Followers

Saturday, January 02, 2010

apa ada pada kalimah ALLAH....??

http://www.turntoislam.com/images/tti/misc/Allah.gif

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.
Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair. Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ


Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

sumber http://g-82.blogspot.com/



-
Orang Arab, kebanyakan mereka, guna nama Arab. Tak kira nama Arab asli atau nama Arab impot. Contoh nama Arab impot ialah Ibrahim (إبراهيم), Yusuf (يوسف) dan Ya'kub (يعقوب). Kebanyakan Arab yang guna nama Nabi-Nabi tersebut adalah beragama Kristian.

-Orang Arab, berbahasa Arab. Tak kira apa jua agama. Orang Arab Muslim menyebut Allah itu الله. Begitu juga orang Arab Kristian. Begitu juga orang Arab beragama Yahudi. Sapa kata orang Arab semua Islam? Sapa kata Yahudi hanya agama bani Israel?

- Allah SWT menyatakan mereka semua sebut Allah itu الله. Baca ayat 30, surah at-taubah:

وقالت اليهود عزير إبن الله
"Dan golongan Yahudi berkata: 'Uzair itu anak Allah"


وقالت النصارى المسيح إبن الله
"Dan golongan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah"

ذلك قولهم بأفواههم
"Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri."

sumber http://siyasahsyariyah.blogspot.com/



Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil.

sumber PakKaramu


kita biasa mendengar non muslim guna ayat ini..
" itu tuhan alah(Allah) punya kuasa la.."
"Tuahan alah(Allah) juga kasi kita sakit ka..sihat ka..kaya ka miskin ka..semua tuhan alah(Allah) bikin ma.."

dialog tu selalu non muslim gunakan ketika bercakap dengan org Islam..ummi tak boleh nak ulas lebih2..biar hanya yang arif sahaja yang bersuara..kata orang banyak cakap takut banyak buat silap...

peringatan buat ummi dan semua..ilmu Allah itu luas dan masih banyak perlu kita terokai dan dalami...tuntutlah sehingga ke liang lahat..

wallahua'lam..

11 comments:

Amir Razain said...

we need to defend the name of Allah. If not, Muslims will be confused.
_____________________
View Profile: Rantong™

Anonymous said...

adakah hanya nama Allah sahaja yang patut kita pertahankan.. ? tidakkah lebih mulia dan afdal kalau ajaran Islam itu dpertahankan oleh semua muslim..

adakah cara hidup bangsa melayu di 1 Malaysia sekarang tidak mengelirukan penganut lain..? jangan jumudkan pemikiran kita..jangan disebabkan kita menyempitkan ideologi kita menyebabkan non muslim tidak berminat mendekati Islam..

Ahmad said...

ayat2 Al-Quran tu bacalah dari awal, janganlah ambil part yang nak menunjukkan orang kafir juge gune kalimah Allah je, surah tu kan menceritakan sesuatu, jadi mestilah akan ikut urutan apa yang berlaku, yang ayat 30, surah at-taubah, ayat lepas tu kan Allah melaknatnye. Baca dari awal sampai abes, bila nik ajis cakap tuhan pun samseng, suruh tengok keseluruhan teks ucapan tu, tapi bile ayat Al-Quran tak macam tu plak, aneh2

Anonymous said...

elok laa tu.. lepas ni leh laa tengok rumah orang kafir gantung kalimah ALLAH kat umah diorang dan bible leh guna segala tafsir arab dengan sewenang-wenangnya.. memudahkan modus operandi mereka untuk selewengkan akidah islam yg semakin rapuh. kalau takde keuntungan disebalik penggunaan nama ALLAH .. kenapa mereka tak guna je Tuhan, kan sama je..

crocs

Anonymous said...

Anni,kalau taknak ulas lebih2, jgn lah post artikel yg menyokong Allah-kristian (baca: Allah-PR), tanpa menyatakan bantahan.Bknkah itu tanda nya bersetuju@menyokong Allah-Kristian?

Walaupun perempuan akalnya hanya 1, jgnlah buat perkara yang menunjukkan mcm akal anda hanya suku atau pendek akal atau bodo.

Skarang, nah, ambik..di'kafir'kan oleh timb mursyidul am PAS sendiri. Kata2 N.Ajis pun tak boleh pakai.Bila umat Islam membantah, baru nak kata tak boleh pakai Allah-Kristian. N.Ajis buat Flip-flop bodo. Dan TAKDE plak puak2 PAS (Baca:SESAT) yang nak buat demo dan berarak sampai baring kat tengah jalan.

Lain kali, pakailah akal yg 1 tu untuk berfikir panjang,bukannya membabi buta dan berfikiran bodo serta sombong.

Mintaklah dijauhkan anak cucu Anni dan puak2 PR nanti kata takpe kalau pakai kasut nike yg tertera kalimah Allah (klik SINI) sbb tu adalah Allah-Kristian dan bukannya Allah-Islam.

Anonymous said...

Puan Anni,

artikel ini sangat memalukan, Pn Anni telah memalukan keluarga Nasution. Sila bertaubat dengan Allah SWT. Sila baca kenyataan Dr Haron Din dari PAS mengenai isu kalimah Allah ini.

Anonymous said...

apa ada pada nama nasution
keunggulan kalimah ALLAH pun dia tak perjuangkan

benci umngok said...
This comment has been removed by a blog administrator.
benci umngok said...

sah2 la ni puak2 umngok yang sudah kecewa dengan kesepakatan PAS untuk tidak melayan propaganda umngok..nak serang peribadi orang lak..dasar umngok..

korang dok perjuang nama Allah..syariat Allah korang campak dalam longkang..hukum Allah korang hina2..nak perjuang nama Allah konon..kahak ptuiihhhh..

dah terdesak sangat ke oiii nak ngorat PAS..umngok dulu kini dan selamanya ngokk...

Anonymous said...

benci umngok said...

sah2 la ni puak2 umngok yang sudah kecewa dengan kesepakatan PAS untuk tidak melayan propaganda umngok..nak serang peribadi orang lak..dasar umngok..

korang dok perjuang nama Allah..syariat Allah korang campak dalam longkang..hukum Allah korang hina2..nak perjuang nama Allah konon..kahak ptuiihhhh..

dah terdesak sangat ke oiii nak ngorat PAS..umngok dulu kini dan selamanya ngokk...



Si bodo yg menulis komen di atas adalah antara golongan sesat+bodo+buta hati.


Kata SI BODO:"nak serang peribadi orang lak..dasar umngok.."

Ironinya: Serang peribadi orang adalah fitrah dalam diri setiap PEMIMPIN PAS(BACA:SESAT). Dimana2, mulut mereka sentiasa dipenuhi dgn fitnah dan caci-maki terhadap UMAT ISLAM yg tidak menyokong PAS.

Kata SI BODO:"korang dok perjuang nama Allah..syariat Allah korang campak dalam longkang..hukum Allah korang hina2..nak perjuang nama Allah konon..kahak ptuiihhhh.."

Ironinya: PAS sendiri yg menghina syariat Allah bilamana MAHKAMAH SYARIAH kata KAWIN TAK SAH, masih lagi dok tido sama, Mat Sabu berkhalwat, N.Ajis nak buat haji guna duit rasuah bilboard, Kalid Gereja Samad kuar masuk gereja memperjuangkan taktik memurtadkan Muslim (Kalimah Allah akan digunakan oleh gereja utk mempengaruhi umat ISLAM). Dan yg paling best, TIMB MURSYIDUL AM sendiri yg meng'kufur'kan puak PAS mcm korang. PAS sendiri yang menghina hukum Allah! "SETEPEK!"-bunyi ludah tu kene muka PAS sendiri.

So, takde guna nya umno nak ngorat puak SYIRIK PAS ni..

dan seperti biasa, puak SYIRIK PAS ni tetap berhujah dgn kata2 kosong dan bukan nya fakta dari akal fikiran.BODO!

Anonymous said...

Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.

Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam,rakyat turut kesal kerana pemimpin Umno yang tegar mempertahan nama Allah hari ini, masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur di hadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

“Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi ahli lembaga pengarah syarikat judi dan arak di negara ini.

“Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi,”

“Suatu ketika dahulu, Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

bagaimana pulak kisah 'Datuk' umno yg meniduri lebih dari 10 wanita,meliwat isteri,sepak terajang bini..ajaran mana umno dapat ni?? Allah tak ajar pun,suruh pun tidak.

siapa sebenarnya kufur ni ?

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil