Followers

Monday, January 05, 2009

satu laporan polis untuk datok zahid...

Apa pasal Datok Zahid buat fitnah ni..?? sumber mana yg Datok Zahid dapat pasal dewan tadika kemas diarah tutup ni...check balik..ntah2 ada orang nak sabotaj datok ni...atau memang datok nak cari publisiti murahan...dengar kata datok dengar laporan tu dari Timbalan Pengarah KEMAS Negeri Perak...hmm macamana datok boleh terus buat kenyataan tanpa usul periksa kesahihan ceritanya...sapa yg susah sekarang...datokkk jugak...

dari sumber yang ummi perolehi dari tok sidang Kg.Hutan Melintang iaitu tok sidang Tapa..ummi diberitahu bahawa dia telah bertemu sendiri dan berbincang dengan penyelia KEMAS Parlimen Bagan Datoh..saudara Nordin Sulaiman bahawa tiada satu pun tadika KEMAS yang ditutup atau diarahkan mengosongkan permis mereka...dia sendiri heran macamana Datok Zahid yang baru balik dari Mekah boleh mengeluarkan kenyataan begitu...

Sementara sumber yang ummi perolehi dari Naib Yang DiPertua PAS Bagan Datoh saudara Hj.Ramlee Husin siang tadi beliau bersama SU PAS Bagan Datoh Saudara Fauzi Hashim bersama YB K.Saven serta setiausahanya dan 5 orang tok sidang DUN Rungkup telah membuat satu laporan polis terhadap Datok Zahid di Balai Polis Daerah Teluk Intan(IPD Hilir Perak)...laporan polis tersebut meminta Datok Zahid menarik balik kenyataannya yang berbau fitnah terhadap kerajaan Paktan Rakyat Perak dalam tempoh 3 hari.....ini kerana di kawasan Bagan Datoh tiada satu pon tadika KEMAS yang ditutup..harap Datok Zahid memohon maaf kepada kerajaan negeri Perak..






Tadika KEMAS : Kenyataan MB Perak...fitnah BN gagal..!!

http://aycu16.webshots.com/image/48575/2005180440642215279_rs.jpg

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.


Dinyatakan dalam laporan tersebut, " kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri berkenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, " Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

sumber kamparin.blogspot

ramai penjenayah akan muncul di Kuala Terengganu..??

"KUALA TERENGGANU, P.36... Tempat berlansungnya pilihanraya kecil...hampir 6000 hingga 8000 polis dan SB berkemah, merayau dan bermundar mandir diseluruh parlimen Kuala Terenggnu.

Di persimpangan Cendering, dipadang bola MPKT, dan dijalan KT- Kuala Brang (Wakaf Mempelam) puluhan kenderaan dan ratusan polis berkemah, ini menjadikan kesesakkan lalulintas yang cukup parah. "INILAH HADIAH KEPADA PENGUNA JALAN RAYA YANG LAIN UNTUK KE BANDAR KT.

Malahan puluhan pondok kecil telah dibina untuk diisi "POLIS" yang beruniform. Apakah tujuan sebenar?....Itu dari segi pihak keselamatan. Nampak dan pada umumnya UMNO DAN BN SUDAH MENANG SEBELUM BERTANDING.

Dari maklumat diperolehi UMNO dan BN mahu 100% menang. Cara yang cukup baik ialah kumpulkan "POLIS" dan "SB" untuk menunjukan pihak pembangkang akan membuat "kacau" semasa pilihanraya dan berkempen.

Untuk maklumat pihak polis dan keselamatan biasanya pihak keselamatan yang memulakan "provokasi" terlebih dahulu. Bukti jelas di semua tempat berlaku kekecuhan. Kami merayu kepada kedua pihak UMNO dan PAS malah pihak keselamatan polis dan "sb" berlaku adil.


Dengan kehadiran polis 6000 orang tidak termasuk SB... rasanya tidak adil dalam proses pilihanraya atau bagaikan P36 Kuala Terengganu tidak normal. -tranungkite "

ummi..

yang nampak..PRK di KT ni pihak BN menggunakan polis adalah untuk menakut2kan pengundi2...mungkin juga sebagai warning..kalau BN kalah tentu ada huru hara...memang dah terbukti pon semasa PRK di Permatang Pauh yg lepas..apabila penyokong umno mengamuk pasai habuan tak dapat...mungkin di Kuala Terengganu lagi hangat kot..wallahualam..

Jahat sangat ke pengundi orang P36 Kuala Terengganu?.......atau samseng sangat ke UMNO atau pemuada dan puteri umno dan BN?........Atau hanya menjadikan satu bentuk provakasi dan lakunan atau pelakun tambahan semasa hari mengundi disertiapa peti undi P36 Kauala Terengganu?.......Atau kaki pengaucau dan baut kacau disemua peti undi P36... lalu menuduh pihak PAS dan pakatan atau pihak umno dan bn sebagai punca ?........ada juga ura2 mengatakan pengundi hantu pon mungkin sebanyak itu..ntah la kita tunggu dan lihat...

Mungkin polis dah dapat maklumat yg penjenayah2 satu Malaysia akan bersidang di Kuala Terengganu untuk membantu PRK di Kuala Terengganu..tu sebab dorang pakat berkampung di sana...
mesti banyak penjenayah di luar Kuala Terengganu berpesta dan bertepuk tangan tengok kedunguan abg polis kita ..mana tak nye..bila ada aje PRK..dengan taat setia nya mereka menurut perintah kerajaan yg dungu...

nak tanya sikit kat abg2 polis....mana lebih penting..
membenteras jenayah atau menjadi pak pacak di setiap PRK yg diadakan..?

agak2nya akan ada lagikah insiden seperti gambar dibawah ini pada hari penamaan calon di Kuala Terengganu nanti..?






Sunday, January 04, 2009

lawak Dato' Zahid lebih kelakar dari Raja Lawak...

http://lh6.ggpht.com/_oQDopgQ3Cog/SGCVmXoohaI/AAAAAAAAAdo/fVFd-jbz1ns/DSCN1034.JPG

Assalamualaikum..

lama rasanya tak update blog ni..maklum la bila awal tahun ni..ummi sibuk menguruskan hal2 kemasukkan sekolah anak2..dari persiapan pakaian dan peralatan sekolah sehinggalah menghantar mereka ke pintu sekolah..malam ni baru dan nak belek pc dan intai2 cerita hangat..

start dari hari jumaat lepas tak dapat nak mengisi blog ni..banyak juga cerita yg nak diisi..tapi nantilah baru buat..yg buat ummi nak update blog malam ni..bila terbaca isu tentang tadika kemas..satu kenyataan yg ummi rasa agak kelakar untuk diperkatakan..

petang tadi jenguk juga anak ummi yang kat Matrik Gopeng..selepas selesai hantar anak ke SBPI Gopeng..ummi makan2 dgn anak kat kafeteria di situ sambil tgk raja lawak..terkekek2 kami ketawa...ingatkan habis lawak le dah..rupa2nya ada lagi lawak dari program raja lawak..iaitu zahid lawak...hahaha

apa yg lawak si zahid ni buat..meh baca ni...

"Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Menurutnya beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.
"

muahahaha...terbahak..terbahak..terbahak ummi gelak sambil guling2..
hahaha 13,000 murid terjejas...
hahaha 700 premis dipaksa kosong...
hahaha pegawai KEMAS dipaksa serah kunci dewan orang ramai ...

setahu ummi kalau kat kawasan ummi..juga tempat Dato' Zahid sebagai wakil parlimen Bagan Datoh...takde pulak dengar kes yg macam gini...yang ummi nampak tadika KEMAS sebenarnya sedang LEMAS disebabkan wujudnya pra sekolah..ramai ibubapa lebih yakin dengan pra sekolah dari tadika KEMAS yg dah LEMAS...

murid KEMAS pon bukan ramai sangat..kalau tang tadika KEMAS Sungai Sumun...cikgu dia sampai merayu pada pihak sekolah kebangsaan yg ada supaya pra sekolah tidak mengambil murid 5 tahun pasal semua tak nak ke tadika KEMAS..

kalau Dato' Zahid kata 13,000 murid tadika KEMAS terjejas..tadika KEMAS terjejas sebab pra sekolah..takde kena mengena dgn kerajaan negeri Perak...

700 premis dipaksa kosong...takde siapa yg suruh kosongkan..tetapi memang kosong pasal takde murid.....hehehe

pegawai KEMAS dipaksa serah kunci 'dewan orang ramai'...baca betol2 'dewan orang ramai' bukan bangunan tadika..oppsss terlupa..tadika KEMAS takde bangunan kebanyakkannya 'menumpang' di bagunan dewan orang ramai...jadi sendiri pikir la..

Kenyataan ini lagi lawak..

"Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka."


hahaha....JKKP hang wakil persekutuan...dewan orang ramai adalah bawah kerajaan negeri punya...so yang berhak pegang kunci siapa wahai Dato' Zahid..? pasai pegang kunci dewan pon nak kecoh...pegi la beli kunci pastu pegang la lama mana pon..takde sape heran...hahaha

Thursday, January 01, 2009

Wahid Endot vs Wan Farid di KualaTerengganu...


PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam selama empat penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan ini.

Beliau merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak diumumkan di Kuala Terengganu pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali, ahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.-mStar

adakah anda sanggup boikot produk Israel..??




















Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin.

3 jenis makanan segera ini dah jadi kegilaan umat Islam...sanggupkah anda boikot makanan kesukaan anda ini..demi umat Islam lain yang dibunuh dan diganyang oleh pengeluar produk ini..??

setiap sen yg anda gunakan utk membeli produk yahudi laknatullah ini...anda dikira penyumbang kepada kemusnahan umat Islam di Palestin...na'uzubillah...!!

ni lagi satu..ummi ciplak dari blog Tok Ghimau..


bagi yang suka sangat coke ni..sempena tahun baru..ubahlah kepada produk umat Islam...martabatkan barangan yg halal..

wallahualam

selamat datang 2009

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil