siapa Ivy Josiah persoal pasal fatwa dan cara hidup umat Islam..?
ada satu komen yg buat ummi tertarik nak dijadikan posting...mungkin anda diluar sana ada jawapan yg lebih sesuai dengan pertanyaan tuan haji ni..Hj. Kamaruddin Taib berkata...salam tn Hj Kamaruddin Taib..Tiga perkara saya nak kemukakan mengenai isu ini:
1. Kawan-kawan Muslim yang dah lama buat yoga tak terpesong ke mana langsung pun keimanan mereka. Yang mufti-mufti ni nak main fatwa kiri-kanan nak haram tu haram ni apa hal dengan mereka?
2. Yang kau cakap "to your religion yours, mine is mine" tu, saya ingin tujukan satu soalan sahaja kepada saudari: Kalau begitu, kenapa di Malaysia dakwah Islam dibenarkan terhadap bukan Muslim, tapi dakwah bukan Islam atau apa-apa elemen bukan Islam tidak dibenarkan terhadap Muslim? Mana perginya prinsip kau yang "agama kau milik kau, agama ku milikku, usah masuk campur"? Kalau nak benar-benar adil ikut cakap kamu, mari kita hentikan mendakwah orang bukan Islam, dan mendakwah orang Islam. Awak setuju atau tidak?
3. Pasal kau cakap traffic light-traffic light ni, orang-orang lain yang buat yoga, kaum-kaum dan orang beragama yang lain tu, diorang keliru lalu songsang dan berlanggar-langgar dan hilang akal ke? Takde pun. Traffic light apa yang kau cerita ni? Jangan simplistik sangat tafsiran anda. Jangan ikut buta-buta saja sahutan orang-orang agama yang citer pasal "undang-undang agama tu macam traffic light". Pikir, guna akal!
terima kasih sudi singgah dan beri buah fikiran tuan..
saya akan cuba menjawab kalau tak menepati harap maaf..
1. Kawan-kawan Muslim yang dah lama buat yoga tak terpesong ke mana langsung pun keimanan mereka. Yang mufti-mufti ni nak main fatwa kiri-kanan nak haram tu haram ni apa hal dengan mereka?
1.Fatwa belum dikeluarkan lagi dan sebab musababnya pun belum dijelaskan..hanya diberi bayangan sahaja..patutnya tuan berterima kasih kerana ada mufti untuk memperingatkan kita dari terleka atau dari terpesong akidah tanpa kita sedari..
Apa yg kita lihat kadang tak sama dengan orang lain lihat..mungkin mufti nampak ada part dlm yoga ni yg boleh menjejaskan akidah dan iman kita..kita tak tau tu sebab kita kena sabar dan tenang menunggu apa fatwa yg nak dikeluarkan..
Tn Haji ingat depa main haramkan sesuatu perkara suka2 ke..depa kena kaji,teliti dan kalau pun depa haramkan adalah kepada umat Islam...takda kena mengena dgn bukan muslim...ada cara lain lagi kalau nak riadah aihh...
seperti dalam surah Al-'Asr
1-Demi Masa!
2-Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3-Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
nampaknya tuan tidak bersyukur kerana adanya para ulamak dan mufti2 bagi membantu menjaga akidah umat Islam dan generasi akan dtg seperti anak cucu kita..
2. Yang kau cakap "to your religion yours, mine is mine" tu, saya ingin tujukan satu soalan sahaja kepada saudari: Kalau begitu, kenapa di Malaysia dakwah Islam dibenarkan terhadap bukan Muslim, tapi dakwah bukan Islam atau apa-apa elemen bukan Islam tidak dibenarkan terhadap Muslim? Mana perginya prinsip kau yang "agama kau milik kau, agama ku milikku, usah masuk campur"? Kalau nak benar-benar adil ikut cakap kamu, mari kita hentikan mendakwah orang bukan Islam, dan mendakwah orang Islam. Awak setuju atau tidak?
dakwah - perkenalkan/sebarkan Islam kpd non-muslim
islah - membaiki/memperbetulkan amalan/akhlaq org2 Islam kpd ajaran Islam yg sebenarnya
la kum diinukum wa lii ya diin'
(To you, your religion, and to me, mine)
saya nak tekankan ini ayat dari Allah yg terkandung dalam Al-Quran..bukan saya memandai cipta ayat ini..rasanya tuan haji mesti tahu rukun iman kan..
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat
(3) Beriman kepada Kitab
(4) Beriman kepada Rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
cuba tengok rukun iman yg ke-3.. BERIMAN KEPADA KITAB..
kalau ikut hukum matematik..6 - 1 jawapan dia 5..tapi dalam akidah rukun iman 6 -1 jawapan dia o (kosong) maka kalau kita tak beriman pada sebaris ayat dalam Al-Quran..maknanya ..??
Keenam prinsip keimanan tersebut adalah rukun iman, maka tidak sempurna iman seseorang kecuali apabila ia mengimani seluruhnya menurut cara yang benar yang ditunjukan oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka barangsiapa yang mengingkari satu saja dari rukun iman ini, maka ia telah kafir...ayat ni bukan saya yg kata..Allah yg kata tuan nak sanggah ke...??
adakah Malaysia melarang agama lain berdakwah..?? rasanya tak penah ada lagi larangan sebegitu terhadap ugama lain..so kenapa kita pulak nak hentikan dakwah kita..?
Allah tak larang ugama lain berdakwah dan dalam Islam juga takda paksaan..maksudnya Allah tak memaksa bukan Islam utk memeluk agama Islam tapi kalau dia hendak mempelajari Islam dan menjadi muslim ianya dialu-alukan dan mereka2 adalah insan yg terpilih menerima hidayah Allah..dan bila ianya telah menjadi muslim maka dia wajib mematuhi peraturan yg telah ditetapkan dalam Islam...
tuan sepertinya tak suka umat Islam di dunia ini bertambah..khususnya Malaysia ini..?? tuan tak khuatirkah pada angka2 umat Islam yg murtad... di Malaysia sahaja mencecah lebih 100 ribu..tuan haji tak takut ke dengan keadaan ini..?
sama juga kalau org Islam nak tahu mengenai ugama lain tiada halangan..tetapi kalau seorang muslim keluar dari Islam(murtad) maka dia kena berhadapan dengan peraturan dan hukuman yg telah termaktub dalam Al-Quran bagi org muslim....sama juga agama lain tentu ada hukuman pada mereka2 yg keluar agama mereka..
Orang bukan Islam tidak berhak mempersoalkan segala isi kandung agama Islam tetapi mereka boleh berdialog "Apa itu ISLAM"...(ni ayat dari Mr.Kulatlapok)
3. Pasal kau cakap traffic light-traffic light ni, orang-orang lain yang buat yoga, kaum-kaum dan orang beragama yang lain tu, diorang keliru lalu songsang dan berlanggar-langgar dan hilang akal ke? Takde pun. Traffic light apa yang kau cerita ni? Jangan simplistik sangat tafsiran anda. Jangan ikut buta-buta saja sahutan orang-orang agama yang citer pasal "undang-undang agama tu macam traffic light". Pikir, guna akal!
rasanya tuan haji tak paham apa yg saya tulis..meh saya jelaskan..saya gunakan trafficlight sebagai contoh mudah standart sekolah rendah...kalau kita langgar peraturan.. ada saya kata hukum agama adalah seperti traffic light..?..jalanraya pun ada peraturan lalulintas tuan haji..
Apa lagi soal hidup..agama dan akidah kita ...apatah lagi kita ni sebagai hamba kepada Allah...dah tentula disertakan dengan peraturan2 yg Pencipta kita bagi kepada hambaNya seperti saya,tuan haji dan semua makhluk di dunia ni..iaitu Al-Quran..supaya hidup kita tak kacau bilau..takde la hentam kromo jek...
Orang2 agama ni adalah mereka2 yg terpilih sahaja yg menjadi ulamak ataupun mufti...bukan semua orang boleh jadi seperti mereka..seperti juga kejadian manusia..contohnya tuan haji sendiri..dalam berjuta2 sperma hanya satu yg berjaya menjadi janin dan menjadi tuan haji..maka tuan haji adalah oran yg istimewa kerana dikurniakan wujud dimuka bumi ini sebagai tuan haji..betol tak...
harap apa yg saya jawab ni dapat memuaskan hati tuan haji...kalau tersinggung harap maaf..sebab saya tak bape cerdik dalam bab ini..hanya ini sahaja tahap kemampuan saya..kalau nak lebih jelas..harap bertanya pada yg arif...
wallahualam...
12 comments:
Ada juga "pak aji" yg tak paham, iye ? Wallahu a'lam...tayum
Haji apa mcm tu?
Tuan tanah,
Terkejut jugak baca komen "tn haji" yang macam gini? Dah sampai akhir zaman agaknya bila orang Islam mula mempersoalkan agama sendiri...
Atas dasar saudara seIslam, saya sarankan untuk semua pembaca untuk muhasabah diri. Janganlah keluarkan pendapat yang bercanggah sekiranya tak pasti. Sesat adalah lebih baik dari menyesatkan.... (don't get it wrong, bukan saya kata sesat tu baik. Sekadar meminjam klausa dari McCain yang tewas kepada Obama... Bukan McCain tak bagus, cuma Obama lebih bagus )
Jgn la jadik haji macam yang dalam drama Tanah Kubur tu ..Nauzubillah...
Ada banyak haji...antaranya haji dam.
Salam Puan Ummi, saya quote kata2 Puan
"kalau tersinggung harap maaf..sebab saya tak bape cerdik dalam bab ini..hanya ini sahaja tahap kemampuan saya..kalau nak lebih jelas..harap bertanya pada yg arif". Saya baca komen Pn kpd Tn Hj tersebut dan berpendapat Pn agak terlebih emosi dalam memberi respon. Jika menyedari diri kurang cerdik, harap tambahkan ilmu sebelum memberi ulasan atas isu2 di atas dan juga isu replika Anwar terdahulu. Kadang2 jika banyak sangat berkata2, banyak pula salahnya.
salam arraihan..
terima kasih sudi singgah dan beri pendapat anda..
kalau bab yg bersangkutan dgn agama memang ummi akan emosi sikit..tak kisah anda nak kata apa.. yg salah tetap salah..mngkin pada anda tidak..
dan rasanya isu replika DSAI itu anda kena paham betul2 kenapa ummi tak suka dgn projek tu..kalau perkara yg kita buat bnyk menimbulkan mudharat baik rentikan..kerana replika itu telah sedkit sebnyk membuat org pandnag serong dgn PKR khususnya DSAI..mufti pun melarang..
wallahualam
Salam Pn Ummi,
Saya juga beremosi bila bab agama dibicarakan tetapi kita juga kena rasional, bukan emosi semata-mata. Bagi Puan yang mengendali blog, lagilah perlu berupaya mengawal emosi kerana tentunya banyak provokasi dari pembaca yang access blog Puan. Cepat benar Pn menghukum orang bersalah tanpa membuka minda dan cuba mengupas isu2 yg dibangkitkan dgn bernas dan nampaknya Puan begitu taasub menyokong Mufti dalam apa jua isu, baguslah tetapi saya juga sarankan Puan membaca juga pendapat ulamak2 lainnya (selain ulama UMNO)
salam arraihan..
nampaknya anda pun cepat menghukum orang lain taasub..
kalau dalm isu replika tu..rasanya ramai yg tak bape setuju dgn projek tu dari yg setuju..apa yg ummi cakap adalah itu kata suara hati ummi...pandangan ummi..ummi tak mintak pembaca menyokong pendapat ummi..ummi hanya menyuarakan rasa tak puas hati ummi disini...
sama juga pada mereka2 yg rasa gembira dgn replika tu bebas menyuarakan isi hati dorang..takde mendatangkan masalah pada ummi..tu masing2 punya pendirian dan pendapat..
lagipun ummi takde pulak menjatuhkan hukuman apa2 pada mereka..cuma kalau ikut artikel ummi pasal replika tu ummi lebih pada pandangan Islam mengenai pembuatan replikat dan seumpamanya..
baca di sini-->http://haninasution.blogspot.com/2008/10/apa-nak-dikatakan-dgn-replika-dsai-ni.html
wallahualam..
Salam Pn Ummi
Maaflah saya kata Pn taasub, bukan apa, saya nampak Pn byk guna Mufti untuk kuatkan pandangan sendiri.Jadi saya tarik baliklah perkataan tu ya? Bagi saya pandangan Tn Hj tu boleh membuka byk ruang perbincangan jika dikupas secara bijak dan rasional bukan emosional. Mmg bagus jika kita emosional bila perkara agama ditimbulkan. Itu menunjukkan hati kita hidup. Tapi ianya tidak harus terhenti setakat itu saja. Bagi saya, tidak pelik sama sekali non-muslim membangkit isu2 tentang agama kita kerana mereka memang jelas tak faham. Jadi dgn timbulnya isu sebegini, ini adalah peluang buat Pn selaku seorang blogger Muslimah untuk memberi penerangan yang sebaiknya (dakwah)tentang agama kita.Saya juga suka menganggap isu2 sebegini satu peluang pembelajaran kerana bila isu ini timbul kita akan mengkaji, membuat rujukan, membincangkan dalam usrah dan kita mesti berlapang dada dan memohon Allah menunjukkan jalan yang benar. Isu2 ini akan membantu menyiapkan diri kita dgn hujah2 yang jelas untuk berhadapan dgn non-muslim. Salah satu sebab kenapa kita lemah ialah kita tidak cukup ilmu utk berhujah apabila timbul satu2 isu, lantas yang paling mudah ialah meledakkan emosi dan berkata "untukmu agama mu, untukku agamaku". End of discussion!
Sbg seorang muslimah, saya rasa pendekatan defensif spt di atas perlu diubah. Jika kita sendiri kurang mengenali agama kita, tentu saja kita mudah diperbodohkan oleh penganut agama lain yang sentiasa mencari ruang utk menimbulkan keraguan.Sbg seorang blogger muslimah, Pn mesti berkomunikasi secara bijak, sedia menerima perbezaan pendapat dan sentiasa berlapang dada.
Mungkin ini posting terakhir saya kerana saya sangka saya jumpa satu blog yang boleh berbincang secara baik dan dpt menjalin ukhuwwah namun saya silap.
Maafkan apa jua yang Pn rasa tidak selesa dgn tulisn saya.
salam arraihan..,
kalau cara ummi menjawab soalan tuan haji dalm artikel ni anda kata terlebih emosinal dan tidak bersikap terbuka..dalam segi apa..?
rasanya ummi tak tutup ruang untuk berbincang..tetapi setakat mana perbincangan ini dapat membantu untuk pemahaman kepada non-muslim..?berapa kerat non-muslim yg membaca pendapat kita..?
apakah pihak berkuasa tidak mahu mengatasi perkara ini..? suara kita cukup terbatas hanya dialam maya ni..berapa ramai yg mendengar suara geram kita..? dan berapa ramai pulak yg ambik tahu..?
kita cuma boleh membantu sedikit sahaja untuk membuat penjelasan..apa pula tanggungjawab pihak berkuasa bagi memberi penjelasan pada non-muslim..?
dimana pulak pihak berkuasa bila ada suara2 sumbang yg lantang mempertikaikan hukum Islam terhadap umat Islam..bukan kita melarang ugama lain menjalankan kehidupan diaorng ikut cara agama mereka..kita pon tak pernah nak pertikaikan cara kehidupan mereka mengikut landasan ugama mereka..
kalau yg bertanya soalan di atas tu bukan org Islam mngkin ummi jelaskan ikut tahap bukan Islam yg boleh dorang terima dan paham..ini tuan haji adalah seorang Islam dan sepatutnya sudah faham dengan kehendak Islam..
wallahualam..
Salam,
Ingatkan posting yang lepas yang terakhir. Oklah..biarlah ini menjadi yang terakhir.
Puan Ummi,
Pn mesti berfikiran positif. Tugas kita sebagai Khalifah di muka bumi ini adalah untuk menyeru/berdakwah ke arah kebaikan.Jgn berfikiran -ve dgn beranggapan siapalah yang nak mendengar perbincangan ini dan berapa keratkah non-muslim yang mendengar pendapat kita? Sesungguhnya itu semua adalah kerja Allah untuk menggerakkan hati2 siapa yang dipilihnya untuk mendengar. Jgn melampaui tugas yang Allah berikan kpd kita manusia. Kita hanya menyeru/memberitahu/mengajak. Biarlah Allah yang menentukan siapa yang dipilihNya untuk diberi hidayah. Tak perlu tny saya dalam segi mana Pn emosi..cuma semaklah apa yg Puan tulis. Tak perlulah kita persoalkan apa yang pihak berkuasa buat kerana kita sama2 tahu siapa pihak berkuasa itu dan apa fikrah mereka. Baca balik ye, apa yang Puan tulis as a response to Tn Hj tu.
Semoga kita tidak bertemu lagi di alam cyber ini.
salam arraihan..
terima kasih atas segala teguran dan pendapat anda..semoga anda dan keluarga sentiasa dirahmati Allah..
Post a Comment