Followers

Wednesday, June 03, 2009

berita tertunggak..bencana ribut di Bagan Datoh..

Beberapa hari ini ummi menyibukkan diri dengan hal2 di kawasan ummi sehingga tak sempat nak pegang laptop..

Jumaat malam Sabtu yang lepas ribut telah melanda di kawasan Bagan Datoh..rasanya ada lagi di luar kawasan yang terlibat dengan angin kuat malam Sabtu lepas..akibatnya banyak kediaman yang mengalami kerosakan..lebih dari 250 aduan telah dibaut kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan...

petang Isnin lepas ummi berkesempatan melawat ke tempat2 mangsa ribut bersama ustaz Misbah dan muslimat Bagan Datoh serta Pemuda Kawasan...bantuan ada yang telah diberi oleh kerajaan dalam bentuk bahan binaan dan khidmat baikpulih melalui khidmat tentera yang dibawa oleh Menteri Pertahanan..



Lorong Sungai Payung,Sungai Tiang Baruh..



sebahagian tentera yang membantu penduduk kampung yang mengalami kerosakkan yang teruk ditimpa pokok kelapa...



Pakcik sorang ni mengadu kepada kami dia dah banyak kali memohon bantuan untuk rumahanya.. dah bertahun2 tapi tak dapat layanan dari pihak yang dia sokong selama ni..apalagi BN la..pakcik ni penyokong kuat BN sampai dia dah bengang..sekarang dia kata dia taknak nyokong mana2..nak jadi BEBAS katanya...''mintak BN tak dapat..mintak PAS tak dapat..sekarang saya nak jadi BEBAS aje.."

ada yang menjawab.."PR baru perintah 11 bulan dah kena rampas pakcik..yang BN dah 50 tahun memerintah pun tak dapat nak tolong pakcik..apa lagi PR baru 11 bulan.."



kakak di atas ni nyaris ditmpa pokok kelapa..hanya tinggal 3 kaki saja dari badan dia pokok tu tumbang diatasnya..sekarang dia dalam keadaan trauma..kebetulan beliau adalah seorang pesakit yang tidak boleh bergerak...keluarganya memerlukan kerusi roda untuk membantu dia bergerak..

semalam ummi masuk semula ke tempat kakak ni tapi malang dia telah dibawa ke hospital kerana disahkan menghidap barah rahim yang sudah sampai peringkat ke 3..kami mengharapkan semoga kakak Junainah Abd.Aziz dapat menerima rawatan yang sepatutnya semoga cepat sembuh..




ini adalah magsa ribut yang mana pokok kekabu sebesar 3 pemeluk orang lelaki..kalau pemeluk ummi mau 4 atau 5 pemeluk...memang besar pokok kekabu yang menimpa rumah ini..kereta tuan rumah ini juga menjadi mangsa pokok kekabu ni...Alhamdulillah tiada seorang isi rumah ini yang cedera...



ini adalah warga India yang menetap di Sungai Tiang Baruh...nama adik ni Shanti berusia 17 tahun...atap dapurnya diterbangkan angin..isi rumah ini seramai 25 orang..rumah tak seberapa besar..tapi penghuninya cukup ramai..dari atuk nenek..pakcik makcik dan adik beradik Shanti semuanya duduk di satu bumbung..di kawasan ini penduduk India hanya ada 10 keluarga dianggarkan 100 orang berbangsa India yang menjadi warga Sungai Tiang Baruh..sudah lama katanya mereka memohon bantuan tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari Ahli Parlimen Bagan Datoh...



Kak Rokiah atau nama glemernya Kak Bibah.. seorang ibu tunggal yang baru 4 bualn lepas kehilangan suami... mempunyai 9 orang anak...rumah kak Bibah ni pun terlibat dengan bencana ini...mata pencariannya hanya mematik kelapa...korang tau ke macamana kerja mematik kelapa ni..?? nak tau datang Bagan Datoh...



kakak ni sedang mematik kelapa di depan rumah dia..



warga Bagan Datoh sekarang ni dah biasa dengan kehadiran tentera2 khususnya di kawasan Rungkup...ini kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh ni pegang Kementerian Pertahanan..maka inilah petugas2 dia yang diarah membantu penduduk tempatan membaiki rumah mangsa ribut ni....berbangga juga la warga Bagan Datoh..terima kasih la...itu memang kewajipan setiap ahli parlimen menjaga kebajikan rakyatnya..

kelmarin ummi dapat cerita kata Zambry MB Mahkamah datang jenguk tempat mangsa ribut ni..tapi jadi lain cerita la pulak..kalau di Lekir Zambry dihalau kaw..kaw..di Rungkup ni takda sapa layan dia..warga cina jangan cerita la..takmau bukak pintu..hambik kau..yang orang UBN pun bising pasal ajk UBN pun tak tau MB depa datang...haru lagu ni...mungkin dia takmau orang UBN Bagan Datoh tau dia tak dilayan oleh rakyat kot...ahak2 malu oo...rakyat tolak MB Mahkamah ..



ini adalah pusat operasi bencana alam kawasan Bagan Datoh..sojar2 yang ramai dalam tu..kira jadi penempatan sojar la ni..sapa2 nak mintak bantuan pi la jenguk2 kat pusat operasi tu..kebanyakan pokok2 yang menimpa rumah2 mangsa telah dibuang dengan bantuan Unit Amal dan tentera..







Banyak kerosakkan hartabenda yang memerlukan sumbangan anda yang murah hati untuk meringankan bebanan mangsa2..kebanyakan mangsa hanyalah pekebun kecil..

sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun CIMB 0817-0000159-102 Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rungkup atau hubungi Fauzi Hashim 0195954575

setiap sumbangan anda adalah amat bermakna kepada mangsa2 ribut ini...


1 comment:

DoL said...

Menteri Pertahanan pun tak boleh nak tahan serangan dari Tentera Allah ni ....

Firman Allah dalam Surah Al Fath Ayat 4 .... Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,


[1394]. Yang dimaksud dengan tentera langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah untuk orang-orang mukmin seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan dan sebagainya,

WAllahua'alam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil