selesai sudah Muktamar PAS Tahunan kali yang ke 55...apa yang ummi dapat rasakan selepas selesainya muktamar adalah rasa sedih..terharu dengan situasi ini..tetapi kita harus bersangka baik mungkin ini menunjukkan betapa PAS sekarang menjadi tumpuan ramai..ummi merasakan muktamar kali ini penuh dengan suspen..setiap waktu penuh dengan kejutan...bermula dari perasmian sehinggalah selesai..
nampak ketara isu Kerajaan Perpaduan ini tidak mendapat sambutan baik daripada perwakilan dan ahli2 sendiri...banyak teguran2 yang diberi dan peringatan2 berkaitan hasrat meneruskan kerajaan perpaduan ini..
terlihat terbitnya 2 pandangan yang berbeza..tanda-tanda adanya ketegangan dalam Pas semasa muktamar itu sangat jelas....meskipun masing-masing cermat dan cuba melindungi konflit itu namun ia tetap juga terbau
Satu pihak yang mempercayai kepada pendekatan politik perundingan dengan sesiapa saja... pendekatan ini diyakini ianya bertepatan dengan prinsip Islam itu sendiri yang bersedia berunding dengan sesiapa saja..
satu pihak lagi menyatakan ketidaksudian dalam usaha untuk berdamai dengan amno... amno tidak boleh dipercayai berdasar sejarah lampau ini adalah fakta yang betul..luka lama walaupun sudah baik tetapi parutnya tetap ada...
bagi ummi untuk berdamai dengan amno sorry...ummi tak boleh nak terima..penggalaman mengajar kita supaya lebih berhati2..tetapi tidak bermakna tidak boleh duduk berbincang..demi masa depan semua...
masalah sekarang ini..ummi tercari2 apa sebenarnya yang terkandung dalam Kerajaan Perpaduan ini..
- adakah sudah dibuka untuk berbincang atau masih diperingkat cadangan saja..?
- apakah keburukan dan kebaikan yang akan kita dapat dari Kerajaan Perpaduan ini..?
- apa untung dan ruginya bila wujudnya Kerajaan Perpaduan ini..?
- kenapa perlu wujudnya Kerajaaan Perpaduan..?
- apakah agenda disebalik Kerajaan Perpaduan ini..?
soalan2 ini timbul dan patut dijawab...bila mana pimpinan yang kita sanjung dan hormat mulai dihina..dikeji..dikutuk dan dilabelkan dengan ungkapan2 yang tidak secocok dengan keperibadian pimpinan kita...
betulkah di dalam PAS ini sudah mula menjadi 2 kumpulan..? bagi ummi yang di dalam PAS tidak terasa akan terbitnya 2 kumpulan..yang ada hanya 2 pendapat yang berbeza..apakah bila ada 2 pendapat yg berbeza kita sudah mengatakan sudah ada 2 kumpulan dalam PAS...tidak !! perbezaan pendapat tidak juga bermakna kita boleh menghina dan melabelkan pihak lain sebagai perosak parti..kita kena mencari jalan keluar dari permasalah ini...bukan mengusutkan lagi..
mungkin ini adalah agenda musuh parti kita kerana iri hati akan ikatan ukhuwah antara ahli jemaah dan sikap wala' kita terhadap pimpinan yang berstatus bersih menjadikan mereka tidak senang hati..kerana apa yang PAS tunjukkan kepada rakyat telah berjaya menarik minat bukan Islam terhadap perjuangan PAS...
bak kata Tok Iskandar..
Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2 tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur disebabkan ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya pemimpin-pemimpin UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai apabila tercetus konflik di antara PAS dan PKR.
Sekali tengok macam plan Yahudi je.Nam menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik atau One Malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan Melayu.Itupun setelah rampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar,MB dari PAS yang dilantik oleh rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
kalau kita lihat dari sebelum sidang muktamar lagi pimpinan kita dilaga2kan..dan yang lebihnya adalah mereka yang diluar PAS...media2 massa tak henti2 memainkan propaganda untuk mengelirukan orang ramai..hasilnya apa yang kita lihat di muktamar baru2 ini sungguh menyedihkan...sehinggakan para ulamak kita diberi gelaran yang bukan2..hilang sudah rasa hormat terhadap para ulamak kita..
ummi harap persoalan mengenai Kerajaan Perpaduan ini diperjelaskan dengan seteliti-telitinya supaya semua ahli dapat gambaran sebenar permasalah ini dan dapat membantu menjernihkan keadaan yang mulai keruh ini...kita tidak mahu parti PAS dilihat sama seperti parti2 lain yang bermasalah...kita amat berpegang kuat kepada konsep akhlak jamaie yang menjadi pengimbang kepada kepelbagaian ragam dan karenah kita selaku para pejuang Islam melalui wadah (PAS).
dahulunya kita mengamalkan bahawa "Sesuatu yang kita suka tetapi boleh membawa kepada perpecahan wajib dielakkan, sesuatu yang kita benci tetapi ia membawa kepada kesatuan wajib dipertahankan".
Bukankah dahulunya kita tidak pernah menyindir dan mengkritik secara terbuka tentang apa yang berlaku sesama kita hasil kepelbagaian ragam para pejuang melainkan kita bermuhasabah sesama kita.
Taatlah kepada hukum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.
9 comments:
"Sesuatu yang kita suka tetapi boleh membawa kepada perpecahan wajib dielakkan, sesuatu yang kita benci tetapi ia membawa kepada kesatuan wajib dipertahankan".
Saya setuju kalau sesuatu yang kita suka kerana mengikut perintah Allah SWT dan sesuatu yang kita tidak suka kerana dibenci Allah SWT.
salam ummi.
kerajaan perpaduan ini di awalkan atas dasar pas tidak ingin terbabit dengan skandal liwat anwar. pas dah nampak apa yang akan berlaku pada anwar apabila kes liwat kali ini di bicarakan!!!
KERAJAAN PERPADUAN DEMI MENYELAMATKAN PAS DARI KES LIWAT ANWAR AL-JUBURI http://www.gomounited.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-demi-menyuci-dosa.html
elitas yang xkenal berjuang..
mungkin aku muda,
aku muda untuk berpendapat..
elitas itu jauh meninggalkanku
gah bersinggahsana,
elitas itu ulama'
pemikir agama..
hujung kampung,
jauh terperosok..
abahku posmen,
ibuku guru anak bangsa..
kedua-dua membakar dan terbakar,
kami belum hangit dengan dunia..
tidak elit dan bersinggahsana..
elitas itu mana mugkin sederhana,
merasa jerihnya menggantung bendera,
merasa aibnya membuka poster kala kalah..
cuma menafasi kemenangan seorang elitis,
megah dan unggul..
menolak dikata menolak agama,
menerima adalah memberi wala'
aku bukan ulama'
beri hujah atas kefahaman usul,
aku bukan elitas,
tinggal megah semayami mahligai..
aku anak posmen kampung,
yang kurang tidur sewaktu pilihanraya,
dan makan mee meggi,
upah gantung bendera..
Tahiniah kepada ummi kerana menulis dengan keadaan tenang, tidak menghentam tanpa memahami sesuatu perkara. Eloklah kita bersabar menunggu kata putus dari parti. TGHH sudah menyatakan bahawa UG tidak perlu dilaksanakan tergopoh-gapah, perlu perbahasan dan biarlah ahli faham terlebih dahulu. Jadi saya mat berharap supaya ada di kalangan pimpinan yang berusaha menganjurkan perbahasan ilmiah tentang perkara ini, sepertimana ada PAS kawasan/cawangan menganjurkan perbahasan tentang kirisis di Perak. Wallah huaklam.
saya sendiri pun tertanya UG ni apa. saya tak mau bertindak menghentam sebelum saya tahu apa intipatinya. la ni ramai betul orang hentam PAS. saya rasa macam ada jarum halus untuk pecah-belahkan PR. betul macam tok iskandar tu kata.
Alangkah malu nya kita kepada rakan rakan dalam PR, kita yang melaung laungkan kita Islam tetapi cakap tak serupa bikin. Kita bertemu secara sorok sorok di belakang rakan kongsi kita. Berbincanglah dengan siapa saja tetapi bercakap benarlah, jangan tidak mengaku bila di tanya.
Semua kita terdengar so sek pemimpin Pas berbincang dengan UMNO, tetapi bila di tanya Nasha menidak kan perkara itu. Tiba tiba meletop, pak Lah mengatakan memang ada perberbincangan antara UMNO dengan Pas. Inikah akhlak yang boleh di banggakan oleh Pas. Bercakap bohong.
Apa apa pun, saya dan rakan rakan akan terus berdiri di belakan Tuan Guru Nik Aziz selagi tuan Guru bersikap seperti sekarang, tak kiralah siapa yang menang dalam mesyuarat Agong.
Salam...
Tahniah Ummi Anni kerana artikel yang cukup beradab. Teguran dan kritikan yang membina penuh dgn tatasusial kita sebagai umat Islam. Bukan penulis perempuan sahaja yang mampu buat begini sebenarnya, penulis blog lelaki pun mampu, cuma yang pentingnya, ikut akhlak dalam Islam.
Salam Ummi,
kami di pas kk menyokong pendapat ummi.kita jangan cepat melatah dalam jemaah ni. Dalam Islam, keputusan syura lebih penting dalam membuat sesuatu keputusan.
Post a Comment