Followers

Tuesday, December 15, 2009

Konvesyen Blogger PAS...kenyataan yang keliru lagi mengelirukan..

Lama sungguh la ummi tak menulis kerana banyak urusan2 yang perlu diutamakan...alhamdulillah hari ini ummi dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis..banyak juga isu2 dan cerita2 menarik yang berlaku dan seronok untuk diulas..tapi ummi terpaksa biarkan dan cukuplah ummi sebagai pembaca dan pemerhati saja..

tumpuan ummi sekarang adalah kepada perjumpaan bloggers pada 20hb Disember pada hari Ahad ini iaitu satu program yang cukup besar dan penting kepada penulis2 blog ..Konvensyen Bloggers PAS 2009..itu adalah nama program yang pada awalnya ummi dipahamkan khusus untuk bloggers yang bernaung dibawah bendera PAS..mungkin sebab nama program tu 'Konvensyen Blogger PAS' itu yang nampak seperti yang terlibat hanya blogger PAS sahaja tetapi kalau dilihat kenyataan seperti yang tercatat di sini...di sini..dan yang terkini seperti yang di sini ..ianya tidaklah khusus kepada blogger PAS sahaja...



Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Pendaftaran:RM10.00

Peserta

1. Blogger PAS dan Blogger penyokong PAS (atas jemputan dan daftar melalui email).
2. Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat
3. Ketua dan Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Pas Pusat
4. Pengerusi IT Dewan Ulamak, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat.
5. Ketua Penerangan dan Setiausah Penerangan negeri-negeri.
6. Pengerusi IT Negeri-negeri.
7.Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Kawasan-Kawasan
8. Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak,Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Negeri-Negeri
9.Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Kawasan-Kawasan
(kenyataan ini dikeluarkan 19/11/2009)


Kenyataan terkini ..."Konvensyen Blogger turut dibuka kepada penyokong PAS"(kenyataan 14/12/2009)...tapi sebenarnya sama seperti kenyataan yang asal..takde berubah apa2 pun..kalau kita perhatikan peserta yang akan terlibat seperti senarai di atas memang sudah awal2 terbuka untuk semua penyokong PAS...jadi dimanakah tertutupnya dan apa pulak yang dibukanya..?

harap ketua penerangan tolong beri sedikit pencerahan terhadap kenyataan yang baru ini...sebab kalau ikut fahaman ummi tak ada perubahan apa2 pun...kenyataan macam ini boleh mengelirukan..mintak beri terang sikit kenyataan baru ini...

'Konvesyen Blogger PAS 2009' nama ini yang menyebabkan ada di antara blogawan bertegang urat jari mempertikaikan konvensyen yang dikatakan tak mesra Pakatan Rakyat..maka ada bloggers PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan bagi tujuan untuk menghargai sumbangan penulis2 blog yang dibawah payung PAS...kalau dah asalnya memang terbuka kepada semua penyokong PAS maka tak sepatutnyalah ada yang pertikaikan konvensyen ini..yang ummi nampak berlakunya salah faham terhadap kenyataan2 yang telah dibuat oleh Ketua Penenrangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad..sebab ketua penerangan sendiri yang telah terkeliru dengan kenyataan dia sendiri..

ummi berharap setiap keyataan yang hendak dikeluarkan perlulah terang dan jelas dan janganlah mengelirukan...bukan apa penerimaan dan pemahaman seseorang itu berbeza2..kalau ikut pada mulanya konvensyen ini macam khusus kepada blogger yang berahli PAS saja...kemudian dibuka pula kepada penyokong PAS..sedangkan asalnya memang telah dibuka kepada penyokong PAS...mungkin orang hanya baca tajuk dan tak baca isi sampai habis maka berlakulah salah faham..

salah faham ini kalau tak diselesaikan memang akan jadi parah..siapa yang bertanggungjawab terhadap kekeliruan ini..?? tolong ambil sikap lebih bertanggungjawab untuk mengelakkan sengketa yang berpanjangan..jangan lepas tangan sebagai pemimpin kena intai anak2 buah kat bawah apa jadi bila kenyataan telah dikeluarkan..jangan selepas buat kenyataan tak pantau apa kesan kenyataan yang telah dikeluarkan...kerana antara kita saling lengkap melengkap..perlu memerlukan..maka semua kepimpinan perlu punya sikap prihatin dan peka dengan permaslahan yang nampak kecil tapi besar...

satu lagi yang membuat ummi kurang jelas..penyokong PAS itu apa katogerinya dan siapakah yang dikatakan penyokong PAS..di sini ummi lampirkan komen2 pembaca blog wak albanjari tentang ketrbukaan yang ingin dibuat pada konvensyen ini kelak..

ijoks2009 said...

Wak... tu yang aku bimbang klu konvensen blogger PAS ni dibuka kpd umum....kita tak tau niat dihati yg hadir tu....bila ramai yg pakat mai SB-SB Bkt Aman takan nak lepas peluang....sat lagi semua gambaq-gambaq blogger yg mai tu kena snap, percuma masuk dlm fail2 mereka....ana tak setuju klu konvensen ni dibuka kpd umum walaupun pada blogger PR. ini urusan rumah tangga PAS, bukan urusan depa, mcm mesyuarat khas parti la juga mana boleh bagai org luaq masuk kan? sat lagi yg mai tu bukan setakat PKR & DAP je, hat yg jenis tak berparti pun mai tumpang semangkuk....jenis umno jadian pun akan tumpang mai juga....apa cerita wak!!

Anonymous said...

saya setuju dgn ijoks2009

apasal mahu bagi Siput Babi (SB) "hadiah bonus" dengan mendedahkan blogger-blogger PAS kepada risiko di kemudian hari?

bukankah itu tidak bijaksana di dalam merancang tindakan?

Benar, kita hanya takut kepada Allah, tetapi di dalam perencanaan dan perlaksanaan strategi, biarlah gunak akal... afala tatafakkarun?

Anonymous said...

komen ini wa angkat dari blog Perisek Rakyat,

PAS mengambil tindakan bebal dgn penganjuran seminar blogger ini.

Ia mendedahkan blogger-blogger PAS dikenali oleh golongan yg anti-PAS terutama dari golongan Bukit Aman.

Difahami, ramai SB-SB akan menyamar sebagai blogger yang kononnya simpati kpd PAS akan menyertai seminar ini.

Tujuan mereka untuk mengenalpasti blogger-blogger PAS dan mudah bagi SB-SB ini nanti hendak melakukan kerja-kerja jahat mereka seperti mencekup, menggelidah dan sebagainya bila tiba waktunya.

Berhati-hati.



komen2 di atas adalah wajar diambil berat oleh pimpinan..kerana sebagai penulis blog kami juga perlu menjaga langkah2 keselamatan..kalau kami rasa konvensyen ini mendedahkan kami kepada bahaya baik kami duduk di rumah saja dari memberi peluang kepada musuh mengenali mangsanya secara terbuka dan percuma .. nampak gayanya kena pikir 2.. 3 kali ni...nak pi ke tak..hmmmm

wallahua'lam...

5 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya tak der sambutan, so kena buka kepada umum.

Jadi berpusus-pusulah mamat Bukit Aman mendaftar... snap foto blogger-blogger yang hadir. masuk fail. kala tak snap foto pun dah kenal blogger pas yg dicari.

lepas tu one by one kena kidnap.
Apa PAS ada bantu selama ni bila blogger ditahan?

taipingmali said...

aku pun nak hadir...apa salahnya blogger pro kerajaan hadir, kalau blogger Dap hadir lagi bahaya sebab mereka adalah dari kumpulan sosialis iaitu komunis dunia. maxis dan kalmarx. awas juga tahun depan dap akan menjadi tuan rumah persidangan sosialis antarabangsa... kalau pkr juga bahaya sebab mereka dari kelompok freemason...habislah rahsia parti islam pas masuk poket depa

Ayid said...

Salam Ukwah dan Mawaddaha UMI, bukan salam 1 Malaysia.

Satu article yang manthop. Dah lama Umi tak menulis. sekali meletup. Saya setuju dengan UMI kalau dah terbuka, kena fikir bukan 2 atau 3 kali mungkin makan 1 hari untuk fikir. Pergi ke tidak,

Kalaulah sangkaan Umi itu menjadi reality apa akan terjadi nanti tak tahu le ye UMI

pencatat said...

"huih, apa ni ummie, tegoq tak ikut saluran,jatuh la ayaq muka pemimpin ulama. awat tak tanya dulu dgn wak albanjari ka mrk banjari ka sebelum keluaq statement ni... memang patut hang kena ikut BTN blogger eh silap Konvensyen blogger Pas"

hamba_tarbiyah said...

hm btul kate pencatat tu ummi, ana rase elok tnye ust. indris btul2 ttg xstatement die, klu xpuas hati luah trus kt die, talian Sekretariat Penerangan PAS Pusat ade tu..klu ummi tulis dlm ni je, mgkn die xtau n xbrp nk elokla kn..

ni xtgk lg kot2 ade yg amk ksmptn dgn statement ummi plak nnti, xpatut tu ye x..ok, just tegurn mmbina utk ana sndiri..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil