Followers

Wednesday, July 08, 2009

3 tahun lagi baru PPSMI mansuh laa....!!

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.
Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. 

jangan suka sangat dengan kenyataan si Mahyuddin ni..PPSMI akan dimansuhkan..tapi nuuuu haa..3 tahun lagi deh..kenapa perlu ambil masa yang lama untuk dimansuhkan..kenapa tidak dikuatkuasakan tahun 2010...? apakah ada kontrak dengan pembekal masih belum tamat..? kalaulah benar bermakna kerajaan masih memikirkan tembolok segelintir orang berbanding dengan nasib anak2 kita..


pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.
ummi sarankan tahun 2010 dimulakan penghapusan PPSMI ini...rasanya tak  ada sebab untuk melengah2kan..untuk merubah penggunaan bahasa dari bahasa inggeris ke bahasa melayu tidaklah payah sangat berbanding dari bahasa melayu ke bahasa inggeris..ummi mengalu-alukan pemansuhan PPSMI tapi bukan la 3 tahun kemudian...

6 comments:

Gedung Akal said...

Walaupun dalam tempoh empat tahun itu keputusan ini masih boleh ditarik balik namun keputusan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah pendidikan negara. Ingatlah catatan terbaik ini akan menjadi hina dan kotor jika ada sifat dolak-dalik selepas ini. Ini amaran kepada pembuat keputusan yang ada kaitannya dengan kepentingan umat Melayu -jangan main-main atau jangan berpolitik murahan. Keputusan ini adalah muktamad. Jika tidak kami sejuta rakyat akan turun ke jalanan- tunggulah!
Teruskan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu, hapuskan jiwa terjajah!

aiemaan c-bean said...

alahai umi.. nampaknya den batalkan hajat nak sekolahkan anak2 kat sekolat kerajaan, sekolah swata juga aman tak sakit kepala anak2.. bagi anak2 belajar ilmu hisab dan ulum kat sekolah tu... baru kenal islam..

Anonymous said...

Ape helnye Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti sprti yang kita amalkan dulu?

Protes dengan mengundi selain BN!

Unknown said...

Bila lah orang melayu ni nak sedaq? tak kan tunggu dah tak boleh nak makan baru nak mengamok? Payah sekiranya hari2 asyik dok mengadap media perdana sahaja. Maklumat tak sampai dan hanyut digoreng umno/bn. Lihatlah setelah pengakuan mamat tu di parlimen, bertapa pencapaian sangat hina tapi digemburkan dalam media tiap2 tahun keputusan meningkat. Betol2 tak guna. Merosakkan bangsa sendiri demi kepentingan sendiri.

bukit teluk sera said...

salam. berkaitan PPSMI, Kerajaan BN akan bazirkan beratus juta ringgit duit rakyat hingga 2014.

Elaun guru PPSMI saja dah bernilai RM40 juta setahun.

Anonymous said...

Lemah jantung jumpa pakar jantung..
Lemah BI jumpa guru bahasa Inggeris....Tak payah konar-konar menumpang dalam SC&Mate.

Tahniah TPM kerana memansuhkan PPSMI dan Terimakasih TPM kerana menambah masa pengajaran Bahasa Inggeris. Ini lah yang betulllll.

bungul....

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil