Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.AL-FATIHAH...
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.Norlaila Othman (Pusat sokongan Gerakan Mansuhkan ISA) -Harakah
"Ini anggaran yuran anak-anak.Ana harap dengan bantuan kak, dapatlah Ana bayar dengan segera.Syukran.Nursery RM100,Tadika RM280,Tahun 2 RM 510, Tahun 3 RM400 dan Tahun 4, RM400..."
Inilah pesanan ringkas yang saya terima di telefon bimbit saya.Saya terkedu sebentar dengan permintaan ini Puan D ini. Beliau mempunyai lima orang anak berusia 3 hingga 10 tahun.
Pendapatan beliau sebagai pembantu Tadika, pastinya jauh dari mencukupi bagi memulakan sessi persekolahan 2009 nanti.Sepatutnya bagi seorang isteri Tahanan ISA yang mempunyai 5 orang anak seperti beliau, saya dan Bendahari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah peruntukkan RM1500.00 untuk beliau .
Saya faham, jika tidak kerana terpaksa, tak mungkin beliau sanggup meminta lebih dari peruntukkan yang sepatutnya. Tetapi, inilah yang dikatakan kisah benar dalam kehidupan. Perasaan segan terpaksa di korbankan demi mendapat bantuan mencukupi buat anak-anak yang sedang membesar.
Berikut adalah jumlah yang kami fikirkan paling sesuai diagihkan pada semua keluarga yang sedang dianiaya ini.
1. Ibu berpendapatan kurang dari RM1,000, anak 7-10 - GMI beri RM2,000 2. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 4 -6 - RM1,500 3. Ibu berpendapatan kurang RM1,000, anak 3 - RM800.00 4. Ibu mempunyai 2 anak - RM600.00 5. Ibu dengan seorang anak - RM300.00
Jumlah ini bagaimanapun tidaklah 'fix' kerana biasanya kami ambil kira pendapatan sampingan isteri yang diperolehi samada dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Yang jelasnya, semua bantuan itu memang jauh dari mencukupi untuk penghidupan mereka.Sekiranya suami mereka tidak ditahan dibawah ISA, sudah tentu suami mereka dboleh bekerja dan memperolehi pendapatan yang lebih besar dari jumlah itu.Dan yang paling penting, mereka tidak perlu meminta-minta pada sesiapa!!!
Sewaktu membuat pembahagian itu, saya membayangkan suasana rumah dan keperluan anak-anak. Syukur, saya mengenali hampir 90peratus dari isteri-isteri ini dan mengetahui sejauh mana tahap kemiskinan dan kesukaran hidup mereka.Saya telah tiga kali melawat keluarga ISA di Sabah. Dan saya juga biasa menziarahi keluarga ISA di Semenanjung, baik yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, Johor hinggalah ke Kedah.
Pastinya, tahap kehidupan memang tidak sama. Contohnya, seorang isteri di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM1.k setiap bulan, yang mempunyai 3 orang anak, memang terpaksa mengikat perut untuk melayakkan mereka menyewa rumah Bandaraya berharga RM300 dan memakai kereta berusia 20 tahun. Itu belum lagi termasuk perbelanjaan mereka ke Kem Kamunting!!
Kini, masih ada lebih 40 tahanan ISA di Kem Kamunting..Ketika sessi sekolah dibuka kelak, Pengetua Sekolah, penjual buku dan unifom serta pemilik bas sekolah, tidak akan bertanya samada mereka ini anak tahanan ISA atau tidak. Semua anak-anak yang dizalimi ini terpaksa membayar semua urusan yang berkaitan dengan persekolahan.
Bapa-bapa yang sepatutnya menjadi kepala keluarga, menjadi orang yang mencari nafkah untuk anak-anak, dikurung tanpa sebarang kerja dalam blok-blok usang di Kem Kamunting.
Anak-anak masih kecil dan kurang memahami kenapa bapa mereka masih terus menerus di kurung di Pekan Kamunting sana..Hanya si ibulah yang pening kepala, memikirkan bagaimanakah hendak mencukupkan wang yang sedikit, bagi memenuhi keperluan yang begitu banyak��
Siapakah yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka..??
![[comel.jpg]](http://4.bp.blogspot.com/_8s_CqvgDxmI/SVLMcYguryI/AAAAAAAAAAg/1BfLDJsDzsM/S220/comel.jpg)
KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh)- Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.
Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.
Diharap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan �umpan� dana khas RM300 seorang itu."Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.
siapa minah ni..??? dalam blognye yang baru berusia 2 hari.. penuh dgn gambar2 yg menghina Nabi Muhammad s.a.w.
mengikut si perisik rakyat dia dah pernah try call no minah ni tapi tak berjawab..kesimpulan ada orang nak mendajal minah ni atau minah ni bukan Islam..tu yang ummi rasa...
bagi ummi org yg buat blog ini memang haram jadah...!!
wallahualam..
I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts, call me at03-5566 3800 if you are one of me.