Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.
Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.
seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Tahniah la penduduk Buah Pala..tak sia2 berkorban masa dan mengharap pada yang benar...berbaloi dengan menanti kerana bukan semua orang boleh dapat rumah nilai RM500K..kalau mengharap pada kerajaan Be End belum tentu dapat rumah yang harga RM500K ni..
Berapa paling hebat kerajaan Be End boleh bagi kat rakyat ..?? rumah PPRT paling mahal RM50K - RM70K..?? kalau rumah PPRT kat kampong ummi ni nilai RM40K jek...tak tau la kat tempat korang..nak dapat nilai RM100K ni hagham mandang le..
Kalau kerajaan Be End nak bangunkan rumah setinggan pon ganti dengan rumah pangsa..rakyat kena bayor bulan2 lagi..mana ke slogan rakyat didahulukan..??
No comments:
Post a Comment