Kerajaan Negeri Perak dibawah pimpinan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin telah membuat kelainan kepada rakyat Perak iaitu pemilihan ketua kampung atau tok sidang diberi kepada penduduk tempatan melalui sistem pengundian oleh penduduk kampung yang terlibat......
Mungkin pada peringkat awalnya, UMNO berharap sangat agar kerajaan
rakyat pimpinan baru di Perak ini akan memecat semua Ketua Kampung
yang ada kerana ia sudah tentu akan menjadi senjata UMNO/BN bahawa YAB Dato' Seri
Ir Mohamad Nizar bertindak zalim namun ianya tidak terjadi. Maka,
sesuatu perlu dilakukan agar kerajaan baru ini akan dicemuh oleh
rakyat Perak.
Keputusan YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar menyerahkan kembali tugas melantik
Ketua Kampung kepada penduduk kampung sendiri adalah keputusan yang
tepat pada masanya. Mudah-mudahan Ketua Kampung yang dipilih sendiri
oleh penduduk kampung akan lebih adil dalam melaksanakan tugasnya
tanpa memilih bulu...
maka setelah 50 thn ketua kampung dipilih oleh parti politik UMNO...hari ini org kampung mendapat mandat memilih sendiri ketua kampung bagi kampung masing2 di Perak ni termasuklah kampung aku Kampung Parit 11...
di kampung aku ni pertandingan 3 penjuru...
proses membuang undi dimulakan jam 10.00 pagi sehingga 1.00 ptg..
antara calon2nya..
- Saudara Suhib B. Othman
- Saudara Shah Mainan B.Mat Tamat
- Saudara Zakaria B. Saad
pemilih yang telah keluar mengundi seramai 229 org..keputusan seperti berikut..
- Saudara Suhib B. Othman - 106 undi
- Saudara Shah Mainan B. Mat Tamat - 59 undi
- Saudara Zakaria B. Saad - 63 undi
- undi rosak - 1
3 comments:
Amboi... dah mengundi utk kali kedua ye?
hehehe..adakah anda kenal mereka2 ini..??
wow...barulah dikatakan pilihan rakyat.
Anyway, nice theme/template. Nampak muda belia.
Post a Comment