Dah le..maleh nak cite pasal geng2 menteri pasola ni...kami tengah nyediakan buluh runcing nak cocok kat tapak kaki si menteri pasola..hang tunggu no...!! satu cadangan ummi..buat wasiat awai2 tau geng2 pasola oii...
sambung cite pasal pokok demokrasi ni...5 batang anak pokok sena yang ditanam di namakan..ADIL..TELUS..AMANAH..KEBAJIKAN dan BERSIH...ianya akan membesar dan tumbuh segar di bumi Perak ini..walaupun nanti mungkin akan dibinasakan(kalau hangpa cabut anak pokok tu ..hangpa pondan) ..tapi ingat..semangat dalam jiwa rakyat Perak mereka tak akan dapat binasakan..
cerita pasal upacara tanam pokok tu.. ada dalam blog MSK kat perakexpress..seperti dibawah ini..
Semalam, Ahad 8.3.09, genap setahun Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat untuk memerintah Perak. tapi belum sempat setahun kami memerintah..Umno haram jadah mula buat taik. Ada Sultan..diperkudakanya. Ada perlembagaan…dibakulsampahkanya. Ada laki orang…dirampasnya. Ada polis…dibaruakanya. Ada mahkamah…dipermainkanya.
Dengan kerja-kerja kotor mereka, maka kerajaan yang dipilih rakyat pun ditumbangkan dengan cara yang paling kurang ajar.
Krisis di Perak bukan setakat krisis perlembagaan..sebab kalau krisis perlembagaan, dah tentu boleh diselesaikan mengikut perlembagaan. Tapi krisis di Perak berlaku sebab Umno dah tak mau mengikut perlembagaan. Benda-benda yang tak terfikir oleh kita…itu yang dibuat mereka.
Sultan buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Hakim buat keputusan…tak ikut perlembagaan. Polis buat keputusan…ikut arahan. Umno buat tindakan..tak ikut perlembagaan. Habih nak buat apa lagi?
Itu sebabnya mengapa hari ini kami bermesyuarat dibawah pokok. Keputusan dibuat dibawah pokok. Persefahaman tercipta dibawah pokok. Dan kita bina kekuatan dibawah pokok.
Hari ini…8.3.09, pokok sena menjadi saksi. Dibawah pokok inilah kami berjanji…kami tak akan mengundur diri. selagi hak rakyat ini tidak dikembalikan…selagi itulah kami akan terus melawan.
Jadikanlah demokrasi itu macam pokok sena ini. Menjadi pelindung ketika panas terik. Jangan dipangkas dahannya..jangan ditebang batangnya..jangan diracun akarnya. Sebab kalau tumbang pokok ini, maka hilanglah tempat berteduh dan berlindung.
Buanglah dedalu yang melekat didahanya. Buanglah kulat yang melekat dibatangnya. Buang lah semak yang menutupi pangkalnya.Dan siramilah akarnya…supaya pokok demokrasi ini akan sentiasa subur melindungi kitaDan hari ini, Ahad 8.3.09, kami tanam lebih banyak lagi pokok-pokok demokrasi. Supaya bila besar nanti, akan dapat melindungi lebih ramai orang yang kepanasan. Supaya bila besar nanti, dapat memberikan keselesaan kepada rakyat.
Jagalah pokok ini dari serangan serangga dan parasit…sebab pokok ini tidak ternilai harganya. Ia disemai dengan usaha rakyat. Ditanam dengan keringat rakyat. Disiram dengan airmata rakyat. Membesar dengan harapan rakyat. Dan pokok-pokok ini adalah lambang perjuangan rakyat.
No comments:
Post a Comment