Followers

Tuesday, March 10, 2009

tangguh naik tol..kerajaan bayar pampasan RM287 juta...

[senyum.jpg]

Kerajaan bayar pampasan RM287 juta kepada lima syarikat konsesi lebuh raya berikutan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol.
Menteri JKR Mohd. Zin Mohamed berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi selepas mengambil kira reaksi rakyat yang tidak bersetuju apabila kenaikan kadar tol diumumkan.
Pampasan wajib dibayar ekoran janji bodoh kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
PLUS dapat RM195 juta, Sprint RM36 juta, AKLEH RM27 juta, Besraya RM9 juta dan NPE RM20 juta.

"Wang pampasan ini merupakan sebahagian daripada wang rakyat yang sebenarnya.

1. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol
lebuh raya,BN. Kerajaan bayar RM2.35 bilion pampasan tol. KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM2.35 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya di negara ini bagi tempoh empat tahun dari 2004 hingga 2007.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pampasan itu 19/02/2009

2. PLUS untung RM289.4 juta
PLUS untung RM289.4 juta. KUALA LUMPUR 30 Mei - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) mencatat keuntungan kumpulan sebelum cukai sebanyak RM289.4 juta dalam suku pertama tahun ini, berbanding RM489.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.Keuntungan sebelum cukai yang tinggi dalam suku pertama tahun lalu adalah s 31/05/2006

3. Untung PLUS naik
Untung PLUS naik. KUALA LUMPUR 24 Ogos - Plus Expressway Bhd. (Plus) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM684.6 juta bagi separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2005, meningkat 91 peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya.Peningkatan berkenaan terutamanya disebabkan oleh pampasan Senai berjumlah 25/08/2005 -

4. Hasil tol PLUS melebihi RM1b
Hasil tol PLUS melebihi RM1b. KUALA LUMPUR 22 Nov. PLUS Expressways Bhd. telah berjaya mencatat kutipan tol melepasi paras RM1 bilion apabila mencatatkan jumlah sebanyak RM1.008 bilion dalam sembilan bulan berakhir pada 30 September 2002, naik 12.8 peratus daripada RM893 juta yang dikumpulkan dalam tempo 23/11/2002

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

tu baru tangguh..belum batal dah juta2..kalau batal bape juta pulak duit pampasannya..??

Monday, March 09, 2009

kenyataan pengerusi PAC

Kenyataan Akhbar Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak, YB Wong Kah Woh pada siding akhbar yang berlangsung di Pejabat Dewan Speaker, Bangunan Kerajaan Negeri Perak pada pukul 1 petang 28.02.2009

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak (Public Account Committee- PAC) telah mengadakan mesyuarat kami pada 27.02.2009 pukul 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Kewangan Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Perak.

Negeri Perak kini sedang mengalami satu krisis politik yang serious, yang mana telah menyebabkan banyak isu menjadi tidak tentu. Secara spesifiknya, Barisan Nasional telah mengisytiharkan mereka sebagai Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan YB Zambry sebagai Menteri Besar manakala pihak Pakatan Rakyat pula berpegang kepada pendirian bahawa mereka masih Kerajaan yang sah atas sebab-sebab tertentu khasnya berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

PAC tidak akan mempersoalkan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam perkara ini. Sebagai satu Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Perintah 70 Perintah-Perintah Tetap DUN Perak, PAC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua wang yang diperuntukkan dan dibayar dalam suatu keadaan dan suasana berkrisis ini adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang dan prosidur.

Jawatankuasa kami telah berpendapat dua perkara penting harus ditangani.

(a) Pelantikan Penasihat-Penasihat kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri

Pertama, PAC akan mempersoalkan pelantikan 3 orang “penasihat“ iaitu En. Chang Ko Youn, En. Veerasingham, YB Najmuddin kepada YB Zambry dan Ketua Penerangan Negeri YB Hamdi dari beberapa sudut.

Dalam konteks ini, PAC telah mengambil pengetahuan bahawa ketiga-tiga “penasihat” telah dilaporkan mempunyai status EXCO seperti yang diumumkan. PAC berpendapat bahawa ia adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana ia sememangnya akan melibatkan wang Rakyat yang besar dan suatu penyoalan dan penyiasatan harus dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

(i) Apakah dasar undang-undang berkenaan dengan pelantikan tersebut;
(ii) Apakah rasional dan tujuan pelantikan?
(iii) Apakah emolument yang dibayar termasuk gaji, elaun, kemudahan dan lain-lain
(iv) Apakah manfaat dan samaada perlunya pelantikan tersebut.

Kedudukan dua orang bukan ADUN dilantik untuk menerajui jawatan “penasihat” dan kelayakan kedua-dua ADUN sebagai Ahli Pentadbiran Negeri amatlah diragui.

(b) Kedudukan YB Mohd Nizar sebagai MB dan EXCO Pakatan Rakyatnya dan YB Zambry sebagai MB dan EXCO Barisan Nasional

Negeri Perak sekarang menghadapi krisis politik dan dalam proses ini, adakah wang Rakyat akan dibazirkan oleh pentadbir-pentadbir politik dan/atau kakitangan Kerajaan.

Dalam keadaan sedemikian, PAC amat mengambil berat tentang barisan EXCO mana yang harus dibayar gaji dan elaun dan diberikan segala kemudahan-kemudahan yang diperuntukan dalam undang-undang.

PAC telah membuat keputusan untuk memanggil YB Nizar dan Barisan EXCOnya dan YB Zambry dan Barisan EXCOnya, YB Penasihat Undang-Undang negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, jika diperlukan, untuk memberikan keterangan dan penjelasannya.

Dalam masa krisis ini, PAC mempunyai tanggungjawab dan perlu memainkan suatu peranan dalam melindungi hak Rakyat.

-kah woh's chamber

Hishamudin derhaka pada Pak Lah

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.

Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.

Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.

Itulah UMNO…..kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.

Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.

Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.

Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.

Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.

Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.

generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo

5 anak Pokok Demokrasi sempena 1 tahun PR memerintah Perak

semalam ummi turun ke Dun Changkat Jering...pagi MSK berada di Ipoh upacara menanam Pokok Demokrasi sempena sambutan 1 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak..walaupun dihuru-harakan oleh barisan menteri pasola Perak...belum pun genap 1 tahun Perak BN kehilangan Perak...mereka dah rope cacing kepanasan sebab RM tak dapat masuk ke poket dema lagi..

Dah le..maleh nak cite pasal geng2 menteri pasola ni...kami tengah nyediakan buluh runcing nak cocok kat tapak kaki si menteri pasola..hang tunggu no...!! satu cadangan ummi..buat wasiat awai2 tau geng2 pasola oii...

sambung cite pasal pokok demokrasi ni...5 batang anak pokok sena yang ditanam di namakan..ADIL..TELUS..AMANAH..KEBAJIKAN dan BERSIH...ianya akan membesar dan tumbuh segar di bumi Perak ini..walaupun nanti mungkin akan dibinasakan(kalau hangpa cabut anak pokok tu ..hangpa pondan) ..tapi ingat..semangat dalam jiwa rakyat Perak mereka tak akan dapat binasakan..

cerita pasal upacara tanam pokok tu.. ada dalam blog MSK kat perakexpress..seperti dibawah ini..

dsc09405dsc09406dsc09407dsc09408dsc09409


pokok-sena-71

Semalam, Ahad 8.3.09, genap setahun Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat untuk memerintah Perak. tapi belum sempat setahun kami memerintah..Umno haram jadah mula buat taik. Ada Sultan..diperkudakanya. Ada perlembagaan…dibakulsampahkanya. Ada laki orang…dirampasnya. Ada polis…dibaruakanya. Ada mahkamah…dipermainkanya.

Dengan kerja-kerja kotor mereka, maka kerajaan yang dipilih rakyat pun ditumbangkan dengan cara yang paling kurang ajar.

pokok-sena-6

Krisis di Perak bukan setakat krisis perlembagaan..sebab kalau krisis perlembagaan, dah tentu boleh diselesaikan mengikut perlembagaan. Tapi krisis di Perak berlaku sebab Umno dah tak mau mengikut perlembagaan. Benda-benda yang tak terfikir oleh kita…itu yang dibuat mereka.

Sultan buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Hakim buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Polis buat keputusan…ikut arahan. Umno buat tindakan..tak ikut perlembagaan. Habih nak buat apa lagi?

Itu sebabnya mengapa hari ini kami bermesyuarat dibawah pokok. Keputusan dibuat dibawah pokok. Persefahaman tercipta dibawah pokok. Dan kita bina kekuatan dibawah pokok.

Hari ini…8.3.09, pokok sena menjadi saksi. Dibawah pokok inilah kami berjanji…kami tak akan mengundur diri. selagi hak rakyat ini tidak dikembalikan…selagi itulah kami akan terus melawan.

Jadikanlah demokrasi itu macam pokok sena ini. Menjadi pelindung ketika panas terik. Jangan dipangkas dahannya..jangan ditebang batangnya..jangan diracun akarnya. Sebab kalau tumbang pokok ini, maka hilanglah tempat berteduh dan berlindung.

Buanglah dedalu yang melekat didahanya. Buanglah kulat yang melekat dibatangnya. Buang lah semak yang menutupi pangkalnya.Dan siramilah akarnya…supaya pokok demokrasi ini akan sentiasa subur melindungi kita

Dan hari ini, Ahad 8.3.09, kami tanam lebih banyak lagi pokok-pokok demokrasi. Supaya bila besar nanti, akan dapat melindungi lebih ramai orang yang kepanasan. Supaya bila besar nanti, dapat memberikan keselesaan kepada rakyat.

pokok-sena-5

Jagalah pokok ini dari serangan serangga dan parasit…sebab pokok ini tidak ternilai harganya. Ia disemai dengan usaha rakyat. Ditanam dengan keringat rakyat. Disiram dengan airmata rakyat. Membesar dengan harapan rakyat. Dan pokok-pokok ini adalah lambang perjuangan rakyat.

mari menyerang...!!

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

Sunday, March 08, 2009

gencatan jari dari berblogging untuk 24 jam...

sebagai menyahut cabaran rakan blogger al-banjari untuk memprotes..maka ummi mengisytiharkan akan gencatan jari dari menari-nari di atas keyboard ini selama 24 jam bermula jam 1.00 am...sebagai sokongan terhadap mangsa2 tahanan PPSMI..


lagi video perhimpunan PPSMI

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil