Followers

Thursday, March 29, 2012

Malangnya warga Perak ada Menteri Besor berperangai lanun..!!

Zambry Al-Kudeta berkata,
kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.Katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri. -sumber MK

cerita sebenarnya,

Vale International telah berjumpa dengan Menteri Besar Perak yang baru, Haji Nizar Jamaludin. Nizar tidak bersetuju untuk menjadikan Teluk Rubiah satu kawasan industri sebab kawasan itu diwartakan sebagai kawasan pelancungan. Nizar menawarkan Vale International satu kawasan lain di Tanjung Hantu untuk dijadikan kawasan industri yang menempatkan operasi Vale International. 
Dalam masa tengah berunding dan menilai prospek Tanjung Hantu itulah, kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan. Sultan Perak tidak bersetuju apabila Nizar meminta diadakan pilihanraya semula dan terus menerima cadangan Pak Lah untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar. 
Bila Zambry naik, perkara pertama ialah meluluskan penjualan Teluk Rubiah Golf Resort kepada Vale International. Seluas 488 hektar tanah di Teluk Rubiah dijual kepada Vale International dengan harga RM196 juta.
Sekarang, Teluk Rubiah sudah menjadi milik syarikat Brazil. Kerajaan negeri tak dapat apa-apa. Penduduk tak dapat apa-apa. Tapi kita tanggung la kesannya nanti. sumber MT
Pada mulanya, Teluk Rubiah merupakan kampung nelayan tradisi dan tanah-tanah disitu merupakan tanah simpanan Melayu  yang dikenali sebagai Kampung Teluk Rabiah yang berstatus Tanah Rizab Melayu (Malay Reserve). Pencabulan Teluk Rubiah bermula sekitar 1983 dimana kerajaan BN mencadangkan kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Itu yang orang kampung diberitahu. Apa yang tidak diberitahu ialah kawasan Teluk Rubiah ada banyak balak.



Oleh kerana keseluruhan kawasan Kampung Teluk Rabiah dan persekitarannya dicadangkan untuk tujuan pembangunan komersial (pelancongan mewah), Kerajaan Negeri telah memansuh Rizab Melayu Teluk Rabiah seluas kira-kira 163 hektar mengikut Seksyen 4 (i)(b), Enakmen Rizab Melayu (No Warta: 738 – Tarikh Penyiaran Warta: 20 Julai 1989).
Semua penduduk kampung tersebut telah berhijrah ke tempat-tempat lain terutama di sekitar Daerah Manjung. Penghijrahan penduduk dari Kampung Teluk Rabiah dibayar pampasan dan diberi penempatan baru atau mereka sendiri yang berhijrah kerana bertujuan mengubah penghidupan yang lebih baik.


banyak cerita dan gambar di sini..di sini..di sini..di sini ..di sini .. di sini      



apa pemandangan Teluk Rubiah hari ini..??
apa cerita Teluk Rubiah hari ini..?? 


dulu-dulu...

sekarang ini...


MAKA AYUH SEMUA WARGA PERAK..SELAMATKAN HARTA KITA DARI DIRAMPAS OLEH ORANG LUAR..!!

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil