Followers

Tuesday, May 12, 2009

esok disarankan puasa sunat dan solat Sunat Syukur 2 rakaat untuk sambut kemenangan -TG Nik Aziz

KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur

ummi..
ayuh mari semua rakyat malaysaia khususnya Perak..yang beragama Islam...bersama2 kita berpuasa dan bersolat Sunat Syukur memohon keberkatan dan segala yang kita hajati dipermudahkan urusannya..dan pringatan TGNA supaya jangan gopoh dengan kemenangan ini supaya kita tidak terlalu selesa dengan berita yg kita dapat..supaya kita tidak kecewa bila ianya gagal..

wallahualam

DS Nizar umumkan 6 langkah utama ...

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009



dulu semasa kita mula2 memerinta...kita bersangka baik kepada semua orang...tak kira apa pahaman politik mereka..ketua2 kampung semasa pemerintahan BN tidak kita buang..tetapi mereka dengan rela hati meletakkan jawatan..tetapi UBN mencanang mengatakan mereka dipecat..

kakitangan kerajaan yang punya pahaman politik berbeza dengan pemerintahan PR tidak ditamatkan khidmatnya..tetapi mereka banyak mensabotaj kerajaan PR..kerajaan PR masih bersabar...sehinggalah ke tahap rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan PR..kita masih lagi boleh bersabar..bagi mempertahankan kerjaan PR pilihan rakyat..pemimpin PR sanggup turun naik mahkamah untuk mendapat keadilan...walaupun BN menyatakan ianya kerja buang masa...

datang pula insiden di Sidang DUN Khamis lepas..dan pencabulan perlembagaan sewenang2nya berlaku..maka terserlahlah wajah2 mereka yang boleh digelar 'manusia talam 2 muka'...'gunting dalam lipatan'..maka segala apa yang berlaku telah menunjukkan hikmah yang besar..

Kerajaan Pakatan Rakyat kali ini diberi peluang kali ke 2 untuk memerintah Perak..maka 'pembersihan' perlu dibuat bagi melicinkan tugas pentadbiran supaya perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan telus...

maka langkah2 yang diumumkan oleh DS Nizar selaku MB Perak adalah wajar..kerana pengalaman mengajar kita..yang mana lawan dan yang mana kawan..yang mana boleh berkhidmat dan yang mana patut disingkirkan...

semoga apa yang dihajati oleh rakyat Perak dapat dilaksanakan secepat mungkin dan dipermudahkan oleh Allah...

wallahualam..



Monday, May 11, 2009

Raja Muda Perak bersetuju jumpa DS Nizar esok pagi..

[MB_sah.JPG]

Raja Muda Perak telah bersetuju untuk berjumpa dengan DS Nizar Jamaludin esok jam 8.30 pagi. Dalam pertemuan tersebut, DS Nizar akan memohon untuk membubarkan DUN untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan. Demikian diberitahu oleh ADUN Sungkai, A. Sivanesan.

Sivanesan juga berharap permohonan kali ini akan diterima. Nizar merupakan Menteri Besar yang sah dan oleh itu beliau berhak untuk memohon pembubaran DUN.

Sultan Azlan Shah kini berada di Amerika Syarikat.

Semua ADUN Pakatan Rakyat akan bermesyuarat malam ini jam 11 malam untuk merangka apa yang akan dilakukan esok.

Esok akan menjadi satu hari yang dramatik dimana Nizar akan bertemu raja Muda, manakala Barisan Nasional akan memohon perintah mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tadi.


sumber PerakExpress

cerita dalam kamar mahkamah..

Apakah perasaan anda sebagai rakyat Perak sekarang ini..?? Gembira...Suka...Duka...Malu...Berdendam..??

ummi yakin kalau di pihak Pakatan Rakyat tentu gembira yang amat...kerana Khamis lepas Perak diperkosa buat kedua kalinya..hati rakyat dirobek 2 kali..maka dengan keputusan mahkamah hari ini sedikit sebanyak dapat mengubat kesakitan luka yang BN beri kepada rakyat...

kebanyakan blogger UBN kurang senang dengan keputusan itu..mereka kena paham kerana keputusan yang dibuat adalah untuk menjaga perlembagaan..kerana mula dari peristiwa rampasan kuasa oleh BN..perlembagaan dicabuli..kestabilan politik dalam Perak perlu diselesaikan segera..maka proses undang2 digunakan sebagai penyelesaian..

Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim masuk ke kamar mahkamah tepat jam 2.30 petang dan terus membaca alasan penghakiman selama 1 jam 27 minit sebelum mengumumkan keputusan kes.

Antara perkara penting yang dinyatakan oleh Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim ialah:

1. Semua kenyataan dan perakuan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid dalam affidavitnya tidak diterima oleh mahkamah kerana pasukan peguam DS Nizar berjaya membuktikan Dato' LA itu tiada wibawa dan nyata berpihak (tiada credibility dan impartiality).

2. Semua pandangan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dalam celahannya sepanjang perbicaraan kes ini diputuskan sebagai tidak menepati tafsiran sebenar bagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada mana-mana artikel yang dirujuk.


3. DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau menitahkan Menteri Besar meletak jawatan.


4. Tindakan DS Nizar memohon perkenan pembubaran DUN pada 4 Februari 2009 tidak bererti Menteri Besar itu mengakui atau mengesahkan bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

5. Ketika permohonan perkenan bagi pembubaran DUN dikemukakan oleh DS Nizar, kedudukan belahan sokongan dalam DUN Perak ialah 28 PR dan 28 BN, manakala kerusi ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker pada 30 Januari dan 3 Februari.


6. DYMM Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status 'hilang sokongan majoriti' kepada Menteri Besar. Kuasa memutuskannya adalah hanya pada DUN, di dalam persidangan DUN, melalui usul undi tidak percaya (vote of no confidence).

7. Berdasarkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, DYMM Sultan sepatutnya hendaklah memperkenankan permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan oleh DS Nizar.


8. Oleh kerana DS Nizar tidak meletak jawatan, DYMM Sultan tidak berkuasa memecat atau menitahkan perletakan jawatan MB dan DYMM Sultan tidak berkuasa menyiasat untuk menentukan status kehilangan sokongan majoriti bagi seorang Menteri Besar, maka perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan batal.


Selepas membaca kertas alasan penghakiman yang panjang lebar itu, Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengumumkan keputusan membenarkan semua tuntutan yang dikemukakan oleh DS Nizar kepada mahkamah.

Oleh itu Dato' Seri Ir. Hj. Mohamammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Semua langkah, tindakan dan keputusan DS Zambry atas kapasiti Menteri Besar Perak sejak 6 Februari 2009 sehingga hari ini adalah tidak sah, haram dan batal.-cyberboron

FRU jadi JAGA SUK..??







Ini Adalah suasana di SUK petang tadi..apa releven FRU berkawal di SUK...nak kata ada buat perhimpunan tak pulak...teringat semasa Zambry merampas Perak.....belum lagi dilantik menjadi MB mereka sudah mengosongkan pejabat Menteri Besar...FRU dah mengepong dan mengawal SUK...tak sabor sungguh mereka nak memerintah...adakah mereka menganggap PR juga akan bertindak seperti mereka menggeldah dan mengosong pejabat Menteri Besar ...PR tidak seperti mereka..mereka bebas untuk mengemas barang mereka dengan tiada gangguan dari PR...itulah perbezaan antara pemimpin PR dan BN...




kronologi di mahkamah..





sumber foto - zali skuaddunbatucaves





Sumber foto- malaysianinsider


BERIKUT adalah perkembangan semasa di kawasan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta menunggu keputusan kes mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.


4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuant rasmi.

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah

sumber pemuda besut

kenyataan akhbar DS Nizar

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

sumber cinaIslam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil