berita yang menggemparkan sampai buat orang tak boleh lena...
(print skrin diambil dari blog mr.green)
Berita pengumuman perletakkan jawatan Azmin Ali..
"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.
Azmin Ali"
Posting ini jam 1.20 am
penafian pengumuman perletakkan jawatan Azmin Ali..
" Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azmin Ali."
Posting jam 2.05 am
http://blog.azminali.com/
sumber TKO
Pihak kami juga sedang mengesan seorang forumer yang mengunakan nama airsejuk yang mendaftar sebagai ahli TKO pada pukul 1.40 pagi semata-mata untuk membuat posting perkara ini. Dia membuat posting di TKO pada pukul 1.52 pagi (sila rujuk di sini)
Mengikut telahan pihak kami, airsejuk adalah individu yang mengetahui sebalik kejadian ini dan sengaja membuat posting untuk memaklumkan kepada semua orang tentang perkara ini. Kami masih membuat siasatan terperinci.
ni la dia si gatai tangan tu..di TKO dia guna id 'airsejuk'..ni pengakuan dia..
"Tukang buat pun dah mengaku!
airsejuk wrote:
saya memang peminat YB Azmin. Cuma nak bagi dia alert.
Dia yg guna password "admin" username pun "admin"
saya dah suruh dia tukar dan minta maaf.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin Semua"
ummi..,
sapa gatai tangan ni..?
terkejut den...jam 4 pagi abah den talipon ngato yg Azmin Ali lotak jawatan...mlm tadi den tido copek lak tu...tak tau ado apo cito hangat...rupo2 eh abah den dan ramai lagi terkono 'panggilan hangit' ooppss silap 'berito hangit' macam kat hot fm tu...termasuk den sekali cittt..
den korat lak tangan yg gatai tu kang baru tau..adeh..! macam main april fool lak ekau yo.. lahabau tol...
1 comment:
Memalukan sahaja.
admin admin
Post a Comment