madhusudana Sarasvati, seorang ahli falsafah India dalam tradisi Advaita Vedanta (aliran falsafah Hindu) membahagikan Gita kepada tiga seksyen, dengan enam bab pertama berkaitan Karma yoga, enam pertengahannya dengan Bhakti yoga dan enam yang terakhir dengan Jnana.
Pengkritik lain menyifatkan yoga yang berbeza pada setiap bab, dengan menggariskan lapan belas yoga berbeza.
Hatha Yoga adalah sistem yoga khusus digambarkan oleh Yogi Swatmarama, penyusun Hatha Yoga Pradipika pada kurun ke-15 India.
Hatha Yoga berbeza dari yoga Raja Patanjali kerana ia memfokus terhadap shatkarma (merujuk kepada amalan yoga membabitkan penyucian tubuh badan) penyucian fizikal badan sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha) dan pernafasan (prana) atau tenaga yang penting (tha).
Dibandingkan dengan gaya posisi tubuh yang duduk atau berdiri, yoga Raja Patanjali, ia menandakan pembangunan gaya posisi tubuh sebagai gaya sepenuh badan yang kini menjadi popular.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.
Bahkan menurutnya, mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.
“Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.
“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ada mengeluarkan fatwa mengenai yoga, dengan mengklasifikasikannya sebagai perkara bidaah yang menyesatkan.
“Yoga adalah antara perkara bidaah yang digolongkan ke dalam bidaah dhalalah. la mengandungi unsur agama Hindu.
Segala perkara yang mengandungi unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnyaharam.”-myMetro
ummi..,
kalau sayangkan Islam sebagai ad-din...jangan ada keraguan dengan pengharaman ini...
wallahualam
Thursday, November 13, 2008
yoga...memang patut diharamkan..!!
`JUAL DIRI KERANA TERDESAK'..hasil Islam Hadhari Dr.Mashitah..
![[mektah.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEvULdZTDQOWrBzjj1Qp3iCQtnqQ-lrleckulio1KxQXWAqh5Pf6m3zEN5w3dsWgA0tzKDmxW4imOdmYnvy7WEYrgDvXrfVlie-r7NUevYQLWRUEM_hOHNqKTQki2CSrr8TbF53IGdns8/s1600/mektah.jpg)
"Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka.
Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun .Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.
"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil."Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya,"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).Mungkin terpengaruh dengan kenyataan ustazah UMNO agaknya.
Dalam Metro keluaran 19 Jun 2005(sila buka halaman 38) ruangan `Anda Musykil, Dr Masitah Jawab' `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' seperti berikut,
" Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"
Jawapan beliau seperti berikut:
" " Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya."
"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan."
"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa."
"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'
"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan dharurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah."
" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak dharurat."
ummi..,
Inilah dia hasil dari kenyataan Dr.Mashitah suatu masa dahulu...apa komen Dr.Mashitah dan tindakan beliau..??
Wednesday, November 12, 2008
adakah sejarah akan berulang lagi..??
"Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.
"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ.""Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
"Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.
"Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut.
Menurut Che Omar sejak hari pertama dikurung di Jalan Pekeliling, beliau tidak diberitahu bagaimana empat lagi wakil rakyat dibawa ke rumah tersebut.
Mengimbau detik-detik ditahan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur katanya, ketika itu beliau bersama wakil rakyat Parlimen Tanah Merah, Mustapa Ahmad mahu menunaikan solat Jumaat. Beliau ditahan anggota polis di tengah jalan.
Polis mengarahnya datang ke Balai Polis Tanah Merah.
Beliau hairan apa kesalahannya. Apabila sampai ke balai polis beliau diminta naik ke tingkat atas dan menemui seorang pegawai.
"Pegawai polis itu kata ada kaitan dengan kes pistol. Namun saya memberitahu polis saya ada lesen. Kemudian pegawai itu meminta saya menyerahkan pistol.
"Selepas itu saya dibawa pula ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Sebelum dibawa ke Kota Bharu saya minta balik ke rumah sekejap untuk memberitahu apa yang berlaku kepada isteri.
"Ketika saya sampai di Balai Polis Kota Bharu saya lihat ramai penyokong PAS berada di situ bagi memberi sokongan. Tidak lama kemudian saya dibawa turun dari pintu belakang dan terus dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang masih mengingati peristiwa yang memalukan Umno tersebut.
Che Omar berkata, biar pun segala makan minum disediakan pihak SB, namun beliau dan rakan-rakan rungsing memandangkan persidangan Dun Kelantan semakin hampir.
Ekoran itu beliau berpakat secara sulit, namun diketahui juga SB yang berkawal.
"Mereka meletakkan syarat, kalau hendak balik boleh tetapi mesti mengisytiharkan menyertai Umno. Ketika diaju syarat itu saya meminta diberi tempoh sehingga esok. Saya terima syarat itu hanya di mulut dan bukan di hati.
"Dan esoknya kami dibawa ke satu tempat dan membaca surat yang disediakan bagi menyatakan sanggup menyertai Umno di depan kamera televisyen. Saya orang yang pertama mambaca kenyataan itu," katanya.
Ekoran itu geger (heboh) ke seluruh negara lima wakil rakyat PAS Kelantan mengisytihar menyertai Umno.
Che Omar berkata, beliau dimaklumkan kerusi mereka di Dun Kelantan sudah dipindah ke barisan pembangkang selepas pengumuman dibuat.
Keesokan harinya beliau dan rakan-rakan dibawa pulang ke Kota Bharu dengan tiga kereta yang dipandu anggota polis.
"Apabila tiba di Kota Bharu pada hari itu persidangan Dun diadakan. Dan saya diberitahu Umno akan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PAS.
"Namun saya sudah berpakat dengan empat rakan untuk tidak keluar ke mana-mana termasuk pergi ke persidangan Dewan. Keadaan itu menyebabkan persidangan Dewan menjadi kelam kabut.
"Dua wakil Dato' Asri datang menemui kami dan membawa ke JKR 10, dan pada pagi yang sama PAS membuat surat sebaran mengatakan lima wakil rakyat terbabit tidak menyertai Umno.
"Ini menyebabkan undi tidak percaya yang mahu dibuat Umno bagi menjatuhkan kerajaan PAS tidak menjadi kenyataan," katanya.
Che Omar mewakili Tanah Merah Timur selama tiga penggal bermula 1964.-
Empat lagi wakil rakyat yang terbabit dengan episod 'culik' tersebut sudah lama meninggal dunia. Mereka ialah Adun Kota Bharu Timur, Haji Saufi Idris, Adun Tok Uban, Haji Abdullah Yusof, Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh dan Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latif.
"Mungkin menjadi rahsia peribadi di kalangan mereka. Namun bagi saya ia tidak lagi menjadi rahsia kerana tindakan dilakukan Perikatan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan begitu mengaibkan sekali," ujarnya.
Mungkinkah sejarah akan berulang lagi..tetapi kali ini di PERAK...?? ada perkhabaran yg diterima bahawa ada usaha dari pihak BN untuk menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada hari Khamis ini(esok) dengan membeli/menculik/menghalang/merasuah ADUN-ADUN Pakatan Rakyat supaya mereka tidak dapat hadir untuk mengundi untuk meluluskan usul belanjawan yang telah dibentang...
Perlu di ingat Pakatan Rakyat mempunyai 31 ADUN. Tolak Speaker dan Timbalan Speaker..tinggal 29. Umno/BN hanya memerlukan dua orang ADUN yang tidak hadir semasa pengundian untuk menjadikan 29-27 yang memihak kepada Umno. Sekiranya ini terjadi, maka usul belanjawan akan ditolak kerana UMNO mengatasi kita.
sumber ni dapat dari pihak pembangkang di Perak ni...konon2nya sian kat kerajaan PR..depa pon kasi warning suruh jaga ADUN2 PR supaya tak hilang besok..takut sejarah berulang kembali...
semoga persidangan esok berjalan dengan lancar..
kisah malam pertama...
Oleh ustad_poyo
Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!
Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. “Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?” Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”-tranungkite
sajak kematian yang kontrovasi....
video klip ni...dimanakah silapnya..?
Bukankah kita disarankan sentiasa mengingati mati untuk menambah ketaqwaan dan keimanan kita..
Tidak sesuaikah untuk tontonan anak2..?
Bagaimana pula cerita dan filem seram yg ditontonkan kepada anak2 ..?
Bagaimana pula cerita telenovela dari amerika latin boleh mendidik anak2 kita..?
bukankah cerita kematian ini ada di dalam Al-Quran..?
wallahualam
Tuesday, November 11, 2008
oh..kak pidah..!!

(salam pon macam terpaksa jek hehehe..)

adakah ikhlas senyum dan tawamu..??
apa pula kata hatimu..??
kenapa kulihat ada yg tidak beres dengan lakonanmu..
namun demi menjaga maruah dan kesejahteraan parti
kau rela melakonkan watakmu dengan baik
walaupon janggal terlihat di mataku...
teman sekelilingmu menebarkan senyuman sampai ke telinga
sedangkan hatimu menangis meraung...
tidak ada seorang pon yg menghirau..
terdengar bnyak suara yg sumbang dibelakangmu
namun kau tenang menelannya..
tabahnya kau
dalam kesedihan kau masih mampu tersenyum..
dalam sedih kau masih bertaring..
kerusimu menjadi rebutan..
mungkin kerana empuknya kerusimu
sehingga penggantimu tak sabar2 nak memilikinya..
namun kau tetap tersenyum
tapi apa salahnya kalau kau menangis kan..
tangisanmu mungkin akan mendiamkan mereka
tapi yg kunampak tangisanmu seperti tak berharga
kau tetap didesak dan didesak..dan terus didesak..
apa kah tindakanmu..?
ikut saje permintaannya..?
makin kuatlah raunganmu kelak..
entahlah kak pidah...ikutkan aje lah...
maka namamu akan tercatat dlam sejarah umno..
mesti kau akan bangga..
stupid fatwa...???
translator..
Fakta Perak
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR) - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
- Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
- 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
- Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
- Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
- 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
- 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
- Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
- Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
- Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
- Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) - Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil
