Followers

Monday, May 02, 2011

Sumpah Eskay adalah sumpah orang 'JAHIL'..


Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

8 pandangan:

  1. boleh percayaker suarakeadilan nie.... kes kenyataan Ustaz Haron Din pun suarakeadilan sanggup putar belit, sanggup pula fitnah.

    Ntah2 Dato Md Hashim Yahya ni ada buat kenyataan tambahan untuk menerangkan perkara sebenar tapi tak di masukkan kenyataan tersebut.... dah tak leh caya ler suarakeadilan nieee.... banyak sangat putar belitnyer.... ulama pun sanggup difitnahnya..
    Haishhhh!!!!

    ReplyDelete
  2. kesian kat anonymous di atas..lainkali kalau nak tolong bg komen sila bagi fakta menangkis ustadz ni ckp ye..sbnarnya ko tahu apa ustadz tu ckp betul tapi tula kan .. tak berani mengakuinya..takut takder org nak bg duit RM100 bila pilihanraya ye..dan makan free kat stadium ke hapa? hahaha

    ReplyDelete
  3. ye x ye ek.... betul gak ckp anon May 2, 2011 7:53 AM .... cam ner nak bagi fakta kalau dah suarakeadilan sanggup putarbelit kenyataan.... dan ini diperakui oleh ustaz haron din sendiri... hah! macam mana tu?

    ReplyDelete
  4. bila ramai yg bijak dalam islam.. mcm2 jdi nye.. anyway semua nye hanya manusia biasa, bkn malaikat.. apa yg ada pada manusia.. biasa saja.. suka mempersoalkan dan memperolokan sesuatu perkara... bosan dgn kerenah rakyat msia...

    ReplyDelete
  5. Anonymous 9.50AM - stupid

    ReplyDelete
  6. Ini lah blog paling banggang aku pernah surf...

    ReplyDelete
  7. hahahahah...bangang la blog nih....

    ReplyDelete
  8. kalau gitu boleh tak suruh anuat tu tunjuk sat ...sumpah orang x jahil...kalu brani...

    ReplyDelete




SAYAP KEHORMAT
BLOGGER NETWORK MALAYSIA


dari Amin Menulis

dari mum of 3 mohd

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF