KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh)- Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.
Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.
Diharap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan �umpan� dana khas RM300 seorang itu."Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.
biasa la.. suasana ini pasti berlaku bila tang pilihanraya kecik...duit memang mainan umno/BN...tapi depa lupa..pengundi sekarang bukan pengundi yang hat dulu...pengundi sekarang bijak cerdik..hangpa kasi la apa jenis sumbangan pengundi berbesar hati menerima..tapi kalau hangpa kata sumbangan tu umno/BN punya..hat yang ni depa mesti ketawakan hangpa..pasai depa tau habuan yg hangpa kasi tu milik pengundi..hangpa yang perasan tu hangpa punya..
pemberian dana khas (Ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak...bukan bagi di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN saja...
ikut macam TGNA kata..."Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS..."
1 comment:
silakan berkunjung ke:
http://hashami.wordpress.com
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…
salam,
Mohd Hashami
Post a Comment