Followers

Thursday, October 18, 2012

PKR serah kerusi kepada PAS


Sumber: Pas Pasir Salak

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak. Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi.
Sambut baik serahan PKR  kepada PAS Kawasan
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian. Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.
“Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS” inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak.

Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang bertanding.
Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-

3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

Persetjuan tanpa bantahan
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan ‘Hijau ke Putrajaya’. Ikrar ini biarlah diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan.
---
UmmiAnni - hubungan macam ini le yang kita nak tengok dalam Pakatan Rakyat..agak2 tak mampu.. beri pada yang berkemampuan..janji Pakatan Rakyat yang menang..barulah nak berkerjasama pon hati jadi ikhlas..

komen

No comments:

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil